karburator Ts 125 original video review

gambar karburator ts 125 original

Karburator Ts 125 adalah satu jenis karburator motor yang cukup popular diguna pakai dikalangan kaki modifikasi motor cub 4-stroke. Motosikal seperti Honda cub, ex5, lagenda, kriss atau Yamaha lagenda, lc dan lain-lain cukup sesuai dan serasi dengan karburator motor dari Mikuni ini.

Sebab ia cukup diminati ialah kerana ia mudah dipasang, ditala/setting, oleh itu ia sering menjadi pilihan mereka berkenaan. Tapi pastikan anda beli yang original

karburator ts original kedai

Memandangkan asalnya karburator ini adalah milik motosikal Suzuki Ts 125 keluaran lama jadi untuk mendapatkan karburator 100% original motor tidak mungkin diperolehi lagi tetapi kita boleh lagi mendapatkan original Ts aftermarket dimana-mana kedai sparepart.

Iya… yang original adalah yang terbaik kerana sering kali karburator ‘murah’ mendatangkan masalah tiada timing, susah setting dan sebagainya

spesifikasi karburator ts

Membezakan yang original dengan tiruan adalah ciri-ciri pembuatan dan perfoma nya bila kita pasang pada motor. Tak ada masalah timing tak lekat, anda boleh setting ke tahap maksima.
 
video
https://youtu.be/XOgkjnuMF5Y
 

Oleh itu di sini ade sedikit review melalui rakaman video mengenai spesifikasi karburator Ts 125 original kedai yang saya buat untuk anda. Jika berminat untuk membeli boleh hubungi saya atau boleh juga beli disini harini… terima kasih salam jumpa lagi

Karburator Ts 125 float needle

Gambar karburator ts original

Salam pembaca-Karburator Ts 125 memang tak asing lagi bagi mereka yang setting motor 4-stroke,bermakna walaupun motor Suzuki Ts 125 sudah hampir tidak kelihatan lagi ditunggang namun karburator motor itu menjadi satu-satunya alatganti motor ini masih diteruskan pengeluarannya..masih boleh dibeli di kedai sparepart.

Walaupun karburator Ts original ini begitu popular sebagai pilihan untuk melengkapi mesin lumba anda namun ia tak lari dari masalah yang menyakitkan kepala pomen.Contohnya hari ini saya baru saja selesai tukar set pelampung karburator Ts ini bersama float needle(jarum pelampung).

Gambar pelampung karburator Ts

Sparepart karburator Ts

Masalah minyak keluar menitik atau banjir ini memang selalu kena bagi sesiapa pernah pakai karburator ini.Biasanya masalah ini senang saja untuk kita selesaikan dengan melaras pelampung dia seperti yang saya sudah tulis sebelum ini mengenai karburator banjir tapi siang tadi masalah agak kritikal dan tak boleh dibendung lagi..haaha.
Mujurlah sparepart alat dalaman karburator  Ts masih ada dijual bengkel berdekatan kalau tak terpaksalah beli online..haaha.

Set pelampong (float) sama float needle Suzuki Ts 125

Gambar alat gantian suzuki ts

Ini dia set pelampong karburator Suzuki  Ts 125 yang saya tukar sama dia punya float needle.Selepas tukar masalah minyak kadang keluar kadang tidak itu akhirnya selesai.

Untuk pengetahuan anda saya boleh sediakan bekalan alat ganti Suzuki Ts ini kepada anda,bermakna boleh dibeli secara online sekarang juga selagi stok masih ada.Harga set pelampung lengkap Ts ini saya jual pada tarikh semasa ialah RM45.Harapan saya agar masalah yang sama anda seperti saya itu akan selesai dengan adanya sparepart ini.Sekian Terima kasih!

Jual Fuel coil Suzuki scooter v100

Gambar fuel coil pada motor v100

MarmanWorkshop– Fuel coil untuk motor scooter Suzuki v100 ada dijual bersama kami sekarang,sesiapa yang berminat untuk dapatkan alatganti ini boleh juga membuat belian online.

Fuel coil atau coil magnet ini adalah alatganti alternatif bagi anda yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan alatganti tulen Suzuki yang diketahui dijual harga yang amat tinggi dan sukar diperolehi.

Nama produk: fuel coil
Motor: Suzuki v100
Kegunaan: untuk sistem nyalaan enjin dan lampu
Harga 2018: RM60

Gambar coil magnet v100 baru

Mengenai fuel coil v100 ini setelah diguna pakai oleh customer saya sendiri kelihatan ia satu alatganti pilihan yang agak bagus,berhasil untuk hidupkan motor v100 lama itu.

Enjin pun terasa ringan kerana nyalaan yang baik,tambahan lagi lampu-lampu pun kelihatan terang.Saya katakan coil murah ini adalah bagus untuk digunakan pakai pada motor SuZuki V100 anda.