karburator Ts 125 original video review

gambar karburator ts 125 original

Karburator Ts 125 adalah satu jenis karburator motor yang cukup popular diguna pakai dikalangan kaki modifikasi motor cub 4-stroke. Motosikal seperti Honda cub, ex5, lagenda, kriss atau Yamaha lagenda, lc dan lain-lain cukup sesuai dan serasi dengan karburator motor dari Mikuni ini.

Sebab ia cukup diminati ialah kerana ia mudah dipasang, ditala/setting, oleh itu ia sering menjadi pilihan mereka berkenaan. Tapi pastikan anda beli yang original

karburator ts original kedai

Memandangkan asalnya karburator ini adalah milik motosikal Suzuki Ts 125 keluaran lama jadi untuk mendapatkan karburator 100% original motor tidak mungkin diperolehi lagi tetapi kita boleh lagi mendapatkan original Ts aftermarket dimana-mana kedai sparepart.

Iya… yang original adalah yang terbaik kerana sering kali karburator ‘murah’ mendatangkan masalah tiada timing, susah setting dan sebagainya

spesifikasi karburator ts

Membezakan yang original dengan tiruan adalah ciri-ciri pembuatan dan perfoma nya bila kita pasang pada motor. Tak ada masalah timing tak lekat, anda boleh setting ke tahap maksima.
 
video
https://youtu.be/XOgkjnuMF5Y
 

Oleh itu di sini ade sedikit review melalui rakaman video mengenai spesifikasi karburator Ts 125 original kedai yang saya buat untuk anda. Jika berminat untuk membeli boleh hubungi saya atau boleh juga beli disini harini… terima kasih salam jumpa lagi

Video review carburetor baru Honda c70

Karburator motor Honda c70

Salam, khas untuk pemilik motor Honda cub c70 mengalami masalah pada karburator yang perlu digantikan dengan yang baru, disini CPM syorkan anda membeli sebiji karburator baru jenama ini.

Carburetor buatan Honda Thailand ini adalah murah untuk dibeli sebagai pilihan utama pada masa sekarang yang mana karburator buatan Japan sukar untuk diperolehi dan harganya yang mahal. Jadi inilah karburator terbaik untuk dipakai pada motor anda.

Enjin tidak mati lagi selepas tukar karburator

Beberapa hari yang lalu dibengkel Marmanworkshop, sebuah motor Honda c70 yang mengalami masalah semput dan mati plug(plug jadi hitam) dikenal pasti berpunca daripada kerosakkan karburator. Jadi penyelesaian adalah perlu menggantikan karburator yang rosak itu dengan yang baru.

Setelah dipasang siap dengan karburator ini hasilnya adalah positif, tiada lagi masalah semput dan timing pun cantik,tak ada enjin mati-mati lagi. Saya cukup puas hati dengan jenama ini dan syorkan anda membelinya. Di bawah saya ada video review-nya yang anda boleh lihat hasilnya setelah dipasang dan jangan lupa lihat ciri-ciri karburator ini, pastikan ia sama jika membelinya nanti.

Gambar ciri karburator c70 pandangan sisi kepunyaan baikimotor.com
Pandangan sisi
Gambar pandangan hadapan karburator c70 kepunyaan baikimotor.com
Pandangan hadapan
Video

Semoga review kali ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari secara online tentang karburator jenama apakah yang murah lagi terbaik untuk Honda c70 kesayangan anda itu. Tak suka yang standard macam ni boleh cuba tengok carburetor wave 125 yang telah saya review sebelum ini, boleh pJangan lupa follow blog baikimotor.com untuk pelbagai lagi review alatganti motor selepas ini. Wassalam

Review Carburetor Honda Wave125 original berbeza dengan tiruan

Salam, baikimotor.com share skit khas untuk pembaca blog ini sahaja sebuah video review perbezaan carburetor original Honda wave125 sama carburetor tiruan. Semoga dapat memberi manfaat terutamanya kalau mahu beli carburetor baru wave 125 ni.

Ini bukan artikel untuk menggerunkan pembaca tapi sekadar mahu tunjuk kelebihan menggunakan carburetor motor jenama ori/asli dari pengeluar berbanding yang tiruan. Tiruan pun boleh pakai tak lah secantik yang ori, kebanyakkan efek menggunakan carburetor tiruan ni enjin pandai mati sendiri bila tunggu trafik light contohnya, macam carburetor rosak padahal yang baru. Kadang boleh dapat yang ok tapi tengok nasib la kann…

Walaupun harga mahal 2 kali ganda antara keduanya tapi
Carburetor original wave 125 ni betul-betul timing cantik, sekali pasang saja tak perlu buka banyak kali setting mainjet pilot jet.

Kalau tonton video ni anda boleh melihat ciri-ciri perbezaan carburetor ori wave dengan tiruan ni. Sendiri lihat ye

Video

Update artikel terbaru: review carburetor wave copy ori

Karburator Mikuni Rxz 135 ori kedai

Gambar ciri-ciri karburator Rxz ori

Salam- bro kalau nk tukar karburator baik beli yang original. Sebabnya karburator ni ialah satu alat suapan bahanapi untuk enjin motor dan ia amatlah sensitif dan kritikal. Barangan tiruan amatlah murah tapi jujur saya cakap dari pengalaman saya sebagai mekanik motor ia adalah amat merugikan dikemudian hari,silap-silap bro terpaksa beli karburator baru lagi.

Gambar karburator baru Rxz
Gambar sisi kanan karburator Rxz
Gambar sisi kiri karburator Rxz

Karburator Rxz 135 original

Gambar karburator Rxz pada motor 125z

Kebiasannya yang pakai motor Yamaha 125z, karburator Rxz adalah pilihan klasik untuk motor mereka. Kelebihannya berbanding karburator motor lain ialah ia mudah untuk dipasang terus pada 125z(sedikit pengubahsuian pada cable minyak) dan juga ia mudah untuk di setting.

Hari karburator Rxz 135 ori kedai ini dijual pada harga RM250 seunit. Perhatikan ciri-ciri karburator ori ini pada gambar yang saya kongsikan. Jadi bro kalau berkenan dihati dengan untuk membeli karburator baru Rxz yang tidak ada masalah,terbaik bolehlah hubungi MarmanWorkshop hari ini.Sekian terima kasih.