Minyak pelincir sintetik atau mineral

Minyak pilihan anda,Apakah sintetik atau mineral?

Gambar minyak pelincir

Mengenai minyak pelincir(minyak hitam) Mobil 1 berkata: Pelincir sintetik  sangat halus daripada  minyak asas yang digunakan dalam minyak mineral konvensional, yang menawarkan anda perlindungan unggul dan prestasi. minyak enjin sintetik menyediakan pelbagai manfaat untuk enjin terus berjalan pada prestasi optimum sepanjang tahun.

Jenis-jenis Minyak enjin terdapat dua jenis asas minyak enjin yang ada: minyak mineral konvensional adalah jenis tradisional minyak enjin dan masih paling banyak digunakan. minyak motor sintetik yang semakin berkembang dalam populariti.

Ada juga minyak semi-sintetik, yang campuran minyak sintetik dan minyak mineral konvensional. minyak semi-sintetik juga kadang-kadang dipanggil “campuran”.

Kedua-dua jenis minyak enjin diperbuat daripada minyak mentah yang berasal dari tanah.

perbezaan adalah bahawa minyak motor sintetik menggunakan proses penapisan maju dan kebersihan yang tinggi dan lebih kualiti daripada minyak mineral konvensional atau minyak semi-sintetik.

Ini bukan sahaja membuang lebih kekotoran dari minyak mentah, ia membolehkan molekul individu dalam minyak untuk disesuaikan dengan permintaan enjin moden. Molekul disesuaikan menyediakan tahap perlindungan yang lebih tinggi dan prestasi, walaupun dalam keadaan yang melampau.

 Perbandingan minyak Apa yang begitu baik tentang pelincir sintetik?

Prestasi minyak sintetik, dan khususnya
Mobil 1, adalah lebih kukuh, terutamanya dari segi mengepam pada suhu rendah dan kestabilan suhu yang tinggi dan perlindungan terhadap deposit.

Ciri-ciri yang di maksudkan ini ialah enjin kurang haus, meningkatkan ekonomi bahan api dan hayat enjin lebih lama.

minyak sintetik telah dibangunkan khusus untuk menghadapi keadaan yang melampau ditemui dalam enjin moden. Mereka lebih mengalir bebas daripada minyak mineral tradisional.

Manfaat terbesar adalah akan meningkatkan perlindungan enjin. Apabila enjin bermula, minyak mineral mengambil sedikit masa untuk mengedarkan, membolehkan geseran antara bahagian un-dilincirkan untuk menyebabkan haus.

Sebaliknya, pelincir sintetik bermula beredar lebih cepat, mengurangkan geseran, dan melindungi bahagian yang bergerak dalam enjin.

minyak motor sintetik juga boleh dengan ketara meningkatkan ekonomi bahan api dan mengurangkan penggunaan minyak. Dalam tempoh memanaskan badan untuk perjalanan dengan motorsikal, kereta biasa, minyak mineral lebih tebal dan bergerak perlahan, menjadikan enjin lebih dahaga dan kurang cekap.

Kerana sintetik mendapatkan untuk bekerja lebih cepat, enjin mencapai kecekapan operasi puncak yang lebih awal dan mengurangkan penggunaan minyak. Satu lagi kelebihan perbandingan  minyak sintetik dan minyak mineral dalam  perbahasan adalah bahawa sintetik;

1-mereka lebih bersih dan lebih mesra alam

2- membantu untuk mengurangkan pelepasan enjin berbanding minyak mineral konvensional.

Minyak mineral konvensional juga mengandungi jumlah yang lebih besar  kekotoran, seperti sulfur, hidrokarbon reaktif dan tidak stabil dan bahan cemar lain yang tidak diingini yang tidak boleh dibuang sepenuhnya oleh penapisan konvensional minyak mentah.

Dalam semua aspek penting, pelincir sintetik mudah mengatasi minyak mineral. Sebagai 100% minyak motor sintetik, Mobil 1 menawarkan kelebihan yang ketara berbanding minyak enjin konvensional, seperti:

  •  perlindungan yang cemerlang
  •  Meminimumkan degradasi
  •  minyak pelinciran lebih cepat pada permulaan-warm-up dalam suhu yang rendah
  • perlindungan yang sangat baik pada suhu yang tinggi
  • rintangan yang luar biasa kepada kerosakan haba
  •  kebersihan enjin perlindungan yang cemerlang terhadap kemerosotan berbahaya
  •  enjin berjalan lebih bersih
  • Enjin cekap memberi rintangan yang lebih besar kepada pengoksidaan minyak (penebalan), yang mengurangkan drag enjin
  •  penggunaan minyak yang lebih rendah di bawah keadaan kelajuan tinggi operasi enjin
  •  lebih cekap dalam julat suhu yang lebih luas
  • Mengurangkan geseran dan melindungi bahagian yang bergerak di dalam enjin menghalang karat

Sumber terjemahan;

http://www.mobil1.co.in/academy/what.aspx

Jadi macam mana sekarang,mahukah anda mencuba sesuatu yang baru? Pelincir sintetik atau mineral?

Video: Cara test minyak enjin jalan ke tak

Salam,

Apa kabar pomen? Hari ini mari menambahkan lagi ilmu pembelajaran anda tentang mekanik motor dengan satu hal lazim wajib diketahui bila membabitkan bab enjin iaitu cara memastikan minyak 4t/minyak hitam jalan mengalir menyeluruh didalam enjin apabila enjin mula dihidupkan.Kesannya bila ‘minyak hitam tak jalan‘ kita sebut,ia akan mengakibatkan kerosakan serius pada enjin terutama kepada komponen dalam Head cylinder dan block.

Video tunjuk cara test minyak enjin jalan ke tak ini baru diterbitkan dan hanya saya tampilkan untuk tonton pelajar mekanik di baikimotor.com sahaja.

Tanda-tanda minyak hitam tak naik/jalan

Biasanya selepas selesai membuat top overhaul langkah pertama setelah enjin mula dihidupkan kita perlu check  minyak dia naik ke tak.Contoh langkah yang perlu dibuat pada motor Honda ex5 ini kita perlu membuka penutup Valve atas sahaja,hidupkan enjin dan rem beberapa saat untuk lihat samada ada percikan minyak hitam atau tak.Jika ada itu tandanya minyak hitam jalan ok dan jika sebaliknya perlu cik pomen buka semula bahagian enjin itu untuk check apakah puncanya.Biasa terjadi adalah berkaitan dengan Oil pump atau Oil pump gear atau mana-mana saluran tersumbat.

Play video

Ok,perhatikan langkah-langkah cara test minyak hitam dalam video pendek disini dan praktikan dalam kerja anda khasnya membabitkan motor Honda ex5 dan yang sepertinya.Wassalam.

Minyak hitam biasa harga murah untuk motor

Minyak hitam Castrol dan Shell

Salam,

MarmanWorkshop– Minyak hitam dengan harga murah terbaik di MarmanWorkshop buat masa ini 2018 ialah dari jenis Castrol dan Shell.Kedua-dua minyak 4t ini berharga serendah RM 15 siap tukar dibengkel.

Castrol Go putih

Gambar minyak hitam Castrol Go
  • Minyak castrol Go! botol putih
  • Kod no: 20w-40
  • Standard: APISG,JASO MA2
  • Jenis mineral

Setahu saya ini adalah diantara minyak hitam yang cukup laris di mana-mana bengkel motor.Berfungsi baik dan harga murah mampu beli.Minyak hitam Castrol ini lebih sesuai untuk motor
4-Stroke jenis Honda seperti Honda C70,Ex5 atau Honda Wave 100,110,125cc.

Shell Ax3

Gambar minyak shell ax3
  • Minyak hitam Shell botol merah
  • Kod no:SAE 40
  • Standard: API SF
  • Jenis: minyak mineral


Minyak Shell Ax3 botol merah saya syorkan untuk motor 4T keluaran Yamaha seperti SRE atau Lagenda 110 atau untuk sebagai minyak pelincir motor 2 lejang dari mana-mana model bawah 125cc.Juga berfungsi dengan baik untuk satu bulan pakai bagi motor pergi balik kerja dengan jarak perjalanan pendek contohnya 15km sehari.

2 dulu minyak hitam murah terbaik diperkenalkan untuk hari ini dan jika terdapat produk baru akan diperkenalkan kemudian. Jika tidak mempunyai masa untuk menunggu update minyak terbaru disini anda boleh terus sahaja pergi ke kedai motor untuk memilih dan membeli sendiri minyak hitam pelbagai pilihan ada. Jika tidak mengetahui yang mana satukah minyak paling tepat untuk digunakan pada motor silalah baca artikel – kod pada botol minyak hitam

Ok,boleh datang tukar minyak hitam di MarmanWorkshop hari ini atau belian online.

Punca minyak hitam bocor bawah enjin motor

Gambar enjin bocor minyak hitam

Enjin motor bocor minyak hitam dan cara atasinya

Bila terpandang ada minyak hitam minitik dari motor anda bermakna enjin motor anda ada mengalami kebocoran minyak hitam.Ia juga merupakan salah-satu punca minyak hitam berkurangan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius pada enjin.Oleh sebab itu masalah ini tidak boleh dianggap remeh bagi setiap pengguna jika inginkan motor kekal dalam kondisi baik.

Awalnya masalah minyak hitam bocor ia dapat dikesan dengan melihat kesan leaking pada tempat tertentu pada enjin seperti pada bahagian diantara block dan head cylinder pada bahagian cover clutch atau pada bawah enjin.Lanjutan daripada itu iaitu setelah keadaan bertambah kritikal barulah kelihatan enjin basah minyak hitam dan kelihatan minyak mula minitis dari bawah enjin sehingga meninggalkan kesan tompokan minyak hitam di tempat parking motor itu.

Minyak hitam keluar dari celah gasket serta oil seal

Gambar gasket enjin motor

Punca motor bocor minyak hitam sebenarnya adalah disebabkan kerosakan pada penutup celahan enjin iaitu gasket,oil seal atau oil ring.Gasket adalah sebagai penempal pada tempat penyambung setiap bahagian enjin dan oil seal serta oil ring sebagai penampal pada ruangan bulat seperti pada engkol penyetat kaki,gear lever dan sebagainya.

Gambar oil seal enjin motor

Bocor minyak hitam berlaku juga melibatkan kes skru atau penutup minyak hitam longgar dan kadang ia berlaku disebabkan ada keretakan pada bahagian enjin (terlanggar sesuatu).Lagi satu perkara yang tidak disangka berlaku ialah setelah isian minyak hitam baru telah kelihatan minyak hitam keluar dari kotak angin dan membuatkan bahagian luar enjin berminyak,ini sering berlaku pada motosikal keluaran Yamaha contohnya Lagenda 110 dan puncanya sudah tentu isian minyak  telah melebihi sukatan standard.

Mahal ke murah kos repair enjin bocor minyak hitam

Mahal atau murah kos repair bocor minyak ini bergantung kepada dimana bahagian yang keluar minyak hitam itu.Biasanya jika ia berpunca daripada Oil seal dan oil ring luaran seperti starter oil seal,gear oil seal atau sprocket oil seal ia adalah murah.Tapi jika minyak keluar disebabkan gasket pecah pada bahagian depan enjin,kos membuatnya adalah lagi mahal kerana motor anda perlu dibuat top overhaul dan lagi mahal jika gasket tengah enjin bocor kerana enjin perlu dilerai habis (full overhaul ).
Boleh cek kos tukar gasket oil seal anggaran

Cakap Pomen Motor ” masalah enjin minyak hitam perlu ditangani segera sebelum minyak hitam kering dan risiko kerosakan lebih serius bakal berlaku “.

Minyak hitam synthetic

Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya

Baikimotor.com-mengenai minyak hitam synthetic sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka..

Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini.


Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunakan 90% minyak bumi dan 10% adalah ubat(addictive).Minyak semi-synthetic juga berbeza di antara keduanya iaitu menggunakan 30% bahan synthetic dan 70% mineral.

Apapun yang jelas minyak mineral adalah paling banyak digunakan untuk motor kerana harga yang menjimatkan berbanding synthetic berlipat ganda perlu dibayar untuk satu liter botol minyak.Harus tahu minyak motor mineral adalah masih kasar(komponen zarah) pembuatannya,hanya sekadar minyak  jadi minyak ini sesuai untuk enjin lama yang bergerak perlahan tanpa prestasi cermerlang yang dituntut oleh sebuah enjin yang sentiasa berkerja keras atau pada sebuah enjin moden
yang berkelajuan tinggi.Terciptanya minyak hitam synthetic asal adalah kerana kekurangan minyak bumi di negara tertentu jadi untuk memenuhi permintaan mereka telah mereka cipta di makmal terdahulu dengan kerja  mengekstrak dan campuran bahan kimia untuk menjadikan ia sejenis minyak yang begitu halus,bersih dengan prestasi begitu menkagumkan.

Kelebihan minyak synthetic

Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik – dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan dalam ujian dan itulah antara kelebihan minyak hitam synthetic.

Indeks yang tinggi di atas 180 pada minyak synthetic adalah sifat asalnya menjadikan ia kadang kala tidak perlukan penambahan ubat   sepertimana minyak mineral dengan indeks di bawah 120.

Setiap minyak hitam akan berlaku perubahan kelikatan pada suhu semakin panas,ia mula berubah dari pekat kepada cair.Jika minyak itu lebih cepat berubah bermakna ia mempunyai kadar indeks yang rendah dan sebalik berlaku jika dengan kadar indeks yang tinggi seperti minyak synthetic.

Solusi untuk mengatasi masalah itu,sedikit sedikit impruvasi pada indeks dibuat dengan bahan dinamakan Viscosity Index Improver (Vii).Kekurangan minyak dengan Vii yang tinggi pula adalah ia merosot dalam beberapa tempoh waktu diguna pakai.Kelebihan lagi untuk minyak synthetic yang kekal lebih lama penggunaannya,bermakna waktu tukar minyak turut dilanjutkan.

Ciri minyak synthetic

Minyak hitam dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza ciri pembembuatannya.Di sini juga menentukan sama ada minyak itu adalah minyak mineral,semi-synthetic atau full synthetic atau fully -synthetic

Kumpulan 1,2 adalah minyak mineral iaitu paling jimat harga serta paling popular digunakan pakai pada kenderaan komersil.Kumpulan 3 ialah minyak mineral berprestasi tinggi dengan pembaikan.Kadang-kala minyak ini juga dilebal pada botol sebagai minyak synthetic pada negara tertentu.Ini adalah kerana terdapat pencanggahan diantara komponi pengeluar minyak hitam pada suatu masa dahulu.Kumpulan 4,5 ini ialah minyak betul-betul synthetic ‘full synthetic’.5 menggunakan bahan kimia ester dan 4 menggunakan Polyalphaolefin(PAO).Saya percaya minyak motul ada menggunakan ester.Pennzoil pula dikatakan di antara minyak synthetic terbaik dengan menemui formula mengekstrak dari gas asli.

Oleh kerana pencanggahan pada kumpulan 3 itu dengan minyak full synthetic maka timbul keraguan yang mana satu minyak 100% synthetic dan apakah ciri
perbezaannya?.

Mineral +additive
=mineral atau full synthetic

Synthetic(PAO,ester)+additive
=100% synthetic

Tidak ada yang menjamin yang mana satu 100% minyak hitam synthetic,ia terserah kepada komponi pengeluar jika mahu melebalkan sebagai 100% synthetic atau full synthetic yang dilabel pada botol.SAE,Api atau JASO hanya menjalankan ujian dan memberi gred kelikatan tidak pedulikan unsur digunakan samada asas minyak bumi atau synthetic.

Rujukan

http://knowhow.napaonline.com/synthetic-oil-made/

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Synthetic_oil

http://www.synthetic-oil-technology.info

https://www.bizol.com/company/education/lubricant-knowledge-base/why-synthetic-motor-oil

Video

Cakap Pomen Motor ” Adalah begitu baik jika menggunakan minyak hitam synthetic tapi belum tahu bayaran harga begitu tinggi menjamin kita mendapat produk 100% synthetic..hanya kepercayaan pada komponi tertentu berdasarkan sekeping label diberi ..:) “.