Set clutch motor Honda Ex5 Dream

clutch plate motor set

Set clutch untuk motor Honda EX5 dream
Kedai kami di Shopee

Menjual barangan untuk repair clutch motor Ex5 Dream

Saya sediakan set barangan untuk repair/baiki clutch untuk motor Honda EX5 Dream 100 disini. Terdapat 4 barang utama dalam pakej set clutch Honda Ex5 Dream ini – yang perlu ditukar apabila motor EX5 menghadapi menghadapi masalah clutch iaitu

1. Auto clutch housing
2. Auto shoe
3. Clutch plate
4. Spring clutch

Tanda-tanda clutch motor habis

Bagi yang belum tahu saya terangkan sikit tanda-tanda clutch motor dah habis ialah apabila motor semakin berat dan melemah terutamanya ketika mendaki bukit atau semasa muatan lebih…cukup terkesan sekali daripada biasa. Semasa seawal berjalan, diperah minyak enjin seakan ‘tidak terlepas’, meraung atau berjalan agak meleret. Bila ini terjadi, nampaknya inilah masa yang anda perlu untuk menukar clutch motor anda.

Baca lagi tentang clutch motor habis

Jadi untuk membaik pulihkan pada bahagian klac motor Honda EX5 Dream(sedikit berbeza dari model HIgh power) inilah barangannya.

3 daripada alat ganti ini adalah keluaran original Honda Thailand dan spring clutch sahaja saya recommend kan pakai spring racing. Dengan alat ganti berkualiti ini saya percaya pick up motor anda akan bertambah dan enjin kembali bertenaga. Dapatkan segera clutch original Honda Thai ini di kedai Shopee saya selagi stok masih ada.

Cara buat clutch auto motor ex5 lebih menyengat

Ex5-Neylon Bush Set Racing untuk dipasang pada auto clutch

Gambar cara buat auto clutch ex5
 
 
MarmanWorkshop– Motor yang menggunakan sistem auto clutch biasanya agak mengecewakan,lambat pada kuasa pickup dia tak macam motor clutch manual/clutch tangan.Itu dikira sedikit kekurangan pada clutch auto berbanding clutch manual yang menyebabkan anda terasa tak puas hati.Tapi tak perlulah anda modifikasi buat clutch mati pada motor pergi balik kerja anda kerana masih ada jalan penyelesaian bilamana masalah auto clutch agak kurang menyengat.
Gambar bush set auto clutch

Clutch carrier bush set

Marmanworkshop perkenalkan clutch carrier bush atau Bush Auto Clutch racing khas untuk motor ex5 anda.Alat untuk membuat clutch motor anda lebih cepat tangkap saat anda membuka throttle tanpa termenung.
Saya sudah mencuba barang racing ini dan hasilnya memang memuaskan,tak ada lagi kesan jalan meleret macam auto clutch standard atau macam auto clutch rosak.Tapi dimasa yang sama pastikan clutch plate anda berada dalam keadaan baik untuk hasil lebih memuaskan.

Gambar cara pasang bush auto clutch
Neylon Bush-set auto clutch racing untuk motor Honda  ex5 100cc ini MarmanWorkshop jual dengan harga RM 15 pada masa sekarang,boleh order online juga.Mahu pasang sendiri tapi tak tahu membuka clutch  boleh baca tutorial di link biru diatas.Video cara pasang bush racing pada auto clutch akan diberi kepada anda yang membeli dengan saya.Terima kasih support!