Tukar master pump dan video cara bleeding brake

Salam, dikesempatan ini mari kita sambung belajar mekanik motor dan tugasan kita akan buat ialah menukar master pump atas brake disc yang sudah rosak kepada baru. Juga disertakan disini sebuah video lengkap cara bleeding brake motor yang khas dirakam untuk pembaca blog baikimotor.com.

Gambar master pump brake
Master pump baru

Ok, apa punca sebenarnya master pump atau brake pump atas perlu ditukar?

Masalah biasa dialami setelah lama pemakaian pada motor tersebut menyebabkan ada kebocoran pada injap/valve master pump atau dikenali dengan nama brake pump kit. Sebenarnya injap tersebut ada dijual untuk kita menukar ganti jika berlaku masalah. Injap brake bocor dapat dikesan apabila terlihat minyak brake pada bahagian handle motor,lebih tepat pada lever brake atas tersebut. Juga brake terasa kosong(tak ada brake) jika keadaan sudah parah.




Biasanya jika master pump asal adalah original motor saya syorkan tukar pump kit sahaja melainkan gagal setelah ditukar ataupun kit asal tersebut telah keras(jem).

Faktor terakhir kenapa ramai memilih menukar ganti master pump daripada menukar kit ialah kerana “mudah kerja” dan sekarang alat ganti tiruan(alternatif) banyak terdapat dipasaran dengan harga yang murah. Kualiti pastilah kurang baik berbanding original dari segi ketahanan tapi seperti master pump yang saya sudah dicuba ini tetap boleh pakai.

Gambar cara bleeding brake motor

Video cara bleeding brake motor Yamaha ego

Di dalam video dibawah ada menunjukkan cara bleeding minyak brake setelah menukar master pump. Master pump ini khas untuk motor Yamaha ego, juga boleh digunakan pada beberapa model Yamaha yang lain seperti Lagenda110,Y110ss,Y15 dan sepertinya.

Video 7:37

Jika belum maklum dalam proses bleeding brake motor ini perkara perlu diawasi ialah pada minyak brake itu sendiri kerana ia bersifat menghakis… Habis rosak cat baii…
Jadi please standby air sabun, siram pada tempat yang terkena minyak brake ya… ūüôā

Cara ganti brek pad disc motor

Gambar brek pad haus

Brek adalah satu komponen motor yang sering perlu diganti baru,baik motor yang menggunakan sistem brek gelendong¬†(lining brek) ataupun yang guna¬†disc brake.Ini kerana faktor pemakaian adalah mengakibatkan pad brake haus dan cengkaman membrek pun semakin berkurang dan ini menimbulkan situasi yang mana disebut “brek tak makan”.Jadi sebagai langkah menjaga keselamatan kita menunggang dijalanraya keutamaan kita berikan kepada brek agar sentiasa berada tahap kemampuan mencengkam yang maksimum.

Jadi hari ini seperti biasa blog mekanik motor ini akan mengajar anda satu lagi pembelajaran membaiki motosikal khas kepada mekanik pemula tentang cara menukar brek pad motor (pad disc) dan bagi yang sebagai hobi saja suka buat mekanik motor sendiri boleh belajar juga hal ini sekarang..:)

Cara menukar pad disc belakang motor skuter modenas Elegan

Motor yang digunakan sebagai modul pembelajaran kita disini ialah motor skuter elegan 150cc tapi bukan bermakna tutorial ini khas untuk motor ini sahaja bahkan ini adalah asas menukar pad disc bagi semua motor yang pakai brek disc.Tukar pad disc depan atau belakang tak kisah,langkah membuatnya lebih kurang sama ya..

Terlebih dahulu siapkan bahan-bahannya;

  • Disc pad baru
  • Spana L-key
  • Spana 12 ring(motor lain)
  • Spana 8 ring
  • Minyak brek

Memasang pad disc baru

Gambar cara memasang pad brek

Ok,ini waktunya untuk kita membuka dan meleraikan sebahagian komponen pump brake disc motor kita supaya dapat kita gantikan pad yang sudah haus(rosak) itu.

Langkah pertama buka skru L-key saiz 12′ tapak pam brek terlebih dahulu

Gambar cara buka pam disc brek

Sesudahnya 2 biji skru(atas) tapak pam dibuka bolehlah ditarik pam keluar.Sekarang pad brek pasti tertinggal disitu melekat di piring disc dan bolehlah cabut untuk  digantikan dengan yang baru.

Gambar cara gantikan pad disc

Menuas piston pam brek

Gambar Cara bersihkan pam brek.

Sebelum pam brek terus dipasang semula pada tapaknya,biasanya diperlukan menuas turun piston brake pump.Ini supaya nanti piring disc muat masuk dicelah pad baru yang tebal itu

Gambar cara tuas piston brek

Cara turunkan piston brek yang berat

  • Gunakan pad lama sebagai pengalas
  • Masukan sebarang penuas leper ditengah antara pad
  • Tuas piston kebawah

Piston telah meninggi naik apabila pad lama yang telah nipis,jadi untuk mendapat ruang perlu diturunkan piston-nya kepada posisi asal

Gambar kedudukan piston brek

Seperkara lagi sebelum anda tuas piston sebaiknya dibersihkan kotoran yang melekat pada dinding luar piston pam brek itu supaya ia mudah turun

Jika piston terlalu berat/ketat untuk dituas kita gunakan pula cara ini

Gambar bleeding skru

Buka skru 8′ (bleeding nut) di pam brek untuk keluarkan sedikit minyak brek terlebih dahulu dan tuas piston kebawah.Berhasil?..kunci kembali bleeding nut itu.

Pastikan anda ingat kedudukan komponen brek itu ya..kalau lupa nanti tak boleh pasang der..

Periksa brek penghabisan kali dan cara bleeding brake

Pada saat sudah selesai memasang balik,kita perlu uji cuba brek.Kebiasaannya,di awal ini mungkin brek ‘tak makan’ lagi jadi anda harus buat langkah penghabisanya iaitu anda perlu mengepam brek berulang kali.Sambil itu sila lihat level minyak brek pump [email protected] tangan kiri pada motor skuter ini atau dibahagian pedal brek kaki untuk motor gear manual,jika kurang sila tambahkan minyak brek lagi.

Gambar pam brek atas

Bleeding brake ialah satu langkah untuk membuang buih-buih udara didalam saluran sistem brek disc itu yang selalunya kita sebut ‘buang angin brek’.

Cara bleeding brake kadang-kala memakan masa agak lama kerana angin/udara yang banyak ada terperangkap dalam saluran paip brek atau dalam pump break itu sendiri.Puncanya ialah kerana kerja anda buat sebelumnya tadi yang mana anda ada membuka skru 8′ bleeding brake itu ketika mahu menuas piston agar kebawah,jadi mungkin agak banyak minyak brek yang sudah terkeluar dan disaat anda mengikat kembali skru itu udara telah terperangkap didalamnya.Jadi kita perlu membuang angin itu

Buka punutup tangki minyak brek dan isi minyaknya.Tak perlu tutup kemas penutup tangki hanya sekadar letak ia diatas tangki kecil itu supaya dapat menghalang minyak brek melompat keluar saat anda mengepam minyak nanti

  1. Tekan pedal brek belakang motor itu beberapa kali contohnya ikut kiraan 3 dan berhenti,tahan pedal dalam posisi menekan brek
  2. Sambil dalam keadaan tadi anda buka dan tutup dengan cepat skru bleeding pump brake itu
  3. Ulang lagi mengepam dan buat langkah yang sama seperti tadi sehingga anda mula ‘merasa’ brek sudah ada.
  4. Sudah dapat membrek pada keadaan normal silalah tambahkan lagi minyak brek jika perlu
  5. Selesai sudah bleeding brake

Video bleeding minyak brek

Keselamatan ketika bleeding brake

Jika anda membuat dengan betul,brek anda dapat mencengkam pada tahap maksimum ketika mem-brek
tapi jika kurang ‘makan’ biasanya masih ada lagi angin dalam brek dan perlu diulang bleeding.

Awas! Minyak brek adalah menghakis dan ketika bleeding anda tidak boleh berada pada posisi depan skru bleeding..nanti bila ia terpancut keluar boleh terkena mata.Jika malang tak berbau sila basuh dengan air bersih dengan cepat,jangan gosok mata anda sebelumnya.

Minyak brake juga menghakis cat motor anda,oleh itu semasa kerja menukar pad disc motor kita perlu siapkan air sabun untuk dicurah pada mana-mana bahagian motor yang terkena denganya.Curah saja air sabun tanpa perlu dilapkan dengan kain pada bahagian itu..biarkan saja

Cara potong rantai motor dengan alat

Gambar cara potong rantai motor

Cara memotong untuk pendekan rantai motor yang sudah panjang menggunakan alat pemotong rantai

Ok,post sebelum ini anda sudah belajar cara tarik rantai  yang wajib anda kuasai(baca) terlebih dahulu jika belum kerana sekarang adalah sambungan pembelajarannya ialah cara memotong atau pendekkan rantai motor atau rakan serumpun kita sebut cara kencangkan rantai sepeda motor.Semestinya bila rantai sudah terlalu panjang jalan mengatasinya ialah kita perlu mengerat,memotong untuk pendekan rantai motor tersebut.Pelbagai cara sebelum ini pernah orang buat ada yang menggunakan paku,punch,grind sebagainya tapi kini alatan mekanik yang moden dan menyenangkan kerja kita banyak dijual dipasaran,jadi saja satu alat pemotong rantai seperti dibawah.

Langsung saja macam mana kita perlu buat nak potong rantai ni?
Pertama buat seperti cara anda mahu tegang rantai,longgarkan nut tayar dan nut pelaras(longgar habis) rantai dan tolak roda kedepan.

Langkah-langkah seterusnya  adalah seperti dibawah.

1-Cari master link atau disebut pin rantai(satu link yang ganjil) seperti gambar di atas

2-buka klip dan buang mata (link) rantai,gunakan playa ragum seperti gambar dibawah.Caranya ialah-kepitkan pada hujung klip (terbuka)
dan tolak ke tepi.Tak faham tak apa boleh tengok dalam video dibawah.

Gambar cara buka klip rantai
Gambar cara buka pin rantai

3-Tanda berapa ‘mata’ yang mahu anda ‘buang’.Pastikan anda potong pada tempat yang betul dan bilangan yang mahu dibuang juga betul supaya nanti rantai tidak menjadi terlalu pendek.Seperkara lagi bukan semua tempat(link) boleh dipotong lihat gambar dibawah,hanya pada pin-pin bertanda biru sahaja.Lagi sekali pastikan roda betul-betul habis ditolak kedepan pada masa ini kerana kita mahu tanda tempat yang harus dipotong dengan benar.

Gambar bilangan pin rantai
Hanya pada pin yang ditandai
Warna biru sahaja

Dalam gambar diatas lihat setelah klip rantai dibuang sekarang potonglah pada pin-pin bertanda biru daripada mula (selang satu pin)

Cara mendapat tahu bilangan mata rantai yang mahu di potong diukur mengikut kaedah seperti gambar dibawah
Gambar mengukur rantai sebelum dipotong
Gambar 1

Petama sekali rapatkan hujung rantai semaksimal mungkin seperti gambar 1,tapi memandangkan pin disitu tidak boleh dipotong kerana berada pada mark yang salah jadi tepaksa kita undurkan(kendur) satu mata kebelakang seperti gambar 2 dibawah

Gambar cara mendapat pin rantai yang mahu dipotong 2
Gambar 2

Dalam gambar 2 saya telah mendapatkan pin yang dibenarkan dipotong walaupun rantai agak kendur disitu.Inilah tempat harus dipotong.

3-Gunakan alat pemotong  rantai tadi,boleh lihat video dibawah tentang tutorial cara menggunakan pemotong rantai.

Gambar cara menggunakan alat pemotong rantai

4-Sambungkan rantai kembali dengan memasukan semula pin rantai itu samada yang lama atau yang baru.

Gambar cara sambungkan rantai setelah dipotong

5-Regangkan rantai dan ketatkan semula nut pengikat roda belakang dan juga nut pelaras rantai yang anda longgarkan permulaan tadi.

Tonton video

Selesai sudah tugasan anda memendekan rantai motor anda..diharapkan anda mampu membuat dengan jayanya.Ingat hal yang paling penting semasa mengerat/memotong rantai motor ialah tanda bilangan mata yang mahu dikerat dengan betul,itu bahagian yang perlu waspada jika kesilapan terjadi rantai terlalu pendek untuk disambung semula.Ok sekian sahaja kali ini kita bertemu lagi di pembelajaran mekanik dikesempatan lain dengan tajuk berbeza pula.Wassalam.

Cara ketatkan rantai motor yang kendur

Gambar rantai motor

Belajar tarik rantai motor

CPm kembali berkongsi lagi ilmu mekanik untuk anda pada kali ini tentang perkara asas seorang mekanik yang mesti tahu melakukannya iaitu mengetatkan rantai motor atau bahasa lain kita sebut ‘tarik rantai’.Terlebih dahulu terima kasih kepada anda yang setia bersama kami dan jika anda baru CPM adalah blog tempat belajar mekanik motor online percuma.

Saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada moga bermanfaat untuk anda yang ingin kerja sebagai mekanik atau sekadar menjadi mekanik motor sendiri anda telah datang ketempat yang tepat saya berharap.Seperti post yang telah diterbitkan terdahulu saya mengulas setiap tajuk tutorial bersama gambar dan kadang berserta dengan video sekali- hanya di baikimotor.com.

Gift cara tarik rantai ex5
Step tarik rantai motor Ex5

Ok langsung saja bagaimana cara ketatkan rantai motor MLE Xtm 200 yang sudah kendur supaya menjadi regang.

Ini adalah diy cara ketatkan rantai motor sendiri bagi yang rajin buat sendiri tapi kalau rasa diri tu malas main sepana beli saja alat penegang rantai automatik macam gambar kat bawah ni, ada jual kat mana kedai sparepart motor, beli online pun boleh sekarang ya… Ehemm tapi berat la sikit motornya
Gambar alat penegang rantai automatik

Ok lanjut, Pertama sekali anda perlu pergi ke roda belakang dan berkenalan dengan sebiji skru atau lebih tepat nut roda pada swing arm.

Nut ini fungsinya ialah untuk kunci roda supaya tidak bergerak kedudukannya pada swing arm dan kaedah rekaannya adalah kebanyakannya berbeza bagi setiap jenis motor,ada menggunakan satu nut seperti motor yang boleh anda lihat pada tutorial ini iaitu model MLE xtm 200 dan ada pula guna  1 lagi nat pengikat sprocket  seperti motor Honda c70 ataupun Ex5.

Langkah meregangkan rantai motor

Sebagaimana kerja kita disini ialah untuk mengetatkan rantai makanya kedua-dua nut pada ‘shaft tayar’ itu kita perlu Longgarkan supaya roda dapat digerakkan.

Apabila roda digerakan ke belakang bererti rantai akan menjadi regang secara automatisnya.Jadi kita Longgarkan semua nut yang bersangkut-paut dengan roda supaya roda boleh kedepan dan kebelakang.Sudah faham mari kita mulakan.

Gambar nut roda tayar belakang motor

Pertama sekali nut roda perlu longgarkan,longgar sahaja tak perlu buka dan lihat pula pada nut pelaras rantai yang terdapat pada hujung kedua-dua belah lengan ayun itu (swing arm).Buka dengan sepana dan longgarkan habis sampai ke hujungnya..kedua-dua side yaa..

Gambar nat pelaras rantai
Nut/nat pelaras rantai

Langkah-langkahnya;

  1. 1-ketatkan nut pelaras secara sama rata kedua-belah sehingga anda melihat rantai menjadi regang.
    2-Rasa untuk periksa regangan rantai dengan jari anda supaya ia benar regang.
    3-Longgarkan kembali kedua nut pelaras tadi sedikit sahaja,juga sama rata (balance) sehingga apabila anda check rantai sekali lagi ia boleh ditolak keatas atau kebawah dengan jarak anggaran 1 inci – jarak kelegaan.
Gambar cara periksa regangan rantai

4-Jika anda perolehi seperti itu sekarang bolehlah ketatkan nut roda tayar kembali,diikuti nut pelaras rantai.
5-Periksa kali penghabisan regangan rantai kembali untuk memastikan ia sempurna tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.Jika ia meleset silalah ulangi langkah meregangkan rantai seperti sebelumnya.

Rantai kendur sangat

Penghabisan ialah check balance roda tayar lihat dari belakang untuk memastikan kedudukan roda sama rata dilihat kiri-kanan.Ini adalah teknik digunakan untuk melihat balance roda yang membantu kerana kadang-kala ‘mark’ pada pelaras rantai ‘lari’.

Gambar penanda aras rantai motor
Lihat garis-garis mark atau
Penanda aras rantai

Ingat! Pastikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Rantai motor¬† terlalu longgar/kendur boleh mengakibatkan insiden jatuh rantai nanti jadinya macam zaman naik basikal pula,asyik-asyik masuń∑an rantai jatuh..haha
Ketat sangat pun tak boleh juga nanti jalan berbunyi..krak!..krak!..parah lagi kalau putus..jadi berhati-hati ya.

Ok,rasanya tidaklah begitu susah untuk anda melakukannya berpandukan langkah-langkah yang diberi.Tapi bagaimana pula jika rantai tidak boleh diregangkan lagi-maksudnya nut pelaras sudah ‘diikat’ habis tetapi rantai motor anda masih lagi kendur.Ikutilah pembelajaran kedua selepas ini iaitu cara memotong rantai.
Salam jumpa lagi wassalam.

Cara setel jari rim motor lengkap

Gambar setel rim motor

Tutorial belajar menyetel jari rim motor

Tak lengkap kalau jadi mekanik motor tapi tak boleh stel jari-jari rim kerana itu menunjukkan anda belum menguasai sepenuhnya bahagian roda motor,dan kerana faktor itu mana-mana ‘taukey’ bengkel motor¬† lebih membuka peluang kerja kepada mekanik yang mempunyai kemahiran itu,gaji pun dapat lebih :).Hari ini tanpa rasa kedekut ilmu, baikimotor.com akan memberi peluang untuk anda sebagai mekanik pemula khasnya untuk belajar menyetel jari-jari rim motor lengkap dari awal hingga selesai boleh pasang pada motor.

Ok,sedikit pengetahuan dulu,panjang jejari/lidi(spoke) yang digunakan pada roda¬† adalah bergantung pada jarak luas rim dari hub.Contohnya panjang jari-jari standard untuk Honda C100 ialah 161×9
dan jika berniat menukar rim 17″ asal itu beralih ke rim 18 inci¬† anda perlu menggunakan jejari yang lebih panjang dari standard.Lebar rim seperti 1.40×17 atau 1.60×17 adalah tak menjadi masalah kerana anda boleh tukar sesuka hati anda.Ok,sudah faham tentang itu bolehlah anda mulakan belajar menyetel(setting) rim motor dengan jari-jari dan rim baru yang telah disediakan disisi anda pastinya.

Potong jari-jari rim

Gambar potong jari rim

Hal pertama yang perlu anda buat ialah potong jari-jari rim.Alat yang perlu digunakan untuk memotong jari-jari ialah playa (cutter ) besar.Jika jari masih cantik,tidak berkarat ia boleh diguna semula anda tapi perlu keluarkan jari-jari satu persatu dengan sepana.

Pasang jari lidi pada hub

Hub sudah dibersihkan di cat barangkali untuk kelihatan baru kini anda bolehlah mula memasang jari-jari ke hub.Aturan memasangnya

Jari-jari berbentuk L (pada kepala) dipasang dari dalam hub manakala jari-jari lebih 90 DARJAH itu kita pasangkan dari luar hub ke dalam.Gambaran adalah seperti dibawah

Gambar jari jari rim baru
Gambar cara memasang jari

Terdapat 36 batang lidi yang perlu dipasang,18 dipasang dari sebelah luar dan 18 dari dalam hub mengikut struktur bentuk pada kepala lidi itu.Ia pula perlu dipasang secara berselang-seli seperti ini

Gambar susunan jari motor
Video

https://youtu.be/Y4Ql4HE9W-k

Selesai memasangnya kini letakkan ditempat rata untuk langkah seterusnya

Langkah memasang jari ke rim

Sudah bersedia untuk memasang ke rim sekarang ini? Seperti yang anda lihat sebelumnya keadaan susunan jari-jari asal motor dipasang secara bersilang.Cara silangan jari adalah seperti gambar dibawah

Gambar pasang lidi rim

Ada juga sesetengah rim motor yang menggunakan teknik silangan jari rim yang yang berbeza tapi kebanyakannya adalah menggunakan peraturan ini.

4 lubang pada hub x 3 lubang pada rim.

Jari sebelah kiri untuk lubang rim sebelah kiri

Gambar cara susun lidi rim

Anda ulangi langkah itu pada sebelah bahagian hingga selesai kemudian barulah beralih ke sebelah lagi

Video

https://youtu.be/8GpTIJJPw2Y

Jadi macam mana cara menyetel rim?

Kenalkan alat stel jari-jari rim

Ini dia alat untuk stel jari-jari rim yang saya guna pakai di bengkel saya,anda boleh beli alat ini dengan saya di MarmanWorkshop,lokasinya di Terengganu,Malaysia.

Gambar alat setel rim

Alat itu belum lengkap lagi untuk memulakan kerja anda perlukan satu lagi alat untuk kunci jari yang saya sebut sepana ejas rim.

Gambar alat kunci rim

2 alatan penting itulah yang bakal digunakan untuk membetulkan rim yang agak gelong/bengkok bila dipusing buat masa ini.Nanti hasilnya kita mahukan putaran roda yang sempurna jika tidak akan membuatkan motor terasa seperti melompat-lompat bila ditunggangi.Jadi ikuti panduan ini dengan betul ya dan jangan lupa tonton videonya sekali untuk lebih jelas.

Cara guna alat stel rim

Terdapat 2 penanda ukur pada alat stel rim itu yang saya sebut pointer tengah dan satu lagi pointer tepi/sisi.

Gambar cara guna alat setelan rim

Langkah permulaan menyetel rim ialah dengan membuat bulatan rim dan untuk itu pointer tengah akan digunakan.Selesai bahagian bulatan tengah kita pergi ke langkah kedua iaitu menyamakan putaran sisi kiri dan kanan rim dengan berpandukan pointer tepi.Ok dapat? Kita mulakan dengan sedikit pemahaman lagi

Cara kunci jari

Hal pertama yang perlu diketahui sebelum proses mengunci jari ialah anda perlu tahu apa yang perlu dibuat jika untuk membetulkan putaran rim agar selari kerana pada masa ini rim itu pastinya gelong atau bengkok,dan puncanya ialah kedudukan hub dan rim tidak sama pada bahagian atas bawah dan juga kiri kanannya.Prinsipnya seperti ini

Gambar hub rim

Hub mestilah berada ditengah-tengah bulatan rim

Gambar rim

Lihat gambar 2 bila hub lebih cenderung ke bawah,sekarang untuk menarik hub agar posisinya berada di tengah-tengah bulatan rim maka anda perlulah mengunci jejari pada bahagian bertanda anak panah(bahagian tinggi) itu.Dengan langkah mengunci jari-jari pada bahagian itu maka ia akan menarik hub lebih atas.Begitulah caranya dan dilakukan pada semua bahagian berpandukan pointer tengah alat stel rim anda.Sekiranya jejari lidi tidak boleh ditarik lagi (ketat) disitu,anda perlu melepaskan beberapa jejari pada bahagian berlawanan arahnya.Note! Kunci jari-jari tidak perlulah terlalu kuat pada proses membentuk bulatan dan setingan tepinya,yang penting bentukan bulatan dan tepi yang sama harus dihasilkan dahulu kerana selepas itu akan ada satu lagi proses iaitu mengetatkan semua jari-jari di akhiran.Dapat? ūüôā

Membuat bulatan rim

Pertama buatkan bentukan secara kasar terlebih dahulu dengan menggunakan tangan anda seperti dalam video dibawah .Tujuannya ialah untuk mendapatkan posisi yang tidak jauh terpesong dan ia akan memudahkan bila kita mula menggunakan sepana nanti.

Video

https://youtu.be/xKvCw2XstA8

Mulakan langkah membulatkan rim dengan sepana seperti prinsip yang diterangkan di atas.Tak perlu tergesa-gesa,rileks saja buat hingga selesai untuk membuat bulatan sempurna.

Gambar cara membulatkan rim
Gambar panduan membuat rim

Setiap kali mengunci jari kemudian buat pemeriksaan pada pointer tengah,jika rim lagi terkena pointer tengah itu maka kunci lagi.Note! Selalunya rim pastinya terdapat tempat penyambungan semasa proses pembuatan rim itu,dan pada bahagian sambungan itu terlihat sedikit bonjolan apabila rim diputarkan dan abaikan saja kerana itu normal bagi dalam kerja menyetel rim.Jarang mendapat gap pada  pointer 100%,90-80% kesamaan putaran roda motor masih tidak terasa.

Gambar ejas rim 1

Berhasil membuat bulatan bolehlah lompat pula ke bahagian tepinya.Langkahnya serupa iaitu rapatkan pointer tepi ke bahagian tepi rim,bermula dengan jarak lebih luas, kemudian kecilkan jarak (gap) setelah bentukan semakin baik.

Untuk bahagian tepi bila ia terkena pointer kanan,anda perlu menarik atau mengunci jari sebelah kiri.Ingat!jari-jari kiri sahaja.Saya hanya menggunakan satu pointer kanan sahaja pada hal ini,itu teknik saya terpulang kepada anda.

Gambar cara membetulkan rim

Formulanya;

Lari kanan –> tarik jari kiri
Lari kiri –> tarik jari kanan

Sehingga selesai bahagian ini,putaran mula kelihatan cantik dan anda hampir selesai menyetelkan/ejas rim motor anda

Langkah terakhir regangkan kesemua jari

Langkah terakhir ini perlu supaya rim hasil kerja tangan anda akan lebih tahan lama kerana kunci jari yang longgar akan mengakibatkan kembali tidak ‘centre’ dan lenggokkan seperti orang ‘berdancing’ pasti dirasai hanya beberapa waktu digunakan.

Walaupun rim sebelumnya kelihatan cantik tapi kesemua jari itu perlu kita rengangkan.Kunci ketat kesemua jari-jari rim bermula ditempat ditandai sehingga kira-kira 3 pusingan jam.Kunci sikit-sikit sehingga ketat(jika diketatkan lagi akan menyebabkan kepala jari loose).Awas ya..seperti orang kata “pengalaman akan mendewasakan anda” ūüôā

Video

https://youtu.be/S6x-gVhwDms

Jari chrome merk Racing Boy 

Setelah selesai meregangkan semua jari-jari rim,putarkan lagi rim untuk melihat samada terdapat perubahan (lari) pada setingan awal tadi.Biasanya anda perlu touch-up untuk kali terakhir pada beberapa bahagian atas bawah atau tepi dan rim anda telahlah pun siap dan bersedia untuk dipasang pada sepeda motor(motosikal) anda.Ok begitulah hujahan yang dapat saya buat untuk memberi semua orang faham terutama anda mekanik motor khasnya tentang Cara memasang setel jari rim motor lengkap,tidak kira dimana saja anda berada. Harap dengan artikel dan digabungkan dengan video channel YouTube saya ini,anda akan berhasil menyetel jari-jari rim sendiri dan terima kasih kerana sanggup berlama lamaan di blog saya hari ini,moga jumpa lagi.wassalam.