Tayar Michelin Pilot Street 2 Untuk Motor Cub, Skuter

Gambar tayar Michelin Pilot Street 2

Salam. Pemberitahuan kepada anda, kami sudah membawa masuk satu lagi jenis tayar motor iaitu tayar Michelin Pilot Street 2 yang sesuai digunakan untuk motor cub dan skuter. Jika anda berminat akan tayar berkualiti kelas A ini boleh didapati di kedai online kami.

Tayar baru jenama Michelin Pilot

Kami mengutamakan kualiti, kerana itu tayar kami jual adalah tayar baru atau keluaran terkini. Seperti Michelin Pilot ini untuk pasaran tahun 2020 kami jual tayar keluaran tahun 2020 juga, untuk tahun depan 2021,2022 akan diusahakan anda mendapat keluaran terkini juga. Boleh baca dulu cara check tayar lama atau baru

Tayar motor tubeless Michelin Pilot saiz 70/90-17,14|80/90-17,14

Buat masa sekarang kami masukkan dulu tayar saiz seperti dibawah;

A.70/90-17

B.80/90-17

C.70/90-14

D.80/90-14

Bagi motor cub seperti Lc, Y15, Lagenda atau mana-mana yang pakai rim 17 inci pilihan anda adalah tayar A dan B, dan untuk motor skuter/scooter seperti Ego atau yang menggunakan rim 14 pilihan anda adalah C dan D.

Semua saiz tayar Michelin Pilot Street 2 ini adalah tayar tubeless(tanpa tiub), bermakna khasnya untuk motor yang pakai sport-rim. Kena bagitahu ya jikalau anda seorang yang baru pakai motor.

*sila check stok terkini untuk lain-lain saiz dikedai kami.

Gambar tayar motor jenama Michelin Pilot saiz 70/80-17,80/90-17

Latarbelakang Tayar Jenama Michelin

Michelin adalah satu jenama besar bagi pengeluar tayar kenderaan termasuk motor kereta, berkelas A seperti jenama Brigestone,Pirelli, dan Dunlop.

Telah ditubuhkan agak lama, pada tahun 1888 oleh saudara Michelin, André (1853–1931) dan Édouard (1859–1940), syarikat ini mengeluarkan tayar untuk basikal dan kereta kuda sebelum memperkenalkan tayar pneumatik untuk kenderaan pada tahun 1890-an.

Pemandu kenderaan dan pelumba akan bersetuju bahawa Michelin adalah jenama tayar premium yang paling berkesan, tetapi begitu juga Bridgestone! Bridgestone melayani pengguna kenderaan harian, terutamanya.

Michelin sebagai pembekal tayar untuk sukan lumba Motogp

DORNA Sport TELAH MENGESAHKAN BAHAWA MICHELIN AKAN TERUS MENJADI PEMBEKAL TAYAR RASMI KEPADA DUNIA MOTOGPTM UNTUK LIMA MUSIM TAMBAHAN DI ATAS PENGATURAN YANG Sedia Ada. PERBELANJAAN KONTRAK SEHINGGA 2023 TELAH DIUMUMKAN HARI INI PADA MINGGU MICHELIN AUSTRALIAN MOTORCYCLE GRAND PRIX PRESENCE MICHELIN MOTORSPORT DIRECTOR PASCAL COUASNON DAN CARMELO EZPELETA, CEO EZPELETA

video review

Tayar tubeless saiz 60/80-17 untuk motor rempit

Tayar tubeless saiz 60/80-17

Salam. Sebelum ini tayar Mackenzie 70/90-17,80-90-17 saya dah perkenalkan, minggu ini saya tambah lagi stok, tayar tubeless saiz 60/80-17  khas untuk mat rempit. Variasi tayar yang paling [email protected] sotong dari Jenama Mackenzie. Haa siapa yang nak tayar ringan, nak laju ini tayar yang sesuai untuk motor anda.

Tayar tubeless murah dan berkualiti

Tayar murah tubeless(tanpa tiub) bunga Diamond dengan kualiti tidak mengecewakan berbanding pesaing seperti Maxxis yang juga buatan Vietnam. Mutu pengeluaran tayar MacKenzie Stinger ini juga mematuhi pengsijilan Iso 9001 2015.

Yaa bang sekarang ini banyak barang motor buatan Vietnam memasuki pasaran kita kerana kilang-kilang sparepart banyak “parking” kat sana. Bukan lagi barangan “low-class”.

Harga Tayar saiz 60/80-17

Harga tayar tubeless saiz 60/80-17 ini pada hari ini dibuka RM43/unit. Free shipping untuk belian atas RM15 dan voucher RM5 boleh diklaim sehingga hujung bulan September 2020.

Tayar semua tayar baru untuk pasaran 2020, untuk tahun depan 2021 atau 2022 kami order yang baru lagi.

Tayar motor tubeless Shopee

Seperti saya maklum pada post saya yang lepas kedai Shopee kami telah dibuka untuk memudahkan anda membeli sparepart motor secara online dengan saya. Jadi jika anda ingin mencuba tayar 60/80-17 tubeless Jenama Mackenzie bolehlah beli di Shopimad sekarang. Stok masih tersedia, jangan ketinggalan dan terima kasih support blog ini. Jumpa lagi dengan stok baru pula. Wassalam.

Tayar motor tubeless bunga Diamond, Mackenzie setaraf Maxxis

gambar tayar motor Makenzie bunga Maxxis Diamond 80/90-17

Jenama baru tayar motor tubeless jenama Mackenzie untuk rim 17

Akhir-akhir ini tayar jenama Maxxis begitu popular diguna pakai oleh ramai penggguna motor cub bawah 150cc. Jujur cakap seawal kemunculannya dulu ia adalah diantara jenama tayar motor paling murah dikira low grade. Yang kaki ‘main lap’ pada masa tu tak pakai tayar ni, pakai jenama Brigestone Battlex, Dunlop TT500 dan Pirelli Dragon. Jadi, berbalik pada Maxxis yelah kan jenama baru belum popular tak mungkin nak ‘up’ harga terus.

Saya kira dalam 10 tahun kemudian atau lebih jenama Maxxis kian popular terutama sekali dengan design bunga Diamond nya dan sehingga banyak pula  jenama tayar lain terikut dengan rekaan bunga Diaamond juga.Terkini jenama baru pula muncul iaitu Mackenzie bunga Diamond juga menjadi taruhan.

Gambar tayar motosikal tanpa tiub

Tayar motosikal Mackenzie Diamond 70/90-17, 80/90-17

Cerita sebenarnya disini ialah saya nak memperkenalkan jenama baru tayar tubeless/tanpa tiub untuk motor cub iaitu Mackenzie. Saya melihat jenama ini satu pilihan untuk diguna pakai pada motor anda

Kenapa? kerana ianya lebih murah dari tayar Maxxis. Kalau harga tayar Maxxis 80/90-17 boleh dibeli sekitar RM68-75 sebiji secara online di Shopee manakala Mackenzie pula dijual semurah RM49 untuk tayar tubeless 80/90-17(tayar belakang).

Yang kedua design/rekaan corak bunga Diamond Mackenzie dilihat hampir 100% menyerupai Maxxis. Ada setengah pengguna suka akan design yang cantik ini tapi ada juga merungut yang bunga Diamond agak ‘membuang’ ketika di selekoh. Yang pasti cuba dulu baru tahu sebab apa orang ramai beli dan guna tayar motosikal jenis ini.

Faktor ketiga dan terakhir kenapa bayar lebih untuk produk yang kualitinya dikira setaraf. Maxxis buatan Vietnam(Indonesia pun ada) dan Mackenzie pun buatan Vietnam. Dua-dua bunga Diamond.

gambar tayar jenama baru tubeless 70/90-17

Mana anda boleh beli tayar ini?

Ya, oleh kerana saya melihat tak ada melebihi mana-mana pihak dari segi kualiti pembuatan jadi saya memilih tayar paling murah dimasukkan sebagai stok dan juga untuk dipromosikan kepada anda. Jika anda berminat untuk menjadi orang yang terawal mencuba tayar tubeless rim 17 jenama Mackenzie boleh la dapatkan di kedai Shopee saya di alamat ini https://shopee.com.my/product/209378505/5242957175/

terima kasih support Baikimotor.com, salam jumpa lagi

karburator Wave 125 copy original review

 karburator wave 125 copy original
video di kedai Shopee kami disini
https://shopee.com.my/product/209378505/3341903111/

Salam,

Apa khabar anda follower Cakap Pomen Motor dan anda yang baru saja jejak kaki ke blog ini, harap sihat dan bersemangat terus dalam bidang permotoran kite. Hari ini tak ada isu dibincangkan cuma saya buat sikit review carburetor/karburator Wave 125 copy original mungkin anda mahu tahu sebelum membelinya samada ia berfungsi dengan baik atau tidak.

Ok, tanpa membuang masa terus saja kite review produk ini

Faham betul-betul ya Ini bukan carburetor original Honda Wave 125 tapi alatganti copy(tiruan). Apa maknanya disini ialah carburetor tiruan ini dibuat(copy) daripada yang original motor Wave 125. Ya nak beli yang ori/asli harga tentu mahal, jadi copy pun jadilah ya

karburator Wave 125 boleh pakai ke dekat Honda Ex5/c70/kriss anda?

Jadi saya sudah cuba pakai carburetor/karburator yang satu jenis ni, dicuba pada motor EX5 blok standard. Keputusan dia saya katakan…ya boleh pakai 
Bila rev enjin  ‘garing’ elok, setingan asal dia dengan enjin EX5 standard ni agak ‘lean’/plug putih. Pagi esok cuba hidupkan enjin masa enjin sejuk ni agak susah hidup. Jadi saya besarkan sedikit pilot jetnya dan masalah itu pun selesai

Kalau setting tak kena ada tak alat ganti karburator wave 125 ini

Komponen dalaman carburetor semua sama seperti original, boleh ditukar ganti mainjet,pilot jet, jarum dll dengan alat ganti asli kalau rasa kurang berpuas hati dengan setting dia. Ya, sebelum ini sudah pernah cuba karburator wave 125 murah wave tapi malangnya tiada alat ganti di jual.

Carburetor copy Honda Wave ini saya bagi 3 bintang daripada 5 dari segi kualiti dibandingkan dengan ori punya. Dan jika dibandingkan dengan aspek harga prestasi carburetor itu sendiri adalah mengkagumkan saya bagi 5 bintang…ya selepas diubah setting dia.

Jika berminat bolehlah dapatkan carburetor Honda Wave125 yamg serupa seperti saya review ini dikedai Shopee saya disini … yang beli saya ucap terima kasih kerana support…salam jumpa lagi

Marmanworkshop Shopee Online store jual alatganti motor

Assalamualaikum
salam permotoran

Sukacitanya ingin memberitahu anda bahwa kini kedai, store online Marmanworkshop – menjual alat ganti motor kini dibuka di Shopee. Kepada anda ingin support blog CAKAP POMEN MOTOR bolehlah dengan cara membeli produk jualan kami di Shopee, memanglah harga barangan seperti alatganti motor, spanar mekanik yang kami jual tidak setanding seller kilang/kedai besar yang monopoli di shopee, tak kisah bayar lebih sikit kepada kami bererti anda support kami untuk terus maju…terima kasih

Gambar kedai online marmanworkshop menjual alat ganti motor juga alatan mekanik

Alamat kedai kami di shopee ; (Marmanshop)—->  https://shopee.com.my/shopimad

boleh follow kami di Shopee sekarang untuk tidak ketinggalan produk-produk yang akan dimasukkan secara berperingkat dari masa ke semasa.

Alat ganti motor murah online

Alat ganti dengan harga paling murah saya bagi, boleh beli secara online atau datang terus ke bengkel bagi mereka yang berdekatan.

Ada berita baik, untuk anda pembaca blog ini kerana saya akan beri voucher diskaun yang mana akan dipaparkan pada artikel review produk tertentu. Jadi sering-sering la kunjungi blog Cakap Pomen Motor untuk dapatkan diskaun belian barang.

Sparepart motor bermutu oem atau local

Barang-barang/sparepart motor yang saya letak/jual di store online saya selalu akan saya buat review supaya anda boleh menilai kualiti barangan itu.

Sparepart original oem dan local/murah pun ada. Jangan risau bagi yang tak nak banyak belanja boleh beli barang local ja. Takpa kita review dulu bagus ke tak bagus.

Sekali lagi, terima kasih support!