Rocker arm,skru tepet motor Honda ex5

Gambar rocker arm dalam head

Menjual rocker arm dan skru tepet untuk motor Honda ex5 100 Dream/power

MarmanWorkshop– Rocker arm Honda ex5 100 ori dijual disini pada harga rm50 untuk 1 set.Alat ganti original motor Honda ini adalah pilihan utama kami di MarmanWorkshop setelah mencuba pelbagai jenis alat ganti alternatif hasilnya agak mengecewakan,2,3 kali ejas tepet benang rocker arm jadi loose.Jadi kami cadangkan kepada anda yang mahu menukar rocker arm yang sudah rosak itu beralih menggunakan alat ganti tulen Honda ini (Genuine Parts).

Gambar rocker arm ex5

Skru tepet baik punya

Pakej disini juga setelah membeli rocker arm anda boleh turut order sekali skru tepet ‘baik punya’ yang berharga RM 20 untuk 2 biji.Skru yang tahan tahan lasak tanpa mudah rosak ketika mengetatkan tepet dan tahan haus yang menyebabkan  punca tepet berbunyi dan perlu sering dilaras.

Gambar skru tepet

Ok,kedua-dua alat-ganti motor Honda ex5 Dream/power dijual pada hari ini iaitu rocker arm dan juga skru tepet boleh dibeli berasingan juga.Kos penghantaran ialah RM10 untuk Semenanjung dan RM15 untuk Sabah/Serawak.Terima kasih kerana membeli sparepart motor bersama MarmanWorkshop.

Cara ejas Tepet valve motor ex5

Belajar mekanik motosikal : 

bab 4Adjust tappet

 

kita dah berlalu bab Camshaft mark kini kita pergi ke langkah selanjutnya untuk menyiapkan kerja top overhaul ex5 iaitu CARA EJAS(ADJUST) SKRU TEPET(tappet).

kenapa perlu ejas tepet? kita perlu ejas tepet kerana bagi mencari ruang celah tepet yang sesuai untuk bukaan valve.

Selain untuk elak tepet bunyi bising ,ruang celah(gap) ini juga menentukan samada enjin jalan lebih ringan atau lebih berat kerana ia mempengaruhi bukaan valve .

Gambar Cara ejas Tepet valve motor ex5
Ok,kita langsung ke cara untuk ejas tepet/valve clearance pada projek  top overhaul motosikal ex5 kita.

Ini videonya; https://youtu.be/i0jMd0epA_c

Cara guna Feeler Gauge

Bahan-bahannya ;
  • Feeler Gauge
  • Spanar 8’/9′
  • Spanar tepet
Gambar spanar ejas tepet

Beli alat ini di kedai Shopee saya ; https://shopee.com.my/product/209378505/3842844964/

3 bahan tersedia kita mula buka penutup valve (jika belum) atas dan bawah,bermakna kita akan ejas tepet (membuat valve clearance)  pada valve in dan juga valve ex.

Langkah-langkahnya ialah ;
  • Pastikan piston berada top/dapatkan marking T.
  • Longgarkan skru tepet
  • Tentukan saiz Feeler,contohnya 0.25
  • Masukkan  ia ke celah tepet
  • Pusingkan skru tepet dengan tangan rapat bersentuh Feeler
  • Pastikan alat itu boleh bergerak/ditarik
  • Ketatkan skru tepet dengan spanar yang tersedia tadi
  • Uji cuba celah/gap tepet sekali lagi
  • Buat valve ex pula sama seperti di atas
  • Selesai
Gambar Feeler Gauge
Feeler Gauge
Sekarang awak dah selesai laraskan celah tepet dengan menggunakan  saiz 0.25 mm mengikut ukaran pada Feeler  Gauge .langkah seterusnya yang awak perlu buat ialah hidupkan enjin motor.
Ops! Nanti saya terlupa kita sedang membuat top overhaul..hehehe.
  • Selesaikan dulu hal lain iaitu
  • Isi minyak hitam
  • Pasang ekzos
  • Pasang karburator
Ok,sudah selesai boleh lah dihidupkan enjinnya.
Enjin bunyi bising? Hahaha..itu maknanya awak perlu ulang buat kerana tepet terlalu longgar.Gunakan saiz mata pisau yang lebih nipis lagi.
Satu perkara kita perlu ingat iaitu setting asal dari pengeluar tepet dia tak bunyi.Jadi cuba buat sehingga dapatkan Clearance yang hasilkan enjin senyap dan mudah hidup.
Oleh kerana ini ialah projek top overhaul  jadi selepas enjin berjaya dihidupkan,perlu lah kita periksa sama-ada  minyak hitam naik (mengalir) ke dalam Head atau tidak.
Caranya ialah;
  • Hidupkan enjin
  • Buka penutup valve atas/in
  • Pulas minyak beberapa kali sambil lihat
  • Minyak terpercik? Ok
  • Tutup balik penutup
  • Selesai

video test minyak hitam 

Selesai sudah ejas valve dan projek top overhaul  motor ex5 kita,dan seterusnya kita akan ‘merayap’ ke bahagian enjin yang lain pula dalam pembelajaran mekanik motor kita.
-salam jumpa lagi-