Camshaft atau aci sesendol

Gambar camshaft
Aci sesendol

Apa itu camshaft dan bagaimana ia berfungsi


Camshaft atau aci sesendol terletak pada bahagian depan enjin motor atau lebih tepat pada bahagian head cylinder bagi enjin 4 lejang sahaja.Rupa bentuk camshaft kelihatan mempunyai 2 bukit berlainan arah.Bukit atau bonjolan ini sebagai pemaksa injap.Itulah juga yang dikatakan fungsi camshaft,sebagai pemaksa injap.Satu bahagian untuk injap masuk dan satu bahagian untuk injap keluar.Namun bilangan bonjolan camshaft ditambah apabila sesebuah enjin itu banyak banyak menggunakan injap.Contoh pada enjin 2 selinder sebaris atau 4 selinder sebaris yang menggunakan satu camshaft_SOHC.

Injap/valve

enjin ohc asas normalnya ia menggunakan 2 injap sahaja iaitu injap masuk(valve In) dan injap keluar(valve out).Injap masuk untuk kawalan masuk bahanapi dan injap keluar adalah untuk kawalan buangan sisa gas pembakaran (asap ekzos).

Gambar valve injap motor

Injap adalah berbentuk bulat bertiang,ia bekerja secara turun naik,tutup buka.lazimnya setelah enjin lama beroperasi akan terjadinya kerosakan (injap bocor) berpunca dari hal-hal tertentu seperti plak karbon.Apabila hal ini terjadi maka injap itu perlu menjalani proses pembaikan yang dikenali sebagai valve grinding.

DOHC

Maksud Dohc ialah 2 camshaft pada bahagian atas cylinder head ‘double overhead cam’.Enjin satu selinder yang menggunakan 2 cam.Biasanya enjin jenis ini tidak menggunakan 2 injap sebaliknya menggunakan 4 injap.2 injap masuk dan 2 injap keluar.Kelebihan enjin Dohc ialah menghasilkan hantaran kuasa enjin lebih lancar ‘smooth’ berbanding enjin sohc.

Gambar camshaft jenis dohc
Dohc

Cara kerja camshaft

Diulangi camshaft adalah pemaksa injap,namun ia tidak bekerja secara terus.Camshaft tidak bekerja jika tiada tepet (rocker arm) ataupun Sim.Sesetengah jenis enjin menggunakan tepet dan ada pula guna Sim.Tepet dan sim adalah alat sokongan bagi camshaft untuk menekan injap-injap pada head selinder itu.

Gambar cara kerja camshaft motor
Rajah A

bekerja secara putaran mengikut crankshaft. Koneksi antara 2 alat ini biasanya menggunakan 3 method berbeza terpulang kepada pilihan pengeluar mereka cipta enjin itu, iaitu dengan menggunakan timing chain, rod atau gear.

Pada rajah A di atas anda boleh lihat diagram camshaft bekerja untuk menekan injap masuk(intake valve)  dan injap keluar(exhaust valve). Saat rocker arm menaik pada pada bonggol ekzos(exhaust lift) injap keluar mula dibuka.

Putaran(rotation) terus berlangsung sehingga puncak exhaust lift bererti injap ekzos dibuka sepenuhnya. Saat rocker arm menuruni bukit atau bonggol ekzos, injap ekzos mengikut dan mula menutup lubang injap di dalam cylinder head. Selepas itu rocker arm mula mengenai intake lift untuk membuka injap masuk pula(mengambil bahan api. Sama cara kerjanya pada exhaust lift tadi, selanjutnya selepas itu bahan api akan dinyalakan ketika rocker arm berada pada base circle camshaft. Untuk memahami ini anda perlu faham betul tentang aturan kerja enjin 4 lejang

Aci engkol

Rupa bentuk aci engkol,bahagian-bahagian serta fungsinya



Gambar aci engkol

Ini la rupa bentuk aci engkol atau crankshaft.aci engkol terletak pada bahagian enjin tengah.Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling  berat.Ia terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu kanan dan kiri.Bahagian kanan untuk sambungan pada clutch dan kiri pula untuk magneto.Rod penyambung pula dipasang ditengah-tengah aci engkol.Pada sambungan rod dengan aci engkol terdapat bearing dan pin.Salalunya masalah aci engkol rosak atau ‘jem’ adalah pada bahagian bearing ini.Ciri-ciri aci engkol rosak ialah kedengaran enjin motor bunyi bising  ‘knocking‘.Semakin teruk rosaknya semakin kuat enjin bunyi atau langsung jem (kejang).

* untuk menukar rod, enjin perlu dibuat          overhaul *

Fungsi

Pada pendapat saya, fungsi aci engkol  ialah untuk menghasilkan putaran enjin.Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.

Rpm (Revolutions per minute) pula dikira pada putaran aci engkol.Semakin tinggi nilai pada meter rpm bermakna semakin banyak putaran enjin dihasilkan.

Aci engkol boleh diguna pakai sepanjang hayat motosikal hanya rod penyambung,bearing rod akan ditukar ganti.Ini kerana aci engkol diperbuat daripada besi padu.Mungkin masalah kecil boleh berlaku pada aci engkol tetapi ia boleh diperbaiki.

Cakap pomen ; aci engkol tak berbunyi sebaliknya rod yang berbunyi”

Pengenalan enjin motosikal

 

Gambar motor enjin berkuasa

 


Pengenalan enjin motosikal cara kerja,fungsi dan jenis-jenis enjin asas enjin

penulisan Pengenalan enjin motosikal ini bertujuan untuk memulai kerja baiki motor dan bukan untuk melahirkan jurutera enjin.Jadi kita akan mempelajari asas enjin sahaja tidak melibatkan dimensi atau isipadu enjin.Kerana yang mengajar ini hanya seorang mekanik bukan jurutera.Harap maklum :).

Bagaimana memulai belajar enjin?
Perkara pertama ialah kenal enjin.maksudnya kenal jenis-jenis enjin motosikal seperti enjin 2 lejang ataupun jenis 4 lejang.Apabila sudah kenal jenis enjin kenal pula nama-nama alatan/kompenon luaran enjin seperti


Enjin motosikal 4 lejang

Enjin motor 4 lejang ialah sejenis enjin yang kuat membawa muatan,mendaki,dan untuk perjalanan jarak jauh.Dikenali juga sebagai enjin mesra alam sebelum lahirnya enjin elektrik.Ia adalah satu kebaikan bagi enjin 4 lejang.

4 stroke engine memerlukan 4 putaran (lejang) lengkap untuk menghasilkan satu nilai kuasa.Kompenon utama enjin ini ialah camshaft dan injap-injapnya yang membuatkan ia berbeza dengan enjin 2 lejang.Ia juga tidak menggunakan pelincir tambahan 2T dan  hanya pakai minyak hitam.

kelemahan enjin 4 lejang

Kelemahan enjin 4 lejang ialah kos penyelarasan yang tinggi kerana menggunakan banyak kompenon dalaman.Namun ia masih boleh ditutup dengan memiliki kelebihan jangka hayat kepenggunaan yang lama untuk menghadapi masalah kerosakan.


Cara kerja enjin 4 lejang 

Gambar cara kerja enjin motor 4 lejang

 

Injap (valve) dan aturan lejang

 

Injap ialah alat yang berfungsi untuk membuka dan menutup saluran.Seperti saluran minyak masuk dan saluran ekzos dan ia dikenali sebagai Injap Masuk dan Injap Keluar.

Injap-injap enjin 4 lejang berbeza kerja mengikut lejang masing-masing.Contohnya pada lejang mampatan kedua-dua injap tertutup bagi membenarkan campuran bahan bakar termampat.Selepas lejang kuasa barulah injap ekzos terbuka,pada saat ini ia dipanggil lejang buangan

1.Lejang ambilan(masuk)Injap masuk terbuka

2.Lejang mampatanKedua-dua injap tertutup

3.Lejang kuasaInjap tertutup

4.Lejang buangan (ekzos)Injap ekzos terbuka
 


Kompenon enjin

 
  • Ekzos
  • Cylinder head
  • Cylinder / blok
Gambar enjin 2 lejang
Enjin 2 lejang


Kompenon luaran enjin ialah kompenon yang boleh dilihat tanpa perlu membuka mana-mana skru enjin.Setelah mengenal kompenon luaran enjin kenal pula kompenon dalaman enjin seperti

Komponen dalaman enjin

  • Magneto
  • Gearbox
  • Valve
  • Timing chain
  • Balancer

Kompenon dalaman enjin ialah alat yang berada didalam enjin.Untuk melihatnya perlu dibuka beberapa skru atau kompenon lain. Video animasi enjin 4-lejang

Jenis-jenis enjin

 

Enjin Satu cylinder

Enjin satu cylinder ialah enjin  ringkas bagi sesebuah motosikal.
Hanya menggunakan satu piston dan satu rod penyambung
Ia senang diselenggarakan dan mesra mekanik.

Pengeluar motosikal juga amat meminati enjin jenis satu selinder kerana kos pembinaanya menjimatkan.

Hampir semua motosikal komersial berkapasiti rendah dipasang dengan enjin jenis ini .motosikal seperti Honda c70,ex5 amat terkenal dengan rekaan enjin satu selinder yang mengkagumkan

Gambar enjin inline 3
Enjin 3 selinder sebaris

Enjin sebaris/ in line

Enjin sebaris(in line) mempunyai piston yang berbilang tetapi kedudukan selinder-nya tetap sebaris.contohnya 4 selinder sebaris.enjin sebaris memerlukan ruang lebar ke sisi dan contohnya banyak terlihat pada motosikal berkuasa tinggi.

V -kembar / V-twin

Enjin v kembar (v-twin)ialah enjin berbentuk V.V bermakna 2 selinder,2 piston,2 karburator/enjeksi,2 rod penyambung dan hanya satu aci engkol.enjin yang memerlukan ruang agak besar tetapi tetap ramping seperti enjin satu selinder.enjin jenis ini begitu popular bagi pengeluar motosikal jenis Copper atau easy rider kerana memiliki suara sound yang unik dan tersendiri.

Kenal dan fahami fungsi tiap-tiap kompenon enjin maka bererti anda sudah bersedia untuk baiki masalah enjin motosikal rosak.Itu adalah tujuan utama kita disini iaitu belajar baiki motor dan ini ialah bab enjin motosikal .Tajuk hari ini Pengenalan enjin motor adalah permulaan belajar enjin.Tajuk lain pula akan disusuri selepas ini.InsyaAllah..

Fungsi karburator motor dan komponen

Gambar karburator motor
Karburator motor

Fungsi karburator serta kegunaannya pada motor

Karburator(carburator) ialah satu alatan enjin yang berfungsi sebagai kilang memproses petrol sama udara kepada nisbah tertentu untuk dijadikan bahan bahan bakar untuk menjana kuasa sesebuah enjin petrol samada motorsikal kereta dan sepertinya.

Karburator berfungsi secara manual iaitu akan bertindak-balas mengikut pergerakkan pergelangan tangan anda memulas throttle(pendikit)- kaki bagi kereta. Kerjanya bermula sebaik sahaja enjin diputarkan(start), karburator yang menyimpan sejumlah minyak akan menghantarnya bersama-sama udara masuk ke ruang pembakaran dalam enjin dan ini membuatkan enjin mula hidup.

Ketika enjin sudah dihidupkan dan anda membiarkan throttle iaitu tanpa pulas minyak- keadaan ini disebut idle atau melahu. Semasa ini karburator adalah sedang berfungsi tetapi menghantar campuran petrol sama udara dalam jumlah yang sedikit. Suapan bahan api itu mula dipertingkatkan sebaik sahaja anda mula pulas throttle, juga bermakna lebih banyak udara dan petrol masuk akan membuatkan enjin menghasilkan lebih kuasa.

Gambar skru timing, skru angin pada karburator

Fungsi komponen luaran karburator motor seperti skru angin dan skru timing

Khasnya disini saya ceritakan asas karburator bagi motorsikal- Pada karburator motor biasanya akan

terdapat beberapa komponen utama dan penting seperti 2 skru pelaras untuk tujuan penyelarasan minyak dan udara.

Komponennya yang pertama berfungsi untuk kunci timing dan dikenali sebagai skru timing.  Ia boleh dilaras bertujuan supaya enjin tidak mati saat enjin sedang idle- Anda boleh laras mengunakan skru driver untuk menetapkan timing tinggi atau rendah. Suara enjin tinggi disebut timing tinggi.

Yang kedua adalah skru angin dan kebanyakkan berada paling tepi pada mana-mana karburator motor.

Fungsi skru timing karburator

Kegunaan Skru timing karburator ialah untuk meninggikan timing atau merendahkanya dan ia boleh dilaras sendiri oleh pemilik motor itu, akan tetapi skru angin disebelah tepi pada karburator motor itu tidak dianjurkan disentuh jika anda tiada kemahiran, kerana sedikit kesilapan akan mengganggu kesehatan perjalanan enjin, juga boleh menyebabkan kerosakan enjin.

Jika ingin belajar melarasnya boleh baca sini  Cara Setting Karburator Motor.

Skru angin

Supaya tiada kesalahan berlaku, sini boleh pastikan yang mana satu skru angin dan yang timing. Seperti gambar di atas lokasi skru timing pada kebanyakan karburator motosikal adalah di tengah-tengah tiang atas karburator  (tiang valve).Skru angin bergantung pada jenis karburator itu sendiri.kebanyakan skru angin adalah bersebelahan skru timing.

Gambar skru timing karburator motosikal
Skru timing

Kegunaan choke karburator

Biasa kita lihat pada bar handle sebelah kiri bawah terdapat satu tuas ia adalah choke karburator. Tuas choke terus ke karburator menggunakan kabel sebagai alat perantaraan.Choke di gunakan selalu pada sebelah pagi saat untuk menghidupkan enjin yang tak nak hidup kerana sejuk.Sesetengah motor menempatkan choke pada karburator seperti motor rxz,RX’s,panther atau ts 125.

Cara menggunakan choke(pencengkik) sebetulnya
ialah tanpa memulas pendikit. Tarik choke dan terus hidupkan enjin tanpa perlu memulas pendikit. Kesilapan menggunakan choke menambahkan lagi masalah untuk menghidupkan motor.

Ciri karburator tidak berfungsi

Karburator yang tidak berfungsi ialah karburator yang mempunyai masalah pada komponen dalaman.Kesan kerosakan mungkin timbul setelah lama digunakan menjadikan karburator tidak berfungsi dengan baik.lalu timbulah masalah seperti motor semput ,motor tak boleh start dan sebagainya.
Habuk,bendasing atau air juga menjadi punca karburator bermasalah.Adakah cara mengatasinya?

Cara rawat karburator bermasalah

Ada! Cara merawat karburator ialah dengan membuat servis iaitu mencuci bersih barang dalam karburator seperti mainjet, pilotjet dan komponen dalaman yang tersumbat akibat kotoran disebut.Selanjutnya melaras semula karburator untuk menemui ketepatan campuran bahan api yang paling optimum.

Kegunaan karburator pada motor

pada masa sekarang karburator masih kekal digunakan pada motosikal walaupun nampak penggunaan sistem injeksi sudah meluas.Ada kebaikan dan kekurangan penggunaan karburator berbanding injeksi.Betul injeksi lebih menjimatkan minyak bagaimana pula dari segi kerosakkan dan kos baiki? Apa pun untuk kita lebih baik mempelari lagi tentang karburator,fahami lebih mendalam lagi bagaimana karburator berfungsi kerana karburator motor masih lagi satu alat yang masih relevan untuk beberapa tahun mendatang..

Komponen dalaman karburator

Gambar Komponen dalaman karburator

Fungsi 6 komponen utama karburator

Karburator motor terdiri dari beberapa komponen dalaman  yang setiap satunya mempunyai fungsi tertentu.Disini di sebebut fungsi 6 kompenon utama karburator

  • Slide/throttle valve
  • Slide needle(jarum slide)
  • Float/pelampung
  • Float needle
  • Main jet
  • Pilot jet

Slide bertindak membuka dan menutup laluan udara.ia berada di tengah-tengah laluan udara karburator.

Jarum slide berfungsi bersama-sama slide.pada jarum slide terdapat tap/takuk pelaras.tap ini berpengaruh terhadap kecepatan minyak masuk untuk dicampurkan bersama-sama udara.setiap tap jarum boleh dilaras mengikut keperluan

Gambar slide needle

Float needle berada didalam takung karburator.Ia dipasang pada float akan bekerja bersama-sama mengawal kadar petrol dari tangki simpanan petrol motosikal masuk kedalam karburator.INI sebelum berlaku campuran udara.Setelah aras petrol tinggi ia akan menolak float keatas dan float needle akan mula menutup kemasukan petrol kedalam karburator

Gambar main jet

Main jet  adalah laluan utama petrol ke ruang campuran udara.Main jet mempunyai lubang kecil yang dikira dengan pelbagai saiz contohnya 100,105,110,115 dan seterusnya.Ia perlu ditukar jika kadar minyak tidak sepadan dengan udara masuk.

Gambar pilot jet

Pilot jet sikit berbeza dengan main jet kerana pilot jet hanya berfungsi penuh sekiranya enjin berada dalam keadaan melahu(tanpa pulas pendikit).Ia juga mempunyai berbagai saiz contohnya 22.5,25,27.5,30 dan seterusnya

Gambar komponen

Animasi cara kerja komponen dalam karburator seperti main jet, pilot jet

Gambar cara kerja dalam karburator

Sempat saya siapkan sebuah animasi gif cara kerja komponen dalaman karburator motorsikal supaya anda lebih jelas faham.

Dalam animasi dibawah saya cub gambarkan waktu mana main jet, pilot jet berkerja dari dalam karburator.

Animasi gif karburator motorsikal
  • Bintik merah adalah petrol
  • Bintik biru adalah udara

Lihat waktu idle(enjin hidup tanpa pulas minyak) bintik merah(petrol) keluar melalui liang pilot jet, kemudian bila di rev(pulas), fungsi pilot jet semakin berkurangan sehingga full throttle tugas memberi petrol untuk digaul dengan udara di ambil sepenuhnya oleh main jet. Lihat juga terdapat bintik merah melalui ringkasan gambaran float needle disitu saat full throttle. Ini kerana pada saat ini minyak sudah mula berkurangan dalam takung dan masukan petrol baru dari tangki minyak diperlukan. Lukisan animasi terbatas sepatutnya terdapat pelampung(float) adalah berhubung kait sama float needle. Harap faham..

Ok setelah faham anda boleh berbalik ke artikel cara setting angin karburator pula