Kunci motor Lagenda ZR 115fi Original Yamaha

Gambar kunci Yamaha lagenda ori

Alat ganti untuk motor Yamaha Lagenda ZR 115fi kunci utama(main switch) janama original ada kami jual. Boleh dibeli secara online juga dengan harga RM110 untuk satu unit pada tarikh hari ini.

Kelebihan menggunakan kunci original

Seperti difahamkan, alat ganti original adalah lebih berkualiti dan terjamin untuk kegunaan yang lama. Antara kelebihan apabila memilih untuk menggunakkan kunci original pada motor anda

  1. -Senang On/Off kunci
  2. -Senang buka sit lock
  3. -Elak masalah kunci tertanggal(semasa naik)
  4. Senang pasang
Gambar main switch Lagenda zr 115fi

Kunci Lagenda ini adalah alat ganti Yamaha yang original(asli) dan lebih terjamin untuk menggantikan kunci lama yang sudah rosak atau anak kunci hilang. Berfungsi dengan baik serta pemasangan yang mudah. Hubungi kami jika berminat. Terima kasih

Belajar memperbaiki motor-kunci rosak

Bab 13 – kunci rosak

Pembelajaran memperbaiki motor kita masih pada bab wiring dan sambungan dari post lepas iaitu mengenai cara check motor tak ada api(lektrik) enjin khususnya motor jenis menggunakan sistem Cdi seperti Honda ex5.

Hasil permeriksaan kita pada bab terdahulu menunjukkan coil magnet mengeluarkan api tapi pemeriksaan pada komponen lestrik selepas itu Cdi serta plug coil adalah tidak ada.Jadi sebelum memutuskan untuk menukar Cdi kepada baru atau plug coil baru ada lagi lagi satu ujian perlu kita buat iaitu pada kuncinya (main switch).

Gambar pembelajaran baiki motor

Kunci rosak punca motor tak hidup

Kunci utama motor yang rosak juga menjadi punca penyebab motor tak hidup jadi langkah pemeriksaannya adalah seperti ini;

  • Cabut soket kunci utama
  • Test wayar api keluar dari Cdi
Gambar kunci motor

Katakan setelah sambungan kunci diputuskan hasilnya positif plug mula mengeluarkan api maka disini menunjukkan ada kerosakan pada kunci,boleh tukar kunci baru tetapi jika hasilnya sama tidak ada api,makanya kunci adalah tidak bermasalah Cdi lah harus dicuba tukar terlebih dahulu.

Sekarang keputusan ujian kita akan diperolehi.Jika setelah sambungan kunci diputuskan bermakna api akan mengalir turus bila ditendang penyetat kerana kunci motor berfungsi untuk memutuskan dan menyambung lektrik enjin serta lampu.Oleh itu sebarangĀ  kerosakan pada kunci utama akan menyebabkan gangguan pada sistem operasi enjin.

Lagi tips dalam masa membuat wiring kita perlu teliti pada perkara sampingan lain seperti ada wayar putus,socket longgar atau wayar tersentuh..semua ini juga kebarangkalian punca masalah gangguan api enjin atau api lampu sekalipun.

Ok pembelajaran memperbaiki motor kita akan bersambung pada bab seterusnya dengan tak lain pula dan jangan lupa klik link biru penting pada artikel untuk bacaan lanjutan.Wassalam.

Belajar mekanik-wiring switch handle motor

belajar mekanik wiring switch handle motor

Bab 11 belajar mekanik motor-menyelesaikan masalah wayar switch handle tak ada api untuk nyalakan lampu dan beberapa komponen wiring lain

Salam,ok sambungan dari bab lepas yang mana soket tak sampai api (current) perlulah anda check wayar dari switch handle kepada soket lampu depan.2 wayar ke hidup ke soket (atas/bawah) tidak ada api juga,nah! Kali ini anda perlu lanjutkan pemeriksaan/check switch untuk pastikan ia masih elok atau bermasalah.Caranya seperti ini;

Dapatkan wayar hidup penghantar (wayar bawah) ke switch handle,check seperti yang saya ajar sebelum ini.Jika hasilnya positif iaitu wayar bawah ada api bermakna switch bermasalah/rosak.Biasanya di bengkel
yang sesak mekanik akan terus tukar switch kepada baru saja,tapi anda yang belajar mekanik ini perlu tahu cara kerja wiring-nya (cara jalan current).Pemahaman mudah saya tunjukan kepada anda;

Cara kerja lektrik switch handle

Switch pada handle motor sebelah kiri ini berkerja sebagai pengagih kuasa lektrik/api/current kepada lampu depan belakang,lampu signal dan juga horn (ping..ping..).

Gambar diagram wiring motor

Saya lukis sikit gambaran supaya anda lebih faham,maaf diagram wiring switch handle motor agak buruk šŸ˜€
Keterangan;

A=soket mentol
B1=lampu tinggi (depan)
B2=lampu rendah (depan)
B3=lampu belakang
C=lampu brek (belakang)
D1=lampu signal (kanan)
D2=lampu signal (kiri)
E=horn

*litar itu menunjukkan semua wayar hidup.

Kuasa lektrik/listrik yang diambil oleh switch ialah
1.kuasa coil
2.kuasa bateri

Apapun semuanya mula bekerja setelah kunci mula ON sahaja.Ini saya sudah terangkan dalam bab asas wiring lagi..sila baca ya..:)
Ok,lanjutan selepas ini iaitu wayar bawah tak ada api..

Gambar coil magnet lampu

Wayar bawah tak supply current

Wayar bawah sebelum switch handle itu datang daripada 2 punca iaitu dari bateri dan coil lampu.Tapi sebelum terus kepada switch terdapat beberapa komponen wiring lagi yang perlu direntasi oleh punca kuasa lektrik itu.

Contoh;wayar kuning dari bawah sebelum switch tak ada api.Dalam gambarajah di atas anda dapat lihat wayar kuning itu tidak melalui kunci untuk ke switch.Hanya terdapat rectifier setelah coil lampu,jadi berkemungkinan rectifier rosak atau lamp coil dalam magnet itu yang rosak.

Sememangnya kita mahu hasil yang cepat dalam membuat kerja jadi tekniknya kita buat ‘short cut’ saja.TERUS TEST WAYAR DARI LAMP COIL..jika hasil positif maka bererti ada masalah pada rectifier dan jika hasilnya negatif maka kerosakan pada coil dalam magnet itu.Mudah bukan..?

Contoh 2: lampu signal,lampu brek belakang mati(tak nyala).Di atas anda dapat lihat current dari bateri akan mengalir merentasi rectifier–>kunci–>switch handle.Nampak? Current tak terus supply ke switch,jadi di antara 2 komponen adalah penyebab current tak sampai ke switch.

Cakap Pomen Motor:”
Ok,rasanya sudah faham cara kerja wiring motor bahagian lampu ini.Selepas ini kita akan pelajari bab wiring api enjin pula tapi sebelum saya akan ulas tentang beberapa komponen sokongan yang belum disebut di sini.Kita jumpa di bab seterusnya..plug tak ada api