Motor tak boleh start ke takbleh hidup

motor tak boleh start
Piston jem

Salam.Saya nak bantu anda dalam masalah ini tapi saya nak betul faham dulu masalah motor anda hadapi sekarang ini. Motor tak boleh start ke tak boleh hidup, persoalan membawa 2 makna berbeza disini bagi mekanik.

Saya bagi beberapa contoh di bawah

Tak boleh start sebab penyetat tak berfungsi

  1. Penyetat kaki keras
  2. Penyetat kaki lus
  3. Penyetat kaki kosong
  4. Starter elektrik tak berfungsi/tak bunyi

4 contoh masalah biasa ‘kena’ pada pengguna motor menyebabkan enjin tak dapat dihidupkan. Jadi Inikah makna anda kata tak boleh start?

Ok, punca ia berlaku merujuk urutan di atas adalah seperti ini;

  1. Biasanya penyetat keras terjadi kerana enjin jammed- Kalau terjadi semasa menunggang tiba-tiba enjin mati/jammed, kerosakannya ialah pada piston,rod ataupun bearing enjin. Enjin perlu dibuka(overhaul atau top overhaul)
  2. Masalah clutch adalah penyebab utama penyetat lus/loose. Perlu ditukar ganti beberapa komponen clutch sahaja untuk atasinya. Ada bebarapa kes lus berpunca dari masalah starter engkol dan gear dalam enjin.
  3. Penyetat kaki kosong(tak lekat) tandanya berkemungkinan seperti jawapan no 2. Tetapi jika berlaku semasa enjin bergerak adalah kerana kerosakan komponen dalaman enjin seperti piston, oil seal(2-stroke) atau pada valve(4-stroke)
  4. Berkaitan penyetat elektrik/electric starter pula selalunya berpunca dari bateri lemah,check horn,signal seperti biasa atau tak. Tekan button starter enjin berbunyi tapi enjin tak hidup, kita lanjut dibawah

Motor skuter tak boleh start

Ok, motor skuter ia berbeza sedikit dari motor gear manual seperti Honda Ex5,Yamaha Lagenda,Lc,125z dan banyak lagi, ini kerana motor skuter menggunakan system transmisi automatic pendek kata ia tidak menggunakan clutch plate. Jadi bila motor skuter tak boleh start bermakna ia tidak berpunca dari masalah klac. Selalunya penyetat kaki keras atau lus adalah kerana masalah gear starter rosak( disebelah belting).

Boleh start tapi enjin tak boleh hidup

Sampai disini saya harap anda dah faham perbezaan motor tak boleh start atau tak boleh hidup. Enijin tak hidup banyak perkara perlu disiasat periksa.

Yang paling utama ialah berkenaan system nyalaan enjin seperti spark plug, cdi, coil sepertinya perlu diperiksa. Didahulukan adalah periksa minyak petrol. Dipastikan 2 pakara itu tiada masalah anda perlu lanjutkan ke bahagian karburator/fuel injection dengan membuat servis. Harap anda sudah temui jawapannya disini, jika perlu bolehlah rujuk post saya yang lepas pada link di bawah atau telah diberikan di atas.

1.Tak hidup sebab lama simpan

2.Tak hidup waktu pagi dan situasi lain

Punca motor tak mahu hidup pada pelbagai situasi

Gambar petcock tutup penyebab motor tak mahu hidup

Masalah motor tak mahu hidup disebabkan oleh 3 perkara seperti habis minyak, tak ada api atau kerosakan pada sistem dalam enjin itu

Bila motor tak mahu hidup antara perkara dibawah ini mungkin telah menimpa anda. Secara teorinya untuk menghidupkan enjin ialah anda perlukan pastikan ada minyak petrol dan ada api(ignition)
Jika kedua-kedua anda pasti benar ada anda perlu check compression untuk pastikan tidak ada kerosakan komponen dalam enjin.

Nampak jelas bukan tapi bagaimana mana bagi seorang bukan mekanik untuk periksa perkara ini

Ya, kalau anda tak ada masa untuk mendalami pemahaman masalah ini dengan membaca setiap link artikel blog ini yang telah diberikan, apa yang perlu anda buat

  1. lihat lampu neutral hijau pada meter adakah sebelum ini menyala sekarang tidak menyala
  2. Test signal kiri kanan, horn jika semua tiba-tiba hilang ini menunjukkan motor anda ada masalah pada sistem wiring kunci, atau bateri
  3. check petrol dalam tangki. tak usah percaya sangat penunjuk meter.

Jika petrol masih lagi penuh, anda perlu buat kerja sedikit iaitu check spark plug motor anda, bagi perempuan sila minta bantuan orang kalau tak tahu buka spark plug.

Pada situasi ini buat pemeriksaan api spark plug seperti yang sudah saya terangkan pada link itu(artikel terdahulu). Jika spark plug diketahui telah rosak sila tukarkan yang baru

Andai kata plug tak ada masalah lakukan langkah ke 3 iaitu check compression seperti video yang telah saya kongsikan. Jika penyetat rasa kosong, tak ada compression tentunya enjin tak boleh hidup

Salah satu perkara di atas pasti dikesan, anda boleh selesaikan sendiri atau terus saja hantar ke bengkel berdekatan

Video

Motor tak mahu hidup selepas parking

Tadi sebelum parking elok saja, sekarang selepas beberapa jam dah tak boleh hidup.

Sila tunduk sikit pada motor, kalau-kalau ada bau petrol berkemungkinan minyak overflow,  wayar petrol pecah atau mungkin juga karburator dah hilang… Alamakk!!

Pastikan juga kalau tutup minyak tu sila buka balik switch dia(fuel tap/petcock)  pada tangki, body motor atau pada carburetor bergantung pada jenis motor yang guna benda ini. Kebanyakkan motor alaf baru tidak lagi menggunakannya jadi sila abaikan.

Kesimpulan

Ini adalah sebagai panduan kejadian secara tiba-tiba kalau pada motor lama baca ini cara hidupkan motor lama

Jarang sekali berlaku secara tiba-tiba saja motor tak mahu hidup kecuali sebelum berlaku ia akan menunjukkan tanda-tanda awal dulu sebagai warning kepada owner yang ia bermasalah

Contohnya enjin menjadi semput-semput semasa berjalan, beberapa kali susah dihidupkan sebelum ini atau mungkin pernah enjin “jem” . Jadi untuk tidak menjadi kesulitan seperti hari ini diharap pada masa depan sila alert apa perubahan berlaku pada motor anda dan buat pemeriksaan segera. Akhir kata share2 pengetahuan untuk yang memerlukan, sekian

4 tanda tayar motor anda sudah tiba waktu untuk ditukar

Bila waktu perlu tukar tayar motor anda?

Sekiranya anda sudah tahu bahwa jangkahayat tayar motor adalah sukar diramal kerana bukan sahaja dipengaruhi oleh kualiti pembuatan tetapi juga di atas faktor penggunaan itu sendiri seperti laluan yang selalu gunakan, gaya tunggangan kerap membrek atau sentiasa jalan jauh, perubahan cuaca, isian angin tayar dan beberapa lagi.

Petanda paling umum bila tayar motor anda perlu ditukar ialah apabila tayar kelihatan botak. Tayar botak dikira stage akhir yang menuntut penukaran baru dengan segera. Bukan itu saja sebenarnya ada beberapa lagi dan saya akan memberikan disini 4 contoh tanda-tanda tayar anda sudah tidak [email protected] rosak

1. Bahaya tayar botak tengah

Jika anda ingat semasa tayar baru digunakan, permukaan tayar terdapat lorekan dari tengah sampai ketepi. Corak lorekan pula berbeza -beza mengikut rekaan pengeluar bertujuan untuk penyesuaian permukaan jalan ketika musim panas atau hujan. la direka sebegitu rupa supaya tayar anda terus melekat pada permukaan jalan semasa bergerak.

Sekiranya hujan, diusahakan supaya ia dapat membuang air ketepi secara cepat melalui rekaan lorekan itu supaya tayar tidak terapung diatas air yang boleh mengakibatkan kegelinciran.

Gambar tayar motor botak yang perlu ditukar

Tentu sahaja rekaan corak bunga tayar adalah berbeza-beza berdasarkan laluan yang bakal ditempuhi yakni lain-lain kegunaan seperti jalan rata, berbatu, berpasir, lopak air, jenis tar trek perlumbaan atau salji sekalipun.

Apabila tayar mulai botak bermakna anda sudah kehilangan jaminan tadi dan merbahayakan keselamatan sendiri.

Hilang cengkaman semasa membrek bermakna juga akan hilang kawalan yang boleh membawa kepada malepetaka. Ketika hujan apabila melintasi lopakan air tayar menjadi licin kerana bunga sudah botak, pastinya motor terus membuang ketepi atau skill Velentino Rossi yang anda ada saja mungkin dapat menyelamatkan anda pada situasi ini.

Tayar sudah botak menyatakan ketebalan tayar motor itu sudah berkurang dan begitu mudah berlaku pancit nanti

2.kembung, bengkak-bengkak

Pada suatu masa ketika melalui selekoh terutamanya, terasa motor membuang ketepi, disini eloklah anda berhenti sekejap untuk lihat keadaan tayar motor anda. Dari jauh seakan tak ada masalah pada tayar, cuba anda perhatikan dengan lebih dekat lagi.

Tayar kelihatan kembung atau berbonjol-bonjol/bengkak jika dilihat dari sisi memberi petanda ia perlu ditukar segera. Saya cadangkan sila bertukar ke jenama tayar lain bila masalah ini berlaku.

Tayar bengkak

3.Retak atau rekah

Ada 2 jenis keretakan pada tayar, 1 boleh jelas dilihat dengan mata dan 1 lagi ia tersembunyi, biasanya pada sebelah tepi tayar. Jika mahu pasti sila picit tayar adakah mempunyai ciri seperti dalam gambar ini

retak tepi

Tayar retak atau merekah menunjukkan anda sudah tak ada waktu lagi untuk menangguh sila lah tukar segera kerana boleh pecah pada bila-blla masa sahaja. Jika anda menggunakan tayar tubeless ini adalah punca tayar anda pancit.

4.Tayar motor selalu pancit

Tayar selalu pancit tanpa kesan biasanya berpunca kerana tayar sudah menipis atau permukaan dalam tayar sudah keras, atau terdapat dawai tayar sudah terkeluar pada bahagian dalam tayar. Hal ini boleh dipastikan oleh mekanik berpengalaman.

bahagian dalam tayar

Cakap pomen motor ” jangka-hayat tayar bergantung cara kita pakai”

Catatan ini bagi rujukan anda yang menggunakan motor kecil dan ringan. Penangguhan waktu tukar tayar tidak dilihat begitu kritikal tapi bagi pengguna motor berkuasa tinggi, superbike adalah perlu anda perlu memberikan perhatian penuh pada kondisi tayar motor anda

Rata-rata, tayar depan pada sportbike biasa harus bertahan sejauh kira-kira 6000km sebaliknya tayar belakang akan bertahan sekitar 3000 sebelum anda perlu menukarnya. Sudah tentu, man-mana tayar motor hanya akan bertahan lama sekiranya anda tidak “asal langgar saja”

Gambar menunjukkan bunga tayar

Pada setiap masa cuba “alert” dengan gegaran yang terasa semasa jalan lurus dan rata. Pastikan angin tayar sentiasa cukup kerana ia juga antara punca tayar tidak tahan lama. Cakap pomen motor ” motor kecil atau motor besar, silalah pastikan tayar motor anda pada kondisi terbaik…tak kan tunggu nampak benang kot baru tukar derr… “

Punca motor bergetar terhentak bahagian depan

Gambar bahagian depan body motor

Salam pembaca,ya adalah bagus bagi kita semua penunggang motor mempunyai sifat sensitif pada perubahan telah berlaku pada motor kita semasa berjalan.Ini membuat apa masalah yang berlaku dapat diatasi pada peringkat awal lalu menghindari kejadian lebih buruk berlaku pada motor atau pada keselamatan diri sendiri.Contohnya hari ini motor anda dirasakan bergetar pada bahagian depan dan apa yang rosak belum pasti puncanya,mungkinkah pada fork,shock  depan,pada kepala handle atau tayar tapi yang pasti ia terasa hentakan itu datang pada bahagian depan.Kadang ia terasa bila melintasi bonggol jalan,lubang  dan kadang semasa membrek jadi dengan itu kita akan menjejaki punca penyebabnya disini pada hari ini juga.

Steering Fork longgar

Biasanya sering berlaku bila berbunyi semasa motor melintasi bonggol atau lobang lopak dijalan yang menyebabkan ia terhentak.Hentakan itu membuatkan terasa handle  bergoyang (bergerak kedepan dan kebelakang).

Pada bahagian sendi atau leher Steering terdapat bola bearing set yang dinamakan Steering kon.Faktor pemakaian motor yang sudah lama menjadi punca berlaku haus pada bahagian itu lalu mengakibatkan terdapat ‘gap’ yang menjadi punca ia longgar.

‘Ketatkan fork’ itu biasa orang sebut pada cara atasi masalah fork longgar.Ini adalah langkah pertama atau tidak terpaksa dilanjutkan dengan menukar bola Steering kon.

Gambar bearing steering kon motor

Motor bergegar pada bahagian depan

Tahukah anda bagi sesetengah jenis tayar motor ada berlaku bengkak ‘gelembung’ pada bahagian tertentu.Ini menunjukkan tayar itu sudah rosak.Satu punca menyebabkan motor terasa bergegar/bergetar pada bahagian depan atau pada roda belakang.Tukar segera kalau tayar rosak atau ia boleh meletup pecah.

Motor terasa lompat-lompat

Rim bengkok agak berlainan sedikit tanda-tandanya kerana ia bukan hanya dapat dirasakan bila berlaku hentakan tapi sepanjang tayar bergolek di atas jalan anda akan merasai gegaran jika ia teruk terasa lompat-lompat macam naik kuda.Mungkin sesudah pulang ke rumah anda perlu mencari tukang urut kerana terasa sengal seluruh badan..hihi
Rim motor boleh ditukar-ganti bila ini berlaku..jangan risau!

Terasa hentakan semasa membrek

Pada motosikal ada beberapa jenis fork(shock depan) ini,contohnya Fork telescopic yang dilengkapi 2 batang besi dibawah disebut fork tube (batang crome) dan slider (tube luar).Penyebab motor terasa tersentak keras terutamanya ketika membrek atau melanggar bonggol jalan,  terjadi juga kerana masalahan pada fork contohnya bila minyak fork kering,minyak terlebih isi atau fork tube bengkok.Selalunya selain dari kesan motor eksiden fork yang rosak menunjukkan tanda-tanda minyak meleleh keluar (leaking) pada batang fork.

Motor terasa meliar ke kiri kanan

Terakhir sekali ialah berkemungkinan akibat masalah bearing tayar(roda) pecah.Tapi kesannya agak berlainan juga selain bergetar motor juga terasa agak meliar ke kiri atau ke kanan dan lagi ia mengeluarkan bunyi.Cara atasinya ialah gantikan set bearing tayar tersebut.

Ok,itulah antara punca penyebab motor anda terasa bergetar,terhentak bila berjalan dan anda boleh periksa pada bahagian mana satukah bermasalah itu mengikut apa yang saya sebutkan tadi,moga dapat dikesan penyakitnya ya dan kita bertemu lagi di baikimotor.com dengan isu berlainan pula di kesempatan yang lain,wassalam..

Bila timing chain motor putus

Gambar kesan timing chain putus pada enjin

Kesan kerosakan pada enjin  apabila timing chain motor putus

Salamapa akan jadi pada enjin motor tu bila timing chain putus seperti satu kes yang saya dapat dibengkel hari ini.
Lihat gambar atas tu..

Teruk kann! Lihat head motor Yamaha lc135 yang sudah macam kawah gunung berapi dah bila tengok.Satu biji valve putus(lain bengkok) dan cylinder head yang berlubang-lubang kesan terkena serpihan piston yang hancur berkecai tu.Lihat pula cylinder block dia,pecah habis(jual besi buruk) sudah tak boleh pakai lagi.

Gambar head cylinder rosak
Cylinder head
Gambar block pecah
Cylinder block

Cara baiki dia macam mana?

Motor lc ni untuk baiki semula kerosakan kena buat overhaul sebabnya connecting rod dia ikut sekali jahanam tambahan lagi kena buang serpihan piston pecah yang masuk kedalam enjin tu.

Barang-barang enjin yang perlu ditukar ganti baru ialah

  • Block cylinder
  • Piston
  • Rod
  • Timing chain
  • valve

Barang yang perlu dibaik-pulih semula ialah head cylinder (nasib baik).

Macam-mana boleh rosak seteruk tu kesan daripada  timing chain putus?

Gambar timing chain putus

Ok saya terangkan sedikit untuk pengetahuan anda pembaca Cakap Pomen Motor yang dihormati..
Bila kita faham yang timing chain berfungsi sebagai alat penghubung diantara Crankshaft dengan Chamshaft-timing chain duduk ditengah-tengah.Ini bermakna Chamshaft yang berada di head cylinder akan bergerak seiringan dengan crankshaft berputar.
Chamshaft berfungsi sebagai alat pemaksa buka dan tutup valve,selagi Chamshaft berputar maka dengan itu bermakna valve akan sentiasa berkerja secara buka tutup.
Piston pula berkerja secara turun-naik mengikut putaran crankshaft dengan alat perantaraannya ialah con rod.
Semua komponen enjin 4-lejang/4-stroke di atas berkerja seiringan mengikut susun atur kitaran 4-lejang <— baca.
Jadi momen ketika timing chain putus akan berlaku langkah songsang -yang dimaksudkan ketika valve terbuka piston berada di atas/top dan menyebabkan perlanggaran kuat antara mereka..kecepurrrr bangg boom..!!
Valve putus,piston pecah,con rod pula terkandas..perh!! tragis..itulah penyebab seteruk itu kerosakan motor Yamaha lc135 yang dapat anda saksikan hari ini disebabkan satu kegagalan komponen berfungsi -rantai kecil atau timing chain putus.

Gambar block baru
Block baru lahh..

Perkongsian hari ini hanya sekadar memberi teladan dan pengetahuan untuk anda supaya berhati-hati dan alert dengan kondisi dan bunyi-bunyian pelik terhasil pada enjin motor anda supaya nanti tak menanggung kos membaik-pulih kerosakan yang tinggi..lihat timing chain satu punya pasal banyak benda jahanam.Ok salam jumpa lagi jaga motor anda dan pandu cermat jiwa selama
-wassalam-baikimotor.com