Tayar Michelin Pilot Street 2 Untuk Motor Cub, Skuter

Gambar tayar Michelin Pilot Street 2

Salam. Pemberitahuan kepada anda, kami sudah membawa masuk satu lagi jenis tayar motor iaitu tayar Michelin Pilot Street 2 yang sesuai digunakan untuk motor cub dan skuter. Jika anda berminat akan tayar berkualiti kelas A ini boleh didapati di kedai online kami.

Tayar baru jenama Michelin Pilot

Kami mengutamakan kualiti, kerana itu tayar kami jual adalah tayar baru atau keluaran terkini. Seperti Michelin Pilot ini untuk pasaran tahun 2020 kami jual tayar keluaran tahun 2020 juga, untuk tahun depan 2021,2022 akan diusahakan anda mendapat keluaran terkini juga. Boleh baca dulu cara check tayar lama atau baru

Tayar motor tubeless Michelin Pilot saiz 70/90-17,14|80/90-17,14

Buat masa sekarang kami masukkan dulu tayar saiz seperti dibawah;

A.70/90-17

B.80/90-17

C.70/90-14

D.80/90-14

Bagi motor cub seperti Lc, Y15, Lagenda atau mana-mana yang pakai rim 17 inci pilihan anda adalah tayar A dan B, dan untuk motor skuter/scooter seperti Ego atau yang menggunakan rim 14 pilihan anda adalah C dan D.

Semua saiz tayar Michelin Pilot Street 2 ini adalah tayar tubeless(tanpa tiub), bermakna khasnya untuk motor yang pakai sport-rim. Kena bagitahu ya jikalau anda seorang yang baru pakai motor.

*sila check stok terkini untuk lain-lain saiz dikedai kami.

Gambar tayar motor jenama Michelin Pilot saiz 70/80-17,80/90-17

Latarbelakang Tayar Jenama Michelin

Michelin adalah satu jenama besar bagi pengeluar tayar kenderaan termasuk motor kereta, berkelas A seperti jenama Brigestone,Pirelli, dan Dunlop.

Telah ditubuhkan agak lama, pada tahun 1888 oleh saudara Michelin, André (1853–1931) dan Édouard (1859–1940), syarikat ini mengeluarkan tayar untuk basikal dan kereta kuda sebelum memperkenalkan tayar pneumatik untuk kenderaan pada tahun 1890-an.

Pemandu kenderaan dan pelumba akan bersetuju bahawa Michelin adalah jenama tayar premium yang paling berkesan, tetapi begitu juga Bridgestone! Bridgestone melayani pengguna kenderaan harian, terutamanya.

Michelin sebagai pembekal tayar untuk sukan lumba Motogp

DORNA Sport TELAH MENGESAHKAN BAHAWA MICHELIN AKAN TERUS MENJADI PEMBEKAL TAYAR RASMI KEPADA DUNIA MOTOGPTM UNTUK LIMA MUSIM TAMBAHAN DI ATAS PENGATURAN YANG Sedia Ada. PERBELANJAAN KONTRAK SEHINGGA 2023 TELAH DIUMUMKAN HARI INI PADA MINGGU MICHELIN AUSTRALIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX PRESENCE MICHELIN MOTORSPORT DIRECTOR PASCAL COUASNON DAN CARMELO EZPELETA, CEO EZPELETA

Pemilihan grip tayar motor

Gambar tayar motor

 Panduan asas jenis tayar motor cub, scooter, scrambler atau superbike yang boleh anda pakai

Tips pemilihan bunga tayar motor untuk lebih grip/cengkaman. Pelbagai jenis tayar motor yang memberikan grip pada permukaan jalan yang berbeza.

Contohnya jalan licin selepas hujan rekaan bunga tayar yang bagaimanakan memberi grip yang lebih,jikalau jalan berpasir,jalan kering macamana pula pilihan tayar yang terbaik untuk permukaan seperti itu

Disini ialah mengenai grip atau cengkaman yang diberikan dari sebiji tayar yang kita pakai pada motosikal. Jadi sebelum buat keputusan untuk membeli tayar secara online tu seperti dekat shoppe atau lazada, rileks dulu baca ni sekejap untuk faham

Kita tahu cuaca sentiasa tidak menentu kat negara kita ni.Musim hujan pun lama juga,2,3 bulan juga, jalan kat Malaysia kira antara yang terbaik juga didunia tapi kat kampung-kampung  masih ada yang kurang, berlopak, berpasir dan sebagainya. Jadi jenis tayar yang bagaimana patut anda pilih untuk dipakai agar sesuai dengan motosikal anda.

Jenama baru tayar tubeless <<– disini

Saiz tayar motor

Ok, pengetahuan cepat mengenai motor anda pakai saiz apa, macam mana nak tengok/tahu saiz tayar anda?

Contoh pada setiap tayar motor ada angka paling penting yang menunjukkan saiz tayar anda, disebelah tepi contoh 70/90-17:

70= lebar saiz tayar(tengok dari depan)

90= Tinggi tayar(tengok dari sisi)

17= saiz rim(tinggi)

Itulah saiz tayar anda yang disyorkan pengeluar, kalau nak pakai tayar lebar anda kena tukar contoh 80/90-17. Contoh lain anda pakai LC135 nak pakai tayar RXZ iaitu 80/90-18, oleh kerana Yamaha RXZ pakai rim 18 jadi anda kena tukar rim saiz 18 juga baru boleh padan. Begitulah kalau nak pakai tayar scooter sila tukar rim scooter :))

Jenis-jenis tayar untuk permukaan jalan yang berbeza sesuai dipakai pada superbike atau motor cub

Dibawah adalah jenis-jenis tayar yang perlu anda pilih berdasarkan kegunaan seharian anda di atas faktor permukaan jalan, tujuan perlumbaan atau pergi kerja balik kerja saja atau berdasarkan saiz motor superbike,scooter,scrambler atau motor cub
  • Tayar jalanraya biasa
  • Tayar dual purpose
  • Tayar separuh slick
  • Tayar slick

Tayar bunga TT jenis tayar yang dikenali mempunyai rekaan berketul-ketul seperti tayar offroad yang dipakai pada motor scrambler tapi bezanya bunga tayar ini nipis, masih berketul ketul tapi nipis.

Contoh tayar TT yang popular ialah seperti Dunlop TT 100. Kelebihan Tayar TT ianya sesuai pada apa-apa permukaan pada tahap sederhana, Jalan kering,jalanraya berpasir atau jalah basah. Tayar ini sesuai untuk motosikal bawah 150cc Harga tayar jenis ini pun tak mahal sekitar RM 40-60 sebiji.

Gambar tayar terbaik Dunlop TT 100
Bunga tayar TT 100

Tayar scooter

Gambar tayar scooter

Tayar dual purpose ialah tayar 2 alam boleh digunakan pada jalanraya biasa dan juga jalan tanah. Tayar jenis bulat dan mempunyai rekaan lorekan tayar yang efektif pada permukaan yang disebut. Biasa digunakan pada motor dual purpose seperti KTM, ducati multistrada, BMW Gs dan sebagainya.

Gambar tayar motor dual purpose
Dual purpose

Tayar scrambler/motocross

Tayar scrambler/motocross sesuai untuk kegunaannya bagi motor offroad, ya tayar untuk “main” atas tanah/pasir sahaja, tujuan trek, masuk hutan pergi kebun sepertinya.

Gambar tayar motor scrambler

Tayar racing  slick/separuh untuk superbike

Tayar separuh slick bermakna tayar motor yang hanya mempunyai sedikit sahaja lorekan pada tayar. Tayar ini banyak digunakan pada motosikal berkuasa tinggi/superbike jenis sport seperti CBR 600, Yamaha r6, Suzuki Gsx 1000 dan sebagainya. Malahan tayar ini turut tersedia untuk saiz kecil dan sesuai untuk motosikal motosikal cub kecil.

Tayar ini mempunyai grip yang lebih baik didalam selekoh berbanding tayar jalanraya biasa. Ini adalah tayar dalam ketegori sport. Contoh tayar separuh slick yang terkenal ialah seperti  seperti Dunlop sportmax, Pirelli supercorsa, Brigestone battlax dan sebagainya.

Tayar slick ialah tayar kelas paling atas dan khas untuk satu permukaan sahaja iaitu kering. Ini ialah tayar untuk tujuan perlumbaan sahaja.

Prestasi yang cemerlang didalam selekoh dan breaking diatas permukaan kering. Tayar ini tidak mempunyai apa-apa lorekan bunga hanya botak. Ia juga dikenali sebagai tayar trek. Tayar ini dapat kita lihat pada jentera-jentera perlumbaan seperti di motogp, wsbk, asia road racing dan sebagainya.

Gambar tayar slick
Slick

Jenama tayar terkenal

Cara pilih tayar untuk mendapat grip yang lebih baik ditentukan oleh beberapa perkara dan yang paling utama ialah tujuan kegunaan pemilik. Contoh nak guna pada motor cub pergi balik kerja eloklah pakai tayar jalanraya biasa kerana lebih jimat tentunya.

Pilih yang dari jenama terkenal kalau pentingkan ketahanan dan keselamatan. Contoh jenama tayar terkenal seperti Dunlop, Bridgestone, Pirelli, Michelin, Fkr pun boleh tahan.

Faktor pemilihan tayar motor berdasarkan corak bunga

Pilih bunga tayar yang sesuai untuk jalan yang kita gunakan. Contoh jalan dekat rumah kita banyak pasir,pakai tayar bunga macam  Dunlop  TT 100. Hujan pun terbaik jenis ni.

Michelin pun bagus dan tak mahal sangat macam battlax.

Tayar yang sesuai untuk jalan basah atau kering

Kalau nak layan corner sikit tapi nak jimat pakai tayar macam TT 500 atau TT 900. Bahaya sikit bila hujan tapi panas grip tang korner 🙂
Tapi bagi rider maut mereka pakai tayar sotong je ..hihi,jangan ikut bahaya!.

Nak tukar tayar motor   pilih ikut kesesuaian motor juga.Tak boleh kecil sangat dan tak payah terlampau besar,berat :)..

Kesimpulan

Bagaimana pula pemilihan tayar yang anda buat untuk motosikal anda?. Adakah pilihan yang dibuat tepat untuk mendapat grip tayar yang maksimum.

Pilihlah tayar yang terbaik untuk motor sedara sedari untuk memberi tunggangan yang menyeronokan dan juga keselamatan bersama.

Cakap pomen motor; ” pakai tayar jangan sampai botak takut tak sempat botak..pecah! 🙁