Teknik membuka skru rosak pada komponen motor

teknik membuka skru rosak tak boleh buka

Salam. Disini belajar lagi satu skil/teknik mekanik dimana anda akan pelajari cara membuka skru rosak pada mana-mana komponen motor. Dunia nyata mekanik tidak sama seperti kita pelajari dalam buku, dalam kerja seharian membaiki motosikal kita akan jumpa masalah tak diduga yang melambatkan proses kerja kita. Ya kalau dapat baiki motor baru seronok la buat kerja, skru-skru dan komponennya semua masih cantik

Bagaimana pula contoh nak kena tukar tayar saja tapi terbantut bila skrunya tak dapat dibuka, kerja mudah sudah jadi lambat. Oleh itu pelajari sebanyak mungkin skil untuk memudahkan kerja seharian kita.

Teknik punch skru tak boleh di buka

Banyak teknik ada untuk membuka skru rosak/tak boleh buka ia bergantung pada keadaan. Hari ini saya tunjukkan satu teknik buka skru L-key yang kepala dia dah rosak/lus. Saya dah buat satu video supaya anda boleh tonton disini.

video

*jika ralat sila tonton di https://youtu.be/xdvWIOfuYuY

Teknik punch ini sesuai diguna pakai untuk skru yang berada ‘lantai’ keras contohnya pada enjin, body motor. Pada coverset ia tidak sesuai kerana boleh pecahkan coverset. Boleh juga tapi haruslah berhati-hati.

Sepana untuk membuka skru rosak

Dalam kes diatas saya menggunakan teknik ‘punch’ dan sepana yang saya gunakan adalah ‘home-made’ punya. Tapi anda juga boleh beli punch sepana di mana-mana kedai hardware, ada jual juga.

Teknik punch untuk membuka skru rosak saya ada ulas pada post terdahulu secara teks- Cara Buka Skru Rosak,

dan disini anda boleh tonton bagaimana ia dibuat.

Bunga skru rosak boleh pakai lagi ke

Ada banyak jenis ‘bunga’ skru pada bahagian motor. Kita gunakan teknik yang berbeza untuk membuka bila ia tak dapat dibuka dengan sepananya.

baca > cara buka skru patah

Harap pada kali ini anda tak ada masalah lagi bila jumpa skru rosak, anda boleh ‘buang’ dia. Kalau bunga skru rosak tapi sayang nak pakai balik, silakan punch balik saja tapi tak cantik la kan. Ori pun kalau dah rosak kena tukar baru abang…salam jumpa lagi.

Motor skru rosak tak boleh buka

Cara buka Skru rosak | skru loose | skru berkarat

Semasa membuat sebarang kerja semestinya kita mengharapkan proses kerja itu berjalan dengan lancar begitu jugalah dalam bidang kerja mekanik motor ini.Dengan sebatang skrudriver diharapkan semua skru sejenisnya dapat dibuka dan dibuang dengan mudah.Realitinya jika tidak dipermudahkanNya maka berpeluhlah kita berjam-jam  menilik menggodek skru yang degilnya bukan kepalang.Jadi anda Mekanik Pemula,skru rosak seperti berkarat atau skru lus memang tak diingini akan tetapi pasti ditemui didalam dunia mekanik motor.Oleh itu saya kongsikan sedikit tentang cara  membuka skru yang  rosak untuk anda mencuba.

 Gambar skru Phillips

Skru jenis Philips adalah paling kerap rosak terutamanya terdapat pada enjin motor.Sebabnya  skru pada bahagian ini diikat dengan ketat(asal kilang) .Skru lama yang dah reput,berkarat amat mudah sekali rosak jika tak berhati-hati membukanya.Berwaspadalah saat menggunakan impact driver kerana kesilapan menggunakannya akan membawa kepada masalah  kepala skru atau bunga skru rosak makanya skru itu tak dapat dibuka.

Skru pada bahagian cover set motor agak mudah dilonggarkan dengan sebatang pemutar skru tetapi menjadi teramat sukar sekiranya skru itu berkarat bahkan dengan sebotol WD40 tak mampu menolongnya.

Gambar skru berkarat

Pernahkah anda jumpa skru berkarat pada coverset motor seperti gambar diatas.Bagi saya skru seperti itu paling sukar dibuang,kadang-kala terpaksa korbankan cover set itu sendiri..:(

Cara buka skru enjin rosak

Sebelum menggunakan teknik yang dikongsikan  ini pastikan anda sudah mencuba pelbagai jenis spanar pada skru yang bermasalah itu.Jika masih gagal bolehlah lanjutkan membaca sekarang.

Ini adalah teknik asas sahaja selebihnya anda boleh impruvasi  sendiri mengikut keadaan.Baik kita lihat dulu kerosakkan bunga skru yang biasa berlaku pada  kepala skru motor jenis Philips.

Gambar bunga skru loose
Gambaran skru rosak

Di atas adalah gambaran   kerosakkan kepala skru yang menyebabkan kegagalan ia dibuka keluar.Jika anda perolehi skru sebegini pada bahagian rata maka ia boleh diselesaikan dengan menggunakan playar(Pliers). Boleh gunakan Playar Ragum atau Playar Grip.Cengkam sisi kepala skru dengan kuat dan pusing.Nanti setelah skru dilonggarkan boleh dilanjutkan dengan pemutar skru pula..:)
Jika skru rosak itu berada pada ruang yang sempit tentunya tidak boleh menggunakan cara ini jadi boleh mencuba pula dengan teknik yang kedua ini.

  • Sediakan sebatang sub tayar dan hammer
  • Bentuk Philips pada kepala skru nampaknya dah membesar merubah saiz  asalnya jadi kita perlu membentuk semula supaya ia muat kembali dengan hujung mata skrudriver dan tak berlaku kegelinciran/loose lagi.
  • Dengan alatan tersedia tadi, kemikkan kepala skru itu.sekarang nampak bunga yang mengembang tadi dah mengecil.
  • Paksa masuk mata pemutar skru(screwdriver bit) impact rapat kedasar.
  • Selanjutnya gunakan impact driver untuk membuka skru itu.
Gambar mata impact
Mata impact driver

Teknik ini adalah sesuai digunakan pada skru berlantai besi padu seperti pada bahagian enjin motor,body dan yang sepertinya.

Sila tonton video ini  https://youtu.be/24v4PQKUeW0

Langkah ketiga teknik buka skru rosak

Masih gagal dengan 2 teknik diatas?.Tak mengapa,sekarang gunakan teknik ketiga pula.Teknik ini mungkin akan menyebabkan skru yang dah rosak itu tak dapat digunakan  lagi(total lost).OK caranya agak agresif iaitu memahat kepala skru.Pemahat(punch tools) ini boleh dapat dikedai biasanya turut dijual 1 set.

Gambar cara buka skru rosak

Sekarang ini diharap anda dapat menyiapkan kerja anda yang dah tergendala setelah sekian lama hanya berpunca sebiji skru rosak.Walaupun bukan mudah tapi itulah cara selesaikan masalah skru tak boleh buka pada motor anda.Selamat mencuba,sekian.

Empat skru asal pada motor cub dan Daya ikat tangan

Empat jenis skru asal yang diguna pada motor cub dan Daya ikat tangan yang aku nak tunjuk pada korang
Skru asal bermakna skru pemasangan dari kilang pengeluar motosikal bukan skru yang di tukar oleh pomen di bengkel motor ye geng
Dengan cara sempoi ni semoga dapat memberi manfaat untuk pemula dalam bidang pemotoran ini-maaf panggilan yang yang digunakan adalah bahasa pasar pomen Malaysia,haha
Seterusnya lanjutan kita kepada tajuk..

kenali empat jenis skru asal motor dan cara ikat nya 

1. Skru jenis bunga paling banyak digunakan pada motor terutama pada cover set,badan dan enjin
-Daya ikat tangannya adalah sederhana
Untuk buka/pasang skru ini gunakan pemutar skru jenis bunga
-ketahuilah skru pada badan dan enjin menggunakan ikat mesin dan daya ikat mesin juah lebih kuat dari tangan

Skru bunga(Phillips)

2. Skru jenis soket adalah yang kedua banyak diguna pada motor cub,skru ini untuk bahagian yang rata dan luas
Juga diguna pada badan dan enjin motor

-daya ikat tangannya adalah sederhana
-untuk buka dan pasang skru ini harus guna spanar jenis soket

Skru soket(socket)

3.skru jenis leper kurang diguna pada motor hanya pada beberapa bahagian sahaja contohnya pada no plate motor

-daya ikat tangannya adalah ringan
-untuk buka dan pasang skru jenis ini guna pemutar skru jenis leper

Skru leper(slot)

4. Skru jenis Lkey biasa diguna pada alat motor yang jarang dibuka dan memerlukan daya ikat yang kuat contoh pada disc brake motor

-daya ikat tangannya adalah paling kuat
-untuk buka skru jenis ini gunakan Allen key

Skru L key(hex socket)

Ketahui juga daya ikat skru perlu disesuaikan pada material yang digunakan sama ada pada plastik atau besi

-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih-