Intake hose Carburetor motor Yamaha Virago 250 Shopee review

Review belian alat ganti motor murah dari Shopee,adakah ia berpatutan?

Gambar hose carburetor virago 250

Kemajuan dunia shopping online seperti marketplace Shopee,Lazada hari ini tampak memberi manfaat besar kepada kita. Impaknya juga terus kepada perkembangan pesat dunia permotoran. Tiada kesulitan seperti dulu lagi, sparepart rare motor anda mungkin sedang berada di Brazil yang kini bersedia untuk dibeli dengan hujung jari sahaja tanpa perlu menunggu berbulan lamanya untuk kapal dari Japan sampai 😀

Dalam proses membaik pulih semula motor Virago Intake hose carburetor yang asal sudah pecah perlu digantikan dengan yang baru. Usaha mencari yang original di kedai sparepart berdekatan dilakukan terlebih dahulu, malangnya gagal jadi dengan perasaan sedikit curiga admin secara tidak langsung telah membelinya secara online di Shopee pada baru-baru ini


Gambar motor Yamaha virago 250cc
Virago 250

 

 Carburetor Interface Rubber Adapter for Yamaha XV250 Virago 250

Gambar air intake baru

Dalam masa 4 hari setelah di oder akhirnya barang tersembunyi dari Hong Kong ini pun sampai. Memang cepat sungguh servis cayalah kepada penjualnya yang buat kerja dengan pantas sekali.

Jadi bukalah bungkusan kurier J&T itu dan barang dijual benar sama macam gambar.

Lanjut, saya membuat sedikit pemeriksaan speksifikasi hose ini sebelum memasang ke motor. Sebenarnya intake hose/carburetor Interface Rubber Adapter adalah untuk kegunaan bersama beberapa motor brand sperti Yamaha XV250 dan Virago 250

Hasilnya boleh dilihat pada gambar di bawah:

Gambar ukuran diameter intake hose carburetor virago

Seperti yang anda lihat ukuran diameter intake tidak sama dengan yang asal, telah lari beberapa mm

Kesimpulan: Boleh pakai ke tak?

Cantik takda la cantik sangat mutu pembuatanya tapi boleh digunakan untuk sekadar untuk hidupkan motor yang telah sekian lama tersadai tu. Harga pun murah, cepat sampai jadi rasanya produk ini berpatutan lah, masih boleh pakai walaupun tak baik sangat kualitinya(sementara menemui alat ganti tulen)

Jadi kepada anda yang mencari carburetor intake hose Yamaha Virago 250 jangan segan silu untuk cuba beli di Shopee…eh!  Silap saya beli di Lazada la kerana seller disana jual barang ini dengan harga lebih rendah dari Shopee pada tarikh hari ini.

Arm shift clutch Yamaha lagenda alatganti padu

Gambar kedudukan arm shift motor Lagenda

Alat ganti Yamaha Lagenda/Jupiter

Arm shift iaitu alat berupa seperti lastik terbalik ini berfungsi untuk menekan rod panjang kecil di bahagian enjin sebelah magnet motor Yamaha lagenda 110/115. Mekanisma ini akan membuatkan clutch motor itu bebas cengkaman semasa kita menekan pedal gear.

Bagi motorsikal Yamaha lagenda komponen ini sememangnya cepat rosak atau lebih tepat ia patah. Kesannya ialah ” motor tak ada clutch”, tersentap/tersenggok bila masuk gear.




Gambar arm shift patah
Kesan patah pada yang asli


Kesan spring clutch racing terlalu keras

Arm shift Yamaha lagenda/Jupiter dibuat dari besi alloy lembut didapati adalah punca ia mudah sekali patah terutama sekali bagi motor telah gunakan spring clutch racing. Spring terlalu keras membuatkan arm shift clutch cepat patah.

Alat ganti tiruan untuk arm shift clutch lagenda

Gambar arm shift besi alatan ganti
Besi padu

Setelah beberapa kali kejadian ini dialami saya menemui 1 solusinya iaitu dengan menggunakan alat ganti tiruan untuk komponen ini

Pelik bukan? Selalunya “sparepart” tiruan ini adalah kurang ketahanan berbanding yang oem/asli/original

Ya kali ini yang tiruan adalah lebih tahan,lebih keras dan lebih murah kerana ia diperbuat daripada besi padu bukanya alloy.

Arm shift clutch besi boleh dibeli dengan kami Marmanworkshop dengan harga semasa RM25 seunit. Telah dicuba dan sehingga ke hari ini tiada masalah arm patah lagi. Ok jika berminat hubungi kami sekarang-terima kasih-

Block racing 57mm tanam slip 65 lagenda srl 110

Saya sedia menerima tempahan untuk membuat block racing motor lagenda srl 110cc atau jual blok yang sudah siap(tak perlu post block). Tempoh masa siap adalah 1-2 minggu dari tarikh tempahan (tak ada kerja cepat siap).

Disini adalah contoh block yang sudah siap buat modifikasi – tanam slip atau jeck 2k atau block sarung saiz 65mm dengan bore piston saiz 57mm. Block racing dengan slip yang tebal mempunyai lebih ketahanan dari block racing beli dekat kedai dan boleh up bore lebih banyak.

Gambar block racing Lagenda
Gambar ukuran saiz blok racing Lagenda srl 110cc

Jual block racing motor Yamaha Lagenda 110

Bagi yang berdekatan boleh hantar terus block standard motor anda ke bengkel marmanworkshop dan pada mereka tinggal jauh bolehlah post block atau boleh beli sahaja block yang sudah siap dengan saya (akan dikirimkan kepada anda melalui post).

Ok, jika berminat dengan block racing 57 Yamaha lagenda 110 ini boleh hubungi saya dengan no telefon tersedia di page marmanworkshop 
-sekian terima kasih-

Kunci motor Lagenda ZR 115fi Original Yamaha

Gambar kunci Yamaha lagenda ori

Alat ganti untuk motor Yamaha Lagenda ZR 115fi kunci utama(main switch) janama original ada kami jual. Boleh dibeli secara online juga dengan harga RM110 untuk satu unit pada tarikh hari ini.

Kelebihan menggunakan kunci original

Seperti difahamkan, alat ganti original adalah lebih berkualiti dan terjamin untuk kegunaan yang lama. Antara kelebihan apabila memilih untuk menggunakkan kunci original pada motor anda

  1. -Senang On/Off kunci
  2. -Senang buka sit lock
  3. -Elak masalah kunci tertanggal(semasa naik)
  4. Senang pasang
Gambar main switch Lagenda zr 115fi

Kunci Lagenda ini adalah alat ganti Yamaha yang original(asli) dan lebih terjamin untuk menggantikan kunci lama yang sudah rosak atau anak kunci hilang. Berfungsi dengan baik serta pemasangan yang mudah. Hubungi kami jika berminat. Terima kasih

Karburator Mikuni Rxz 135 ori kedai

Gambar ciri-ciri karburator Rxz ori

Salam- bro kalau nk tukar karburator baik beli yang original. Sebabnya karburator ni ialah satu alat suapan bahanapi untuk enjin motor dan ia amatlah sensitif dan kritikal. Barangan tiruan amatlah murah tapi jujur saya cakap dari pengalaman saya sebagai mekanik motor ia adalah amat merugikan dikemudian hari,silap-silap bro terpaksa beli karburator baru lagi.

Gambar karburator baru Rxz
Gambar sisi kanan karburator Rxz
Gambar sisi kiri karburator Rxz

Karburator Rxz 135 original

Gambar karburator Rxz pada motor 125z

Kebiasannya yang pakai motor Yamaha 125z, karburator Rxz adalah pilihan klasik untuk motor mereka. Kelebihannya berbanding karburator motor lain ialah ia mudah untuk dipasang terus pada 125z(sedikit pengubahsuian pada cable minyak) dan juga ia mudah untuk di setting.

Hari karburator Rxz 135 ori kedai ini dijual pada harga RM250 seunit. Perhatikan ciri-ciri karburator ori ini pada gambar yang saya kongsikan. Jadi bro kalau berkenan dihati dengan untuk membeli karburator baru Rxz yang tidak ada masalah,terbaik bolehlah hubungi MarmanWorkshop hari ini.Sekian terima kasih.