Penyebab tersembunyi oli 4t kering

Menukar barangan hi-performance punca penyebab oli 4t kering

Ada tambahan sikit lagi fakta tentang minyak hitam kering yang tersembunyi. Minyak hitam-Kalau di Indonesia sebutannya ialah oli 4-stroke ,mat salleh sebut 4t oil jadi biarlah artikel kali ini dapat difahami oleh semua pembaca serantau. Bukan setakat artikel sahaja saya berharap juga blog baikimotor.com dapat di ekses masyarakat serantau khasnya dalam bidang permotoran..;)


Selalunya tanda-tanda yang menunjukan motor itu akan mengalami masalah oli enjin mengering ialah dengan kenampakan asap keluar semasa berjalan dari enjin jenis 4-stroke itu.Itu adalah signal umum kejadian itu tapi masalah oli kering kadang-kala tidak kelihatan tapi masih tetap berlaku.

Ok artikel terdahulu ialah penerangan pada komponen penyebab oli kering harap telah dibaca. Selain punca oli kering yang telah saya sebutkan itu, disini saya tambahkan lagi fakta hasil dari permahatian saya setelah aduan diberi oleh beberapa pihak termasuk juga komentar di blog ini

Kejadian oli kering terjadi selepas mereka melakukan beberapa perkara ini;

  • Tukar camshaft racing
  • Tukar ekzos High Performance
  • Tukar racing block cylinder
  • Tukar jenis oli

Dikatakan ia tidak sering berlaku tapi tetap ada berlaku masalah oli kering pada motor setelah membuat penukaran barangan tersebut di di atas. Kenapa bisa terjadi? Kenapa boleh terjadi masalah ini,jika difikirkan tak mungkin perbuatan itu akan membawa kepada kebocoran oli disini.

Gambar oli 4t

Suhu panas enjin menyusutkan oli 4t

Faktor yang jelas saya nampak disini ialah suhu kepanasan enjin adalah kenyataannya.walaupun suhu operasi enjin normal  ketika idle yang diketahui ialah 212f atau 100c tapi ia boleh meningkat lebih tinggi pada keadaan tertentu.

Contohnya menukar block asal kepada block racing ,hasilnya peningkatan kuasa lebih tinggi, enjin beroperasi lebih kencang, dilihat disini sistem penyejuk asal tidak lagi dapat menampung keperluan enjin itu. Akibat tidak keseimbangan ini berlakulah penyusutan oli motor. Suhu enjin telah meningkat begitu tinggi melepasi ketahanan oli dengan itu oli mula mencair.Oli cair mudah  menyusut dan lama-kelamaan menjadi kering.

Contoh lagi satu ialah menukar chamshaft racing,kerana ambilan bahan bakar yang banyak sisa bahan bakar yang dilepaskan juga banyak hasilnya peningkatan aruhan gas buangan didalam ekzos juga tinggi.Terjadi pemaksaan yang melampau pada sistem ekzos yang tidak cekap membawa kepada peningkatan suhu enjin.Apakah sistem penyejuk motor itu masih mampu meredakan suhu?

Keseimbangan sistem penyejuk mendapat ketahanan oli kering

Apa perlu tahu untuk menukar barangan asal kepada high perfomance perlulah ada keseimbangannya dengan sistem penyejuk atau anda akan melabur wang lagi membuat overhaul enjin setelah 4t oli kering. Kiraan dan setingan enjin perlu diubah dan disesuaikan kesemuanya bagi mendapat keseimbangan suhu oli.

Ketahanan oli bergantung juga dengan kadar kelikatan oli seperti yang telah di ulaskan,terdapat oli tertentu yang menurun gred dan menjadikan oli itu lebih cair atau lebih nipis.

Ekzos berasap putih kebiruan kerana oli terbakar

Suhu panas menyebabkan oli menipis dan lolos ke kebuk pembakaran melalui gap piston ring dan valve seal hasilnya bahan bakar telah bercampur dengan oli 4t.Biasanya penunggang motor itu hanya sedar apabila ekzos mula berasap putih dengan banyak.Dari pemerhatian yang lebih asap yang bahan bakar enjin motor  bercampur dengan 4t ini agak kebiruan.Jelasnya di sini tanda awal selalunya tidak dapat dikesan  oleh pemilik.

Cara atasi masalah oli kering pada hal ini ialah mengekal kelikatan oli dengan melakukan pelarasan balik bahagian tertentu atau pemilihan jenis oli itu sendiri,menggunakan oli yang lebih bersesuaian dengan high-performance engine.

Cakap Pomen Motor;”Ok harap anda menjumpai jawapan tersembunyi terhadap permasalahan oli motor kering di atas pemerhatian saya ini ,jika salah atau ada soalan mahu diajukan atau lagi mahu kongsikan pengalaman tentang ini bolehlah tulis diruangan komentar dibawah,moga dapat menambahkan pengetahuan kita semua sebagai pengguna motor.
wassalam.

Minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam kering antara masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor.Selalunya masalah ini kita kesan masa tukar minyak hitam.Sintom awal minyak hitam berkurangan setelah diperiksa_cek minyak hitam.


Kesan minyak hitam kering akan memberi kerosakan yang serius pada enjin motor.Kompenon-kompenon enjin << seperti piston,crankshaft,camshaft,clucth semua akan rosak dan enjin perlu dibuat overhaul.

Punca minyak hitam kering disebabkan beberapa perkara berkaitan antaranya ialah

-kebocoran oil seal

-kebocoran gasket

-kebocoran seal injap pembakaran dalam

–  Seperti valve minyak dan valve dan  Valve ekzos untuk motosikal
4 stroke sahaja.

-Haus pada silender/blok atau biasa  Orang sebut blok longgar

-Gegelang Omboh(piston ring) rosak

Gambar contoh minyak hitam leaking
Contoh enjin leaking yang kritikal

Minyak enjin berkurangan

Oil seal atau getah penebat sering di lihat pada shaft gear atau shaft starting dan beberapa tempat lagi boleh ditukar ganti dari luar.

Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.

kawasan yang bocor ialah pada head block,clutch dan jarang sekali pada bahagian tengah enjin yang perlu kerja Overhaul enjin untuk menukar ganti gasket itu.kesan-kesan gasket bocor boleh dilihat sering ada tompokan minyak di tempat parking.

Valve ialah barangan dalaman enjin terletak pada bahagian head cylinder.Pada tiang valve terdapat Valve Seal untuk melindungi pelincir masuk ke kebuk pembakaran.Sedikit demi sedikit minyak akan berkurangan jika ia berlaku.

Sama seperti valve ,minyak lolos melalui celahan ring piston juga penyebab minyak kering secara cepat jika kehausan teruk pada Ring atau dinding cylinder block kerana minyak pelincir mulai masuk ke kebuk.Tukar ganti perlu melalui proses Top Overhaul.

Kesan minyak hitam kering pada enjin

Ok,ni update sikit ni,saya mahu tunjukan kesan minyak hitam kering pada enjin motosikal 4 stroke.Enjin motor ini terpaksa dibuka(overhaul) setelah mengalami “jem rod”.

Jem rod maknanya Connecting Rod pada Crankshaft tidak dapat berfungsi lagi,jadi kaku dan bila ini terjadi penyetat kaki jadi keras tak boleh start.kejadian ini mirip seperti “jem block”,..penyetat keras.

Gambar rod jem
Connecting Rod

Kejadian ini jika dilihat lebih mendalam ialah disebabkan tiada aliran minyak hitam di dalam ruangan bearing rod dan bush rod.Ini akan menyebabkan bearing bergesel dengan kasar pada bush.Lama-kelamaan menyebabkan sarang bola bearing pecah.

Baca lagi: penyebab lain minyak kering

Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak  berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.

Cakap pomen; ‘cek minyak hitam sebelum jalan’