Taps buat thread skru Minyak hitam motor

gambar taps buat benang skru thread

MarmanWorkshop– Dipercayai masalah penyebab  lubang skru/plug minyak hitam loose ialah membuka ketika enjin masih panas,terlebih mengetatkan skru atau posisi skru agak senget ketika dimasukkan.Kesannya akan menyebabkan benang lubang minyak hitam itu jadi rosak dan skru tidak dapat diketatkan dengan sempurna untuk menutup laluan keluar minyak itu.

Sebagai langkah pembaikan untuk mengatasi minyak hitam basah ditempat parking,anda perlu membuat semula thread skru yang rosak itu dengan menggunakan tap .Kos pembaikan untuk kali pertama apabila lubang loose adalah murah kerana  hanya perlu rethread buat benang baru dan  menggantikan dengan skru saiz S1 dan masalah anda sudah selesai.

Alat untuk membuat thread skru loose untuk kegunaan mekanik ini ada dijual bersama MarmanWorkshop.Taps thread original Japan khas untuk kegunaan mekanik untuk kerja yang berulang.

Beli online di kedai saya Shopee
– terima kasih support-

Benang spark plug rosak

Gambar benang spark plug motor rosak

Benang plug motor sahabat kita rosak

Salam pembaca,

Baru beberapa bulan lepas saya ada tulis mengenai cara tukar spark plug motosikal malangnya hari dapat satu berita masalah benang plug motor rosak dari seorang pembaca blog ini.Agak sedih maklumat yang saya beri tidak kesampaian.lihat apa yang berlaku pada motor sahabat kita.

Gambar lubang benang plug motor
Keluhan sahabat kita

Sekarang motor sahabat kita ini perlu dibuat Top Overhaul untuk membuat benang lubang plug baru.Habis juga 100 lebih sahabat kita ni nanti 🙁
5 ringgit punya hal sudah jadi seratus,masa lagi terbuang motor tersadai kat bengkel.

Punca benang rosak adalah pada cara kita pasang plug itu sendiri.

Sekarang kepada yang belum pernah alami perkara seperti itu berlaku,harap berhati-hati semasa menukar plug motor. Elak berlakunya masalah benang spark plug rosak ini.