Tips membeli block racing motor yang senyap

Gambar tips membeli blok racing

Tips membeli blok racing – Salam,justeru untuk mempertingkat kuasa enjin motor- menukar cylinder block  racing adalah kebiasaannya dilakukan pemilik motor itu. Memandangkan menukar block(blok) motor kerap dilakukan sendiri dirumah oleh beginner mekanik dan sering kali antara mereka tidak menitik beratkan kualiti sebaliknya hanya mencari blok bersaiz besar dan harga murah sahaja.

Pakai block racing racing enjin jadi bising

Anda boleh membeli block-block motor yang bersaiz sebesar mana pun anda suka tapi jangan lupa pastikan juga ia bersesuian dengan enjin motor anda. Dan terutamanya penekanan post baikimotor.com kali ini ialah cara pastikan block baru dibeli itu tidak mendatangkan masalah enjin bunyi bising seperti ketukan atau ‘knocking’ pada block selepas dipasang. Pastinya anda tidak mahu membuat kerja dua kali bukan? dan merugikan wang ringgit lagi.

Tak dinafikan hal yang banyak berlaku pada kawan-kawan kita kecewa bila enjin berbunyi bising selepas baru sahaja menukar blok. Padahal block baru saja dibeli, apa punca dia boleh  berbunyi? Kebiasaannya block yang telah lama dipakai atau block lepas jem saja akan mengeluarkan bunyi. Apapun alasannya, block motor anda tetap perlu dibuka semula untuk pemeriksaan.

Block longgar

Kebanyakan blok racing murah tidak semua boleh dipasang terus sebaliknya perlu di rebore. Alasannya, adalah block longgar.

Jd kita perlu membuat rebore untuk menukar piston dan saiz baru yang lebit ‘fit’ dan menghasilkan enjin motor yang senyap seperti menggunakan block asal (standard).

Ciri cylinder block berbunyi

Apabila anda membeli block baru dan anda tidak mahu lagi melakukan ulang rebore block kerana anda tidak mempunyai ‘badget’ misalnya, anda boleh lihat dari awal lagi samada block itu berbunyi atau tidak.

Inilah tips yang akan admin kongsikan semasa membeli blok motor yang baru dikedai. Ciri block berbunyi anda dapat ketahui dengan menguji kelonggaran/ruang lega di antara lubang block dengan piston. Caranya ialah dengan memasukkan  piston ke dalam cylinder itu dan anda goyangkan ke atas,ke bawah,kiri dan kanan tanpa ring piston.Jika ia menghasilkan bunyi terlalu kuat seperti dalam video saya kongsikan di bawah ini…sila jangan beli!

Tips cara melihat ciri block yang berbunyi bising ini bukan sahaja dimanfaatkan semasa membeli block baru tapi juga semasa sesi membaik pulih enjin. Pastikan anda membuat langkah ini untuk mengujinya.
Sekian untuk kali tentang perkongsian tips membeli block racing untuk motor anda dan kita jumpa lagi dikesempatan lain, dengan hal-hal mekanik motor yang anda ingin ketahui…wassalam.

Servis motor modenas Elegan 150cc

Gambar Modenas Elegan 150

Salam pembaca – Kalau anda adalah pengguna motor skuter Modenas Elegan ini adalah artikel khas untuk anda.Seperti sebelumnya pasti ada post tentang kerja harian pilihan dari bengkel MarmanWorkshop yang CPM akan kongsikan untuk anda disini dan post hari ini ialah kerja men-servis skuter Elegan 150cc  yang mengalami masalah sempot ketika berjalan.Sempot bukan sikit ya,langsung tak boleh laju..pulas minyak enjin jadi macam ‘letop-letop’.

Langsung saja jadi langkah membuat servis motor keluaran Modenas ini bermula pada bahagian karburator

Gambar ketika membuat Servis
Gambar karburator elegan

Proses servis

Semua bahagian dalaman karburator  dileraikan,di cuci bersih,lubang-lubang jetting,injap semua saya ‘kasi tembak’ supaya tak ada yang tersumbat.Maaf tak sempat ambil gambar lah!

Ok,selepas siap servis karburator saya terus pula servis air filter.Agak kotor juga bahagian ini semasa dibuka,pastinya owner banyak guna laluan berdebu.Sepatutnya air filter perlu digantikan apabila tersumbat dan memandangkan alatganti Elegan kehabisan stok ditambah kesuntukan masa untuk mencarinya jadi saya bersihkan saja dan pasang balik.

Gambar air filter elegan 150cc

Tugasan terakhir servis ialah tukar minyak enjin dan minyak gearnya.Minyak enjin saya guna Castrol Skuter Activ supaya memenuhi kehendak enjin motor jenis skuter ini.Plug baru dan masih berkeadaan baik jadi saya tak tukar ya!

Selesai sudah semua proses servis Elegan yang sempot ni tapi belum siap satu lagi perkara tambahan iaitu masalah leaking pada bahagian enjin sebelah magnet dia.Bocor minyak hitam disebabkan gasket pecah jadi perlu membuat penukaran gasket baru.

Gambar tukar gasket magnet elegan

Masa yang diambil kira-kira setengah hari juga untuk melakukan semua proses servis.Setelah siap langkah terakhirnya ialah uji cuba dan masalah yang dihadapi Modenas Elegan ini sudah tiada lagi,kembali bertenaga..laju juga juga ya motor ni..rasanya kalah kebanyakan skuter 125cc yang popular kat Malaysia ni 😉

Apa punca sebenarnya jadi semput ialah berkenaan sistem karburator yang gagal berfungsi dengan baik berikutan ada injap-injap dalaman karburator yang tersumbat kesan dari perjalanan harian jadi membuat servis adalah cara pemulihannya.Kepada anda pemilik skuter Modenas Elegan harap dapat sedikit info pada post kali ini dan kita bertemu lagi dikesempatan pada masa akan datang dengan tajuk berlainan pula..wassalam.

Tips membeli motor second hand ringkas

tips ringkas cara beli motor [email protected] hand supaya tidak rugi

Sempena musim hujan ini baikimotor.com akan terbitkan lebih sikit artikel jadi yang tak boleh keluar tu takut basah bolehla rileks baca berkenaan Tips Membeli Motor Second [email protected] lama yang terpakai.
 
Artikel pendek ini ditujukan khas buat anda yang berhajat membeli sebuah motor dari kawan ke atau dari orang lain.Mahu tanya sebelum saya bagi tips..,Apa yang anda lihat jika mahu beli motor second ni,dari segi apa yang dilihat?
Gambar motor lama vespa
Saya pasti yang pertamanya tawaran harga yang mampu dibeli,nombor 2 apa ya..?
Saya sarankan beli motor yang boleh jalan.Tapi boleh di abaikan jika motor yang bakal dibeli tu motor idaman sejak dulu lagi..tak ada stock dah..beli saja jika sudah bekenan..enjin tak boleh hidup tak kisah bukan boleh hantar repair nanti..ya,terserah jika sudah berkenan
Bagaimana jika kita bertujuan untuk buat pergi balik kerja saja dan tak kisah jenis motor apa pun..’bajet’ pun kurang dan apa caranya supaya kita tak ‘terkena’ nanti..beli motor second tapi harga jadi macam beli motor baru

Ciri yang dilihat pada motor lama yang bakal dibeli supaya tidak merugikan

Baikimotor.com memberi sedikit tips yang mungkin agak berguna untuk anda supaya anda tidak membuat pembelian yang merugikan.
*Artikel ini diterbitkan kerana pertanyaan dari beberapa sahabat dan mungkin juga solusi yang dicari anda sebelum membeli motor [email protected] hand
1.Motor ada geran
2.Body motor tak bengkok.Body/suspensis ini saya letak yang utama,sebabnya enjin ‘best’ macam mana pun kalau body bengkok..habis.
Bawa nanti tak sedap dan bahaya ketika di selekoh atau semasa menunggang laju..bahaya jangan dicari
Macam mana cara melihat body motor ok ke tak?..ringkas saja,yang pertama lihat dengan mata sendiri pastikan tayar belakang nampak lurus dengan tayar depan..luruskan tayar depan dulu..
Ke-2 cuba sendiri naik adakah rasa motor tu macam ketam jalan..
3…mahu cuba motor mesti enjin boleh hidup dulu,itulah yang saya sebutkan diawalan tadi..belilah motor lama enjin hidup,biar bunyi ‘gerabak keretapi’ pun tak mengapa asal boleh jalan dulu
Jika mahu diperhalusi pula faktor pemilihan dari segi enjin ini ialah kena tahu dulu ciri-ciri motor rosak ..baca dulu tu
Ok,sudah tahu bukan,jadi bolehlah buat kira-kira dengan harga motor second yang ditawarkan itu dengan kos buat Overhaul enjin..rugi atau untung? Itu saja..kalau rosak sikit-sikit tu boleh dipertimbangkan,nanti repair..bulan depan sikit lain bulan sikit..apa macam?
Cakap Pomen Motor ” ..sekian dulu untuk tips membeli motor second hand ini,selanjutnya jika kekurangan sila lah komen untuk padatkan info artikel ini..terima kasih,jumpa lagi..tunggang cermat”.

Tips beli motor baru dari pomen

Pandangan saya tentang cara membeli sesebuah motosikal baru agar anda berpuas hati setelah motor dibeli

Cakap pomen motor hari ini ialah mengenai tips beli motor baru.Jika anda mahu menerima pandangan saya tentang motor baru,saya ada beberapa hal yang hendak diperkatakan. Membeli motor baru saya mempunyai sedikit pengalaman bekerja di bengkel jual motor baru.Tugas saya ialah memasang aksesori kelengkapan motor baru seperti pasang bakul,pasang cermin sisi,no pendaftaran sehinggalah kerja hidupkan enjin motor baru.Kadangkala tugas saya menghantar pelbagai jenis motor baru ke kedai lain atau ke sesuatu destinasi lain yang dipinta.Hmm,memang seronok dapat melenjan  motor baru sepanjang highway. Motor baru la katakan..tapi itulah pengalaman

Gambar motor baru

Cara pilih motor baru

Bagaimana pemilihan sesebuah motor baru yang bakal dibeli..?
Untuk pertanyaan ini separuh saya tidak dapat menjawab kerana ia terpulang kepada anda sebagai pembeli.Ini seperti hal-hal bersangkutan dengan minat dan harga,itu terserah kepada anda.Apa-apa pun membeli secara cash lebih memberi keuntungan jangka panjang.

Tips yang boleh saya berikan ialah mengenai perkara didalam lingkungan tugas saya sahaja seperti dari segi kebaikan dan keburukan enjin pada sesuatu jenis motosikal baru serta sistem yang tawarkan kepada penunggang

Motor baru dilengkapi sistem keselamat terkini diutamakan.Ciri-ciri keselamatan baru seperti sistem brek cakra(disc),lampu neon yang terang depan belakang,begitu juga signal dan cermin sisi yang jelas untuk pandang belakang.Perhati juga panel meternya,mempunyai pelbagai petunjuk adalah satu kebaikan seperti petunjuk minyak,signal,high beam dan yang terkini ialah petunjuk suhu enjin.

Keselesaan penunggang sering diutama bagi pengeluar yang perihatin.Cuba anda duduk diatas motor baru yang anda pilih dalam posisi menunggang.Adakah tempat duduknya empuk selesa,bagaimana pula kedudukan badan anda sambil memegang handle.Adakah ia selesa? .Semestinya posisi menunggang adalah penting untuk perjalanan jauh.

Pilih enjin motor baru

Enjin ialah nadi motosikal.kuasa,penggunaan bahan api,kelancaran perjalanan semua tertakluk di sini.

Pilihlah motor baru yang memberi keseronokan menunggang disamping keselamatan kita ke distinasi yang dituju.Penjimatan kos bahan api juga penting supaya lancar perjalanan kita.Takut nanti tak putus-putus asyik berhenti tambah minyak saja,terbantut perjalanan kita.

Enjin motor baru terkini dilengkapi dengan sistem injeksi mengganti sistem karburator.Penggunaan bahan api lebih optimum dan lebih lancar dengan sistem injeksi.

Kuasa enjin juga penting dalam memilih motor baru.Beli motor yang ber-cc besar bukan bermakna mencari kelajuan.Motor laju lebih rendah risiko kerosakan,kerana apa?
Contoh motor berkuasa 100 cc,kelajuan maksimum pada kondisi standard adalah diantara 100-110 per jam.Rata-rata saya tengok kelajuan motor orang bawa ketempat kerja ialah antara 80-100kmh.Ini bermakna 80 sehingga 100% tenaga motosikal dikerah setiap hari.Enjin tak ada rehat semestinya risiko kerosakan lagi tinggi tambahan pula pada jenis enjin yang kurang ketahanan.

Lalu hari anda boleh buat penilaian melalui tips yang saya berikan dalam memilih motor baru untuk dibeli.Seperti yang saya katakan diawal perbicaraan kita,minat dan harga adalah hak anda.Anda yang membayar jadi boleh abai saja tips yang saya berikan jika mahu.

Tapi satu persoalan yang kurang orang bertanya ketika membeli motor baru ;’ Bolehkah motor ini di klaim kerosakan dalam tempoh warranty,adakah ia free sepenuhnya?’..kepada pembaca yang pernah melakukannya dialu-alukan untuk komen kongsi bersama pembaca yang lain yang bakal keluarkan motor baru agar manfaat..terima kasih.

-sekian-

Tips beli motosikal baru

Salam pembaca,


Nak beli motor baru? Jangan beli motor baru lama..


Motor baru atau motor keluaran baru bermakna sebuah model baru motosikal yang dikeluarkan oleh pihak pengeluar motosikal.Contohnya Yamaha tahun ni keluarkan model apa,Honda pula apa,Suzuki,kawasaki,ducati,
Modenas dan begitulah seterusnya.

Ada 2 jenis ciri-ciri motor model baru yang perlu diketahui.

  • Motor model lanjutan atau duplicate
  • Motor model baru keseluruhan

Motosikal model lanjutan/duplicate ialah motor yang diperbaruhi keluaran lama kemudian dikeluarkan lagi,Kali ini dengan penambahan sedikit aksesori baru,perubahan tampilan stiker,warna tetapi masih mengekalkan enjin lama contohnya.Untuk menjayakan lagi model ini,mereka turut merubah nama model,contoh  125z kepada 125zr. Penambahan ‘R’ di belakang menandakan ada perbezaan diantara kedua-dua model motosikal tersebut setelah di upgrade,tapi enjin tak tukar kekal sama.

Model baru keseluruhan ialah model sulung bagi sesebuah keluaran.Contoh tahun 2015  Kawasaki telah melancarkan model baru superbike,kawasaki H2r 1000cc supercharger enjin.Tidak ada model keluaran kawasaki sepertinya sebelum ini dari segi rupa,nama mahupun enjin,semuanya serba baru.Inilah yang dimaksudkan motor model baru sepenuhnya

 

Gambar motor Kawasaki baru
Kawasaki
Gambar motosikal baru
H2r


Tips beli motor baru

Nak beli motor baru ini adalah tipsnya.

Beli motor yang dikeluaran oleh nama-nama besar pengeluar motosikal yang terbukti kualiti pembuatannya. Ya lah kompeni yang berpengalaman mestilah produk berkualiti dan bagus.

Rasa rugi jika beli motor keluaran pengeluar yang suka copy model motor orang dan lekatkan namanya sahaja.

Bagi saya ,saya lebih pentingkan enjin dari benda lain.Bosan kalau motor kulit je tukar baru tapi enjin model lama.Kurang seronok bila naik motor tu,rasa macam motor lama juga. Contoh dulu rekaan enjin 1 cylinder mendatar nak la pula 2 in line ke atau V-twin ke. Jalan lagi lembut power pun hmm.

lagi satu posisi penunggang juga penting,kalau rasa tak sesuai jangan beli.Penat nanti..

Masa beli tu duduk dulu atas motor lama-lama, letak tangan kat handle, rasa bongkok sangat ke tak, ke kedepan sangat macam tu.

Kesimpulan

Belilah motor baru yang sesuai untuk citarasa kita kerana akan rasa puas hati semasa menunggang..jangan hutang lama-lama,harga lagi mahal nanti..
sekian,assalamualaikum.