Belajar baiki motosikal

Belajar baiki motosikal

baikimotor.com memberi peluang belajar baiki motosikal dengan cara cepat dan mudah kepada mereka yang berminat dan sama sama berkongsi ilmu pengetahuan dalam dunia motosikal,bengkel dan mekanik
 jika anda mempunyai hobi dan minat membaiki motosikal(motor) Anda boleh bersama saya pada setiap kisah postingan dengan pelbagai tajuk yang menarik,INSYALLAH!
Belajar baiki motor


Mulakan belajar melalui blog ini hanya percuma.cara yang biasa digunakan untuk melatih mekanik baru di bengkel.


teknik dalam situasi sebenar di bengkel motosikal dibawa ke internet..



Step by step sehingga anda berjaya menerima gelaran pomen..:)

Update April 2017!! Baca info dibawah..




Gambar baiki motor








Cara  belajar baiki motor

Bagi saya untuk mula balajar baiki motor
3 perkara penting harus di utamakan

1. Bacaan
2. Kursus
3. Praktikal


Kursus Baiki Motosikal


Sekarang ini banyak instutusi menawarkan kursus Membaiki Motosikal
Contohnya di Malaysia ,Instutut Kemahiran Belia Negara(ikbn)dan GIATMARA adalah pilihan terbaik untuk bermula
Tersusun dengan pelbagai program menarik dan dijamin dengan perolehan sijil
yang di iktiraf oleh kerajaan Malaysia
Lulusan dari instutusi ini bakal menerima peluang pekerjaan yang besar dalam bidang permotoran
Ikbn Terengganu

Bacaan

Perolehan dari pembacaan buku buku atau artikel juga banyak memberi menfaat
boleh memantapkan Pengetahuan asas juga disebut TEORI
dapatkan seberapa banyak penerangan ten tang perkara berikut

1. keselamatan  kerja
2.suai kenal alatan kerja
3.sistem operasi motosikal
4.jenis motosikal
5.jenis kerosakan
Melalui bacaan


Praktikal

Dan yang terakhir yang paling penting ialah praktikal iaitu buat kerja secara langsung
Maksudnya buat dalam keadaan kerja yang benar di bengkel motor atau di rumah
Disini semuanya berbeza dari tempat pembelajaran dan tahap pencapaian,kebolehan,mutu kerja kamu semua dinilai disini

Untuk mula belajar kita perlu ada minat kerana ini adalah jalan penentu kejayaan
Kalau tidak ada ini tidak perlulah belajar baiki motor hantar saja motor yang rosak ke bengkel motor sebabnya kerja pasti terbengkalai
Dan apa yang penting lagi ialah disiplin


Bidang mekanik

Bidang mekanik ialah bidang kemahiran
-kemahiran menggunakan alatan kerja
-kemahiran menggunakan ilmu
-kemahiran berfikir
-kemahiran menangani situasi

Update; Belajar baiki motor percuma

Anda betul-betul berminat belajar membaiki motor boleh ke like laman Facebook saya pada kotak di bawah post ini.Terbuka kepada semua dan ianya adalah percuma.Eloknya jika anda memiliki sebiji motosikal Honda ex5 dream atau sepertinya sebagai bahan pembelajaran.

Kelas belajar baiki motor percuma di Facebook khas kepada semua adik-adik dan abang.mari sertai kami ramai-ramai,like laman Facebook kami hari ini.Belajar teori membaiki motosikal dengan membaca post Fanpage kami di Facebook sambil anda berbicara bersama rakan sosial bukan perkara merugikan anda..ia adalah percuma..






Tiada ulasan: