Jual Rocker arm Yamaha lc135

Gambar rocker arm lc

MarmanWorkshop– Selalu motor Lc 135 bunyi bising tepet longgar sampai kena adjust berkali-kali berkemungkinan disebabkan rocker arm rosak.Jika benar-benar rosak setelah diperiksa perlulah ditukar ganti dengan yang baru tapi berhati-hati pilih merk (brand) yang murah takut nanti tak tahan lama rosak balik.Jadi saya cadangkan pakailah barang dari pengilang Yamaha itu sendiri.

Rocker arm  Yamaha lc135 made Indonesia kita ada jual,boleh order sekarang juga.Motor lc 135 pakai rocker arm dilengkapi bearing dan saya cadangkan jangan beli rocker arm tiruan sebabnya bola bearing dia mudah pecah.Bila pecah nanti biji bearing tu habis masuk dalam enjin lagi mendatangkan masalah lebih besar.

Gambar rocker lc 135

Burung Valve atau rocker-arm packing dari Yamaha Indonesia datang dalam satu set dan harga kita jual pada tarikh hari ini ialah RM78 boleh dibeli online di MarmanWorkshop.

 Mahu tahan lama atau tak mahu buat top overhaul 2,3 kali setahun hanya untuk  tukar rocker arm cubalah pakai rocker arm original made in Indonesia ini.

Cara membuat grind valve motor

Grind valve (asah injap,asah klep,skir klep ) perlu di buat supaya dua permukaan bertemu menjadi sama rata yakni  valve dan rumah valve.

Permukaan bulatan valve yang tidak rata akan mengakibatkan kebocoran.Valve bocor memberi kesan kepada  perjalanan enjin itu,enjin hilang kuasa,kelancaran,berasap atau mungkin enjin tidak dapat di hidupkan.

Akan tetapi bukan bermakna  valve  sentiasa perlu di grind,kerja ini hanya di buat setelah timbul tanda-tanda valve bocor seperti yang di terangkan di atas.

Ok,begitulah lebih kurang tentang grind valve.Sekarang kita akan mulakan pelajaran mekanik kita iaitu cara membuat grind valve motosikal Honda ex5.

Animasi membuat grind valve motor

Grind valve motor ex5 secara manual

Kita akan grind valve secara manual ya ..iaitu dengan menggunakan tangan sahaja kerana segelintir menggunakan mesin.

Langkah pertama nak grind valve sememangnya kita perlu membuka semua komponen dalaman head seperti camshaft,rocker arm,valve key dan juga valve seal sekali.

Semua kerja saya dah rakamkan dalam video di bawah;

https://youtu.be/a6yjJrVKMgA

Hasilnya valve telah dapat di keluarkan,dan bermulalah kerja grinding valve.

  • Bahan-bahannya;
  • Ubat grind valve(grinding paste)
  • Waya getah (2 jengkal,muat batang valve)

-petrol 2$

Gambar alatan asah valve

1.Letak lah ubat grind valve pada bibir valve,tak perlu banyak dan pakai yang halus saja kecuali valve rosak teruk.

Gambar grinding  paste
Grinding paste

2.Masukan valve ke lubangnya

3.terbalikan head

4.masukan wayar getah dari bawah

5.putarkan wayar secara turun naik

6.terdengar bunyi semakin halus

7.cuci valve dan rumah valve bersih dengan petrol

8.test samada valve bocor atau tidak

Gambar skir klep

Juga terdapat video tentang ini,lihat dibawah;

https://youtu.be/kxv7YtEjd7s

Sudah selesai,kini valve tersedia untuk pasang balik.

Valve seal/sil klep

Gambar valve seal,sil klep
Valve seal

Valve seal rosak adalah salah satu punca motor 4 stroke berasap.Asap keluar dari ekzos motor pakai enjin 4 stroke  adalah sesuatu yang tak normal.

Getah kecil ini terletak di pangkal tapak valve sebelah luar.fungsinya ialah untuk memberi perlindungan di rongga tiang valve supaya tidak di masuki pelincir enjin terus ke kebuk pembakaran.

Tukar valve seal semasa grind  valve

Gambar cara tukar valve seal

Kepentingan valve seal sudah kita tahu jadi disarankan menukar valve seal lama kepada yang baru setiap kali  grind valve.

  1. Cara menukar valve seal tidak rumit hanya ikuti langkahnya di bawah ini;
  2. Cabut valve seal lama menggunakan playar
  3. Berikan sedikit pelincir kepada valve seal baru
  4. Tekan masuk valve seal dengan jari
  5. Selesai

Hati-hati semasa memasang valve seal sebab ia boleh pecah/koyak semasa pemasangan.

Gambar valve key
Valve key
Gambar alat masuk valve key
Valve compressor

Ok,sudah siap grind valve dan pasang lah mengikut turutan semua komponen head dan jangan ada yang tertinggal.Tak ada yang rumit kecuali pada valve key,sila lah menggunakan alat memasang valve key dengan lebih selamat iaitu valve compressor.
seperti mana kita membukanya.

Cara ejas Tepet valve motor ex5

Belajar mekanik motosikal : 

bab 4Adjust tappet

 

kita dah berlalu bab Camshaft mark kini kita pergi ke langkah selanjutnya untuk menyiapkan kerja top overhaul ex5 iaitu CARA EJAS(ADJUST) SKRU TEPET(tappet).

kenapa perlu ejas tepet? kita perlu ejas tepet kerana bagi mencari ruang celah tepet yang sesuai untuk bukaan valve.

Selain untuk elak tepet bunyi bising ,ruang celah(gap) ini juga menentukan samada enjin jalan lebih ringan atau lebih berat kerana ia mempengaruhi bukaan valve .

Gambar Cara ejas Tepet valve motor ex5
Ok,kita langsung ke cara untuk ejas tepet/valve clearance pada projek  top overhaul motosikal ex5 kita.

Ini videonya; https://youtu.be/i0jMd0epA_c

Cara guna Feeler Gauge

Bahan-bahannya ;
  • Feeler Gauge
  • Spanar 8’/9′
  • Spanar tepet
Gambar spanar ejas tepet

Beli alat ini di kedai Shopee saya ; https://shopee.com.my/product/209378505/3842844964/

3 bahan tersedia kita mula buka penutup valve (jika belum) atas dan bawah,bermakna kita akan ejas tepet (membuat valve clearance)  pada valve in dan juga valve ex.

Langkah-langkahnya ialah ;
  • Pastikan piston berada top/dapatkan marking T.
  • Longgarkan skru tepet
  • Tentukan saiz Feeler,contohnya 0.25
  • Masukkan  ia ke celah tepet
  • Pusingkan skru tepet dengan tangan rapat bersentuh Feeler
  • Pastikan alat itu boleh bergerak/ditarik
  • Ketatkan skru tepet dengan spanar yang tersedia tadi
  • Uji cuba celah/gap tepet sekali lagi
  • Buat valve ex pula sama seperti di atas
  • Selesai
Gambar Feeler Gauge
Feeler Gauge
Sekarang awak dah selesai laraskan celah tepet dengan menggunakan  saiz 0.25 mm mengikut ukaran pada Feeler  Gauge .langkah seterusnya yang awak perlu buat ialah hidupkan enjin motor.
Ops! Nanti saya terlupa kita sedang membuat top overhaul..hehehe.
  • Selesaikan dulu hal lain iaitu
  • Isi minyak hitam
  • Pasang ekzos
  • Pasang karburator
Ok,sudah selesai boleh lah dihidupkan enjinnya.
Enjin bunyi bising? Hahaha..itu maknanya awak perlu ulang buat kerana tepet terlalu longgar.Gunakan saiz mata pisau yang lebih nipis lagi.
Satu perkara kita perlu ingat iaitu setting asal dari pengeluar tepet dia tak bunyi.Jadi cuba buat sehingga dapatkan Clearance yang hasilkan enjin senyap dan mudah hidup.
Oleh kerana ini ialah projek top overhaul  jadi selepas enjin berjaya dihidupkan,perlu lah kita periksa sama-ada  minyak hitam naik (mengalir) ke dalam Head atau tidak.
Caranya ialah;
  • Hidupkan enjin
  • Buka penutup valve atas/in
  • Pulas minyak beberapa kali sambil lihat
  • Minyak terpercik? Ok
  • Tutup balik penutup
  • Selesai

video test minyak hitam 

Selesai sudah ejas valve dan projek top overhaul  motor ex5 kita,dan seterusnya kita akan ‘merayap’ ke bahagian enjin yang lain pula dalam pembelajaran mekanik motor kita.
-salam jumpa lagi-

Injap motor bocor

Gambar injap motor bocor

Masalah injap / valve bocor


Masalah injap/valve bocor akan membuatkan motor hilang kuasa atau langsung tak boleh hidup. Bocor disebabkan beberapa perkara.Punca utama yang biasa berlaku kerana kerana kebuk pembakaran dipenuhi plak atau karbon.Plak yang menebal berdaki di permukaan piston dan juga pada ruang kebuk pembakaran dalam lama-kelamaan akan mula merebak ke rongga injap.Injap tidak tertutup rapat kerana plak menghalang.Disini berlaku masalah bocor.Injap juga boleh rosak atau bengkok kerana plak karbon

Gambar valve bocor

Injap bengkok juga berlaku disebabkan ia terantuk pada plak yang menebal di atas kepala piston.Plak ini telah membukit menutupi lurah injap pada piston.

Motor injap bocor berpunca dari tidak kerana tidak menggunakan minyak hitam yang berkualiti dan juga pemilik tidak pernah melakukan servis motor.