Sekejap! 5 minit baca cara jaga motor sendiri

Gambar hiasan  cara jaga motor sendiri

Cara jaga motor sendiri

Sekejap ya..saya ambil masa anda 5 minit saja untuk baca cara jaga motor sendiri..OK saya mulakan ya..Saya ni bukan expert sangat pasal motor tapi saya ada sesuatu yang nak kongsikan kepada anda pengguna motor yang mungkin bermanfaat untuk anda mengenai cara jaga motor sendiri.Bukan apa sebab saya rasa ramai pemilik motor tak kisah la pakai motor lama ke atau motor baru dibeli sebentar tadi meraka masih dengan title tak tahu apa tentang motor.

Dengan sifat prihatin saya hari ini saya nak cuba bantu anda terangkan serba sedikit tentang penjagaan motor anda sendiri supaya nanti  motor untuk kesenangan bergerak kesana kemari tak menjadi beban anda dikemudian hari dan juga beli tentu mahal kan..:)

Okay sebenarnya penjagaan motor ni sempoi saja ..pertama jika anda pakai motor jenis 4 T (motor yang ekzos tak berasap seperti motor 2t) seperti motor ex5,dash,Yamaha lc 135 atau motor skuter ego ini semua motor 4 t (4 stroke) cara menjaganya cukup mudah dan bergantung dimana kedudukan anda 1 adakah anda jenis orang rajin ke bengkel untuk servis motor atau 2 anda orang yang sibuk juga tak suka remeh temeh dengan motor.

Bagi nombor 1 saya tak panjang lebar tulis panduan ini dan tentu anda dapat tips terus dari mekanik anda tiap-tiap bulan jadi fokus saya lebih kepada pengguna motor nombor 2.

Tips penjagaan motor 4 t untuk anda supaya jangkahayat enjin motor tahan lebih lama

Motor 4-stroke menggunakan pelincir ia sendiri dan kita sebut Minyak 4t.Minyak hitam 4t perlu ditukar mengikut jangkamasa tertentu untuk motor cub kita masa tukar minyak hitam ialah 1000km jarak perjalanan pada odometer motor anda.Kalau pakai minyak hitam mahal boleh jarakkan sikit waktu tukarnya sampai 2000km-3000km sebabnya pelarut dalam minyak 4t yang baik lebih tahan lama.

Kerap tukar minyak hitam

Berapa bulan sekali tukar minyak hitam? Kalau nak ikut saya sila tukar minyak hitam sebulan sekali bawa motor untuk ulang-alik kerja kat kampung sendiri.Motor 4t ni minyaknya lebih cepat terkesan tak macam motor 2t  belanja minyak hitam lebih jimat,3 bulan tukar pun masih kuning lagi tak hitam lagi.Pada motor 4t dalam masa sebulan saja dah teruk hitamnya sebab itu saya sarankan ambil masa terluang pada hujung bulan anda pergi menukar minyak hitam motor anda,tak lama sangat kalau mekanik  buat,dalam masa 10 minit dah siap ganti minyak 4t motor anda itu.Klac,bearing-bearing enjin,piston,rod semuanya bergantung ketahanannya pada minyak hitam.Jadi cuba jangan abaikan satu perkara ini-minyak hitam-

Gambar hiasan cara jaga motor sendiri
Gambar hiasan

Tukar spark plug dalam ditetapkan

Spark plug adalah pembakar bahan api motor bermakna ada minyak kalau tak ada api plug motor tak boleh hidup.Akan tetapi bukan bermakna perlu tunggu sampai motor tak boleh hidup baru nak tukar plug.Tempoh waktu untuk servis plug pada kondisi standard motor ialah 4000km satu kali tukar disarankan oleh pengeluar untuk motor cub 4-tak.

Selepas tempoh itu plug semakin lemah menghasilkan nyalaan ada pula jangkahayat plug motor habis lebih awal atas sebab musabab tertentu cohtohnya plug shot terkena air ataupun atas faktor kecuaian kita lupa tutup choke minyak dan pelbagai lagi.

Jangan gunakan plug yang sudah rosak atau lemah kerana ia adalah punca pembakaran tak sempurna didalam enjin.Hasilnya dalam masa jangka panjang akan mengakibatkan enjin berkarbon hitam,lanjutan dari hal ini akan mengakibatkan lubang-lubang injap tersumbat,valve bocor dan hilang kuasa enjin.Harga sebiji plug motor hanya RM 5..apa salahnya gantikan sekali semasa tukar minyak hitam agar plug sentiasa segar 🙂

Kesimpulan

Terakhir sekali ialah jaga bateri bermakna anda sudah menjaga sistem nyalaan lampu,horn motor anda.Isikan air bateri jika bateri lemah dan sebolehnya periksa seminggu sekali semasa tarik rantai motor kat bengkel tu..dan minta mekanik cek bateri sekali OK.

3 perkara saja cara jaga motor 4 tak ni,motor ini tak perlu isi 2t dah dan tak perlu servis cuci ekzos.Harap anda dapat buat dengan mudah walaupun agak sibuk dengan urusan harian.Keselesaan dan keselamatan ketika menunggang juga satu urusan..dan terima kasih kerana luangkan waktu 5 minit anda untuk baca artikel cara jaga motor sendiri ini..jumpa lagi..

servis motorsikal?tak usah repot!

Di antara perkara paling mustahak semasa buat servis motor

Sahabat..Berapa lama sekali servis motor kapcai sahabat,1 bulan sekali,2 bulan sekali,3 atau lebih baru buat sekali?.Takpe la kot janji servis jangan tak servis sudah.Kalau ikut buku panduan motor,pengeluar cakap waktu servis motor ialah 16000km perjalan pada odometer atau lebih kerap jika laluan yang digunakan berdebu,lembap atau bawa motor secara pendikit penuh(pulas minyak habis).

Akan tetapi saya disini hari ini tak mahu repot-repot untuk tulis berkenaan jadual waktu servis motor,servis berkala dan sebagainya disebut disini hanya nak kongsikan kepada sahabat tentang perkara apa yang paling mustahak perlu dibuat semasa kerja kerja servis motorsikal ni.

Perkara apa yang mustahak ketika servis motor?.Ya,kalau nak diikuti semua komponen motor perlu diservis dari hujung throttle hinggalah ke hujung roda semuanya perlu di-servis.Akan tetapi perkara utama dan paling mustahak dilakukan ketika men-servis motor yang akan saya kongsikan kepada sahabat adalah seperti dibawah.

Perkara servis paling mustahak

1-minyak hitam
2-brake depan belakang
3-tayar dan angin tayar
4-penapis udara
5-rantai spoket(sprocket)
6-bateri

 Cek minyak hitam

gambar dipstik
Menggunakan dipstik

Cek/periksa minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Ini adalah baik sebagai langkah berjaga jaga  dengan perkara diluar jangkaan seperti kebocoran minyak hitam atau minyak hitam kering.2 cara periksa minyak hitam yang mudah dilakukan iaitu dengan melihat pada cermin kecil penanda aras/level minyak hitam(ikut jenis motor) atau menggunakan penyukat dipstik.Kekerapan waktu tukar minyak hitam bergantung jarak perjalanan motor dan juga jenis minyak hitam yang digunakan.

Cek brake depan belakang

Tentang cara periksa cek brek motor depan dan belakang telah saya ulas pada postingan lepas boleh klik link diatas untuk baca.

Cek tayar dan angin tayar

gambar tayar botak
Jangan pakai tayar yang dah botak

Jangan terus gunakan tayar motor yang dah haus,retak atau botak kerana ia merbahaya.Bunga tayar haus menyebabkan tiada lagi cengkaman ketika membrek juga amat merbahaya dengan keadaan jalan yang berbatu.tayar boleh pecah atau pancit.Untuk keselesaan dan keselamatan sentiasa cek tekanan angin tayar dan tukar tayar yang sudah botak kepada baru.Jangan lupa juga cek tekanan angin tayar setiap kali memulakan perjalanan.

Cek regangan rantai

gambar cek air bateri
Regangkan rantai yang dah kendur ini

Rantai motor jatuh kerana rantai kendur atau gigi spoket rosak.Jadi untuk elakkan rantai jatuh sila periksa regangan rantai dan minyakkan jika perlu.Bergantung juga pada kualiti,sahabat boleh tukar rantai spoket set baru pada jarak 3000km.

Cek air bateri

gambar cek air bateri
Pastikan air bateri barada pada level ini

Yang terakhir tentang perkara paling penting ketika servis motor ialah cek air bateri.Cek paras air bateri seminggu sekali dan jika kurang tambahkan air.bateri sel kering  tidak boleh ditambahkan air sebaliknya perlu di-charge semula sekiranya ia lemah.Dengan berbuat demikian sahabat sebenarnya telah menjaga sistem elektrik motor sahabat iaitu membabitkan lampu lampu dan horn.

Selain 6 perkara utama didalam kerja servis motor diatas,banyak lagi benda yang perlu di buat masa servis motorsikal.Tapi tak usah dirunsingkan perkara itu serahkan saja kepada mekanik untuk mengesan masalah dengan teknik menguji cuba motor sahabat.

Nah,mudah bukan! Ingat 6 perkara saja dan berikan perhatian selalu.Perkara perkara ini adalah kewajipan dan tanggungjawab…sahabat.Mekanik hanya membantu,manager-nya ialah sahabat.Oh ya,jika sahabat suka untuk buat servis sendiri sahabat boleh mendapatkan sedikit tips dan skil baiki motor di blog saya lagi satu.klik link diatas! Ok la sahabat sekian saja bual saya mengenai perkara paling mustahak dalam kerja servis motosikal.Harap berjumpa lagi di masa akan datang dengan isu lebih menarik..insyallah

Sponsored links

Cara jaga motor baru dibeli

Salam pembaca,

Hari ini saya nak share cara jaga motor baru agar tahan lama.Ya motor betul-betul baru yang dibeli dari kedai bukan motor second hand ya..

Anda tahu,motor baru pun cepat rosak kalau tak dijaga dengan betul.Pernah terjadi motor baru pakai 3 bulan dah masuk bengkel buat overhaul enjin rosak.Macamana agaknya tuan empunya guna motor tu.Mungkin dia tak dapat penerangan tentang cara mula menggunakan motor baru yang sebetulnya atau mungkin juga dia tak baca buku panduan motor.Harap-harap perkara seperti ini tidak terjadi kepada anda pemilik motor baru.Justeru itu dengan sedikit kesedaran hari ini saya nak kongsikan kepada anda dengan sedikit pengetahuan yang saya ada tentang hal ini.Kemungkinan ada manfaatnya untuk anda.

Ini berkenaan cara brake in motor dan cara jaga enjin motor.

Cara brake in/inreyen motor

Tahukah anda apa itu brake in enjin? Ini ialah perkara penting yang selalu tokey kedai motor atau mekanik pesan kepada pemilik untuk guna motor baru.Brake in atau juga disebut running in,inreyen ialah sesi pantang enjin motor.

Dalam waktu pantang ini, enjin motor baru atau baru lepas overhaul tidak dibenarkan untuk kerahan tenaga maksimum.Maksudnya bawa motor secara lembut dan perlahan.Biasanya tempoh brake in enjin ialah 1000km perjalanan.Dalam waktu ini kelajuan maksimum motor yang disarankan ialah sekitar 60-80 km/j pada speed meter.Contoh ini ialah bagi motosikal berkapasiti 125cc kebawah.Ini bererti kira-kira 60% sahaja had kelajuan enjin semasa tempoh brake in.Bermakna disini selagi perjalanan motosikal baru anda belum sampai 1000km anda tidak boleh menunggang melebihi had kelajuan 80km/j.Ini adalah perkara sebetulnya.Akan tetapi kemungkinan berlaku anda terlepas dari had kelajuan disebabkan dalam perjalanan  anda terpaksa memerah pendikit untuk memotong kenderaan.Tak usah risau ini tidak mengapa,darurat!.

Gambar naik motor baru

Bagi situasi perjalanan jauh,banyakkan berhenti untuk rehatkan untuk enjin baru kerana enjin cepat panas .Tak perlu lama,5 atau 10 minit sudah mencukupi.

Ada sesetengah orang langsung tak brake in motor baru mereka.Ini amat tidak baik bagi kondisi enjin motor tersebut.Kebanyakan memberi kesan enjin jadi kasar kerana kompenon dalaman enjin motor baru seperti selinder blok,piston,gear dan bearing berada dalam keadaan belum serasi.Juga terjadi masalah minyak pelincir.Suhu enjin overheat yang boleh membawa kepada gasket blow dan kekejangan enjin.

Cara jaga enjin motor baru

Penjagaan enjin motor adalah amat  penting bagi baru atau lama untuk mengekalkan kondisi yang baik sepanjang masa digunakan.

No 1: minyak pelincir  -selalu menukar  minyak pelincir untuk setiap 1000km perjalanan atau boleh praktikkan begini; tukar minyak pelincir sebulan sekali bagi motor selalu ulang-alik kerja.

No 2: panaskan enjin 2 hingga 3 minit sebelum memulakan perjalanan dan 1 hingga 2 minit sebelum matikan enjin perjalanan jauh.

No 3: Jangan pulas minyak(rem) maksimum semasa gear neutral.

Itu sahaja cara-caranya,tak susah bukan.. Ingat ! yang utama adalah habiskan running in dengan betul,jangan tak sabar..ke-2 minyak pelincir,ke-3 teknik.

Tentang jadual servis anda boleh baca buku panduan motor yang anda terima kerana ia  amat penting lalu ikutilah dengan betul.
Itulah diantara tips jaga motor kepada pemilik motor baru atau bakal membeli motor baru.

Amalkan agar motor anda smooth dan lebih tahan lama.Kepada anda yang ada tips untuk dikongsikan bersama sila komen kerana ia banyak membantu kawan-kawan yang lain.terima kasih.

Servis motor

Kita sudah melangkaui bab 1 tukar tayar motor sekarang bermula


Bab 2 | servis motor

Isu kedua dalam belajar repair motor ialah mengenai servis motor.Pada hujung bulan atau awal bulan bengkel motosikal bakal dipenuhi dengan pelanggan yang mahu servis motosikal mereka.Kerana permintaan servis tinggi kita dahulukannya pada bab Kali ini.

Gambar belajar servis motor

Apa itu servis motor, bahagian apa perlu diservis?

Maksud servis motor yang dimengertikan oleh mekanik ialah menyelaraskan semula kondisi motor.Hanya bahagian-bahagian yang perlu sahaja dibuat servis.Bahagian yang akan mengalami perubahan apabila motor kerap digunakan.

Cara buat servis

Pastikan anda sediakan bahan-bahan untuk servis motor seperti dibawah;

  • minyak hitam
  • Spark plug
  • air bateri

Bab-3

Mulakan dengan membuang minyak hitam lama dahulu.Sementara itu buka karburator dan penapis udara lalu cuci kesemuanya.cuci bahagian dalaman karburator juga dan pasang dengan betul.Setelah selesai servis karburator dengan penapis udara mula cek air bateri pula.Pastikan aras air bateri diisi mengikut level yang ditetapkan.Cek juga fius bateri,ganti baru jika fius putus.Dah selesai bateri lanjutkan ke bahagian roda pula.Periksa ketegangan rantai motor  dan juga pastikan brek depan belakang semua cukup dan tak bermasalah .Dan yang terakhir pasang bateri dan isi minyak hitam baru.

Mula hidupkan enjin selama beberapa minit.Periksa semua lampu berfungsi,lampu depan belakang,lampu signal,horn semua adalah penting untuk keselamatan.Cek juga jika ada kebocoron pada bahagian enjin.Tayar juga harus dipastikan berada dalam keadaan baik,begitu juga dengan angin tayar harus cukup.

Cara ini dikira full servis bagi sesebuah motor 4t dan ia sedikit berbeza dengan full servis motor 2t.Itu sahaja pembelajaran  tentang cara servis motor Kali ini.Sambungan kita akan beralih ke tajuk yang lain pada bab akan datang! Insyallah.