Tayar Michelin Pilot Street 2 Untuk Motor Cub, Skuter

Gambar tayar Michelin Pilot Street 2

Salam. Pemberitahuan kepada anda, kami sudah membawa masuk satu lagi jenis tayar motor iaitu tayar Michelin Pilot Street 2 yang sesuai digunakan untuk motor cub dan skuter. Jika anda berminat akan tayar berkualiti kelas A ini boleh didapati di kedai online kami.

Tayar baru jenama Michelin Pilot

Kami mengutamakan kualiti, kerana itu tayar kami jual adalah tayar baru atau keluaran terkini. Seperti Michelin Pilot ini untuk pasaran tahun 2020 kami jual tayar keluaran tahun 2020 juga, untuk tahun depan 2021,2022 akan diusahakan anda mendapat keluaran terkini juga. Boleh baca dulu cara check tayar lama atau baru

Tayar motor tubeless Michelin Pilot saiz 70/90-17,14|80/90-17,14

Buat masa sekarang kami masukkan dulu tayar saiz seperti dibawah;

A.70/90-17

B.80/90-17

C.70/90-14

D.80/90-14

Bagi motor cub seperti Lc, Y15, Lagenda atau mana-mana yang pakai rim 17 inci pilihan anda adalah tayar A dan B, dan untuk motor skuter/scooter seperti Ego atau yang menggunakan rim 14 pilihan anda adalah C dan D.

Semua saiz tayar Michelin Pilot Street 2 ini adalah tayar tubeless(tanpa tiub), bermakna khasnya untuk motor yang pakai sport-rim. Kena bagitahu ya jikalau anda seorang yang baru pakai motor.

*sila check stok terkini untuk lain-lain saiz dikedai kami.

Gambar tayar motor jenama Michelin Pilot saiz 70/80-17,80/90-17

Latarbelakang Tayar Jenama Michelin

Michelin adalah satu jenama besar bagi pengeluar tayar kenderaan termasuk motor kereta, berkelas A seperti jenama Brigestone,Pirelli, dan Dunlop.

Telah ditubuhkan agak lama, pada tahun 1888 oleh saudara Michelin, André (1853–1931) dan Édouard (1859–1940), syarikat ini mengeluarkan tayar untuk basikal dan kereta kuda sebelum memperkenalkan tayar pneumatik untuk kenderaan pada tahun 1890-an.

Pemandu kenderaan dan pelumba akan bersetuju bahawa Michelin adalah jenama tayar premium yang paling berkesan, tetapi begitu juga Bridgestone! Bridgestone melayani pengguna kenderaan harian, terutamanya.

Michelin sebagai pembekal tayar untuk sukan lumba Motogp

DORNA Sport TELAH MENGESAHKAN BAHAWA MICHELIN AKAN TERUS MENJADI PEMBEKAL TAYAR RASMI KEPADA DUNIA MOTOGPTM UNTUK LIMA MUSIM TAMBAHAN DI ATAS PENGATURAN YANG Sedia Ada. PERBELANJAAN KONTRAK SEHINGGA 2023 TELAH DIUMUMKAN HARI INI PADA MINGGU MICHELIN AUSTRALIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX PRESENCE MICHELIN MOTORSPORT DIRECTOR PASCAL COUASNON DAN CARMELO EZPELETA, CEO EZPELETA

video review

Cara mengetahui usia tayar kereta motor anda

Cara Menentukan Umur Berpandukan Kod Tayar

Dalam memahami asas tayar seperti tekanan angin, kedalaman tapak, dan jenis tayar, anda harus mengetahui usia tayar kereta motor anda.

Sama seperti faktor haus dan prestasi tayar yang lain, usia boleh dan akan mempengaruhi prestasi tayar, bermakna mempengaruhi juga keselamatan dan keupayaan kenderaan secara keseluruhan.

Tidak pasti berapa lama tayar anda sekarang? Jangan risau, saya menunjukkan kepada awak cara mencari tahu dengan mudah.

Kod Tahun Tayar Michelin Dibuat

“Dicap” pada dinding sisi luar setiap tayar adalah tarikh lahirnya dalam format minggu / tahun yang mudah.

Imbas dinding sisi ban dengan corak mengikut arah jam dan cari kod tayar/ huruf “DOT” (yang menandakan kepatuhan tayar dengan undang-undang & peraturan Jabatan Pengangkutan A.S.).

Di sebelah kanan “DOT” (mengikut arah jam) terdapat sebilangan huruf dan angka, diikuti oleh sekumpulan empat nombor yang dilingkari dengan jarak dekat – ini adalah nombor yang anda perlukan.

Dua nombor pertama mewakili minggu pembuatan, dua nombor terakhir menunjukkan tahun.

Pada tayar Michelin ini, kod tarikhnya adalah “1320.” Yang menunjukkan tayar tersebut dihasilkan pada minggu ke-13 tahun ini. Angka “20” mewakili tahun 2020.

gambar menunjukkan usia tayar kereta motor anda

Mengapa usia tayar penting?

Tayar dibina dari banyak bahan organik dan semula jadi. Seperti bahan organik lain, sebatian getah pada tayar merosot seiring berjalannya waktu. Pendedahan terhadap pengoksidaan persekitaran, sinar matahari, cuaca, “unsur-unsur”, semuanya menyumbang kepada kemerosotan yang tak dapat dielakkan pada bahan tayar anda dibuat itu.

Berapakah umur dan jangka-hayat tayar?

Peraturan umum ialah tayar mempunyai jangka hayat tayar maksimum sekitar sepuluh tahun. Bermula pada lima tahun, tayar hendaklah diperiksa setiap tahun untuk mengetahui keadaan dan tanda-tanda penurunan usia tayar kereta motor anda.

“Sekiranya tayar belum diganti 10 tahun selepas tarikh pembuatannya, sebagai langkah berjaga-jaga, Michelin mengesyorkan menggantinya dengan tayar baru. Walaupun ia kelihatan dalam keadaan boleh digunakan dan tidak haus pada penunjuk haus tapak. Ini juga dituntun pada tayar ganti/spare tayar(kereta). ” – MichelinMan.com

Apa yang berlaku apabila tayar terlalu lama? Adakah terdapat tanda-tanda visual?

Ya, boleh ada. Kerosakan mereput dan keretakan biasa berlaku pada tayar yang sudah berusia. Semasa bahan tayar merosot, mereka menunjukkan tanda-tanda visual tayar rosak ini.

Periksa dinding sisi dan tapak tayar untuk sebarang lubang, perubahan warna (pencerahan warna yang berkaitan dengan pengeringan) atau pecahan / retak.

Ya kesan tayar rosak kepada pengguna tentunya merbayakan keselamatan, tayar boleh tergelincir semasa diselekoh, pancit tiba-tiba, pecah, brek tak makan, membuang dan sebagainya.

Tayar tubeless saiz 60/80-17 untuk motor rempit

Tayar tubeless saiz 60/80-17

Salam. Sebelum ini tayar Mackenzie 70/90-17,80-90-17 saya dah perkenalkan, minggu ini saya tambah lagi stok, tayar tubeless saiz 60/80-17  khas untuk mat rempit. Variasi tayar yang paling [email protected] sotong dari Jenama Mackenzie. Haa siapa yang nak tayar ringan, nak laju ini tayar yang sesuai untuk motor anda.

Tayar tubeless murah dan berkualiti

Tayar murah tubeless(tanpa tiub) bunga Diamond dengan kualiti tidak mengecewakan berbanding pesaing seperti Maxxis yang juga buatan Vietnam. Mutu pengeluaran tayar MacKenzie Stinger ini juga mematuhi pengsijilan Iso 9001 2015.

Yaa bang sekarang ini banyak barang motor buatan Vietnam memasuki pasaran kita kerana kilang-kilang sparepart banyak “parking” kat sana. Bukan lagi barangan “low-class”.

Harga Tayar saiz 60/80-17

Harga tayar tubeless saiz 60/80-17 ini pada hari ini dibuka RM43/unit. Free shipping untuk belian atas RM15 dan voucher RM5 boleh diklaim sehingga hujung bulan September 2020.

Tayar semua tayar baru untuk pasaran 2020, untuk tahun depan 2021 atau 2022 kami order yang baru lagi.

Tayar motor tubeless Shopee

Seperti saya maklum pada post saya yang lepas kedai Shopee kami telah dibuka untuk memudahkan anda membeli sparepart motor secara online dengan saya. Jadi jika anda ingin mencuba tayar 60/80-17 tubeless Jenama Mackenzie bolehlah beli di Shopimad sekarang. Stok masih tersedia, jangan ketinggalan dan terima kasih support blog ini. Jumpa lagi dengan stok baru pula. Wassalam.

Tayar motor tubeless bunga Diamond, Mackenzie setaraf Maxxis

gambar tayar motor Makenzie bunga Maxxis Diamond 80/90-17

Jenama baru tayar motor tubeless jenama Mackenzie untuk rim 17

Akhir-akhir ini tayar jenama Maxxis begitu popular diguna pakai oleh ramai penggguna motor cub bawah 150cc. Jujur cakap seawal kemunculannya dulu ia adalah diantara jenama tayar motor paling murah dikira low grade. Yang kaki ‘main lap’ pada masa tu tak pakai tayar ni, pakai jenama Brigestone Battlex, Dunlop TT500 dan Pirelli Dragon. Jadi, berbalik pada Maxxis yelah kan jenama baru belum popular tak mungkin nak ‘up’ harga terus.

Saya kira dalam 10 tahun kemudian atau lebih jenama Maxxis kian popular terutama sekali dengan design bunga Diamond nya dan sehingga banyak pula  jenama tayar lain terikut dengan rekaan bunga Diaamond juga.Terkini jenama baru pula muncul iaitu Mackenzie bunga Diamond juga menjadi taruhan.

Gambar tayar motosikal tanpa tiub

Tayar motosikal Mackenzie Diamond 70/90-17, 80/90-17

Cerita sebenarnya disini ialah saya nak memperkenalkan jenama baru tayar tubeless/tanpa tiub untuk motor cub iaitu Mackenzie. Saya melihat jenama ini satu pilihan untuk diguna pakai pada motor anda

Kenapa? kerana ianya lebih murah dari tayar Maxxis. Kalau harga tayar Maxxis 80/90-17 boleh dibeli sekitar RM68-75 sebiji secara online di Shopee manakala Mackenzie pula dijual semurah RM49 untuk tayar tubeless 80/90-17(tayar belakang).

Yang kedua design/rekaan corak bunga Diamond Mackenzie dilihat hampir 100% menyerupai Maxxis. Ada setengah pengguna suka akan design yang cantik ini tapi ada juga merungut yang bunga Diamond agak ‘membuang’ ketika di selekoh. Yang pasti cuba dulu baru tahu sebab apa orang ramai beli dan guna tayar motosikal jenis ini.

Faktor ketiga dan terakhir kenapa bayar lebih untuk produk yang kualitinya dikira setaraf. Maxxis buatan Vietnam(Indonesia pun ada) dan Mackenzie pun buatan Vietnam. Dua-dua bunga Diamond.

gambar tayar jenama baru tubeless 70/90-17

Mana anda boleh beli tayar ini?

Ya, oleh kerana saya melihat tak ada melebihi mana-mana pihak dari segi kualiti pembuatan jadi saya memilih tayar paling murah dimasukkan sebagai stok dan juga untuk dipromosikan kepada anda. Jika anda berminat untuk menjadi orang yang terawal mencuba tayar tubeless rim 17 jenama Mackenzie boleh la dapatkan di kedai Shopee saya di alamat ini https://shopee.com.my/product/209378505/5242957175/

terima kasih support Baikimotor.com, salam jumpa lagi

4 tanda tayar motor anda sudah tiba waktu untuk ditukar

Bila waktu perlu tukar tayar motor anda?

Sekiranya anda sudah tahu bahwa jangkahayat tayar motor adalah sukar diramal kerana bukan sahaja dipengaruhi oleh kualiti pembuatan tetapi juga di atas faktor penggunaan itu sendiri seperti laluan yang selalu gunakan, gaya tunggangan kerap membrek atau sentiasa jalan jauh, perubahan cuaca, isian angin tayar dan beberapa lagi.

Petanda paling umum bila tayar motor anda perlu ditukar ialah apabila tayar kelihatan botak. Tayar botak dikira stage akhir yang menuntut penukaran baru dengan segera. Bukan itu saja sebenarnya ada beberapa lagi dan saya akan memberikan disini 4 contoh tanda-tanda tayar anda sudah tidak [email protected] rosak

1. Bahaya tayar botak tengah

Jika anda ingat semasa tayar baru digunakan, permukaan tayar terdapat lorekan dari tengah sampai ketepi. Corak lorekan pula berbeza -beza mengikut rekaan pengeluar bertujuan untuk penyesuaian permukaan jalan ketika musim panas atau hujan. la direka sebegitu rupa supaya tayar anda terus melekat pada permukaan jalan semasa bergerak.

Sekiranya hujan, diusahakan supaya ia dapat membuang air ketepi secara cepat melalui rekaan lorekan itu supaya tayar tidak terapung diatas air yang boleh mengakibatkan kegelinciran.

Gambar tayar motor botak yang perlu ditukar

Tentu sahaja rekaan corak bunga tayar adalah berbeza-beza berdasarkan laluan yang bakal ditempuhi yakni lain-lain kegunaan seperti jalan rata, berbatu, berpasir, lopak air, jenis tar trek perlumbaan atau salji sekalipun.

Apabila tayar mulai botak bermakna anda sudah kehilangan jaminan tadi dan merbahayakan keselamatan sendiri.

Hilang cengkaman semasa membrek bermakna juga akan hilang kawalan yang boleh membawa kepada malepetaka. Ketika hujan apabila melintasi lopakan air tayar menjadi licin kerana bunga sudah botak, pastinya motor terus membuang ketepi atau skill Velentino Rossi yang anda ada saja mungkin dapat menyelamatkan anda pada situasi ini.

Tayar sudah botak menyatakan ketebalan tayar motor itu sudah berkurang dan begitu mudah berlaku pancit nanti

2.kembung, bengkak-bengkak

Pada suatu masa ketika melalui selekoh terutamanya, terasa motor membuang ketepi, disini eloklah anda berhenti sekejap untuk lihat keadaan tayar motor anda. Dari jauh seakan tak ada masalah pada tayar, cuba anda perhatikan dengan lebih dekat lagi.

Tayar kelihatan kembung atau berbonjol-bonjol/bengkak jika dilihat dari sisi memberi petanda ia perlu ditukar segera. Saya cadangkan sila bertukar ke jenama tayar lain bila masalah ini berlaku.

Tayar bengkak

3.Retak atau rekah

Ada 2 jenis keretakan pada tayar, 1 boleh jelas dilihat dengan mata dan 1 lagi ia tersembunyi, biasanya pada sebelah tepi tayar. Jika mahu pasti sila picit tayar adakah mempunyai ciri seperti dalam gambar ini

retak tepi

Tayar retak atau merekah menunjukkan anda sudah tak ada waktu lagi untuk menangguh sila lah tukar segera kerana boleh pecah pada bila-blla masa sahaja. Jika anda menggunakan tayar tubeless ini adalah punca tayar anda pancit.

4.Tayar motor selalu pancit

Tayar selalu pancit tanpa kesan biasanya berpunca kerana tayar sudah menipis atau permukaan dalam tayar sudah keras, atau terdapat dawai tayar sudah terkeluar pada bahagian dalam tayar. Hal ini boleh dipastikan oleh mekanik berpengalaman.

bahagian dalam tayar

Cakap pomen motor ” jangka-hayat tayar bergantung cara kita pakai”

Catatan ini bagi rujukan anda yang menggunakan motor kecil dan ringan. Penangguhan waktu tukar tayar tidak dilihat begitu kritikal tapi bagi pengguna motor berkuasa tinggi, superbike adalah perlu anda perlu memberikan perhatian penuh pada kondisi tayar motor anda

Rata-rata, tayar depan pada sportbike biasa harus bertahan sejauh kira-kira 6000km sebaliknya tayar belakang akan bertahan sekitar 3000 sebelum anda perlu menukarnya. Sudah tentu, man-mana tayar motor hanya akan bertahan lama sekiranya anda tidak “asal langgar saja”

Gambar menunjukkan bunga tayar

Pada setiap masa cuba “alert” dengan gegaran yang terasa semasa jalan lurus dan rata. Pastikan angin tayar sentiasa cukup kerana ia juga antara punca tayar tidak tahan lama. Cakap pomen motor ” motor kecil atau motor besar, silalah pastikan tayar motor anda pada kondisi terbaik…tak kan tunggu nampak benang kot baru tukar derr… “