Block racing 57mm tanam slip 65 lagenda srl 110

Saya sedia menerima tempahan untuk membuat block racing motor lagenda srl 110cc atau jual blok yang sudah siap(tak perlu post block). Tempoh masa siap adalah 1-2 minggu dari tarikh tempahan (tak ada kerja cepat siap).

Disini adalah contoh block yang sudah siap buat modifikasi – tanam slip atau jeck 2k atau block sarung saiz 65mm dengan bore piston saiz 57mm. Block racing dengan slip yang tebal mempunyai lebih ketahanan dari block racing beli dekat kedai dan boleh up bore lebih banyak.

Gambar block racing Lagenda
Gambar ukuran saiz blok racing Lagenda srl 110cc

Jual block racing motor Yamaha Lagenda 110

Bagi yang berdekatan boleh hantar terus block standard motor anda ke bengkel marmanworkshop dan pada mereka tinggal jauh bolehlah post block atau boleh beli sahaja block yang sudah siap dengan saya (akan dikirimkan kepada anda melalui post).

Ok, jika berminat dengan block racing 57 Yamaha lagenda 110 ini boleh hubungi saya dengan no telefon tersedia di page marmanworkshop 
-sekian terima kasih-

Tips membeli block racing motor yang senyap

Gambar tips membeli blok racing

Tips membeli blok racing – Salam,justeru untuk mempertingkat kuasa enjin motor- menukar cylinder block  racing adalah kebiasaannya dilakukan pemilik motor itu. Memandangkan menukar block(blok) motor kerap dilakukan sendiri dirumah oleh beginner mekanik dan sering kali antara mereka tidak menitik beratkan kualiti sebaliknya hanya mencari blok bersaiz besar dan harga murah sahaja.

Pakai block racing racing enjin jadi bising

Anda boleh membeli block-block motor yang bersaiz sebesar mana pun anda suka tapi jangan lupa pastikan juga ia bersesuian dengan enjin motor anda. Dan terutamanya penekanan post baikimotor.com kali ini ialah cara pastikan block baru dibeli itu tidak mendatangkan masalah enjin bunyi bising seperti ketukan atau ‘knocking’ pada block selepas dipasang. Pastinya anda tidak mahu membuat kerja dua kali bukan? dan merugikan wang ringgit lagi.

Tak dinafikan hal yang banyak berlaku pada kawan-kawan kita kecewa bila enjin berbunyi bising selepas baru sahaja menukar blok. Padahal block baru saja dibeli, apa punca dia boleh  berbunyi? Kebiasaannya block yang telah lama dipakai atau block lepas jem saja akan mengeluarkan bunyi. Apapun alasannya, block motor anda tetap perlu dibuka semula untuk pemeriksaan.

Block longgar

Kebanyakan blok racing murah tidak semua boleh dipasang terus sebaliknya perlu di rebore. Alasannya, adalah block longgar.

Jd kita perlu membuat rebore untuk menukar piston dan saiz baru yang lebit ‘fit’ dan menghasilkan enjin motor yang senyap seperti menggunakan block asal (standard).

Ciri cylinder block berbunyi

Apabila anda membeli block baru dan anda tidak mahu lagi melakukan ulang rebore block kerana anda tidak mempunyai ‘badget’ misalnya, anda boleh lihat dari awal lagi samada block itu berbunyi atau tidak.

Inilah tips yang akan admin kongsikan semasa membeli blok motor yang baru dikedai. Ciri block berbunyi anda dapat ketahui dengan menguji kelonggaran/ruang lega di antara lubang block dengan piston. Caranya ialah dengan memasukkan  piston ke dalam cylinder itu dan anda goyangkan ke atas,ke bawah,kiri dan kanan tanpa ring piston.Jika ia menghasilkan bunyi terlalu kuat seperti dalam video saya kongsikan di bawah ini…sila jangan beli!

Tips cara melihat ciri block yang berbunyi bising ini bukan sahaja dimanfaatkan semasa membeli block baru tapi juga semasa sesi membaik pulih enjin. Pastikan anda membuat langkah ini untuk mengujinya.
Sekian untuk kali tentang perkongsian tips membeli block racing untuk motor anda dan kita jumpa lagi dikesempatan lain, dengan hal-hal mekanik motor yang anda ingin ketahui…wassalam.