Motor Ex5 dream untuk dijual enjin standard

Assalamualaikum, 

Kepada pembaca blog CPM, hari ini saya mahu jual sebiji motor Honda ex5 dream yang cantik dan masih lagi dalam keadaan baik dengan harga RM2800 tunai. Motosikal untuk dijual ini mempunyai geran milik dan boleh tukar nama tapi road tax mati.

  • Kondisi enjin baik dan senyap, head block standard asal motor
  • Karburator wave 125
  • Absober ada karat sikit
  • No pendaftaran Wilayah Persekutuan(WNG)
  • Rim alloy gold
  • Lain-lain seperti anda lihat dalam gambar
Gambar honda ex5 1
Gambar ex5 dream 100
Gambar sisi ex5 dream
Gambar tengah basuh motor ex5

Motor terpakai untuk dijual

Jika berminat untuk membeli motor terpakai ini bolehlah hubungi marmanworkshop segera sebelum terlambat. Jika sudah terjual saya akan tulis sold pada ruangan komen dibawah.

Honda ex5 dream 100cc untuk dijual area Kuala Terengganu, Terengganu darul Iman. Iklan jualan ini diterbitkan dan hak milik baikimotor.com

Boleh kongsikan kepada kawan-kawan ya dan jangan lupa follow blog ini jika mahu terus dapat update, jika ada motor untuk dijual lagi anda yang pertama dapat infonya. Ok itu saja, terima kasih

Rocker arm,skru tepet motor Honda ex5

Gambar rocker arm dalam head

Menjual rocker arm dan skru tepet untuk motor Honda ex5 100 Dream/power

MarmanWorkshop– Rocker arm Honda ex5 100 ori dijual disini pada harga rm50 untuk 1 set.Alat ganti original motor Honda ini adalah pilihan utama kami di MarmanWorkshop setelah mencuba pelbagai jenis alat ganti alternatif hasilnya agak mengecewakan,2,3 kali ejas tepet benang rocker arm jadi loose.Jadi kami cadangkan kepada anda yang mahu menukar rocker arm yang sudah rosak itu beralih menggunakan alat ganti tulen Honda ini (Genuine Parts).

Gambar rocker arm ex5

Skru tepet baik punya

Pakej disini juga setelah membeli rocker arm anda boleh turut order sekali skru tepet ‘baik punya’ yang berharga RM 20 untuk 2 biji.Skru yang tahan tahan lasak tanpa mudah rosak ketika mengetatkan tepet dan tahan haus yang menyebabkan  punca tepet berbunyi dan perlu sering dilaras.

Gambar skru tepet

Ok,kedua-dua alat-ganti motor Honda ex5 Dream/power dijual pada hari ini iaitu rocker arm dan juga skru tepet boleh dibeli berasingan juga.Kos penghantaran ialah RM10 untuk Semenanjung dan RM15 untuk Sabah/Serawak.Terima kasih kerana membeli sparepart motor bersama MarmanWorkshop.

Starter kick Ex5 ori

Jual starter kick original Honda ex5

Gambar starter kick Ex5
MarmanWorkshop- Starter kick atau engkol penyetat motor motor Honda ex5 100cc lama Dream atau power ada jual disini.Alat ganti tulen dari Honda bagus diguna-pakai pada motor anda kerana ia lebih menjamin ketahanan lama dari masalah biasa penyetat kaki murah iaitu cepat loose (rosak benang) atau bunyi bergetar semasa berjalan.

Dari pengalaman kami menggunakan alat ganti tiruan yang sememangnya murah tetapi tiada ketahanan.Jadi kami mencadangkan kepada anda yang ingin menukar starter kick yang rosak gunakanlah alatganti original dari Honda ini,harga pun tidak begitu mahal dan boleh dibeli secara online dengan kami juga.

Starter kick Ex5 ori ini kami jual dengan harga RM18 pada tarikh hari ini yang boleh dibeli secara online.Terima kasih support dan membeli bersama MarmanWorkshop.

Auto clutch original Honda ex5

Gambar bahagian clutch Ex5

Menjual Auto Clutch original buatan Honda untuk motor ex5 power

MarmanWorkshop– Auto clutch Ex5 power original buatan Honda lebih memuaskan digunakan,memberi kuasa ‘pick-up’ yang lebih tanpa rasa clutch berat meleret dan juga menjadikan clutch lebih senyap.Selalunya tanda-tanda auto clutch rosak ialah enjin berbunyi ketukan semasa idle dan semakin bertambah bising semasa berjalan-Ini kerna terdapat bahagian pada auto clutch yang longgar setelah ia lama digunakan.Lagi cirinya ialah motor hilang kuasa semasa naik bukit (sama seperti masalah plate clutch) kerana kesan haus pada permukaan ‘kekasutnya’.

Tukar auto clutch baru

Jadi solusinya untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menggantikan auto clutch yang baru dan sepertimana hari ini dibengkel saya menggunakan alat-ganti tulen dari Honda untuk motor ex5 power(ex5 v1) ini.

Hasilnya owner cukup berpuasa hati dengan motor yang lemah kembali bertenaga dan enjin tidak berbunyi kuat lagi.

Gambar auto clutch Ex5 power

Saya cadangkan anda gunakanlah auto clutch ori ini untuk hasil yang memuaskan.Ia boleh dibeli bersama kami MarmanWorkshop secara online dengan harga RM90
Pada tarikh hari ini.Contact kami sekarang selagi stok masih ada.Terima kasih support dan membeli bersama kami. Update harga terbaru Auto clutch EX5 power di kedai Shopee saya..https://shopee.com.my/product/209378505/7742121607/

Jual sparepart motor-Housing Auto Clutch Honda ex5

MarmanWorkshopJual housing Auto Clutch Honda ex5 100 power/dream.Bengkel kami telah mencuba produk ini pada salah satu motor pelanggan kami,hasilnya memuaskan tidak keluar bunyi bising dan tidak timbul pula masalah clutch.Ada sesetengah jenama,lepas tukar housing Auto Clutch akan membuatkan enjin berbunyi tapi tidak bagi sparepart motor buatan Korea ini.Ok bos! ..dengan harga murah bos boleh membeli jenama ini untuk motor Honda ex5 bos punya.

Auto housing assy Furious 1 

Gambar auto clutch housing Furious 1

Cadangan dari kami ialah lebih baik menukar set auto clutch ini jika housing Auto lama hadapi masalah berganda.Adapun jika kerosakan pada hanya mangkuk auto,hanya perlu menukar mangkuk sahaja tidak perlu menukar housingnya sekali.

Jika mahu tukar housing juga tapi mahu harga murah,boleh beli brand Furious 1 auto housing assy-alat ganti alternatif pilihan kami.Bagi memuaskan hati anda sebelum membeli produk ini kami telah merekam satu video hasil lepas tukar barangan clutch ini sebagai bukti yang kami telah mencubanya.Tonton video preview produk dibawah ini.

Play video 

Apa macam berpuas hati kah?
Tapi kalau ada duit jangan beli yang ini,dapatkan yang sparepart original Honda yaa..lagi hebat.

Ok,jika anda mahu beli auto housing clutch yang tak terkalah dengan yang original ini boleh beli online juga dengan MarmanWorkshop.
Harga 2018-Rm 55.
Hubungi kami(lihat halaman contact blog ini) untuk butiran lanjut-terima kasih-