Cara pam angin tayar motor kereta di stesen minyak

Belajar menggunakan pam angin di stesen minyak

Gambar cara pam angin di stesen minyak

Sambungan catatan mengenai isian angin tayar motor kali ini CPM akan memberitahu para newbie bagaimana cara nak pam tayar motor sendiri di stesen minyak.

Hal pertama yang perlu tahu bila tayar motor kempis ialah berapa jumlah angin perlu diisi pada tayar itu(berpandukan apa yang disyorkan oleh pengeluar untuk motor anda).

Boleh lihat pada stiker/label yang ditampal pada bahagian motosikal pada bawah sit, pada bodyset atau pada swing arm.

Kereta pula biasanya pada sisi pintu setelah dibuka. Kalau masih ada buku Owner manual sila lihat didalamnya maklumat anda. Itu adalah sukatan paling tepat disyorkan oleh pengeluar kereta anda

Gambar jumlah psi kpa angin tayar
Owner manual

Ok, sudah dapat sukatan angin tayar motor anda contohnya seperti motor Honda ex5 saya dengan tayar asal motor tu ialah 175 kpa(25 psi) tayar depan dan 200kpa(29psi) tayar belakang untuk “single rider”. Isian saya akan tambah kalau bawa pembonceng

Ini adalah panduan isi angin tayar sebelum memulakan perjalanan jauh @ tayar sejuk. Bacaan angin akan meningkat apabila tayar sudah panas, jadi sentiasa isi angin semasa tayar sejuk ya..

>>alat pengukur angin tayar

Cara pam tayar di stesen minyak

Cara pam angin tayar motor atau kereta di stesen minyak kadang-kala berbeza mengikut jenis pam yang mereka sediakan. Tapi rata-rata menggunakan setingan secara manual yang perlu anda buat seperti langkah yang ditunjukan di bawah ini;

Button “+” untuk menaikan jumlah isian (tambah angin)  dan “-” untuk kurangkan isian bacaan pada meter pam angin

Ambil bacaan pada garis yang ditunjukkan oleh jarum meter samada unit kpa atau psi

Sesudah mendapat bacaan angin yang diingini mulalah mengisi angin tayar motor anda

Buka penutup bar tiub pada tayar kemudian letak “kepala pam” dan tekan

Video

Pam akan berbunyi seperti brek angin bas/lori menandakan tayar sedang diisi angin. Pam akan berhenti memasukan angin sekiranya had jumlah isian telah dicapai.

Kebanyakan pam di stesen minyak akan mengeluarkan bunyi setelah angin tayar sudah penuh. Disini menunjukan anda sudah selesai isi angin tayar motor anda, semudah itu sahaja… Selamat mencuba!!

Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai

Salam pengguna motor.. Biasa kalau anda isi angin tayar motor berapa sukatan angin yang di isi atau pun tak pernah isi angin tayar motor sendiri?..:p

Kalau tak pernah baik pelajari sesuatu pada hari ini.Adapun isi angin sendiri bukanlah hal yang sulit dipelajari,saya rasa cukup dengan membaca tulisan hari ini Berapa Sukatan Angin Tayar Motor kapcai Yang Sesuai anda langsung saja dapat memahami dan boleh terus praktis tanpa masalah.

*Baca disini cara pam angin di stesen minyak

Jumlah sukatan angin yang betul

Apapun sebelum pergi jauh, nak tahu berapa psi sukatan angin yang tepat pada setiap motor silalah belek buku owner manual anda kalau buku dah hilang mari lanjutkan membaca

Sukatan Kandungan angin tayar yang sesuai pada motor kapcai(125cc ke bawah),motor skuter ,moped 150 ke bawah berat badan motor sekitar 110kg ke bawah boleh la ikuti panduan dibawah

Tayar belakang 21-30psi
Tayar depan 15-30psi

Pengaruh berat badan pada tayar

Apapun ia mengambil kira juga berat badan penunggang bersekali muatan barang.Apabila ada perubahan ini boleh la dikurangkan atau ditambahkan angin tayar motor itu.2 hal yang penting kenapa perlunya mengambil kira sukatan angin tayar sebelum motor digunakan ialah kepada faktor keselesaan dan juga keselamatan anda ketika menunggang motor.

Pengalaman akibat angin tayar terlampau keras atau kempis

Pada saya,jika menunggang secara berseorangan sukatan angin tayar depan motor saya isikan sekitar 16psi dan pada tayar belakang diisi pula sebanyak 26psi
Ini lebih memberi keselesaan ketika melalui jalan-jalan berlopak,berbatuan kecil atau berbonggol.

Masalah yang mengganggu apabila angin tayar terlebih pada permukaan jalan yang disebutkan diatas ia akan mengakibatkan gegaran atau lantunan yang kasar pada motor dan ini amat tidak selesa bagi saya.Nasib baik juga saya menggunakan motor retro buatan Jepun jika pada model motor kebanyakkan zaman sekarang,saya rasa berteraburan la skru-skru coverset di atas jalan..haha..

Itu adalah masalah yang timbul apabila angin tayar motor terlebih keras dan jika isian angin kurang masalah yang lain pula mengundang.

Sering juga dalam kesibukan urusan hari sampai terlupa mahu cek(periksa) angin tayar sendiri.Enjin motor dihidupkan dan terus perah minyak setibanya pada selekoh kegemaran tiba-tiba tayar motor terasa membuang,motor berayun..nasib baik tak terbabas ke tepi jalan.Turun motor,cek tayar baru sedar angin kurang.Berderau darah seketika tadi,besar juga pokok dekat tepi jalan tu

…dan itulah peringatan yang diterima kerana terlalu berkejar-kejar sampai terlupa isi angin..selepas ini setiap pagi sebelum pergi kerja perlulah diperiksa tayar motor untuk keselamatan diri sendiri .

Gambar cara pam angin tayar motor

Cara Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin

Alat penyukat tekanan angin  tayar  <<
amat memudahkan pengguna motor untuk mendapat sukatan tekanan angin yang tepat.Jika anda belum memiliki alat ini bolehlah intai-intai di kedai spare part motor dan jika suka membeli online boleh dapatkan disini.Namun sementara anda belum memiliki alat ini boleh mencuba teknik klasik ini..Cara

Pam tayar motor sendiri tanpa penyukat tekanan angin

Kenapa perlu tahu teknik ini?
Ini kerana seringkali terjadi pam angin di stesen minyak mengalami masalah meter rosak atau anda menggunakan pam angin tangan dirumah atau mungkin juga terpaksa isi angin tayar motor sendiri di bengkel motor kerana mekaniknya terlalu sibuk urusan lain.Jadi inilah masanya anda menggunakan skil yang anda miliki itu untuk menyelesaikan kesulitan anda.Mari kita pelajari langkah- langkahnya

  1. Buka penutup bar tiub
  2. Isikan angin mengikut kiraan 1-5 saat dan berhenti
  3. Picit tayar untuk merasa kekerasan tayar.
  4. Jika dapat picit bermakna tayar masih kempis dan isikan lagi seperti langkah 2.
  5. Sesudah tayar keras,untuk tayar depan kempiskan balik sehingga tayar sedikit turun apabila di picit.Sedikit saja.

Angin belakang perlu diisi sedikit lebih dari tayar depan.Bermakna jika kekerasan tayar belakang sama dengan kekerasan tayar depan yang sudah ideal tadi lalu tambahkan lagi angin belakang mengikut kiraan 1 hingga 10 saat dan berhenti.Selesai.

Bagaimana kalau pakai tayar besar dan berapa isian anginnya

Ha ni soalan yang baik. Sering sekali saya tengok sekarang trend pakai tayar besar, asal pakai tayar 80/90 saja tapi bantai masuk 120/60 tayar belakang… Jadi macam mana ya, nak picit keras..

Situasi macam ni kene pakai formula sendiri, nak ikut superbike punya spec tak boleh sebab motornya berat, motor awak ringan tapi tayar superbike 🙂

Kempiskan tayar dulu, kemudian pam sampai naik maksimum(kalau tambah lagi tayar tak naik dah). Jadi cukup pada titik maksimum tadi atau tambah lebih sikit sebab nak tampung berat badan anda kemudian jangan lupa sukat psi dengan alat diberitahu tadi untuk kegunaan masa depan. Kalau bila naik rasa melantun sangat bermakna angin terlampau tinggi

Semudah itu sahaja cara pam angin sendiri
Tanpa penyukat angin. Kalau setuju boleh dijadikan panduan kalau tak sila abaikan dari hidup anda.Setelah itu anda bolehlah meluncur laju dengan selesa ketempat yang dituju tanpa rasa bimbang tayar membuang atau hilang nombor plate belakang akibat skru tercabut dek kerana sukatan angin tayar tak tepat..:p
sekian mohon maaf kesalahan kata, salam jumpa lagi..artikel
Berapa tekanan angin tayar motor kapcai yang sesuai-Cakap Pomen Motor-

Alat pengukur tekanan angin tayar poket

Salam pembaca,

Baikimotor.blogspot.com hari ini ingin kongsi info tentang alat pengukur tekanan angin tayar,boleh digunakan pada motor,kereta,lori kecuali keretapi.Pengukur angin tayar yang saya tunjukkan ini simple je dan harga pun murah untuk dibeli.Alat ni kecil dan mudah simpan dalam poket untuk dibawa kemana saja.lihat gambar dibawah

Orang putih cakap pressure gauge_kegunaannya ialah pengukur atau penyukat tekanan angin dalam tayar.

Cara guna pengukur angin tayar poket

Senang ja guna pengukur angin tayar poket ni.Mula-mula pam tayar dulu,samada guna tangan ka pam elektrik ka atau pam tayar bengkel apek ka janji masukan angin dalam tayar.Sesudah itu,ambil alat tadi tekan pada bar tiub/kepala tiub.Pap!! Secara automatik jarum pengukur angin naik.Tengok bacaan berapa pada meter tu.Sudah dapat bacaan tekan button atas tu,ia akan reset balik bacaan pada 0 kiraan.

gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket
Gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket

Berapa bacaan ideal tekanan angin tayar motor 

Sukatan ideal angin bagi tayar motor cub bawah 125cc ialah 15 hingga 21 dan bagi tayar belakang ialah 21 hingga 30psi
Gunakan tolok penyukat angin tayar untuk mendapat ketepatan.Ini adalah sukatan bagi berat badan saya,mungkin anda sikit berbeza..

Beli alat penyukat tekanan angin tayar

Bagi pengguna kenderaan alat ini amat berguna sekali rasanya.Alat pun mudah didapati dipasaran sekarang yang boleh dibeli.Harga pun tak mahal
Sila lihat disini;
Alat penyukat tekanan angin

Sekian info mengenai alat pengukur tekanan angin tayar
Salam jumpa lagi.

Cara pam tayar motosikal sendiri menggunakan pam angin kompressor

Gambar pam kaki
Pam kaki

Belajar pam tayar motosikal sendiri menggunakan pam angin kompressor dan Pam tangan

Assalamualaikum,mari belajar cara guna pam untuk tayar motosikal sendiri.Dua jenis pam yang biasa untuk pengguna motosikal ialah  pam tangan dan pam angin kompresor,ada pula
pam kaki yang semakin popular kegunaannya bagi pengguna motor pada masa sekarang ini

Gambar pam tangan
Pam tangan
Gambar Pam mudah alih
Mudah dibawa kemana-mana

Pam tangan satu pam yang ringan dan mudah dibawa untuk kemana-mana.cara guna pam tangan dimulai perkara pertama iaitu kepala pam.setiap kepala pam jenis guna tenaga sendiri ini harus ada pengunci seperti ditunjukan pada gambar.

letak kepala pam pada kepala tiub lalu tekan sedikit dan kunci.Setelah itu barulah anda boleh masukan angin tayar,guna pemegang pam dan terus pam secara turun naik sehingga angin tayar motosikal anda penuh.Punca pam tidak masuk ialah kepala pam tidak ditekan dahulu sebelum dikunci.

Untuk keselesaan tunggangan perlu ada keseimbangan sukatan angin tayar.kebiasaan angin tayar depan kurang daripada angin tayar belakang
Sukatan ideal bagi tayar motosikal cub bawah 125cc ialah 15 hingga 21 dan bagi tayar belakang ialah 21 hingga 30psi
Gunakan tolok penyukat untuk mendapat ketepatan.

Gambar sebuah Pam angin kompressor
kompressor

Pam kompresor ialah pam angin jenis automatik dijana kuasa elektrik.sejenis pam yang paling mudah digunakan tanpa membebankan tenaga pengguna.angin yang dihasilkan dari kompresor membenarkan penggunaan angin yang kuat dan berterusan.Ini jenis pam pilihan utama kedai atau bengkel motosikal.

kelemahan pam kompresor ialah ia tidak mudah dibawa merata kerana terlalu berat dan menggunakan elektrik.untuk menggunanya hanya perlu menekan kepala pam itu pada kepala tiub dan tahan untuk memasukkan angin sebanyak mana diingini.Ketika isi angin tayar motosikal pakai pam jenis ini harus berhati-hati kerana ia memasukan angin dengan cepat kuat dan boleh mengakibatkan kejadian tiub atau tayar pecah.