Cek harga baiki motor

Harga anggaran baiki motor semenanjung Malaysia

Saya rasa ramai di antara pengguna motor ingin mengetahui harga kos baiki motor di bengkel. Disini anda boleh cek harga baiki motor di bengkel semenanjung Malaysia sebagai rujukan untuk budget kos yang bakal ditanggung. Baiki motor melibatkan 2 katagori iaitu tukar barang atau membaikpulih barangan motor yang dah rosak tanpa menukar barang.Ini baikpulih tanpa tukar barang dikira upah kerja kepada si mekanik dan majikan.Tukar barang motor yang rosak kepada baru akan dikira sebegini.

cek harga baiki motor dulu abang
Gambar hiasan

Harga barang+upah pemasangan Contoh; minyak hitam RM 10 + upah tukar RM 2=RM 12 yang perlu anda bayar setelah selesai tukar minyak hitam 

Anggaran harga tukar barang siap upah jenama pertengahan(bukan oem) pada motor berkuasa 125cc kebawah jenis moped (manual).Dibawah adalah jadual pelbagai harga perlu dibayar untuk membaikpulih motor 4 stroke dan saya ambil harga barang motor Honda ex5 untuk harga tukar barang motor 4 lejang ini.

Ingat ini adalah harga anggaran kasar sahaja untuk tujuan bajet kasar anda.Oleh kerana hanya sebagai anggaran harga maka panduan ini juga boleh digunakan untuk motor jenama berbeza tetapi masih lagi dalam kategori motor cub. Ok sila sila cek harga dibawah:

TUKAR APA? HARGA
bateri RM 35
minyak hitam RM 15
spark plug RM 5
rantai spoket set RM 35
brek lining RM 10
brek pad RM 15
bearing tayar set RM 15
tiub tayar RM 10
tiubless cacing RM 5
kepala tubeless RM 10
tayar 2.25-17 RM 40
tayar 2.75 RM 50
lidi RM 30
rim RM 40
tukar penapis angin RM 15
mentol depan RM 5
mentol belakang RM 3
mentol kecil meter RM 5
mentol signal RM 5
soket lampu depan RM 5
lampu depan RM 25
lampu belakang RM 25
cover signal RM 10
cover meter RM 15
rectifier RM 25
signal condenser RM 15
lampu coil RM 45
stater coil RM 45
coil plug RM 35
brek suis RM 8
2t suis RM 15
pelampung minyak RM 35
meter RM 60
kunci RM 45
suis kanan RM 25
suis kiri RM 35
cermin sisi RM 18
throttle grip RM 18

Fasa 3

tukar wayar minyak RM 25
tukar wayar brek RM 15

Fasa 4- klac

tukar spring klac RM 50
tukar klac plate RM 80
tukar klac auto RM 70
tukar sub gear RM 50
tukar starter sub* RM 150
tukar spring starter RM 50

Fasa 5 -top overhaul

tukar gasket top set RM 80
tukar piston RM 200
tukar valve RM 100
grind valve RM 70
tukar timing chain RM 50

Fasa 6 – overhaul

tukar rod RM 350
t. bearing crankshaft RM 200
tukar gearbox RM 450

Fasa 7 – suspensis

tukar fork oil seal RM 30
tukar fork tube RM 80
tukar bola steering RM 50
t.swing arm bush RM 50
tukar absober RM 80

Fasa 8 – body

tukar coverset RM 150

Kos ini dikira berlainan sesi atau lebih jelas satu barang di tukar untuk satu sesi kerja baiki motor.Harga adalah jauh lebih murah jika semua dilakukan dalam satu sesi.Anda mungkin bertanya kenapa harga tukar Rod begitu mahal..Ini kerana untuk menukar Rod(connecting rod) perlu membuat overhaul dan upah buat overhaul sekitar 80-100 RM tidak termasuk harga barang dan juga didalam kerja membuat overhaul motor biasanya ada tambahan barang mesti tukar seperti gasket,oil seal,minyak hitam dan beberapa barangan lagi.