Threebond Gam gasket enjin

Gambar gam Threebond

Jual Gam Gasket

MarmanWorkshop-Antara gam gasket yang terbaik diguna pakai oleh mekanik motor adalah dari buatan Threebond.Saya sendiri pun telah lama menggunakan gum jenis ini dalam kerja bengkel saya tanpa masalah.Tapi sejak akhir-akhir ini Threebond gam sedikit bermasalah,kadang cepat kering atau rosak walaupun belum diguna pakai.Mungkin saya beli gam sudah expired  atau memang Threebond bermasalah?.

Tapi hari ini memperkenalkan gam gasket enjin terbaru Threebond juga dengan kotak,design barunya.Dengan keluaran terbaru ini saya rasa Threebond dapat kembali sebagai gam gasket terbaik untuk kerja mekanik.

Gam Threebond Plus baru

Gambar gam Threebond baru

Gam Threebond Plus boleh di order,dibeli dengan MarmanWorkshop bermula hari ini dengan harga 2018 ialah RM 10 untuk pack 25grm

Keterangan produk

Gam enjin
Buatan/merk- Threebond
Berat – 25gram
Made in Malaysia
Harga RM 10

Parmatex ultra grey Gasket maker

Gambar Parmatex ultra grey Gasket maker

Ok tak suka gam Threebond,saya ada satu brand iaitu dari Parmatex.Gam gasket berwarna grey sama seperti yang saya pakai ketika ini untuk pasang enjin motor.Saya berpuashati dengan produk ini kerana ia boleh digunakan sampai habis,tak pandai kering sendiri (rosak),lagi kalau permukaan berminyak sikit-sikit tu tak kisah boleh sapu saja dan ia melekat dengan baik sekali.Kelebihan lagi gam ini juga cukup kuat berbanding yang lain dan enjin pun tak mudah bocor.

Keterangan produk

Gasket maker
Warna – grey
Berat – 99g
Made in USA
Harga 2018 – RM19

Ok itu saja 2 jenis gam gasket untuk enjin yang boleh boleh dibeli online bersama saya.Hubungi MarmanWorkshop segera untuk dapatkan produk di atas.

Gasket enjin motor

Gasket adalah kepingan kertas ataupun logam digunakan untuk menutup bahagian belahan enjin bermotor termasuk enjin motosikal.Fungsi gasket ialah supaya enjin tidak bocor,dilihat pada belahan enjin boleh keluar minyak pelincir walaupun telah ditutup rapat dan diketatkan dengan skru.Oleh itu perlulah ada penebat supaya pelincir tidak dapat lolos keluar.

Pada bahagian tertentu enjin motor kegunaan gasket juga untuk menghalang kebocoran angin(compression) khasnya pada bahagian Cylinder Head kerana itu juga gasket pada bahagian ini diperbuat daripada meterial yang lebih keras seperti besi aluminium atau tembaga.Gasket amat penting untuk membaik-pulih pada bahagian enjin bermotor.Proses menukar ganti gasket pula dilakukan dengan pemilihan gasket terbaik untuk hasil kerja yang sempurna

Overhaul Gasket

Overhaul Gasket adalah set gasket untuk kerja membuat overhaul enjin.Terdiri daripada beberapa kepingan gasket untuk bahagian tertentu seperti belahan tengah crankcase enjin,gasket clutch,gasket bahagian head block serta beberapa kepingan lagi gasket kecil seperti ekzos gasket.

Biasanya set lengkap overhaul gasket juga tersedia bersekali dengan O-ring.Kegunaan O-ring adalah untuk menutup sisi rongga kecil seperti lubang aliran minyak pelincir contohnya.O-ring diperbuat daripada getah

Top End Gasket / Top Set

Gambar gasket top set
Top set gasket

Top End atau Top Overhaul ialah kerja-kerja membaik pulih pada bahagian depan enjin motor atau lebih faham bahagian pembakaran enjin (combustion) sahaja yang mana tidak perlukan Full Overhaul.Gasket untuk ini adalah separuh dari set gasket untuk buat Overhaul.Dijual berasingan dari Overhaul Gasket khas untuk kerja membuat Top End.

Racing Gasket

Racing Gasket khas bagi enjin yang menggunakan  barangan racing.Ukuran barangan racing yang selalunya lebih besar dari standard perlulah disesuaikan dengan gasket racing.Jenis gasket ini lebih berketahanan tinggi untuk prestasi enjin yang sudah dipertingkatkan.Racing Gasket juga boleh dibeli berasingan contohnya seperti 53mm Head Gasket aluminium untuk motor ex5 dengan Cylinder Block Racing 53mm.

Gambar gasket

Block Gasket Racing pula biasanya dikira berdasarkan saiz lubang Bore dan juga ketebalan contohnya 0.3mm Block Gasket 125zr.Gasket ini menjamin untuk meningkatkan Compression.

Kertas Gasket

Gambar kertas gasket

Alternatif lain selain set gasket ialah kertas gasket.Kertas ini boleh diguna pakai pada semua bahagian enjin kecuali pada Head Cylinder.Syaratnya ialah anda perlu buat sendiri lorekan lubang-lubang gasket mengikut kesesuaian di mana tempat yang ingin dipasang gasket itu.Kertas gasket dijual mengikut saiz ukuran mengikut kemahuan pembeli.Dikira agak melambatkan proses kerja kita tapi cukup menjimatkan kos.Inilah dinamakan ‘gasket buat sendiri’.

Pemilihan Gasket Berkualiti dan Bermutu

Sudah pasti untuk hasil kerja yang baik para mekanik memilih gasket berkualiti dan bermutu sahaja dari jenama-jenama pengeluar gasket terkenal contohnya dinegara ini ialah NP Gasket/ Sun Gasket dan beberapa nama lagi untuk enjin motor.Kelebihan Gasket jenis ini ialah memberi ketahanan lebih lama daripada masalah gasket bocor.Adapun sesetengah enjin terutamanya enjin 2 lejang adalah tidak menggunakan gasket keping sebaliknya ia hanya perlu sapuan gam gasket,juga berfungsi sama seperti gasket keping.