Motor bunyi Connecting Rod longgar

Gambar connecting rod lc135
Connecting Rod

Salam Ramadan,

Lagi bab enjin motor berbunyi dan kali ini cuba dengar pula bunyi yang keluar pada enjin motor Yamaha lc135 pada Video khas baikimotor.com dibawah.

Video
Durasi 0:20

Ok,bagaimana? Mungkin ada tidak punyai data internet hari ini jadi saya terangkan sikit apa yang berlaku dalam video di atas.

Kedengaran ada gabungan bunyi pada motor lc itu ya..pertama bunyi ketik-ketik halus dan kedua bunyi semacam hentakan kuat.Bunyi pertama tu saya katakan adalah bunyi tepet dan kedua pula ialah samada bunyi klac atau bunyi Connecting Rod(lengan ayun) longgar.

Cara repair bunyi

Jadi cara repair motor lc ini saya akan membuat Top Overhaul terlebih dahulu kerana kedengaran ada 2 bunyi pada bahagian Top Overhaul Yamaha Lc itu dan ia perlu kita check jika benar Rod bunyi makanya kos yang agak besar ditanggung bagi membuat full Overhaul.

Motor enjin berbunyi pastinya menunjukkan ada sesuatu yang tak kena pada enjin itu.Biasanya pemilik yang ‘alert’ akan dapat dengari perubahan bunyi yang berlaku dari awal lagi kerana jarang berlaku kes enjin motor berbunyi bising secara tiba-tiba melainkan dimulai dengan bunyi yang kecil sebelum ia merebak.

Lihat ni Gearbox motor pecah

Salam,

Sedap sangat main sentap,henjut gear motor tapi tahu tak kesannya? Belum tahu?.. hari ini boleh lihat sendiri keadaan gearbox pecah yang selalu disebut-sebut tu..

Gambar gear pecah

Sekarang gear speed sebiji tu sudah rosak dan perlu digantikan baru dan semestinya enjin perlu di buat overhaul untuk menukarnya.Tak sikit budget akan dikeluarkan ya..

Petanda gearbox pecah

Gearbox(kotak gear) bermakna keseluruhan komponen bahagian gear iaitu terdiri dari beberapa bilangan gear speed dan sebiji drum gear, tapi  bukan bererti semua itu pecah,biasanya terjadi pada gear tertentu sahaja contohnya gear 2.Jadi ringkasan percakapan kita sebut gearbox pecah itulah sebenarnya istilah itu.

Tanda-tanda menunjukkan gear pecah ialah kedengaran bunyi bising pada gear tertentu semasa berjalan.Berbeza dengan masalah enjin bising yang lain yang bunyi secara terus-menerus selagi enjin hidup,bila gear pecah ia akan hilang bila kita tukar kepada gear lebih bawah atau lebih atas.Itulah petanda gearbox motor pecah.

Kepada anda belum pernah kena lagi masalah ini harap beringat sikit ya bila main gear macam pelumba motogp,sebabnya motor kita ini sekadar motor jalanraya biasa dan kualiti buatan pun biasa-biasa saja tak mampu tangani terjahan extreme ala Valentino Rossi.

Motor Yamaha lc135 block pecah

Gambar motor Yamaha lc135

Salam,ok post hari berkenaan kerja bengkel saya lagi,motor Yamaha lc135 tak boleh hidup tiba-tiba mati masa jalan.Sebelum owner sudah perasan yang air coolant tiba-tiba kering tapi owner hanya tambah air dan jalan balik seperti biasa,owner tak fikir satu hal yang lebih buruk telah terjadi pada enjin motor beliau sehinggalah ia mati semasa berjalan selepas itu.

Motor dicuba start tapi tak boleh,start engkol jadi kosong/lus dan terpaksalah tolak motornya ke bengkel MarmanWorkshop.

Ok,bila dapat motor hilang kompress macam ini saya akan check kompress/compression dulu.Sudah pasti benar bukan bahagian clutch jadi saya lanjutkan pemeriksaan ke bahagian top.

Selesai dibuka bahagian top overhaul motor Yamaha lc ini,ditilik disiasat akhirnya nampaklah punca ia hilang kompress.Lihat sendiri apa jadi

Block racing pecah

Gambar block Yamaha lc135 pecah
Kesan pecah

Itu dia sudah nampak? Blok pecah..

Jalan penyelesaiannya ialah terpaksa membeli sebiji block baru.Harga boleh tahan jugalah ya..

Motif kejadiannya,ialah kualiti pembuatan barang itu.Hati-hati menggunakan block racing  yang besar-besar takut Slip block yang nipis boleh menyebabkan dinding blok jadi tak tahan panas dan akibatnya seperti hari ini motor Yamaha lc block pecah.

Timing chain motor berbunyi perlu tukar segera

Cerita tentang kesan enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur dan kesannya kepada motor

Cakap Pomen Motor-Fungsinya timing chain(rantai kecik) ialah untuk perhubungan antara Chamshaft dengan Crankshaft.Chamshaft sebagai komponen pengawal injap masuk dan buka(untuk motor 4-stroke) akan mengikut putaran Crankshaft seperti mana bekerja rantai dan sprocket motor.Perbezaan cara kerja timing chain berbanding rantai spoket ialah apabila saat ia kendur.Rantai sprocket boleh diregangkan secara manual manakala timing chain enjin motor menggunakan penyelarasan secara automatik dengan alat disebut Tensioner.

Malangnya jika alat pelaras itu tidak lagi mampu berfungsi setelah keadaan timing chain sudah terlalu panjang.Keadaan ini kita dapat kesan apabila enjin motor itu mengeluarkan bunyi bising seperti benda bergesel.Jalan penyelesaian untuk memperbaiki masalah enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur/longgar dengan menukar kepada timing chain baru.

Pentingkah menukar timing chain yang rosak?

Ya memang penting!.lagi kita perlu awasi timing chain ini kerana seperti yang saya cakap tadi,pada sebuah enjin 4-stroke ia adalah alat perhubungan antara crankshaft dengan Chamshaft.Koneksi ini ialah untuk menentukan masa minyak petrol diambil masuk,dibakar dibuang sisanya mengikut aturan lejang yang telah ditetapkan untuk membolehkan enjin hidup.

Jadi apabila berkeadaan kendur ini membuatkan aturan pembakaran enjin sudah sedikit lari dari standardnya lalu sedikit sebanyak ada kesannya pada perjalanan enjin.Oleh itu segeralah menukar timing chain yang sudah rosak sebelum ia mengganggu tunggangan anda.

Timing putus

Kalau rantai spoket boleh putus begitu juga dengan timing chain,tapi cuma peratusan kejadian timing chain motor putus amat kecil.Apapun timing chain kendur jika dibiarkan adalah berisiko untuk ia putus dan kesannya akan membawa kerosakan serius pada enjin.

Timing chain bunyi minyak hitam tak naik

Ada beberapa jenis enjin yang gunakan timing chain sebagai alat untuk menggerakkan pam minyak hitam seperti dilihat pada enjin Honda c70 atau ex5.Pada situasi timing chain mula mengeluarkan bunyi ia adalah merupakan satu amaran kepada tuan empunya motor itu untuk membuat pemerikaaan serta menggantikan timing chain yang sudah rosak itu.Sebabnya timing chain berbunyi kuat akan berserta sekali dengan kerosakan Oil Pump Gear.Kerosakan alat ini akan menyebabkan minyak hitam tak mengalir kesemua bahagian enjin seperti yang sepatutnya,pomen sebut ‘minyak hitam tak naik’,dan salah satu punca enjin jammed(kejang) adalah berpunca dari permasalahan aliran minyak hitam.

Gambar timing chain ex5

Awasi timing chain motor anda

Jadi itulah betapa penting untuk kita awasi dan prihatin jika enjin berbunyi khasnya disini melibatkan timing chain kerana ia akan melibatkan permasalahan berjangkit,macam wabak jugalah..:)

Waktu tukar timing chain motor tidak diberitahu didalam buku panduan motor tapi tipsnya bila enjin mula berbunyi seperti yang diterangkan terus saja buat pemeriksaan di bengkel.

Jangan dilengah-lengahkan ya..untuk menyelamatkan daripada ia menjadikan kerosakan lebih serius pada enjin motor anda.Jangka hayat timing chain asal motor agak lama juga,boleh digunakan mencapai 3 ke 4 tahun tapi setelah sekali membuat penukaran,1 tahun mendatang anda terpaksa menukarnya lagi.Ini berkaitan kualiti alatganti itu sendiri,jadi saya syorkan gunakan timing chain set original.

motor 4 stroke enjin kasar bunyi bising

Soal jawab Kenapa enjin 4 stroke enjin kasar berbunyi bising setelah lama digunakan

Artikel ini terkecuali motor baru enjin kasar;

Ex5,lc 135,modenas kriss,skuter ego adalah antara motor 4 stroke paling popular di Malaysia dan motor tak guna 2t ini mempunyai genarasi pelapis keluaran baru yang semakin meningkat popular pada masa sekarang seperti keluaran Yamaha y15zr dan Honda rs150 semakin memeriahkan jalanraya.Mungkin disebabkan rupa bentuk yang cantik  menarik atau lebih jimat guna minyak menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Akan tetapi seperti biasa setelah agak lama diguna pakai masalah kerosakan akan timbul dan masalah yang paling popular ialah masalah enjin kasar berbunyi bising.

Bunyi kasar serta bising pada enjin semestinya berpunca dari mekanikal enjin yang bergerak berkerja kurang baik.pada asalnya motor baru keluar kedai enjin senyap kerana semua komponen enjin masih baru,lama kelamaan digunakan pengguna mula dapat dengar bunyi kurang enak pada enjin motornya.kenapa enjin motor berbunyi bising sehingga memberi rasa kurang selesa kepada pemilik?

Jawabnya tentulah kerana banyak komponen enjin sudah haus.Mengapa pula komponen enjin boleh haus rosak sedangkan sentiasa jaga minyak hitam tukar sebulan sekali?Jawabnya kalau tidak masakan boleh dijual habis sparepart motor kat kedai:)
Apa pun menjaga minyak hitam,guna minyak hitam yang baik dapat melambatkan proses penghakisan komponen enjin motor dan enjin pastilah sentiasa senyap.

gambar enjin
Mekanikal enjin

Bunyi bising semacam mana didengar pada enjin motor yang dikira tidak normal

Bunyi kasar dan kuat! Bukan bunyi ekzos ya tapi bunyi enjin motor.Contoh Honda ex5,selalunya tahun pertama pakai ok dan keadaan mula berubah pada tahun kedua,enjin mula berbunyi seperti bunyi benda bergesel dan juga bunyi tit…tit..tit..gitu.Lebih parah lagi ada bunyi seperti orang bertukang,inilah yang dikatakan bunyi enjin tak normal.

Kebanyakkan motor 4 stroke enjin bunyi bising  berpunca daripada bahagian injap injapnya,timing chain(rantai kecik) serta roker arm(tepet) termasuk camshaft.Ini adalah perkara normal bagi motor yang dah lama diguna pakai.kelegaan injap dengan tepet perlu diselaraskan semula setelah bukaan kelegaan menjadi besar(tepet longgar) dan bunyi kedengaran tit tit tit.

Timing chain pula mempunyai alat penghalang kendur secara automatik iaitu Tensioner.Timing chain terlalu kendur menyebabkan fungsi tensioner terbatas lalu timing chain berbunyi seperti benda bergesel.Perlukah ditukar tensioner?tidak! Sebaliknya tukar timing chain.

Bunyi kuat seperti ‘orang bertukang’ ini menunjukkan tanda enjin motor itu sedang hadapi masalah besar yang perlu diatasi.Kemungkinan besar rosak pada bahagian terminal seperti rod,bearing,klac dan sebagainya.Jika enjin berbunyi sebegini,untuk permulaan cuba la cek minyak hitam pastikan ia cukup kerana minyak hitam berkurangan juga penyebab enjin kasar dan berbunyi bising.Walaubagaimanapun untuk mengenal pasti bunyi secara tepat perlu melalui seorang mekanik mahir peka dan berpengalaman.