Tekan brek motor berbunyi

Gambar brek motor

Masalah lewatkan waktu tukar brek motor berbunyi

Saya ada satu masalah nak tanya kenapa motor saya tekan brek berbunyi..bunyi agak kuat juga bila menekan brek..sampai hari ini saya tak endahkan bunyi bising tu sebab saya tak ada masa lagi nak tukar brek..jadi adakah tak jadi masalah bagi saya lewatkan masa tukar brek motor saya..?

Jawapan;Jika brek motor sudah mula berbunyi maka seharusnya terus membuat pemeriksaan pada sistem brek motor itu.Ini kerana kadangkala perkara ini terjadi bukan kerana masalah brek rosak tetapi juga berlaku kerana masalah lain yang merbahayakan keselamatan anda pengguna motor.
Kenapa perlu dilewatkan menukar brek motor sedangkan brek adalah kunci keselamatan anda semasa menunggang motor.Macamana anda nak berhentikan kelajuan motor kalau brek tak makan.Jadi semestinya tidak disarankan lewatkan masa untuk menukar brek motor sebaliknya awalkan sebelum brek habis.

Risiko brek motor berbunyi

Anda bakal menghadapi risiko kerosakkan motor dan kemalangan jalanraya sekiranya brek motor mula berbunyi.Ini kerana selain brek tak makan,berkemungkinan langsung kepada brek tak berfungsi.

Spring brek tercabut

Gambar spring brek

Spring brek yang ada pada sistem brek gelendong(Drum Brakes) seperti anda lihat pada brek belakang motor ex5,adalah satu punca brek motor berbunyi selain habuk-habuk brek,pasir,bedasing,pelincir yang menjadi penyebabnya.Spring dalam brek tiba-tiba begesel akan mengeluarkan bunyi pada roda motor memberi   isyarat untuk pemeriksaan brek dilakukan sebelum ia putus/tercabut.Spring brek putus atau tercabut membuatkan brek gagal berfungsi.

Gambar hub rim

Kesan lewatkan waktu menukar brek juga mengakibatkan kerosakkan dalaman Hub Rim(Drum).Ini kerana kulit brek(lining) telah habis/tinggal besi mula bergesel dengan bahagian dalam Hub itu.

Berbagai hal selepas itu mula timbul seperti brek melekat,brek tak makan setelah diganti baru dan brek berbunyi tentunya.

Kesannya,saudara harus gantikan brek berkali-kali untuk mendapat cengkaman brek standard.Judi rugi rasanya menukar brek motor berkali-kali dalam masa yang singkat membazirkan wang  atau rugi juga menukar Hub rim baru yang tak sepatutnya berlaku.

Jadi Cakap Pomen Motor;eloklah tukar membuat pemeriksaan awal pada bahagian brek motor sekiranya ia mula berbunyi.Harga tukar brek motor pun tak mahal sekitar RM 8-15 untuk brek jenis gelendong.Proses tukar brek pun tak lama dalam 15 minit macam tu,jadi jangan dilewat-lewatkan pergi ke bengkel untuk tukar brek motor anda.
Sekian dulu untuk hari ini tajuk tentang brek motor berbunyi dan kita bersambung dikesempatan lain pula.wassalam.

Ejas brek motosikal mudahnya cara

Cara selaras sistem brek motosikal haus berbunyi serta melakukan pemeriksaan minyak brake

Ejas brek motosikal mudah caranya kalau dipelajari.Tak 5 minit dah selesai masalah brek tak makan.Ya,penting juga belajar repair sepeda motor ni,didalam kecemasan ia boleh membantu kita.Artikel hari ini ditujukan kepada pengguna motosikal baru yang kebiasaannya belum tahu cara ejas atau disebut penyelarasan brek.

Brek atau break ialah satu alat untuk memberhenti atau memperlahan kenderaan.Kerana itu brek ialah alatan motosikal yang paling perlu diutamakan penyelenggaraannya.Masalah brek tak makan,brek berbunyi ialah tanda-tanda yang brek perlu diselenggarakan.

Brek yang haus atau berbunyi perlu dibuat penyelarasan balik atau diganti yang baru.Tujuannya ialah untuk mengembalikan keberkesan fungsi brek tersebut.

Penyebab brek berbunyi ialah kerana brek terlalu haus sehingga tinggal besi(tapak).Menjadi punca juga bendasing seperti pasir dan habuk brek didalam gelendong brek atau pad disc.Terkadang disebabkan permukaan brek tidak rata atau ada cecair pada permukaan brek.Cara atasinya ialah dengan melakukan servis brek atau tukar brek.

Sistem brek motor

Pada setiap motosikal biasanya dilengkapi dengan dua sistem brek iaitu sistem brek depan dan sistem brek belakang.

Sistem brek motosikal terbahagi kepada 2 pada masa ini.Iaitu brek jenis gelendong dan brek bendalir(disc break).Brek gelendong ia tidak dapat dilihat kerana berada didalam Hub roda.ciri-ciri sistem brek disc ialah mempunyai Piring disc dibahagian roda tayar.

Brek pada motosikal kecil(cub) biasanya menggunakan brek jenis gelendong pada kedua-dua sistem breknya,atau menggunakan 1 brek disc di bahagian depan(brek depan)

Cara laras adjust brek

Brek disc sentiasa perlu diawasi paras bendalirnya(minyak brek).cara lihat minyak brek ialah melalui satu tetingkap kaca yang dipasang pada brek tangan atas.
Lihat tanda arasnya.minyak brek kurang harus ditambah dan pastikan tiada kelihatan kebocoran minyak pada saluran paip serta pumpnya.Jika kelihatan segera baiki kebocoran itu.


cara periksa minyak brek

Untuk mulakan pemeriksaan minyak brek motosikal harus ditegakkan terlebih dahulu.
Langkah pertama,periksa lower upper level minyak brek dan periksa kebocoran.
Kedua,periksa break pad.jika haus ditukar ganti
Jika semua dalam keadaan baik tapi masih hadapi masalah brek tak makan sila buat break bleeding.

 
 
Gambar brek gelendong dan disc pad
1-kekasut brek(break shoe)
2-disc pad





Cara ejas Brek belakang

Jarak kelegaan diantara brek mula mencengkam  dengan kedudukan asalnya menentukan samada brek sudah haus(habis) atau tidak.
Caranya dengan menekan pedal brek sehingga brek mula mencengkam.Jika jaraknya terlalu jauh mulalah ketatkan skru penyelaras brek.

Tegakkan motosikal menggunakan tongkat tengah.mula pusingkan skru brek mengikut arah jam sambil menekan lengan brek.Jika gagal boleh gunakan sepanar.setelah itu buat pemeriksaan balik.Jika masih gagal setelah melaras skru brek,eloklah digantikan brek yang baru.


Gambar cara ejas brek motor
2-nat selaras break
3-pin lengan break
4-lengan brek



Langkah selanjutnya ialah buat pemeriksaan brek.periksa rod brek,lengan brek dan juga tahap anjalan spring brek.Periksa juga skru-skru dan pin pada setiap bahagian brek dan roda.Masalah brek cepat haus boleh diatasi dengan menggunakan barangan asli(OE).Barangan asli menjamin kualiti brek terbaik bagi mengelak masalah brek cepat habis,kekasut brek pecah dan sebagainya.sekian-