Servis motor modenas Elegan 150cc

Gambar Modenas Elegan 150

Salam pembaca – Kalau anda adalah pengguna motor skuter Modenas Elegan ini adalah artikel khas untuk anda.Seperti sebelumnya pasti ada post tentang kerja harian pilihan dari bengkel MarmanWorkshop yang CPM akan kongsikan untuk anda disini dan post hari ini ialah kerja men-servis skuter Elegan 150cc  yang mengalami masalah sempot ketika berjalan.Sempot bukan sikit ya,langsung tak boleh laju..pulas minyak enjin jadi macam ‘letop-letop’.

Langsung saja jadi langkah membuat servis motor keluaran Modenas ini bermula pada bahagian karburator

Gambar ketika membuat Servis
Gambar karburator elegan

Proses servis

Semua bahagian dalaman karburator  dileraikan,di cuci bersih,lubang-lubang jetting,injap semua saya ‘kasi tembak’ supaya tak ada yang tersumbat.Maaf tak sempat ambil gambar lah!

Ok,selepas siap servis karburator saya terus pula servis air filter.Agak kotor juga bahagian ini semasa dibuka,pastinya owner banyak guna laluan berdebu.Sepatutnya air filter perlu digantikan apabila tersumbat dan memandangkan alatganti Elegan kehabisan stok ditambah kesuntukan masa untuk mencarinya jadi saya bersihkan saja dan pasang balik.

Gambar air filter elegan 150cc

Tugasan terakhir servis ialah tukar minyak enjin dan minyak gearnya.Minyak enjin saya guna Castrol Skuter Activ supaya memenuhi kehendak enjin motor jenis skuter ini.Plug baru dan masih berkeadaan baik jadi saya tak tukar ya!

Selesai sudah semua proses servis Elegan yang sempot ni tapi belum siap satu lagi perkara tambahan iaitu masalah leaking pada bahagian enjin sebelah magnet dia.Bocor minyak hitam disebabkan gasket pecah jadi perlu membuat penukaran gasket baru.

Gambar tukar gasket magnet elegan

Masa yang diambil kira-kira setengah hari juga untuk melakukan semua proses servis.Setelah siap langkah terakhirnya ialah uji cuba dan masalah yang dihadapi Modenas Elegan ini sudah tiada lagi,kembali bertenaga..laju juga juga ya motor ni..rasanya kalah kebanyakan skuter 125cc yang popular kat Malaysia ni 😉

Apa punca sebenarnya jadi semput ialah berkenaan sistem karburator yang gagal berfungsi dengan baik berikutan ada injap-injap dalaman karburator yang tersumbat kesan dari perjalanan harian jadi membuat servis adalah cara pemulihannya.Kepada anda pemilik skuter Modenas Elegan harap dapat sedikit info pada post kali ini dan kita bertemu lagi dikesempatan pada masa akan datang dengan tajuk berlainan pula..wassalam.

Pakej Servis motor,mekanik buat apa?

Gambar servis motor

Servis karburator ataupun servis enjin tapi apa maksud dia?

Selain menukar minyak enjin serta plug,anda juga boleh memilih untuk membuat servis motor anda pada waktu yang sama.Terdapat 2 jenis servis dengan pakej berbeza yang boleh anda pilih samada servis biasa atau full servis.

Kepentingan membuat servis sebenarnya adalah untuk mengembalikan kesehatan motor yang telah digunakan supaya mencapai standard asal keluarannya.Tapi jangan mengharapkan lebih,mengharapkan motor lebih laju seumpamanya kerana itu ialah kerja menaiktaraf (upgrade) motor.Servis motor boleh di ertikan sebagai satu langkah kerja membuat pemeriksaan pada bahagian tertentu pada motor bergantung kepada jenis servis yang anda pilih ,jika terdapat kerosakan
maka mekanik akan memperbaikinya atau menukar alatganti lain dan anda akan dikenakan caj bayaran lain ke atasnya selain kos servis.


Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh mekanik semasa servis motor adalah terbahagi kepada 2 pakej iaitu servis biasa dan full servis.Cara membuatnya pula terpulang kepada jenis enjin pula samada enjin jenis 4-lejang atau 2-lejang.

Pakej servis motor 4-lejang(stroke)

Servis biasa;

  • Servis karburator
  • Servis/tukar penapis udara tukar
  • Tukar minyak enjin
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar

Full Servis;

Semua item pada servis biasa dan pakej tambahan;

  • Cuci kepala piston
  • Cuci Head Cylinder
  • Grind Valve
  • Laras Tappet
Gambar servis motor 4-stroke

Apabila anda memilih membuat full Servis ia adalah termasuk membuat Top Overhaul.Full servis tidak digalakkan dibuat pada motor baru atau kondisi masih baik sebaliknya dibuat pada motor yang agak berusia dan telah kehilangan kuasa.Disini mekanik dapat kesan kondisi  barangan dalaman enjin samada masih boleh digunakan atau perlu digantikan baru.Tapi ia terpulang atas kemahuan anda
mengikut ‘bajet’ yang ada 🙂

Servis motor 2-lejang

Servis biasa;

  • Cuci karburator
  • Cuci silencer ekzos
  • Cuci air filter/tukar
  • Tukar minyak  enjin
  • Tukar plug
  • Periksa bateri
  • Periksa nyalaan lampu,horn
  • Periksa regangan rantai
  • Periksa brek
  • Periksa angin tayar

Tiada perbezaan di antara servis biasa untuk motor 4-lejang dengan 2-lejang kecuali
satu kerja tambahan iaitu pada bahagian silencer ekzos.
Kita lihat pula kerja yang dibuat bila anda memilih membuat full servis

Servis penuh/full servis;

  • Semua kerja pada servis biasa
  • Membersihkan kepala silinder(piston)
  • Servis blok
  • Buang karbon Ekzos
Gambar servis motor 2-stroke

Item-item didalam pakej servis motor untuk 4-lejang ataupun 2-lejang boleh ditambah atau ditolak berpandukan apa yang mekanik syorkan.

Bagaimana dengan servis percuma?

Servis motor percuma adalah bermaksud mekanik tidak akan mengenakan sebarang bayaran ke atas kerja yang telah dibuat melainkan hanya barangan  yang ditukar perlu dibayar(harga jualan) contohnya minyak enjin,plug serta gasket.Jika harga jualan minyak enjin ialah RM20 maka itulah kos yang anda perlu bayar,tidak ada tambahan RM 2 sebagai upah tukar.. 🙂

Biasanya servis percuma diperolehi beberapa kali  jika anda sebagai pembeli motor baru.Ia dikira saguhati dari kedai jual motor tersebut dan anda mungkin perolehi servis percuma sebanyak 2 kali di situ.Kadang juga terdapat servis percuma di mana adanya promosi jualan barangan motor atau pameran motor misalnya daripada pihak bengkel tertentu.Kebanyakan pakej servis percuma adalah jenis servis biasa bukan full service.

Manfaat selepas membuat servis

Jika semua kerja dibuat sempurna pastinya selepas motor di servis anda akan mendapati perbezaan,motor anda lebih ‘segar’,perjalan lebih lancar dan kembali seperti bertenaga mengikut standard asalnya.Manfaat lain membuat servis (full service  ) ialah anda dapat mengesan dari awal berkemungkinan telah menimpa pada motor anda tanpa disedari (elak kerosakan lebih berat berlaku).

Kekerapan membuat servis

Kekerapan membuat servis bergantung kepada faktor berapa jauh perjalanan anda lalui atau juga di atas faktor keadaan jalanraya yang kerap dilalui,contohnya anda kerap melalui jalanraya agak berdebu maka adalah lebih kerap anda dituntut menservis motornya.

Kadang anda tidak perlu menunggu waktu sama dengan waktu menukar minyak enjin,anda boleh buat lebih lebih awal jika dirasakan perlu.Soal minyak adalah salah satu item dalam pakej servis tidak menjadi halangan,ia boleh di tolak (ditangguh tukar).Begitu juga dengan item-item  yang lain.

Cakap Pomen Motor ” semua item-item dalam pakej membuat servis adalah penting untuk penjagaan motor,disyorkan anda memantaunya setiap hari sebelum perjalanan..”

Sekejap! 5 minit baca cara jaga motor sendiri

Gambar hiasan  cara jaga motor sendiri

Cara jaga motor sendiri

Sekejap ya..saya ambil masa anda 5 minit saja untuk baca cara jaga motor sendiri..OK saya mulakan ya..Saya ni bukan expert sangat pasal motor tapi saya ada sesuatu yang nak kongsikan kepada anda pengguna motor yang mungkin bermanfaat untuk anda mengenai cara jaga motor sendiri.Bukan apa sebab saya rasa ramai pemilik motor tak kisah la pakai motor lama ke atau motor baru dibeli sebentar tadi meraka masih dengan title tak tahu apa tentang motor.

Dengan sifat prihatin saya hari ini saya nak cuba bantu anda terangkan serba sedikit tentang penjagaan motor anda sendiri supaya nanti  motor untuk kesenangan bergerak kesana kemari tak menjadi beban anda dikemudian hari dan juga beli tentu mahal kan..:)

Okay sebenarnya penjagaan motor ni sempoi saja ..pertama jika anda pakai motor jenis 4 T (motor yang ekzos tak berasap seperti motor 2t) seperti motor ex5,dash,Yamaha lc 135 atau motor skuter ego ini semua motor 4 t (4 stroke) cara menjaganya cukup mudah dan bergantung dimana kedudukan anda 1 adakah anda jenis orang rajin ke bengkel untuk servis motor atau 2 anda orang yang sibuk juga tak suka remeh temeh dengan motor.

Bagi nombor 1 saya tak panjang lebar tulis panduan ini dan tentu anda dapat tips terus dari mekanik anda tiap-tiap bulan jadi fokus saya lebih kepada pengguna motor nombor 2.

Tips penjagaan motor 4 t untuk anda supaya jangkahayat enjin motor tahan lebih lama

Motor 4-stroke menggunakan pelincir ia sendiri dan kita sebut Minyak 4t.Minyak hitam 4t perlu ditukar mengikut jangkamasa tertentu untuk motor cub kita masa tukar minyak hitam ialah 1000km jarak perjalanan pada odometer motor anda.Kalau pakai minyak hitam mahal boleh jarakkan sikit waktu tukarnya sampai 2000km-3000km sebabnya pelarut dalam minyak 4t yang baik lebih tahan lama.

Kerap tukar minyak hitam

Berapa bulan sekali tukar minyak hitam? Kalau nak ikut saya sila tukar minyak hitam sebulan sekali bawa motor untuk ulang-alik kerja kat kampung sendiri.Motor 4t ni minyaknya lebih cepat terkesan tak macam motor 2t  belanja minyak hitam lebih jimat,3 bulan tukar pun masih kuning lagi tak hitam lagi.Pada motor 4t dalam masa sebulan saja dah teruk hitamnya sebab itu saya sarankan ambil masa terluang pada hujung bulan anda pergi menukar minyak hitam motor anda,tak lama sangat kalau mekanik  buat,dalam masa 10 minit dah siap ganti minyak 4t motor anda itu.Klac,bearing-bearing enjin,piston,rod semuanya bergantung ketahanannya pada minyak hitam.Jadi cuba jangan abaikan satu perkara ini-minyak hitam-

Gambar hiasan cara jaga motor sendiri
Gambar hiasan

Tukar spark plug dalam ditetapkan

Spark plug adalah pembakar bahan api motor bermakna ada minyak kalau tak ada api plug motor tak boleh hidup.Akan tetapi bukan bermakna perlu tunggu sampai motor tak boleh hidup baru nak tukar plug.Tempoh waktu untuk servis plug pada kondisi standard motor ialah 4000km satu kali tukar disarankan oleh pengeluar untuk motor cub 4-tak.

Selepas tempoh itu plug semakin lemah menghasilkan nyalaan ada pula jangkahayat plug motor habis lebih awal atas sebab musabab tertentu cohtohnya plug shot terkena air ataupun atas faktor kecuaian kita lupa tutup choke minyak dan pelbagai lagi.

Jangan gunakan plug yang sudah rosak atau lemah kerana ia adalah punca pembakaran tak sempurna didalam enjin.Hasilnya dalam masa jangka panjang akan mengakibatkan enjin berkarbon hitam,lanjutan dari hal ini akan mengakibatkan lubang-lubang injap tersumbat,valve bocor dan hilang kuasa enjin.Harga sebiji plug motor hanya RM 5..apa salahnya gantikan sekali semasa tukar minyak hitam agar plug sentiasa segar 🙂

Kesimpulan

Terakhir sekali ialah jaga bateri bermakna anda sudah menjaga sistem nyalaan lampu,horn motor anda.Isikan air bateri jika bateri lemah dan sebolehnya periksa seminggu sekali semasa tarik rantai motor kat bengkel tu..dan minta mekanik cek bateri sekali OK.

3 perkara saja cara jaga motor 4 tak ni,motor ini tak perlu isi 2t dah dan tak perlu servis cuci ekzos.Harap anda dapat buat dengan mudah walaupun agak sibuk dengan urusan harian.Keselesaan dan keselamatan ketika menunggang juga satu urusan..dan terima kasih kerana luangkan waktu 5 minit anda untuk baca artikel cara jaga motor sendiri ini..jumpa lagi..

servis motorsikal?tak usah repot!

Di antara perkara paling mustahak semasa buat servis motor

Sahabat..Berapa lama sekali servis motor kapcai sahabat,1 bulan sekali,2 bulan sekali,3 atau lebih baru buat sekali?.Takpe la kot janji servis jangan tak servis sudah.Kalau ikut buku panduan motor,pengeluar cakap waktu servis motor ialah 16000km perjalan pada odometer atau lebih kerap jika laluan yang digunakan berdebu,lembap atau bawa motor secara pendikit penuh(pulas minyak habis).

Akan tetapi saya disini hari ini tak mahu repot-repot untuk tulis berkenaan jadual waktu servis motor,servis berkala dan sebagainya disebut disini hanya nak kongsikan kepada sahabat tentang perkara apa yang paling mustahak perlu dibuat semasa kerja kerja servis motorsikal ni.

Perkara apa yang mustahak ketika servis motor?.Ya,kalau nak diikuti semua komponen motor perlu diservis dari hujung throttle hinggalah ke hujung roda semuanya perlu di-servis.Akan tetapi perkara utama dan paling mustahak dilakukan ketika men-servis motor yang akan saya kongsikan kepada sahabat adalah seperti dibawah.

Perkara servis paling mustahak

1-minyak hitam
2-brake depan belakang
3-tayar dan angin tayar
4-penapis udara
5-rantai spoket(sprocket)
6-bateri

 Cek minyak hitam

gambar dipstik
Menggunakan dipstik

Cek/periksa minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Ini adalah baik sebagai langkah berjaga jaga  dengan perkara diluar jangkaan seperti kebocoran minyak hitam atau minyak hitam kering.2 cara periksa minyak hitam yang mudah dilakukan iaitu dengan melihat pada cermin kecil penanda aras/level minyak hitam(ikut jenis motor) atau menggunakan penyukat dipstik.Kekerapan waktu tukar minyak hitam bergantung jarak perjalanan motor dan juga jenis minyak hitam yang digunakan.

Cek brake depan belakang

Tentang cara periksa cek brek motor depan dan belakang telah saya ulas pada postingan lepas boleh klik link diatas untuk baca.

Cek tayar dan angin tayar

gambar tayar botak
Jangan pakai tayar yang dah botak

Jangan terus gunakan tayar motor yang dah haus,retak atau botak kerana ia merbahaya.Bunga tayar haus menyebabkan tiada lagi cengkaman ketika membrek juga amat merbahaya dengan keadaan jalan yang berbatu.tayar boleh pecah atau pancit.Untuk keselesaan dan keselamatan sentiasa cek tekanan angin tayar dan tukar tayar yang sudah botak kepada baru.Jangan lupa juga cek tekanan angin tayar setiap kali memulakan perjalanan.

Cek regangan rantai

gambar cek air bateri
Regangkan rantai yang dah kendur ini

Rantai motor jatuh kerana rantai kendur atau gigi spoket rosak.Jadi untuk elakkan rantai jatuh sila periksa regangan rantai dan minyakkan jika perlu.Bergantung juga pada kualiti,sahabat boleh tukar rantai spoket set baru pada jarak 3000km.

Cek air bateri

gambar cek air bateri
Pastikan air bateri barada pada level ini

Yang terakhir tentang perkara paling penting ketika servis motor ialah cek air bateri.Cek paras air bateri seminggu sekali dan jika kurang tambahkan air.bateri sel kering  tidak boleh ditambahkan air sebaliknya perlu di-charge semula sekiranya ia lemah.Dengan berbuat demikian sahabat sebenarnya telah menjaga sistem elektrik motor sahabat iaitu membabitkan lampu lampu dan horn.

Selain 6 perkara utama didalam kerja servis motor diatas,banyak lagi benda yang perlu di buat masa servis motorsikal.Tapi tak usah dirunsingkan perkara itu serahkan saja kepada mekanik untuk mengesan masalah dengan teknik menguji cuba motor sahabat.

Nah,mudah bukan! Ingat 6 perkara saja dan berikan perhatian selalu.Perkara perkara ini adalah kewajipan dan tanggungjawab…sahabat.Mekanik hanya membantu,manager-nya ialah sahabat.Oh ya,jika sahabat suka untuk buat servis sendiri sahabat boleh mendapatkan sedikit tips dan skil baiki motor di blog saya lagi satu.klik link diatas! Ok la sahabat sekian saja bual saya mengenai perkara paling mustahak dalam kerja servis motosikal.Harap berjumpa lagi di masa akan datang dengan isu lebih menarik..insyallah

Sponsored links

Servis motor

Kita sudah melangkaui bab 1 tukar tayar motor sekarang bermula


Bab 2 | servis motor

Isu kedua dalam belajar repair motor ialah mengenai servis motor.Pada hujung bulan atau awal bulan bengkel motosikal bakal dipenuhi dengan pelanggan yang mahu servis motosikal mereka.Kerana permintaan servis tinggi kita dahulukannya pada bab Kali ini.

Gambar belajar servis motor

Apa itu servis motor, bahagian apa perlu diservis?

Maksud servis motor yang dimengertikan oleh mekanik ialah menyelaraskan semula kondisi motor.Hanya bahagian-bahagian yang perlu sahaja dibuat servis.Bahagian yang akan mengalami perubahan apabila motor kerap digunakan.

Cara buat servis

Pastikan anda sediakan bahan-bahan untuk servis motor seperti dibawah;

  • minyak hitam
  • Spark plug
  • air bateri

Bab-3

Mulakan dengan membuang minyak hitam lama dahulu.Sementara itu buka karburator dan penapis udara lalu cuci kesemuanya.cuci bahagian dalaman karburator juga dan pasang dengan betul.Setelah selesai servis karburator dengan penapis udara mula cek air bateri pula.Pastikan aras air bateri diisi mengikut level yang ditetapkan.Cek juga fius bateri,ganti baru jika fius putus.Dah selesai bateri lanjutkan ke bahagian roda pula.Periksa ketegangan rantai motor  dan juga pastikan brek depan belakang semua cukup dan tak bermasalah .Dan yang terakhir pasang bateri dan isi minyak hitam baru.

Mula hidupkan enjin selama beberapa minit.Periksa semua lampu berfungsi,lampu depan belakang,lampu signal,horn semua adalah penting untuk keselamatan.Cek juga jika ada kebocoron pada bahagian enjin.Tayar juga harus dipastikan berada dalam keadaan baik,begitu juga dengan angin tayar harus cukup.

Cara ini dikira full servis bagi sesebuah motor 4t dan ia sedikit berbeza dengan full servis motor 2t.Itu sahaja pembelajaran  tentang cara servis motor Kali ini.Sambungan kita akan beralih ke tajuk yang lain pada bab akan datang! Insyallah.