Spark plug motor jadi hitam baca erti kod nya dulu

Gambar spark plug

 

 Punca spark plug motor menjadi hitam disebabkan beberapa perkara terutama sekali ada berlaku kerosakan, kegagalan berfungsi pada komponen enjin itu sendiri bukan masalah jenis spark plug tidak sesuai
 
Contoh pada motor 4 lejang bila berlaku kerosakan pada ring piston, valve dan pada enjin 2 lejang pula bila oil seal crankshaft bocor sebagai tambahan.Karburator bermasalah juga membuatkan plug jadi hitam berkarbon.
 
Bila keadaan semakin parah akan membuat motor mati plug, enjin tak boleh hidup.
 
 
 

Memilih jenis spark plug

 
Penyelesaian masalah plug jadi hitam boleh dibuat dengan membaiki komponen operasi enjin agar berfungsi sempurna kembali.
 
Menggunakan spark plug selain disyorkan pengeluar motor anda adalah tidak disarankan melainkan anda telah melakukan modifikasi pada enjin dan memahami betul mengenai spark plug dan sifat-sifatnya.
 
Seperti kita lihat pada spark plug terdapat kod nombor berbeza-beza, ini paling utama yang perlu diketahui sebelum terus “sumbat” pada enjin anda. Jangan asal nampak label ” spark plug racing ” terus sambar ya, nanti jahanam enjin.
 
Diulangi, apa yang perlu diperhatikan sebelum membuat keputusan memilih menggunakan jenis spark plug tertentu ialah cuba memahami erti kod pada plug itu samada ia sesuai atau tidak untuk enjin motor anda
 
 
 

Makna kod pada spark plug NGK sebagai contoh:

 
Gambar kod plug
 
  • Huruf depan(1-4)-menunjukkan diameter,saiz dan rekabentuk sepana plug.
  •  (nombor )-rating suhu plug.
  •  huruf-menunjukkan panjang benang plug.
  •  huruf-data spark plug.
  •  (nombor lain),kod khas-membaca struktur dalam plug seperti jarak elektrod dan lainnya.
 

Cara membaca kod spark plug  kita lihat contoh spark plug motor Honda wave 125

NGK
CPR6EA-9
 
 
spesifikasi Spark Plug CPR6EA9
Pembuat NGK
C=lebar benangxsepana 10×19
P=rekabentuk,jenis projected isulator
R=jenis perintang Berperintang
6=rating suhu 6
E=panjang benang 19
A=Kod Kod Suflix
9=ruang buka elektrod 0.9
 
 
Mahu lebih mendalam dan tepat boleh download pdf ini
Download Button
 
NGK Plugs kod fail-17mb
 
Dengan memahami erti/makna kod nombor spark plug, tidak berlakulah kesalahan memilih plug yang tidak sesuai yang mengakibatkan kerosakan lebih serius pada enjin motosikal itu, contohnya plug terlampau panas atau sejuk
 
 

Teori melihat warna plug

 
 
Bagi mekanik yang sudah arif spark plug mencermikan apa yang berlaku dalam enjin, mereka dapat mengesyaki kondisi sesebuah enjin dengan meneliti warna plug itu.
 
Samada sempurna atau tidak pembakaran dalam kebuk akan dapat di analisis berdasarkan warna plug,contohnya enjin terlampau panas hasilkan warna plug putih dan oren untuk kondisi yang bagus..boleh lihat di artikel setingan karburator yang terdahulu.
 
Cakap Pomen Motor ” sebelum membuat perubahan memilih spark plug yang bakal digunakan sila lah buat analisis plug lama agar pemilihan yang kita buat adalah tepat untuk hasil yang positif “..

Belajar mekanik motor-plug tak ada api

Cari punca spark plug tak ada api

Setelah sedikit sebanyak mengetahui asas kerja elektrik enjin motor,sekarang kita akan  menajamkan lagi pemahaman kita dengan menyelesai satu masalah iaitu spark plug tak ada api.Sampai disini saya rasa anda sudah mengerti bahwa enjin motor perlukan petrol dan nyalaan api plug untuk dihidupkan.Ada minyak tak ada api..enjin tak boleh hidup,begitu juga sebaliknya.

Oleh itu lazimnya bila motor tak boleh hidup kita selalu periksa minyak petrol terlebih dahulu,jika minyak ada kita terus kena buka spark plug untuk check api.Sekarang ini punca motor tak mahu hidup kita sudah dapat jejak iaitu masalah pengapian (nyalaan) kerana plug tak keluar percikan api bila diuji cuba.Apa perlu kita buat setelah itu? Tukar plug?

Biasanya kalau warna plug hitam tu boleh saja terus tukar plug dan cuba hidupkan enjin.Malangnya walaupun sudah pasang plug baru tapi motor masih tak dapat hidup,jadi bagaimana sekarang ya?

Disitu nampak kita terpaksa buat kerja dua kali,terpaksa buka plug lagi sekali untuk check api.Cara ini adalah tidak tepat,ada aturannya perlu diikuti dan itulah yang akan anda pelajari pada bab belajar mekanik hari ini.Sebelum mulakan,ingat ini untuk motor yang menggunakan sistem Cdi ya dan langkah berbeza untuk sistem Tci dan ini teknik “kung-fu” ya tanpa menggunakan multimeter

 Coil rosak

Gambar coil plug motor plug tak ada api
Coil plug

Langkah pertama kita lewatkan sikit memasang spark plug untuk kita periksa api plug coil dulu.Cabut kepala plug dan test kabel coil plug ke body.Kepala plug juga kadang memberi masalah jadi perlu buang dia terlebih dahulu untuk test coil.

Masih tak ada api? Lihat wayar pada coil plug,cabut dan test wayar hidup tu.Kalau  wayar/kabel tu ada keluar api maka bermakna coil plug rosak dan jika masih tak ada api maka lanjutkan kerja kita buat untuk mencari punca plug tak ada api ini.

Trik untuk mempercepatkan kerja wiring motor ni kita perlu pandai ‘shot cut’ tapi semestinya kita perlu faham benar sistem lektrik motor itu.Seperti yang saya tulis pada post lepas itu,api enjin bermula setelah on switch ialah  dari coil magnet –> cdi –> plug coil
–> spark plug

Kita patut short-cut bila sekirannya  kedudukan komponen lestrik itu agak terkedalam supaya kerja kita lebih cepat siap.Customer tak mahu tunggu lama-lama tuan..haha
Jangan lupa tu..!

Ok,kita berada di plug coil sekarang ini yang mana wayar kepadanya masih tak ada api jadi sudah tentu ke komponen lebih bawah dari plug coil iaitu cdi.nampak?

Tapi kedudukan cdi adalah sedikit tersorok kedalam cover body jadi boleh terus lompat saja ke komponen terakhir iaitu coil magnet yang lebih terkeluar kedudukannya.Bila sudah kenal pasti mana satu wayar hidup coil magnet ke Cdi unit,terus saja cabut soket wayar tu dan test api.

Satu-satunya komponen lektrik motor yang boleh kita test tanpa on switch ialah coil magnet.

Gambar wayar dari coil magnet

Wayar hitam+merah(honda) tak ada api setelah diuji maka jadinya tugas pencarian telah berakhir di mana punca plug tak keluar api ialah kerana coil magnet yang rosak.

Video

Sama macam coil magnet kriss 1

Jadi bolehlah ditukar baru start coil nya. Bagi model ex5 dream, wave, coil magnetnya dalam bentuk fuel coil ya jadi perlu tukar 1 set sama juga macam Modenas kriss 1 punya macam gambar dibawah

Gambar coil magnet kriss 1

Ok andai kata bukan berpunca coil magnet rosak jadinya kita kena berlamaan lagilah dengan motor itu.Kali ini mahu tak mahu terpaksalah membuka cover motor tu cari dimana letaknya cdi.Cdi rosak la jawapannya…?

Belum lagi..! ada hal tersembunyi lagi penyebab masalah api tak ada ni.Sikit lagi ya..teruskan

Api keluar dari coil magnet,wayar ke coil plug tak ada api…yang ditengah-tengahnya ialah Cdi tapi belum boleh terus pergi beli Cdi baru dan tukar,perlu check lagi.

Jangan lupa pulser coil..

Mungkin juga kunci..

Kita bersambung lagi pembelajaran ini di post seterusnya,kunci rosak

Spark Plug hitam punca motor semput

Gambar spark plug hitam motor semput

Spark plug atau palam pencucuh berfungsi sebagai penyala api untuk membakar minyak + udara bagi membolehkan enjin hidup dan menggerakkan motor.Bagi mekanik spark plug itu itu dapat mencerminkan bagaimana cara enjin motor anda bekerja dari segi kondisi iaitu samada baik atau tidak baik.Contohnya spark plug anda berwarna hitam adalah kesan dari pembakaran yang tidak sempurna.

Biasanya motor dengan spark plug hitam anda boleh kesan semasa anda menunggang lagi.Tanda-tanda yang akan kelihatan adalah seperti enjin selalu mati(tak ada timing) selepas dibiarkan beberapa minit dalam keadaan idle/melahu/tanpa main throttle.Semasa berjalan pula motor terasa tersengguk atau semput pada kelajuan rendah,biasanya.Terakhir sekali iaitu semasa keadaan semakin parah ia menyebabkan enjin mati dan motor tak boleh start (spark plug mati/plug ‘kong’).

Sebenarnya punca spark plug hitam agak rumit untuk dinyatakan secara total.Motor itu perlu dibuat pemeriksaan menyeluruh dari segi sistem nyalaan seperti Cdi,coil magnet serta coil plug,karburator,ekzos (motor 2-stroke) dan juga bahagian dalaman enjin.Tapi di bawah adalah asas ciri warna plug hasil dari kesan kerosakan pada beberapa komponen enjin tertentu;

Spark plug hitam berkarbon

Gambar plug berkarbon

Spark plug berkarbon hitam selalu menunjukkan pemasalahan pada karburator termasuk sistem penapis udara,atau berlaku apabila cdi rosak,coil plug atau coil magnet yang rosak.Cara atasi masalah ini adalah dengan melakukan servis biasa pada bahagian karburator atau menukar ganti coil yang rosak itu.

Spark plug hitam berair petrol

Ini adalah lanjutan dari masalah di atas bererti berlaku setelah keadaan sudah parah.Keadaan plug hitam itu kini kelihatan berair,dan apabila dihidu ia adalah petrol.
Selain dari yang sudah dinyatakan itu ia juga berpunca masalah karburator banjir/overflow atau kebocoran injap enjin.

Larasan karburator yang tidak tepat juga punca kenapa plug berair petrol.Ini khas berlaku pada motosikal yang dibuat modifikasi.Penukaran jetting dapat baik pulih masalah ini.

Spark plug berminyak hitam

Gambar spark plug berair

Pada motor 4-stroke ia adalah akibat masalah seal penghalang minyak hitam rosak seperti Valve Seal,Ring Piston atau juga berlaku selepas gasket head pecah.Plug kelihatan berminyak kerana minyak hitam yang lolos ke ruang atas kepala piston itu tidak terbakar oleh api spark plug.lama kelamaan ia mengakibatkan  plug shot (plug mati).

Bagi motor 2-stroke pula ia adalah berpunca dari seal di dalam enjin.Oil crankshaft bocor atau pecah ialah penyebab minyak hitam masuk ke ruang bakar enjin bercampur bersama dengan petrol.Enjin perlu dibuka untuk menggantikan oil seal.

Pilih Spark Plug yang baik supaya tidak rugi

Gambar spark plug yang baik

Kerugian sekali bila plug menjadi hitam ialah boros minyak petrol dan jangkahayat plug lebih singkat.Kesan lain lagi ialah kehilangan kuasa enjin (motor tak laju) dan hilang keselesaan semasa menunggang kerana masalah yang diterangkan seawalnya tadi.

Spark Plug berwarna hitam juga terjadi kerana pemilihan  spark plug yang tidak bersesuaian,yang paling utama sekali kod nombor plug itu.Kalau plug yang di cadangkan untuk motor anda adalah NGK C6,penggunaan plug C7 boleh mengakibatkan hujung plug jadi hitam.Ini kerana spark plug C7 adalah lebih sejuk dari C6.Biasanya plug lebih sejuk sesuai untuk motor yang selalu ‘kerja keras’.Spark plug yang terbaik sekali untuk motor ialah ‘recommended’ dari pengeluar motor anda kerana pilihan kurang tepat akan mengganggu sistem enjin kadang menjadi punca kerosakan teruk.

Cakap Pomen Motor
Jadi eloklah dihantar servis jika motor anda plug sudah jadi hitam kerana ia adalah petanda gangguan pada sistem operasi motor anda”.

Salah saiz spark plug

Isu kesalahan pemilihan plug panjang pada motor 4-stroke

Salam,

Tempat Spark plug adalah pada Head Cylinder mana-mana enjin bermotor.Bagi enjin motor 4-stroke di dalam Head terdapat beberapa komponen kerja enjin seperti Chamshaft dan Valve namun sebiji plug tidaklah menganggu komponen tersebut sehingga ada kesalahan pada ukuran saiz  plug itu.

Spark plug dikeluarkan oleh pengeluar seperti ternama NGK, Denso adalah berlainan saiz mengikut jenis motor contohnya Yamaha rxz B8es,Y100 Bp7hs,lagenda 110 c6,Honda c70 c6 dan Wave 125 guna CPR6EA-9 (NGK).Saya tidak mahu pergi jauh tentang saiz plug motor anda kerana anda boleh cek sendiri di buku panduan pengeluar motor anda pakai itu,apa yang yang saya mahu ulaskan di sini ialah mengenai isu salah masuk Spark Plug.Maksudnya di sini ialah motor menggunakan plug berlainan dari asal,bukan dari segi jenama plug tapi dari segi saiz plug.

Sebagai contoh anda boleh lihat sendiri diameter plug untuk motor Honda Ex5 dengan Lc 135,jelasnya jika dilihat dengan mata kasar ia adalah sama cuma yang membezakan keduanya ialah ukuran panjang pada benang plug itu.Panjang benang itu adalah yang paling penting sebenarnya.

Gambar plug motor

Sebelum ini saya ada terbitkan tantang masalah thread plug rosak dan hari ini ada satu lagi isu baru mengenai Spark plug atau bahasa bukunya ialah palam pencucuh.

Jadi,semalam saya dapat satu kes salah masuk Spark Plug pada motor Modenas kriss yang sepatutnya menggunakan plug dengan kod c6 atau c7 tapi tersilap menggunakan plug cpr6.Kesannya membuat owner garu kepala..”kenapa motor aku tak mahu hidup padahal guna plug baru,tadi plug lama elok saja hidup cuma sempot sikit saja..”

Jadi saya pun seperti biasa lah
periksa apa masalahnya..hasil pemeriksaan yang saya buat pada motor itu,bahagian api tak ada masalah cuma motor saja tak ada ‘compression’.Motor tak ada compression datangnya dari bahagian pembakaran,jadi langkah seterusnya ialah dengan membuat Top Overhaul.

Kesan salah guna Spark Plug

Setelah selesai  membuka komponen Top,saya dapati benang plug tadi sudah melebihi kedudukan yang sepatutnya.Kesannya ialah Valve sudah terkena pada bahagian bawah plug itu.Apa jadi bila Valve terkena plug?

Valve bengkok!..kalau valve bengkok makanya pasti Valve bocor dan apabila Valve bocor seterusnya akan mengakibatkan enjin hilang compression dan enjin tak mahu hidup.

Pada masa sekarang sebiji plug NGk berharga sekitar
RM 5 untuk plug saiz C6 dan jika dibandingkan dengan kos membuat Top Overhaul ia adalah berlipat kali ganda.Jadi amatlah merugikan kepada pemilik jika perkara ini terjadi.

Mengapa terjadi? Kemungkinan kita tak memeriksa terlebih dahulu panjang plug tersebut, walaupun kita merasakan telah  membeli plug yang benar untuk motor kita sebaiknya buat pemeriksaan semasa memasang plug.Jadi,tolong ya..motor sendiri ke atau kalau nak tolong orang tepi jalan tu sila ukur panjang plug yang dia pakai adalah sama dengan plug yang kita mahu pasangkan itu.

Suka saya jelaskan lagi sempena anda berada di sini tentang begaimana Valve boleh terkena plug yang salah saiz itu.Lihat gambar di bawah ini

Gambar kesan plug

Keterangan: Valve adalah bergerak secara turun naik semasa enjin beroperasi

Pilih plug yang betul

Cakap Pomen Motor ” Harap anda sudah mendapat sedikit info pada hari ini dan semoga anda pilih spark plug yang betul untuk motor anda yang sampai tersalah guna plug.

Pada motor 2 lejang kesalahan pemilihan plug yang diguna pakai tidak mendatang masalah sebegini tapi hati-hati jika pada 4-stroke kerana ia adalah perkara serius.”

Benang spark plug rosak

Gambar benang spark plug motor rosak

Benang plug motor sahabat kita rosak

Salam pembaca,

Baru beberapa bulan lepas saya ada tulis mengenai cara tukar spark plug motosikal malangnya hari dapat satu berita masalah benang plug motor rosak dari seorang pembaca blog ini.Agak sedih maklumat yang saya beri tidak kesampaian.lihat apa yang berlaku pada motor sahabat kita.

Gambar lubang benang plug motor
Keluhan sahabat kita

Sekarang motor sahabat kita ini perlu dibuat Top Overhaul untuk membuat benang lubang plug baru.Habis juga 100 lebih sahabat kita ni nanti 🙁
5 ringgit punya hal sudah jadi seratus,masa lagi terbuang motor tersadai kat bengkel.

Punca benang rosak adalah pada cara kita pasang plug itu sendiri.

Sekarang kepada yang belum pernah alami perkara seperti itu berlaku,harap berhati-hati semasa menukar plug motor. Elak berlakunya masalah benang spark plug rosak ini.