Halaman

Pelajari ilmu baiki motor

Pelajari ilmu baiki motor

"Wak gimana cara nak pelajari ilmu baiki motor?"
"Siapkan ayam golek 1 ekor,pulut kuning 1 mangkuk dan 4  biji telur dimasak dadar baru kau boleh mula pelajari ilmu.."
Ha ha,tak payah itu semua
Itu ilmu tok dukun lapar
Belajar ilmu baiki motor
Kalau nak pelajari ilmu baiki motor syarat syaratnya mudah saje geng,sebelum tu mari kita kenali dahulu sedikit tentang ilmu baiki motor
Ilmu baiki motor ialah ilmu kemahiran bukan ilmu kecantikan ye geng
meggunakan akal dan tenaga fizikal untuk buat kerja
Dan ilmu ini untuk buat kerja motor sahaja bukan untuk buat rumah ye
Okey dah faham bolehlah kita lanjutkan kepada syarat syaratnya
-memiliki kedua belah tangan
-sanggup berkotor dengan minyak
  Hitam
-sanggup melekat kulit terkena
  ekzos panas
-sabar dan tak putus asa
Itu saja syarat syaratnya
mudah bukan,berminat?mari kita pelajari

Cara pelajari ilmu baiki motor datang dari
Kursus baiki motor
pelbagai sumber
seperti belajar melalui seseorang(pomen),kursus dari instutusi,buku,atau dari artikel web seperti baikimotor.blogspot.com ini
Dan untuk jadi mekanik mahir perlu banyak belajar dan belajar

Manfaat belajar ilmu baiki motor ini
banyak juga aku rasa geng
Ilmu kemahiran ini di guna untuk cari rezeki
Jika kau mahir mana kau pergi pun kerja sentiasa ada
Sebab motor ada dekat mana mana pun,kenderaan harian no 1geng
Contoh bagi aku sendiri ;time aku tak ada kerja dahulu
Aku pergi la mintak kerja dekat bengkel motor ini
alhamdulillah,3 buah kedai aku minta semua dapat
boleh 'demand' gaji lagi
Memang gaji mekanik ini tak besar
Tapi aku boleh la sara hidup aku
Manfaat yang kedua dari ilmu baiki motor ,aku rasa gembira bila dapat tolong orang yang tengah susah..
Bayangkan motor orang rosak dekat tengah 'highway ',kebetulan kita lalu dekat situ dapat juga kita selesai masalah orang tu dan boleh la dia teruskan perjalanan dia
Dapat juga pahala kebajikan geng

Yang ketiga ,jika baiki motor  hanya hobi waktu lapang korang
Banyak duit boleh jimat geng
Tak payah bayar upah pomen motor kat kedai semua kau boleh buat sendiri tinggal lagi beli alat ganti saja
Bagi yang minat sukan bermotor pula
Kau boleh sertai mana mana
pertandingan seperti motor paling cantik,drug race,trek dan lain lain

Play video
Drug race

Kalau tak ada ilmu macam mana kau nak masuk pertandingan tu
Nak hantar ke bengkel motor Apek buat semua tu
aku rasa beribu ringgit la kena bayar upah
Jika boleh bayar sekalipun hasil kerja orang lain punya
Tak seronok la geng,buat sendiri baru seronok
Jadi mulai hari ini mari kita sama sama belajar baiki motor

Ilmu baiki motor ini sama juga dengan ilmu yang lain kalau betul cara guna eloklah jadinya,buruk la kalau sebaliknya
Fikir fikirkan...
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.