Pasang carburetor motor Honda Wave125 ke EX5

Belajar mekanik- pasang carburetor motor Honda Wave125

Pasang carburetor motor Honda ex5

Ok kita selesai bab proses membuka disini anda belajar pula cara pasang carburetor motor Honda Wave125 ke EX5 Dream itu. Langkah memasang ada saya tunjukkan dalam video di bawah.

Disaat memasang carburetor ini apa yang perlu diambil perhatian ialah pada cable minyak dia. Tidak kira karburator apa sekali pun yang anda pakai ketika memasang perhatikan atau test float carburetor samada ia turun habis atau tak.

Masalah Float carburetor tak turun

Float carburetor tak turun habis disebabkan cable/tali minyak pendek saja. Jadi cara atasi dia kena tukar satu cable baru yang panjang contoh bila tukar carburetor Wave125 pasang ke EX5 100 kita kena pakai cable minyak Wave125.

Kalau tak tukar akan jadi motor tak hidup lepas tukar carburetor. Kalau enjin hidup pasti meraung macam kes “tali minyak lekat”.

Ok itu saja mari tonton video di bawah cara pasang carburetor motor Wave125 ke Ex5 Dream. Video ini hanya boleh di tonton di blog ini sahaja kerana video Youtube ini adalah unlist bukan public video.

video durasi hampi 4 minit

modifikasi motor Honda EX5 tukar karburator ja

Video durasi 6 minit lebih

Pada bab 3 belajar menukar karburator motor EX5 dengan kab Wave125 kita pakai tajuk modifikasi motor Honda EX5 supaya blog ini mencapai lebih banyak pembaca. Video ini tidak ditanyangkan secara public di Youtube hanya boleh tonton melalui blog ini sahaja.

Didalam video di atas saya menunjukkan bahagian akhir memasang karburator ini.

Kandungan:

  1. Ikat skru
  2. Test minyak petrol masuk
  3. Start enjin

modifikasi Honda EX5 tukar karburator saja boleh laju ke?

Jangan salah faham ya abang kita disini adalah untuk belajar asas mekanik motor untuk tujuan “cari makan” esok-esok boleh jadi mekanik, tak fokus modifikasi motor bagi laju, itu sendiri punya mahu kena cari sendiri.

Berbalik pada soalan boleh buat laju ke motor tukar karburator saja. Jawapannya..laju sikit ja kalau pandai ejas minyak lagi jimat daripada karburator standard. dan pick up bertambah sikit, nak cantik adjust sprocket sekali.

Selesai sudah pelajaran bab tukar pasang karburator motor

Selesai sudah pelajaran dalam bab tukar pasang karburator motor Honda EX5 pada kali ini. Saya syorkan anda praktik sendiri dirumah, tengok saja tak pandai bang..

Ya untuk membuat praktikal anda kena beli satu karburator baru Honda Wave 125 baru <<— dikedai Shopee saya ada kalau nak beli. Itu pun kalau nak support kami baikimotor.com, tak paksa pun.

Ok harap anda berjaya buat kerja modifikasi motor Honda EX5 100cc dengan menukar dengan sebiji karburator lain padanya…modified la tu namanya ya 😛 jumpa lagi.

Menukar karburator motor Honda EX5 Dream dengan Wave125 siri 1

 

cara menukar karburator Honda ex5 dream

 

Cara membuka karburator motor Honda EX5 Dream

 
Salam. Sudah lama Cakap Pomen Motor rehat dari tutorial hal-hal belajar mekanik motor, jadi hari ini kita warm up dulu dengan pembelajaran terbaru iaitu cara menukar karburator Honda Ex5 100 Dream. Tutorial lengkap dengan video ini adalah bersiri. Hal yang akan anda pelajari ialah aturan cara membuka dan memasang karburetor motor Ex5, ops! Maaf sebenarnya ialah memasang karburatorHonda Wave 125 pada motor EX5, itu lebih tepat. Ini saya rasa lebih memberikan cabaran sedikit dan keseronokan membabitkan sedikit modifikasi.
 
OK untuk siri pertama ini kita pelajari dahulu cara membukanya terlebih dahulu. Disyorkan untuk lebih faham bolehlah terus dipraktikan kalau anda sememangnya ada sebiji motor Ex5 dirumah. Baca,tonton video dan praktik ini akan membuatkan anda lebih cepat pandai. Tapi tunggu sehingga semua siri pembelajaran ini selesai ya. Sebelum tu pastikan dah tahu cara carburetor berfungsi << dulu
 
Langkah pertama membuka karburator/carburetor motor Honda ini ialah dengan menyediakan alatan atau sepana mekanik yang bersesuaian dengan aktiviti kita ini iaitu untuk membuka ‘cover putih’ dan skru karburator Ex5 ini.
 
Bagi motor EX5 standard skru cover putih seperti anda lihat dibuka dengan spanar seperti di bawah:
1.Sepana saiz 10mm ring/common
2.Sepana T 10
3.Screwdriver Slot(leper)
 
Setelah selesai cover body dibuka bersedialah untuk membuka karburator dengan sepana:
1.Sepanar 8mm ring
2.Screwdriver Phillips(bunga)
3.Playar Ragum/muncung tirus
4.Screwdriver leper [email protected] setting
 
Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti dalam video tutorial dibawah
 
 
 

Video langkah membuka karburator EX5/Wave 125

 
Saya telah siapkan satu video 1 daripada 3 untuk tajuk menukar karburator Honda Ex5 ini. Apa yang perlu dititikberatkan semasa membuat kerja ialah penggunaan spanar yang tepat dengan cara yang betul. Jika skru rosak pasti mendatangkan masalah lain pula. Buat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa, enjoy membuat kerja and aitu saja. Ok, tutorial akan bersambung pada siri kedua pula jika tersedia link ini cara memasang karburator Wave 125
 
 
 
 
Video durasi 3 minit lebih