Cara main gear dan brek motogp

Baikimotor.com-Salam pembaca,disamping  anda mempelajari cara menunggang motor apa kata rehat dan santai seketika sambil menonton video cara pelumba/pembalap professional mengawal jentera lumba motogp dilitar lumba.

Saya menemui video ini di YouTube dan saya rasa amat berguna sebagai penambah resepi pada semua artikel belajar naik motor yang saya tulis sebelum ini..:)

Apapun saya nasihatkan kepada anda beginner rider awas meniru aksi rider pro ini kerana kemampuan dia adalah tahap master class dan jentera motogp yang digunakan itu terlalu istimewa mahu dibandingkan dengan motor kapcai pergi pasar kita atau mana-mana Superbike jalanraya yang kita ketahui.

Apa yang penting video ini ialah ia mempertontonkan cara main gear dan brek belakang  di selekoh yang boleh kita pelajari sesuatu darinya.

OK,mari saksikan aksi dan skil kawalan gear,brek motosikal lumba motogp ini

* pertukaran gear motor lumba adalah terbalik

Cara praktis gear motor 6 speed saat selekoh roundabout

Formula untuk Latihan mengambil selekoh, roundabout motor 6 speed

Bismillahirrahmannirrahhim,

Ok,hari ini saya nak tunjuk cara membuat praktis(latihan) pada motor enam kelajuan(6speed) clutch tangan saat di selekoh atau roundabout. Maksudnya disini ialah untuk memahirkan,membiasakan diri untuk menentukan gear berapa yang sesuai pada sesuatu jalan berselekoh dari laluan lurus menggunakan motorsikal 6 speed  clutch tangan.

Bagi seorang pemula naik motor ini tidak susah melainkan tibanya di selekoh mereka selalu gugup risau kerana tidak tahu untuk menentukan kedudukan gear yang sesuai.Oleh itu marilah mula membuat praktis dengan satu formula yang akan dikongsikan ini.

Tahukah anda? Saat menekan brek motor ada clutch tangan mesti dituruti dengan menarik clutch.

Masa menukar gear,tekan brek,tutup minyak di selekoh

Gambar motorsikal saat di selekoh roundabout

Katakanlah saya sekarang  seperti yang digambarkan di atas,dari laluan lurus dengan kelajuan 160km/jam dalam gear 6 menuju ke selekoh “U”.Oleh kerana saya baru belajar naik motor yang ada  banyak gear jadi agak susah bagi saya pada situasi ini untuk menentukan masa membrek ,tutup minyak dan kedudukan yang harus dipakai .Jadi saya menggunakan satu formula ini

Ada 3 point di dalam gambar di atas yang menunjukkan tempat di mana saya harus memperlahankan/tutup minyak,tekan brek,tarik clutch dan turun gear.Ingat aturan formulanya sebegini;

Tutup minyak—>tekan brek—>turun gear 

Jarak menurunkan gear dengan waktu masa membrek boleh dirapatkan lagi , garis biru saya buatkan sedikit bertindih  dengan garis merah bermakna saya telah awalkan masa menukar gear didalam masa breaking itu.Disitu bermakna juga saya menekan brek sambil drop gear.Faham ya..

Tahukah anda menurukan gear dalam secara rapat,cepat akan menghasilkan brek enjin.

Jadi buat lah praktis ini juga;menekan brek sambil turun gear satu persatu.

Awas! Sistem gear dan clutch motorsikal standard tidak menyukai kita membuang gear ketika kelajuan tinggi kerana ia akan membuatkan tayar belakang membuang.Jadi untuk permulaan sila menekan brek beberapa ketika sehingga motor perlahan barulah turunkan gear satu persatu.

Gear berapa patut di gunakan?

Dan dari kelajuan 160kmj itu saya telah menutup minyak,membrek sehingga kelajuan mulai turun ke 120,100, sekarang dengan tindakan yang cepat saya mesti mengetahui gear berapa akan membenarkan saya bergerak didalam selekoh atau roundabout pada paling rendah dinyatakan disitu ialah 60km/j tanpa enjin jadi tersentap-sentap macam nak mati.Ting!! Automatik respon gear 4 adalah sesuai untuk kelajuan itu.

Cara dapatkan Automatik respon tukar gear;

Latihan jalan lurus..

Cuba buat praktis sebegini.Cari jalan lurus,gunakan top( gear 6),contoh kelajuan selesa gear 6 ialah 100km/j jadi silalah bawa dengan kelajuan itu

Sekarang perlahankan kelajuan secara berperingkat- peringkat maksudnya  bawa 100km/j dalam 10 meter,turunkan kelajuan 80km/j bawa dalam jarak 10 meter lagi,turun lagi ke 60km/j dalam jarak yang sama juga begitulah seterusnya.motifnya disini ialah mencari kelajuan minimum setiap gear itu.

Gambar latihan jalan lurus

jangan tukar gear sehingga  enjin mula nak mati-mati.

Contoh pada kelajuan 80, enjin mula nak mati-mati.Jadi menandakan gear 6 tidak sesuai untuk kelajuan 80,maka perlukan di turunkan satu gear lagi iaitu gear 5,sekarang ini enjin sudah stabil dan tenang.Sudah nampak?

Sambung ujian lagi,pusing balik motor anda dan kali ini buat ujian  menggunakan gear 5 pula pada kelajuan 100km/j,biasanya suara enjin kedengaran sedikit tinggi dengan gear 5 abaikan dan jalan terus kedepan seperti awalnya latihan perlahankan minyak dan catat pula kelajuan minimum itu.Jika suara enjin terlalu tinggi buatlah ujian pada kelajuan rendah sedikit.Akhirnya inilah contoh keputusan anda yang dicatat

Min. Gear 6 = 80km/j
Min. Gear 5 = 60km/j
Min. Gear 4 = 50km/j
Min. Gear 3 = 40km/j
Min. Gear 2 = 20km/j
Min. Gear 1 = 5 km/j

Tahukah anda tolak motor pun boleh dapat 5km/j

Ok sekarang ini lihat balik gambarajah diatas.Kelajuan paling rendah didalam selekoh ialah 60 km/j dan dari keputusan ujian yang diperolehi menunjukkan gear 5 memperolehi min 60 jadi jawapannya ialah gear 5? Tidak! Gear 4 adalah jawapannya kerana gear 5 sudah mulai sentap pada kelajuan itu.

Hasil latihan dan ujian diatas anda akan memahami kerektar enjin 6 kelajuan(6speed) dan juga anda akan ketahui gear berapa yang sesuai pada kelajuan tertentu.Selepas ini anda bolehlah menentukan penggunaan gear yang sesuai di selekoh ataupun roundabout.

Alah…! Ini diatas kertas..mana ada tanda kelajuan selekoh tu berapa di jalanraya betul..motor pun tak ada meter macam mana?

Keterangan yang diberikan hanya untuk difahami situasinya sahaja,apa yang mahu ditekankan disini ialah praktis dan terus praktis.Lakukan latihan Jalan lurus sekerap mungkin sebelum anda menunggang motor 6 speed itu di jalan berselekoh atau roundabout.Praktis yang kerap membolehkan anda dapat anggarkan setiap kelajuan selekoh seperti pelumba motogp..:) akhir kata selamat berjaya,pandu cermat jiwa selamat -wassalam-

Tutorial belajar naik motor gear manual

Belajar naik motor gear manual dari zero tak tahu apa

Tahu tak apa orang lama cakap?-kau kalau pandai naik basikal mesti pandai naik motor..
Sebab apa mereka cakap macam tu,sebabnya cara kendali motor adalah sama dengan basikal dari segi handling, posisi tunggangan serta breaking.

Jadi adalah kelebihan bagi yang sudah mahir menunggang basikal untuk melompat ke atas seat motor bila-bila masa saja.

Cuma satu formula sebelum menaiki motor yang perlu diketahui anda sebagai pemula belajar motor ini iaitu mengawal dan menguasai benda yang bergerak sendiri.

Macamana cara mengawalnya supaya ia mengikut kehendak kita bukan kita mengikut kehendaknya seperti juga Cowboy menjinakkan kuda liar,mesti ada keyakinan,kebijaksanaan dan keberanian.Jika anda berasa mampu mengatasi ketakutan dalam diri anda untuk mencuba naiki motor kita boleh langsungkan sekarang tutorial pembelajaran menaiki motor sebagai penunggang bukan sebagai pembonceng ya..

Tutorial belajar naik motor manual
Naik motor Cub

 Benda perlu tahu sebelum belajar naik motor

Langkah pertama dalam tutorial naik motor manual( iaitu motor yang ada gear berbeza dengan motor automatic seperti skuter), anda perlu mengenali komponen pengendalian motor terlebih dahulu tapi tak usah banyak-banyak sebab kita nak belajar naik motor bukannya belajar baiki motor ya tak! OK ,kita kenali secara cepat komponen kawalan motor yang terpenting iaitu

  • Brek depan dan belakang
  • Tuas gear
  • Kunci
  • Throttle
  • Cermin sisi
  • Sedikit lampu indicator (meter)

Langkah pertama sebelum naik motor kenali dan serasikan kedudukan anda dengan brek depan belakang supaya nanti tidak kekok semasa menunggang.

Langkah keselamatan naik motor

APA lagi..? Cuba la sekarang!! Tarik brek depan yang ada dekat handle motor anda tu dan pijak menunggunakan kaki kanan untuk brek belakang,test tengok OK ke tak..

cuba tekan brek  dan tolak motor tengok boleh jalan ke tak motor tu,kalau jalan tak usah belajar naik motor dulu sila tolak motor ke bengkel untuk menukar brek sebabnya brek jalah kunci keselamatan anda di jalanraya.Keutamaan apabila naik motosikal ini ialah keselamatan ..jangan lupa sampai bila-bila OK!

Cara main gear motor manual

Langkah  kedua,Tuas Gear disebelah kaki kiri anda semasa posisi menunggang ialah alat untuk menukar transmisi enjin agar bersesuaian dengan kuasa enjin digunakan.

Maksudnya kalau bawa dalam kelajuan 20km/j ,gear berapa yang sesuai untuk kelajuan itu atau macam nak naik bukit gear yang sesuai ialah gear rendah.

Contoh jika gear top motor anda gunakan itu ialah gear 4,apabila tak larat naik bukit anda tukar gear(tekan tuas ke belakang) ke gear 3,jika masih tak kuat turun gear lagi satu .lampu indicator ‘N’ ialah gear free(natural) untuk berhenti atau semasa di trafik light.

Cara start motor

OK, dah tahu tu jom kita mulakan sekarang.
Bismillah,ON-kan switch motor dulu..hah nampak lampu N kat meter menyala tu..kalau tak menyala motor tu ada gear dan sila free gear dulu.Dah free tapi tak menyala juga ..OK bateri rosak dan abaikan dulu.

Tapi tunggu nak tanya undang-undang jalanraya dah tau belum,tak baca lagi? Mohon ambil tahu ya…penting

Lanjutan-kunci motor dah buka sekarang start your engine..brrrroooommm
Jangan berdebar-debar rileks sudah, buat macam naik basikal je.

Cara kawal main minyak

Throttle tak payah nak diceritakan rasanya sebab kalau kenal motor pasti kenal throttle   kan..sekarang ni cuba belajar kawal minyak,ringankan pergelangan tangan anda.

Gambar kunci motor
On switch

Enjin motor dah hidup sekarang kita nak mula gerakkan motor,MASUK GEAR 1..! Minyak jangan terus pulas,biar enjin hidup je.

Disebabkan semasa anda naik motor nanti semestinya tak boleh sambil baca blog saya ni jadi sila baca di bawah ni ,siap-siapkan dulu sebagai panduan ketika tunggang motor.

Masuk gear 1 dan lepas (angkat kaki)
-mulakan pulas minyak perlahan-lahan dulu sebab anda belum serasi lagi dengan kuasa enjin motor tu takut nanti pulas minyak lebih terpacak pulak motor,baru haru biru..

Masa bila perlu masuk gear

Motor dah jalan tu..tunggu sampai suara enjin tinggi baru masukkan gear lagi satu,sebelum masukan gear mesti perlahankan minyak sikit..dan begitulah sehingga habis gear.

Maksud suara enjin tinggi mengerang atau semacam tak mahu gerak lagi ialah keadaan dimana motor itu perlukan gear lagi tinggi kerana gear semasa sudah tidak sesuai..fuh susah nak terangkan..boleh faham la kot maklumlah kita belajar naik motor melalui teks bukan live in concert Metallica :p

Masuk gear turun gear

Apabila nak brek supaya motor perlahan perlu lepaskan throttle (tutup minyak) dulu

-Biasanya kalau perlahankan kelajuan sampai habis semasa gear 4(top gear) nak gerak balik perlu tukarkan ke gear rendah,gear 3 atau 2 kalau tak buat gitu tak larat motor nak bergerak.

Semasa mendaki bukit pun sama,stay dalam gear rendah sehingga lepas bukit turun bukit baru masuk gear atas balik.

Signal jangan lupa bagi ketika membelok

  • Gunakan signal semasa membelok,jika mahu kearah kiri,tolak switch signal ke kiri kalau ke kanan adalah sebaliknya.
  • Gunakan horn semasa ingin menarik perhatian orang yang  tak sedar kemunculan anda atau untuk menarik perhatian awek cun kat tepi jalan tu.

Warning! Jangan SMS/WhatsApp ketika menunggang.

Lihat pula disini  cara kawal badan 

Kesimpulan

OK,begitulah kira-kira cara mula naik motor bagi seorang pemula.Ingat ya langkah-langkah tutorial yang saya ulaskan atas,jika tak faham boleh komen di bawah.

Sedara,tujuan artikel ini ditulis hanya sekadar tambahan untuk lebih memahami susun atur bermula naiki motor,adalah lebih untuk anda belajar bersama bimbingan seseorang yang sudah mahir secara berdepan.

Sekali lagi apa yang perlu semasa naik motor ialah sentiasa berwaspada pada keadaan sekeliling,sentiasa bersedia memberek dan gunakan kelajuan yang bersesuaian dengan keadaan jalan.

semoga anda selamat mencuba belajar menaiki motor sehingga anda berjaya menjadi seorang berkhemah dan cekap.Apabila dah mahir nanti boleh belajar pula cara mengendarai motor klac/kopling 
-salam jumpa lagi dari saya,sekian.