Rantai motor O-Ring dengan X Ring mana yang terbaik

Saya tidak membandingkan mana satukah jenama terbaik, saya cuma ambil contoh dari satu pengeluar sahaja iaitu RK-Malaysia(RKM) untuk jenis-jenis rantai motor yang boleh anda gunakan. Mari kita lihat keterangan dari RKM pada setiap jenis rantai dibawah

Gambar rantai motor

Rantai motor yang paling bagus ialah yang mempunyai ciri-ciri ketahanan tinggi, jangka waktu tukar lebih lambat, tidak membebankan motor dan tidak terkecuali juga ia adalah murah sepadan dengan poket kita.

Jenis-jenis rantai untuk motor yang ada dijual di pasaran adalah seperti rantai jenis O-ring, X-ring, sepertinya 
dan juga rantai besi biasa dan jenama rantai motor terbaik seperti RK,DiD,EK,etc. Jadi yang mana satukah mahu digunakan untuk motor cub ataupun superbike anda? Kita lanjutkan…

Jadi panduan asas pemilihan rantai sprocket motor telah anda fahami, sekarang ini lanjutan pembahasan saya dalam menjawab persoalan “Apakah jenis rantai motorsikal yang terbaik dan sesuai untuk motor saya? ”

Selaku pemilik dan penunggang motor saya pasti anda maklum kepentingan penjagangan rantai motor teramatlah penting untuk keselesaan tunggangan kita. Kita tak mahu bukan bila tiba-tiba rantai jatuh atau rantai putus dalam perjalanan. Untuk itu perlulah memantau sentiasa kondisi rantai dicuci, diminyakkan dan diregangkan, pastikan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Tanda-tanda rantai sudah rosak

Tanda-tanda rantai motor bermasalah ialah kedengaran bunyi bising semasa menunggang, kelihatan kendur, bengkok, berkarat. Kadang bila diperiksa ia keras dan terdapat spot yang tegang dan ada yang kendur.

Segala pemasalahan ini berpunca dari kerana tiada penjagaan yang baik justeru itu membuatkan rantai serta sprocket cepat rosak dan waktu tukar lebih awal diminta. Jadi  di bawah adalah jenis rantai yang boleh anda pilih untuk digunakan

Rantai motor O-ring, heavy-duty, X-ring,

Terdapat pelbagai jenama rantai motor dijual dipasaran sekarang ini, antara yang terbaik saya recommend untuk pengguna motor cub bolehlah gunakan brand RKM, SSS atau iKK dan untuk motor berkuasa tinggi atas 250 silalah guna DiD, Ek atau RK.

Pada waktu ini teknologi pembuatan semakin maju dan pelbagai jenis rantai direkacipta oleh pengeluar untuk memaksimalkan penggunaannya.

RKM Tackle Force

Gambar rantai RKM heavy duty 520

Rantai heavy duty untuk kegunaan harian – ke tempat kerja di bandar sesak memang perlukan banyak pertukaran gear dan memberi tekanan kepada rantai.

Rantai paling asas RKM ini diperbuat dari proses pengerasan yang tinggi adalah mempunyai ketahanan panas yang baik untuk memanjangkan jangka-hayat rantai dari cepat haus

Praktikal & Ekonomi

Produk kualiti sentiasa datang dalam harga tinggi?  Jangan bimbang kerana RK Heavy Duty Rangkaian berkualiti tinggi dan mampu dibeli. Rantai heavy duty telah dipertingkat mutu ini kini terdapat dalam pelbagai saiz untuk kesesuaian motor

Gambar carta RKM

Terdapat dalam pelbagai siri : 415,420,428, 520,525,530,530H

O-ring KLO/KRO

Gambar rantai motor RKM 520KRO

Plat ringan (Siri KLO Sahaja)

Rantai ringan bukan sahaja memberi anda lebih banyak kelajuan tetapi mengurangkan penggunaan bahan api anda sekaligus.

Teknologi Rantai Seal Ring

Cincin(o ring) di perbuat dari bahan butadine nitrile, supaya cincin ini dikekalkan daripada kakisan

Penyaduran Emas Anti Korosi (Rantaian Emas sahaja)

Penyaduran emas yang menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan kepada sifar.

Gambar carta RKM 2

Pelbagai siri : 428KLO,520KLO/KRO,525KRO,530KRO

X-Ring

Gambar carta RKM GB530KRX

Ini ialah taruhan kelas tinggi dari RK
untuk memastikan perjalanan anda sentiasa dalam keselesaan dan tanpa keraguan. Rantai RKM X-Ring
direka untuk menjadi seal yang lebih baik dari O Ring.

X-Ring Seal Technology Chain

Technology X-Ring dipastikan supaya mempunyai seal lebih baik untuk mengekalkan pelincir pada mata rantai(chain pin) itu. Dengan ini tarikan roda pastinya licin.

Spesifikasi Jarak Jauh

Dengan semua gabungannya, perjalanan jarak jauh tidak bermakna apa-apa bagi rantai yang dinilai premium ini.

Penyaduran Emas Premium

Selain penampilan elegan, penyaduran premium menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan ke sifar.

Gambar carta RKM x ring chain

Pelbagai siri : 520KRX,525KRX,535KRX

Perbezaan rantai

Pertama sekali saya katakan, kedua-dua ini adalah jenis rantai motor yang berkualiti tinggi, maknanya harga yang lebih mahal dituntut berbanding rantai biasa.

Apa peranan yang membezakan kedua-dua rekaan seal ini sebenarnya

Mahu pastikan perkara ini kita perlu melihat lebih dekat pada rekaan rantai itu sendiri. Pada setiap mata rantai itu terdapat rod yang akan melekat dan menarik gigi sprocket untuk membolehkan roda motorsikal berputar, di sini spot geseran adalah paling tinggi dialami.

Untuk mengurangkan geseran, rod pada mata rantai itu sendiri direka boleh berputar seperti roda. Jadi supaya rod tidak kejang(jem), di dalamnya di berikan pelincir kekal dan seal berbentuk O atau x itulah berperanan menutup pelincir daripada kekeringan.

Gambar menunjukkan perbezaan rekaan jenis rantai x ring dengan o ring

Rantai mana paling baik

Mana lebih baik antara O dengan X ialah telah diakui oleh ramai pemerhati memilih X. Ia kerana X seal itu lebih baik menutup ruang.

Kekurangan rantai jenis X-Ring biasanya lebih berat berbanding O, lebih berat atau lebih geseran akan mempengaruhi kelajuan serta penggunaan minyak pada motor itu. Penjimatan menggadaikan kelajuan, adakah anda setuju? Adakah berbaloi?

Petikan dari sumber DiD berkata:

“Its X-ring chains last twice as long as its O-ring chains, 20,000 miles vs. 10,000 miles.”

Kesimpulan pemilihan rantai mengikut jenis motor

Carta menunjukkan cara pilih rantai mengikut cc

Membuat keputusan tepat dalam pemilihan rantai paling terbaik untuk motor anda, silalah melihat dari pelbagai aspek. Panduan boleh diambil dengan melihat carta kegunaan mengikut cc motor, kekuatan rantai(tensile strength), struktur jalan yang direkodkan oleh RKM itu.  Tak lupa juga penting uwang nya brapa deh… 😀

Spoket tepat motor ringan

Gambar rantai motor

pilih saiz sprocket yang tepat akan membuatkan motor lebih lancar dan lebih seronok dinaiki

Motor nak ringan sedap tunggang pilihlah saiz spoket yang tepat.Terutama yang selalu bawa beban berat besarkan mata saiz spoket anda hari ini.Belum tahu? Disini kita cerita secara detail terutama untuk pengguna baru mengenai sprocket motor atau selalunya kita sebut “spoket” saja atau bahasa buku dipanggil Gegancu.

Bila spoket dah berbunyi, itu menandakan ia sudah rosak dan inilah masanya ia perlu ditukar baru. Jadi macam mana anda pilih sprocket yang sesuai untuk motor anda??.

Ramai pengguna yang tidak hiraukan hal ini.Mujurlah ada ramai mekanik  di bengkel  suka memberi saranan yang baik untuk pengguna.

Akan tetapi pemilihan spoket yang dibuat oleh mekanik adalah mengikut standard motosikal.Ini adalah baik,tapi kita disini ingin mencari sesuatu yang terbaik mengikut citarasa sendiri.

Gambar bai roti

Cara ketahui saiz spoket dan rantai

Sebelum itu pastikan anda tahu saiz spoket yang anda pakai.Untuk ketahui saiz spoket hanya perlu melihat nombor yang dicop pada spoket tersebut.Itu lah saiz spoket motor anda.Kadang-kala kita tak boleh nampak nombornya kerana dilitupi dengan minyak atau debu.

Bagi motosikal yang menggunakan penutup penuh rantai spoket perlu dibuka alatan tersebut terlebih dahulu.Disana anda boleh nampak spoket belakang.Untuk melihat spoket depan pula terpaksalah buka penutupnya.

Cara tahu saiz rantai juga dengan melihat nombor.Setiap rantai motor pasti memiliki angka saiz contohnya 420 atau 428.Jika tidak kelihatan cuci rantai dengan menggunakan minyak petrol atau diesel.

Cara padankan spoket untuk kelajuan bila jalan jauh atau untuk pickup muatan berat

Setelah sudah diketahui saiz spoket yang digunakan kini tiba masa untuk padankan spoket yang sesuai.Untuk itu ada perlu ketahui beberapa faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan spoket motor.

  • Kelajuan motor
  • Kekuatan membawa berat
  • Ketahanan kompenon enjin

Saiz spoket juga mempengaruhi kelajuan sesebuah motor.Sebab itu setelah kita selesai tukar spoket motor, akan terasa perubahan apabila kita naiki motor itu.Mungkin terasa laju dan mungkin juga terasa berat perlahan.

Untuk mendapat lebih kelajuan kita perlu mengecilkan saiz spoket.Contoh saiz spoket standard motosikal Honda ex5 ialah 36 mata gigi,kecilkan atau turunkan beberapa mata seperti 34,33, dan seterusnya.

Semakin kecil semakin laju.Perkara ini berkesan selagi tidak melebihi kuasa enjin itu.Maksudnya kecilkan berpada-pada atau anda akan hadapi masalah top speed drop.

Kecilkan spoket dapat meningkatkan top speed motor tetapi hal yang perlu dikorban ialah kuasa pickup_nya.Untuk mendapat kuasa pickup pula tukar spoket belakang kepada saiz yang lebih besar.Begitulah hukumnya jangan terlalu lebih jangan pula terlalu kurang.

Sebelum waktu tukar sprocket bagaimana nak tengok ciri tanda spoket haus

Pada motorsikal moden kebanyakkan dilengkapi dengan peti rantai penuh jadi kondisi rantai spoket agak susah untuk dilihat. Cara untuk mengetahui samada sprocket rantai boleh pakai lagi ke tak kita perlu membuka peti, cover penuh rantai dan lihat bentuk gigi sprocket itu.

Kalau kelihatan agak tajam seperti dalam gambar makanya sudah sampai waktu tukar sprocket motor anda. Kalau saya guna motor pergi balik kerja dalam jarak 30km sehari, campur pergi kedai biasanya 3-5 bulan sahaja tempohnya.

Gambar sprocket motor haus

Rantai sprocket berbunyi

Pengguna yang sudah lama guna motor kebanyakkan mereka akan boleh kesan tanda dan ciri sprocket sudah haus/rosak iaitu dengan mendengar bunyi rantai agak kuat, kadang mereka juga tak peduli walaupun sudah tahu sampai waktu untuk pemeriksaan rantai sprocket sehinggalah bunyi krakkk krrakkk krakk!! , pulas minyak motor tak berjalan… Hehe

Jika anda baru tukar spoket baru beberapa bulan sahaja spoket bunyi boleh jadi bukan masalah spoket rosak, boleh jadi rantai perlu diregangkan atau diminyakkan.

Untuk Penjagaan Enjin

Tahukan anda spoket yang tidak sepadan dengan beban boleh menyebabkan klac cepat rosak.Ini bagi kes spoket terlalu kecil.

Bagi spoket yang terlalu besar pula akan menyebabkan gegaran hasilnya banyak skru yang tercabut.Juga menyebabkan rod dan bearing enjin cepat rosak.Tapi tak usah khuatir jika anda bukan kaki lari.

Gambar carta rantai motor terbaik
Rantai mempunyai ‘o’ ring masih terbaik
Gambar rantai motor
*Baca lagi tentang rantai motor

Tips penjagaan rantai supaya lebih tahan lama untuk digunakan

Banyak produk di pasaran untuk penjagaan rantai motor seperti penyembur rantai jenama Liqui Moly motorbike chain lube, Motul chain spray, STP, atau anda boleh guna WD 40 spray.  Harga spray rantai motor boleh dapat dalam myr 30, 40 lebih kurang.

Gambar cara spray rantai motor

Kalau anda tak ingin keluar duit untuk beli itu semua anda boleh jaga rantai dengan menggunakan minyak tanah atau minyak diesel.

Caranya:

  • Bersihkan rantai dengan minyak tanah/diesel terlebih dahulu sehingga terbuang semua kotoran
  • Berikan sedikit pelincir pada rantai sambil pusing tayar. Boleh guna minyak hitam atau minyak gris.

Lihat video rakan kita pakai spray rantai disini https://youtu.be/6Y1Bwh_TqQI

Rantai yang bersih dari habuk dan debu boleh memanjangkang jangkayat sprocket anda, juga jangan biarkan kendur kerana ia juga salah satu punca sprocket cepat haus.

Jenama Spoket set lengkap paling bagus di Malaysia

Bagi mereka yang sedang mencari spoket yang paling bagus untuk motosikal anda pilihlah jenis rantai spoket yang berjenama terkenal kerana kualiti pembuatannya lebih terjamin. Anda boleh beli sprock secara berasingan atau set lengkap(sprocket depan, belakang dan rantai)

Jenama sprocket motor yang berkualiti

Di pasaran Malaysia contohnya set lengkap,jenama seperti RKM,SSS,iKK adalah pilihan ramai.Untuk antarabangsa pula sepertiRK,   D.i.D ,   EK adalah bermutu.

Bahaya rantai spoket motor yang belum diiktaraf penggunaannya,selain cepat rosak ia juga boleh putus.Banyak kes seperti ini berlaku.Jadi berhati-hati dalam pembelian rantai spoket motor.

Gambar spoket 415

Setting spoket 415

Ini cerita untuk yang gilakan kelajuan.Kisah rantai spoket bersaiz 415.Ini adalah ketagori spoket racing yang paling popular kepenggunaannya.

Sememangnya rantai motor halus seperti ini dapat meningkatkan prestasi motor kerana ia kurang ruang geseran lalu membuatkan putaran roda menjadi ringan.

Saya pernah mencuba pakai spoket 415 set untuk motosikal saya,memang terbukti ringan dan paling mengejutkan boleh menjimatkan bahan api.

Tak percaya boleh cuba..
Akan tetapi seperti kebanyakkan barang racing ketahanan jangkahayat memang tidak ada yang penting sampai dulu kegarisan penamat,itu saja.

Ratio sprocket motor

Updated:sesiapa yang nak cuba setting sprocket dan ratio gear  blog ke website ini
Sebelum test ratio anda kena tahu asas ratio sprocket terlebih dahulu.
Apa tu ratio sprocket dengar macam saintifik sangat…

Ratio sprocket dikira dengan cara mudah ialah seperti ini:

Jumlah gigi belakang dibahagi dengan depan contohnya sprocket asal motor Yamaha Y15  depan ialah 14 dan belakang 42…Y15 lagi… Ya kan tengah top 😀

42/14=3

Jadi ratio sprocket y15 ialah 3

Sekarang ni atas faktor berat badan dengan ratio asal motor terasa malas untuk berjalan dan anda perlukan lebih “tarik pick-up” jadi anda boleh menaikkan 3 mata sprocket belakang menjadi 45/14=3.214(ratio)

Situasi lain pula anda bertubuh kecil dan ringan, untuk motor perjalanan jarak jauh dan perlukan top yang lebih dan supaya tidak terasa enjin menjerit dengan ratio asal iaitu 3, rubahlah dengan menurunkan 3 gigi sprocket belakang menjadi 39/14=2.786

Turun naik ratio sprocket

Erti kata lain menurun ratio sprocket akan mendapat lebih kuasa top dan menaikkan ratio akan mendapat lebih pick up. Ratio tak ada makna apa-apa bagi kita pengguna motor biasa, sekadar pembacaan berlainan

Kesan merubah saiz sprocket

Seperti diterangkan diatas merubah saiz sprocket dengan banyak atau dengan ratio terlalu tinggi atau terlalu rendah akan memberi kesan kepada perjalanan kecuali setelah anda telah menaikkan kuasa enjin

Ia sama seperti situasi orang menunggang basikal – piring depan besar spoket belakang kecil hasilnya tentu top speed, oleh kerana pengayuhnya adalah saya, bolehlah 120km/j tapi cuba gantikan Anuar Manan yang kayuh basikal tu, pusing balik meter bosku.

Akhir kata satu tips  supaya spoket rantai tahan lama untuk anda

Untuk kegunaan motor pergi balik tempat kerja saya rasa eloklah pilih rantai sprocket motor yang mampu memberikan lebih ketahanan dan keselamatan kepada kita.Itu yang terbaik!..

Tips untuk membuatkan rantai motor tahan lama ialah selalu bersihkannya dari kotoran debu dan pasir yang melekat.Gunakan minyak tanah cuci bersih,selepas itu berikan sedikit pelincir pada rantai.Insyallah ,masalah rantai spoket cepat habis dapat diatasi.Sekian bicara kita tentang Cara pilih saiz spoket motor untuk kali ini.-salam jumpa lagi-