Crankshaft oil seal Yamaha 125z

Gambar crankshaft oil seal

MarmanWorkshop- Crankshaft oil seal atau flywheel oil seal(kiri) akan menyebabkan enjin hilang ‘compression’ dan sebelah kanan (clutch) yang rosak pula juga tambahan akan menyebabkan plug hitam.Jadi itulah antara punca motor 2-stroke(2t) anda hilang kuasa,timing kejap tinggi kejap rendah malahan menjadi punca motor tak mahu hidup bilamana ia tercabut atau pecah teruk.

Seperti kes hari ini di bengkel saya-Yamaha 125z yang ‘power’ semakin ‘drop’ dan selepas diperiksa kelihatan ada ada leaking pada bahagian oil seal crankshaft sebelah magnet/flywheel  motor ini.

Gambar oilseal belah magnet 125z
Oil seal magnet

Mujurnya kalau 125z anda bocor oil seal pada enjin sebelah magnet kerana boleh tukar dari luar saja tapi kalau sebelah clutch pada motor jenis Yamaha satu ni kenalah buat overhaul sebab oil seal nya perlu dipasang dari dalam..:)

Jual crankshaft oil seal original  125z

Gambar oil seal original Yamaha

Saya lebih suka memilih alat ganti motor yang berkualiti khasnya yang [email protected] dari pengeluar motor tersebut kerana lebih memberi ketahanan dan jangka masa guna yang lebih lama.

Made in Japan

Produk buatan Japan(made in Japan) dan diedarkan oleh Yamaha Indonesia. Hati-hati semasa membeli kerana banyak sekali barangan tiruan yang menggunakan label Yamaha dijual dengan harga yang murah dipasaran

Gambar crankshaft oilseal made in Japan

Oil seal original Yamaha 125z original sama seperti yang saya telah guna pakai ini boleh dibeli online juga bersama kami MarmanWorkshop jika anda mahu.Pada tarikh hari ini kami menjual online oil seal ori 125z ini dengan harga RM60 untuk 1 set kiri dan kanan.

Cara tukar oil seal fork Motor siap

Macamana nak tukar oil seal fork motor

Gambar oil seal serta minyak fork

Apa khabar pomen? Pembelajaran lepas iaitu cara repair karburator banjir sekarang kita sentuh dulu pada bahagian suspension motor iaitu cara tukar oil seal fork(suspensi depan) di atas permintaan seorang kawan kita jadi saya usahakan sebaik mungkin supaya beliau faham dan juga anda yang minat belajar baiki motor.
Tukar oil seal atau tukar getah penebat fork perlu dibuat setelah ada tanda kebocoran pada fork.Untuk kerja ini peralatan mekanik yang perlu disediakan untuk menukar oil seal fork ialah

  • Spanar tangan
  • Spanar L-key
  • Spanar khas buka fork motor
  • Termasuk juga hammer

Bahan-bahanya,;

  • Oil seal fork sepasang
  • Minyak fork

Langkah menukar oil seal fork

1-leraikan fork dari badan motor menggunakan spanar yang telah disediakan awalnya tadi.biasanya untuk cabut fork keluar pada motor Kriss 110 umpanya anda perlu membuka tayar—>buka madgat—>buka fork.

2- Anda sudah faham prosesnya sekarang kita lihat lebih detail langkah-langkahnya.Pertama,buka skru penutup atas—>buka skru pemegang fork pada steering / clamp seperti dalam gambar di bawah—>tarik fork keluar.

Gambar sedang membuka skru
Gambar skru fork

3-Fork sudah dikeluarkan sekarang adalah masa untuk leraikan komponen fork pula.

Tarik spring fork keluar

  • Buang minyak fork
  • Masukkan spanar fork
Gambar spanar fork

Dengan keadaan spanar fork dibawah hentakkan fork ke lantai (cara pomen rakus) atau gunakan cara anda sendiri,bukan apa supaya tidak berlaku loose semasa membuka skru bawah fork.

Gambar spanar fork
Gambar skru fork

Gunakan L-key buka skru bawah fork(skru tapak).Disini boleh kita lihat samada berjaya atau tidak kerja kita.Kes-kes kegagalan tukar oil seal fork ialah skru tapak lus,sub dalam loose tak mahu berlaku kepada kita.Jadi gunakan teknik yang betul.

Selanjutnya tarik batang fork (fork tube) dan isi dalam keluar.

Setelah proses berjalan lancar tentunya komponen fork berkeadaan seperti dibawah dan ia perlu dicuci bersih.Periksa semua bahagian jika ada kerosakkan terutamanya fork tube.Jika calar pada bahagian utama sila gantikan fork tube baru.

Gambar komponen fork

Ganti Oil Seal Fork

Masa untuk menukar ganti oil seal fork bermula ; Cungkil oil seal lama yang dah rosak itu dengan peralatan yang kamu ada,boleh juga guna pencungkil tayar.Cungkil sebelah dalam oil seal ke atas.Kerja tak mudah ya,jadi gunakan cara yang betul untuk keluarkan oil seal itu.Sesetengah oil seal lama agak susah untuk di keluarkan,kadangkala saya terpaksa peralatan lain seperti pemutar skru leper (slot).Perhatian! Terdapat KLIP YANG PERLU DI KELUARKAN sebelum oil seal pada kebanyakan jenis motor.

Gambar  Cara tukar oil seal fork Motor siap

Pasang oil seal

Selesai sudah proses membuka keluar oil seal,semua sudah di cuci bersih di atur dengan baik jangan ada benda yang tertinggal kerana kita akan bersiap sedia untuk proses memasang pula.

Proses memasang fork

  • Sapukan sedikit pelincir
  • Masukkan oil seal baru ; press atau ketuk masuk
  • Pasang klip
Gambar pasang oil seal

Setelah selesai lanjutkan

Gambar Cara tukar oil seal fork Motor siap

Selesai sudah memasang komponen fork seterusnya proses pasang balik fork ke starring.Minyak fork tak perlu isi dulu.Ikat skru dan ketatkan skru pemegang fork semula.Selepas itu boleh la isikan minyak fork dengan mengikut sukatan tertentu.Sukatan boleh di lihat pada botol minyak fork yang anda beli itu atau gunakan penyukat lain.Contoh sukatan minyak fork bagi motor cub seperti kriss 110 atau ex5 ialah 55-65ml sebelah. Harus di ketahui jika isian lebih akan menjadikan fork lebih keras dan apabila isian kurang fork lebih lembut.

Setelah selesai isi minyak sekarang masukkan spring dan tutup kembali.Dengan itu selesai la proses kerja menukar oil seal fork motor.Selamat mencuba.

Minyak meleleh kat tayar depan motor

Gambar fork motor

Bahaya Minyak meleleh kat tayar depan motor dan puncanya

Serabut kepala tengok minyak meleleh turun kat tayar depan motor anda? Tak tahu minyak keluar dari mana? Hari ini CKP nak bagitau masalah motor anda itu.Saudara minyak yang meleleh kat tayar motor melalui tiang 2 batang yang namanya batang Fork tu adalah minyak berasal dari dalam Fork itu sendiri. Minyak Fork ni amat bahaya saudara kalau keluar dengan banyak kerana apabila ia terkena tayar motor ia boleh mengakibatkan kegelinciran ketika motor dalam selekoh(tang corner) dan satu lagi jika terkena pump brek depan maka ia akan mengakibatkan masalah brek tak makan dan kedua-dua kejadian ini akan datang secara tiba-tiba,malang tak berbau..:(

Punca fork bocor

Jadi masalahnya datang dari Fork motor bocor.kita lihat di bawah ini komponen yang terdapat di dalam Fork motor cub.

Gambar komponen fork motor
Gambar oil seal fork
Fork Oil Seal

fork ini berkerja secara turun naik setiap masa untuk menyerap hentakan pada bahagian hadapan motor(suspensis hadapan)  semasa perjalanan dan ia perlukan pelincir(minyak fork) untuk terus kekal berfungsi dengan baik.
Minyak fork di seal-kan dengan Oil Seal Fork supaya tiada kebocoran berlaku.

Jadi saudara,punca sebenar minyak meleleh kat tayar atau rim motor anda tu ialah kerana oil seal fork rosak.Untuk mengatasinya maka anda perlulah  ganti oil seal fork baru yang yang berupa getah bulat seperti dalam gambar yang ditunjukkan diatas.Kos buat ni tak mahal suadara dalam sekitar 15-25 sebelah batang Fork.OK,maka sekianlah info pengguna motor Kali ini tentang minyak fork motor bocor.assalamualaikum.