ciri kampas kopling motor habis

4 ciri kampas kopling motor habis

Salam sahabat Indonesia hari ini saya mahu campuri hal mengenai ciri-ciri kampas kopling motor habis.Saya sudah tulis tentang fungsi kampas kopling tetapi didalam bahasa Melayu boleh dicoba baca,hanya sedikit perbedaan mungkin..:) OK! Lanjutan mengenai kerusakan kampas kopling boleh dikesan seawal mungkin jika diketahui ciri rusaknya.Rusak bermakna sudah habis kegunaannya dan perlu diganti sebelum timbul kerugian wang saku kita.Ini kerna kesan yang timbul apabila kampas kopling sepeda motor habis ialah seperti berlebihan penggunaan bahan api,pelumas/oli cepat habis_merebak kepada kerusakan enjin motor.

Jesteru itu bagaimana tanda awal hingga kemuncak kampas kopling habis?.Nah ,disini saya coba terangkan beberapa cirinya

1.motor hilang kuasa pickup 

2. Suara motor membesar tetapi motornya kurang bergerak seperti biasa.

3.kick starter ngelos.lebih parah ketika enjin dingin

4.enjin hidup,dimasuk gearnya tapi motor langsung tidak bergerak 

Gambar kopling
Sistem kopling motor bebek
Gambar oli
Pakai oli berkualiti

Solusinya apabila anda mengalami hal ini maka seharusnya digantikan baru kampas koplingnya.Tips untuk menggantikan kampas kopling,pilihlah kampas kopling OE kerna ia adalah terbaik.Perbedaan harga semestinya ada kerna buatan OE menggunakan sumber bahan yang berkualiti untuk memberikan hayat kampas kopling lebih lama.Sekian coretan mengenai ciri kampas kopling habis,semoga pembaca Indonesia mengerti apa yang dimaksudkan ya..oh ya! Seperkara lagi penggunaan oli perlu dititikberatkan ya,kerna ia diantara penyebab utama kampas kopling cepat habis.

Clutch plate cepat haus

Kenapa clutch plate cepat haus?

Gambar clutch plate motor

Abang ganas sangat bawa motor ke, itu sebab clutch plate cepat haus…tak?? ok maafkan saya. Jadi disini ada coretan sikit tentang hal itu yang akan saya bongkarkan khas untuk pengetahuan pengguna motor sejagat.

Ciri atau tanda clutch habis

Haus pada permukaan plate geseran akan mengakibatkan enjin hilang kuasa atau secara dekat lagi iaitu kuasa tidak sampai sepenuhnya pada roda belakang motosikal.

punca clutch cepat haus berkaitan tentang kualiti clutch plate,bebanan berat,penggunaan minyak hitam dan juga cara kendali motosikal itu sendiri.

Apabila plate geseran haus maka cengkaman clutch akan hilang dan kuasa enjin terbuang sebelum sampai ke roda belakang.

kesan atau tanda-tanda plate geseran haus boleh dirasakan apabila kelajuan motosikal tidak dapat ditingkatkan atau lambat dari biasa.kedengaran seperti suara enjin meraung atau mengerang saat anda memulas pendikit.itu menandakan clutch telah rosak.

Punca clutch plate motosikal cepat haus

Punca clutch plate cepat haus disebabkan empat perkara yang boleh saya berikan.perkara pertama ialah tentang kualiti plate.

Terkadang mereka silap saat menukar clutch motosikal, mereka lebih pentingkan harga dari kualiti.clutch berkualiti tentu sekali harganya mahal kerana ia diperbuat daripada bahan yang bermutu tinggi berbeza dengan clutch murah.Hanya plate berkualiti sahaja yang mempunyai ketahanan jitu.

Perkara kedua ialah bebanan berat berlebihan akibat muatan barang atau penumpang.Dalam hal ini,untuk mengelak kehabisan clutch berlaku lebih awal penggunaan spoket yang tepat  adalah kunci utama.

Faktor berat penunggang dengan spoket

Contohnya muatan ideal bagi motosikal kecil anda dengan menggunakan spoket belakang saiz 36 mata ialah 70kg tetapi tidak anda telah melebihkan kepada 150kg,maka saya sarankan untuk jaga ketahanan clutch plate anda perlu menukar kepada spoket lebih besar saiznya iaitu 38-40 pada contoh tadi.

Faktor salah minyak hitam

Yang ketiga ialah penggunaan minyak hitam.Secara umumnya setiap minyak hitam bertindak melicinkan permukaan plate ketika berlaku geseran diantara satu sama lain,dan satu perkara lagi minyak hitam mempunyai sejenis bahan didalamnya yang dapat melarutkan bendasing seperti habuk-habuk micro yang cukup tajam untuk merosakan plate clutch.

Akan tetapi bagi sesetengah minyak hitam bahan ini tidak ada atau tidak efektif,pilihlah minyak hitam yang sesuai untuk motosikal anda
Lihat kenyataan dari.

Wikipedia_ Pelincir berasaskan petroleum seperti Vaseline cenderung melarutkan keluaran petroleum seperti getah dan plastik, sementara pelincir berasaskan air cenderung melarutkan kimia berkutub (seperti air dan kotoran); sebab itu tambahan digunakan. Pelincir perlu digantikan apabila kadar bahan larut mencapai peringkat tepu, kerana ketidakupayaan melarutkan kotoran tambahan membenarkan zarah mengkakis bergesel dengan atau melekat pada permukaan bergerak, dengan itu mencipta ruang bagi hubungan fizikal antara keduanya.

Kesimpulan tentang clutch cepat haus

Dan perkara terakhir iaitu yang keempat mengapa clutch plate cepat haus ialah cara tunggangan motosikal itu sendiri.Pada asalnya setiap motosikal yang berada dijalaraya ialah motosikal tunggangan harian ia bukan tujuan perlumbaan.

Oleh itu kualiti bahan pembuatan kompenon adalah berpatutan dengan tujuan kepenggunaannya
Ya,Jika  sesiapa cuba buat tunggangan motor kapcai seperti jentera Motogp milik Velentino Rossi maka saya sarankan anda standby sebanyak mungkin stok clutch anda.

Jadi Cara jaga klac motor agar dapat memaksimumkan penggunaannya ialah dengan mengatasi empat perkara tersebut.Gunakan clutch berkualiti,pilih minyak hitam terbaik,buat penilaian dalam pemilihan spoket dan tunggang dengan cermat..
Anda selamat..clutch plate pun selamat..!!