Teknik membuka skru rosak pada komponen motor

teknik membuka skru rosak tak boleh buka

Salam. Disini belajar lagi satu skil/teknik mekanik dimana anda akan pelajari cara membuka skru rosak pada mana-mana komponen motor. Dunia nyata mekanik tidak sama seperti kita pelajari dalam buku, dalam kerja seharian membaiki motosikal kita akan jumpa masalah tak diduga yang melambatkan proses kerja kita. Ya kalau dapat baiki motor baru seronok la buat kerja, skru-skru dan komponennya semua masih cantik

Bagaimana pula contoh nak kena tukar tayar saja tapi terbantut bila skrunya tak dapat dibuka, kerja mudah sudah jadi lambat. Oleh itu pelajari sebanyak mungkin skil untuk memudahkan kerja seharian kita.

Teknik punch skru tak boleh di buka

Banyak teknik ada untuk membuka skru rosak/tak boleh buka ia bergantung pada keadaan. Hari ini saya tunjukkan satu teknik buka skru L-key yang kepala dia dah rosak/lus. Saya dah buat satu video supaya anda boleh tonton disini.

video

*jika ralat sila tonton di https://youtu.be/xdvWIOfuYuY

Teknik punch ini sesuai diguna pakai untuk skru yang berada ‘lantai’ keras contohnya pada enjin, body motor. Pada coverset ia tidak sesuai kerana boleh pecahkan coverset. Boleh juga tapi haruslah berhati-hati.

Sepana untuk membuka skru rosak

Dalam kes diatas saya menggunakan teknik ‘punch’ dan sepana yang saya gunakan adalah ‘home-made’ punya. Tapi anda juga boleh beli punch sepana di mana-mana kedai hardware, ada jual juga.

Teknik punch untuk membuka skru rosak saya ada ulas pada post terdahulu secara teks- Cara Buka Skru Rosak,

dan disini anda boleh tonton bagaimana ia dibuat.

Bunga skru rosak boleh pakai lagi ke

Ada banyak jenis ‘bunga’ skru pada bahagian motor. Kita gunakan teknik yang berbeza untuk membuka bila ia tak dapat dibuka dengan sepananya.

baca > cara buka skru patah

Harap pada kali ini anda tak ada masalah lagi bila jumpa skru rosak, anda boleh ‘buang’ dia. Kalau bunga skru rosak tapi sayang nak pakai balik, silakan punch balik saja tapi tak cantik la kan. Ori pun kalau dah rosak kena tukar baru abang…salam jumpa lagi.

Motor tak boleh start ke takbleh hidup

motor tak boleh start
Piston jem

Salam.Saya nak bantu anda dalam masalah ini tapi saya nak betul faham dulu masalah motor anda hadapi sekarang ini. Motor tak boleh start ke tak boleh hidup, persoalan membawa 2 makna berbeza disini bagi mekanik.

Saya bagi beberapa contoh di bawah

Tak boleh start sebab penyetat tak berfungsi

  1. Penyetat kaki keras
  2. Penyetat kaki lus
  3. Penyetat kaki kosong
  4. Starter elektrik tak berfungsi/tak bunyi

4 contoh masalah biasa ‘kena’ pada pengguna motor menyebabkan enjin tak dapat dihidupkan. Jadi Inikah makna anda kata tak boleh start?

Ok, punca ia berlaku merujuk urutan di atas adalah seperti ini;

  1. Biasanya penyetat keras terjadi kerana enjin jammed- Kalau terjadi semasa menunggang tiba-tiba enjin mati/jammed, kerosakannya ialah pada piston,rod ataupun bearing enjin. Enjin perlu dibuka(overhaul atau top overhaul)
  2. Masalah clutch adalah penyebab utama penyetat lus/loose. Perlu ditukar ganti beberapa komponen clutch sahaja untuk atasinya. Ada bebarapa kes lus berpunca dari masalah starter engkol dan gear dalam enjin.
  3. Penyetat kaki kosong(tak lekat) tandanya berkemungkinan seperti jawapan no 2. Tetapi jika berlaku semasa enjin bergerak adalah kerana kerosakan komponen dalaman enjin seperti piston, oil seal(2-stroke) atau pada valve(4-stroke)
  4. Berkaitan penyetat elektrik/electric starter pula selalunya berpunca dari bateri lemah,check horn,signal seperti biasa atau tak. Tekan button starter enjin berbunyi tapi enjin tak hidup, kita lanjut dibawah

Motor skuter tak boleh start

Ok, motor skuter ia berbeza sedikit dari motor gear manual seperti Honda Ex5,Yamaha Lagenda,Lc,125z dan banyak lagi, ini kerana motor skuter menggunakan system transmisi automatic pendek kata ia tidak menggunakan clutch plate. Jadi bila motor skuter tak boleh start bermakna ia tidak berpunca dari masalah klac. Selalunya penyetat kaki keras atau lus adalah kerana masalah gear starter rosak( disebelah belting).

Boleh start tapi enjin tak boleh hidup

Sampai disini saya harap anda dah faham perbezaan motor tak boleh start atau tak boleh hidup. Enijin tak hidup banyak perkara perlu disiasat periksa.

Yang paling utama ialah berkenaan system nyalaan enjin seperti spark plug, cdi, coil sepertinya perlu diperiksa. Didahulukan adalah periksa minyak petrol. Dipastikan 2 pakara itu tiada masalah anda perlu lanjutkan ke bahagian karburator/fuel injection dengan membuat servis. Harap anda sudah temui jawapannya disini, jika perlu bolehlah rujuk post saya yang lepas pada link di bawah atau telah diberikan di atas.

1.Tak hidup sebab lama simpan

2.Tak hidup waktu pagi dan situasi lain

Tukar master pump dan video cara bleeding brake

Salam, dikesempatan ini mari kita sambung belajar mekanik motor dan tugasan kita akan buat ialah menukar master pump atas brake disc yang sudah rosak kepada baru. Juga disertakan disini sebuah video lengkap cara bleeding brake motor yang khas dirakam untuk pembaca blog baikimotor.com.

Gambar master pump brake
Master pump baru

Ok, apa punca sebenarnya master pump atau brake pump atas perlu ditukar?

Masalah biasa dialami setelah lama pemakaian pada motor tersebut menyebabkan ada kebocoran pada injap/valve master pump atau dikenali dengan nama brake pump kit. Sebenarnya injap tersebut ada dijual untuk kita menukar ganti jika berlaku masalah. Injap brake bocor dapat dikesan apabila terlihat minyak brake pada bahagian handle motor,lebih tepat pada lever brake atas tersebut. Juga brake terasa kosong(tak ada brake) jika keadaan sudah parah.




Biasanya jika master pump asal adalah original motor saya syorkan tukar pump kit sahaja melainkan gagal setelah ditukar ataupun kit asal tersebut telah keras(jem).

Faktor terakhir kenapa ramai memilih menukar ganti master pump daripada menukar kit ialah kerana “mudah kerja” dan sekarang alat ganti tiruan(alternatif) banyak terdapat dipasaran dengan harga yang murah. Kualiti pastilah kurang baik berbanding original dari segi ketahanan tapi seperti master pump yang saya sudah dicuba ini tetap boleh pakai.

Gambar cara bleeding brake motor

Video cara bleeding brake motor Yamaha ego

Di dalam video dibawah ada menunjukkan cara bleeding minyak brake setelah menukar master pump. Master pump ini khas untuk motor Yamaha ego, juga boleh digunakan pada beberapa model Yamaha yang lain seperti Lagenda110,Y110ss,Y15 dan sepertinya.

Video 7:37

Jika belum maklum dalam proses bleeding brake motor ini perkara perlu diawasi ialah pada minyak brake itu sendiri kerana ia bersifat menghakis… Habis rosak cat baii…
Jadi please standby air sabun, siram pada tempat yang terkena minyak brake ya… 🙂

Cara membuka,memasang clutch Yamaha Lagenda 110

Belajar mekanik motor untuk pemula | bahagian clutch Yamaha Lagenda 110

Sambungan dari post terdahulu pada bahagian gearbox kini kita belajar pula pemasangan komponen-komponen pada bahagian clutch motor Yamaha Lagenda 110.

Sebenarnya langkah-langkah membuka dan memasang clutch Yamaha Lagendaini sudah lama diterbitkan dalam video di channel YouTube Motor Ayam. Oleh itu supaya follower belajar mekanik melalui blog CPM tidak ketinggalan saya bawa pula ia ke sini. Satu hal yang perlu anda tahu bahwa kadang-kadang saya “unlisted” video saya di YouTube bertujuan untuk anda tonton di blog ini sahaja, jadi pastikan follow kedua-duanya untuk tidak ketinggalan. (widget follower blog pada bahagian bawah sekali blog ini)

Membuka clutch Lagenda 110

Bismillah

Hal yang pertama perlu dilakukan seperti biasa buka komponen-komponen luar yang berkaitan seperti tongkat, ekzos serta penyetat kaki.

Gambar cover clutch lagenda 110

Selanjutnya bukalah skru-skru ikat cover clutch tersebut.

Gambar menunjukkan skru luar kulit klac lagenda

Setelah boleh di buka keluar cover, bagi yang tidak ada pengalaman membuka clutch mana-mana motor sebelum ini – biasanya cover clutch tu melekat kuat pada enjin tengah jadi perlu digoncang sedikit untuk membukanya atau boleh juga menggunakan hammer plastik yaa..
Nah sekarang inilah penglihatan bahagian dalaman clutch Yamaha lagenda 110

Gambar menunjukkan spring clutch lagenda

Selanjutnya bukalah 4 biji skru spring clutch itu.

Sekarang proses agak rumit juga bagi anda yang tak menggunakan compressor, terpaksalah membuka 2 biji nut pada housing clutch plate dan auto clutch itu dengan teknik pahat nut itu, guna impact atau apa saja “kung-fu” yang anda tahu untuk membukanya.

Gambar menunjukkan nut mangkuk clutch lagenda

Langkah memasang komponen clutch

Setelah kedua-dua nut telah berjaya dikeluarkan, leraikanlah semua komponen klac motor itu jika tujuannya adalah untuk overhaul enjin tapi jika hanya ingin menukar clutch plate sendiri cukuplah dengan membuka 4 biji skru spring clutch sahaja. Oleh kerana penerangan secara teks agak rumit untuk difahami jadi saya lampirkan langkah memasang balik komponen-komponen tadi di dalam 2 video berasingan di bawah ini untuk ditonton

Konten di dalam video dibawah:

  1. Memasang axle starter kick
  2. Memasang special clutch, plate clutch
  3. Memasang clutch rotary
  4. Memasang auto clutch

Part-1
https://youtu.be/xXGY1dzM4E0

Video 1

Part-2
https://youtu.be/zIr3H3DrTfw

Video 2

Part clutch

Seperti biasa saya cuba mencari sumber part clutch Lagenda 110 lengkap dari Yamaha, alhamdulillah berhasil untuk dikongsikan bersama. Ehem!  Bukan apa takut nanti siap pasang terlebih barang pulak… Haha
Gambr part clutch lengkap Yamaha lagenda

Ok sampai di sini sahaja post cara-cara membuka clutch motor Yamaha lagenda 110 untuk kali kita akan bersambung pada hal yang lain pula untuk pembelajaran mekanik kita selepas ini. Ops! Jika ada kesulitan pada pemasangan one-way-bearing <— lihat di post ini.

Bahagian enjin tengah Yamaha Lagenda(jupiter) 110

Gambar bahagian dalam enjin

Assalamualaikum, Alhamdullillah saya diberi kesempatan merakam satu video semasa kerja overhaul untuk membaiki enjin motor Yamaha Lagenda 110z /Jupiter  yang bermasalah, dan ini saya rasa baik untuk rujukan anda pembaca blog Cakap Pomen Motor terutamanya jika anda telah mengikuti pembelajaran asas mekanik motor yang dikongsikan melalui beberapa artikel sebelum ini yang saya kira telah lengkap untuk enjin Honda ex5.

Jadi dengan adanya video pada kali saya akan membawa anda melihat pula bagaimana bahagian tengah enjin Yamaha 4 lejang ini yang sememangnya berbeza dengan Honda walaupun kedua-duanya adalah enjin 4 lejang satu selinder, manual transmisi 4-kelajuan.

Video cara membuka bahagian enjin tengah Lagenda

Di dalam video pendek ini anda boleh melihat cara membuka enjin tengah Lagenda 110 dan setelah itu cara memasang balik bahagian yang telah dibuka itu. Perhatikan susun atur gearbox motor ini rekacipta yang berlainan berbanding Honda yang anda pernah lihat

Video
https://youtu.be/bpLu1LygB0g

Bagaimana, sudahkah anda ada keberanian untuk membuat overhaul motor Yamaha lagenda? Sebenarnya tidaklah begitu banyak komponen yang terlihat pada bahagian paling dalam enjin ini, cuma kelainan dari segi rekaciptanya,perbezaan gearbox terutamanya berbanding Honda cub yang anda biasa lihat namun cara kerja atau fungsinya adalah tetap sebagai pengatur 4 kelajuan secara manual.

Gambar bahagian gearbox legend
Gambar 2 gearbox Jupiter

Susun atur gearbox Lagenda

Di sini adalah gambarajah lengkap susun atur kedudukan setiap gear pada gearbox Yamaha Lagenda 110 yang saya dapat cari untuk rujukan bersama.

Gambar cara susunan gearbox Lagenda

Hati-hati dengan pemasangan gearbox motor Yamaha ini, kerana sering berlaku kesilapan pemasangan dan mengakibatkan permasalahan pertukaran gear. Ok, selepas ini saya akan kongsikan video bahagian clutch pula dilain post, dan jangan lupa ya
Follow Cakap Pomen Motor untuk tidak ketinggalan perkongsian seterusnya.