Halaman

Ciri spark plug

Gambar spark plug

Asas spark plug untuk pengguna motor tahu


Spark plug begitu penting pada motosikal sehingga ia adalah benda kegunaan utama enjin selain minyak hitam yang perlu diberi perhatian oleh pengguna.Hampir 100% pengguna motor tahu jika spark plug rosak atau 'mati plug' akan menyebabkan motor tak mahu hidup.Oleh demikian hal berkaitan  plug perlu diutamakan untuk diketahui kepentingannya kepada semua pengguna motor/motosikal.

    artikel terkait spark plug

Sebagai pengguna motor kita tidak perlulah rungsi tentang cara memilih plug sebaiknya saya rasa eloklah mengikut spark plug yang 'recommended ' oleh pengeluar motor yang kita pakai itu tapi jika mahu membuat perubahan sedikit untuk kesesuaian prestasi enjin yang telah di pertingkatkan atau enjin yang semakin uzur itu silakan lanjut membaca untuk pengertian yang lebih mendalam tentang ciri spark plug.

Fungsi spark plug(palam pencucuh) ialah alat untuk menyalakan api untuk membakar campuran petrol+udara di ruang pembakaran dalam enjin.Arus elektrik asalnya dari plug coil mula dialirkan melalui plug untuk menghasilkan satu letupan kecil pada celah ruang (gap) antara elektrod plug.Walaupun kecil diketahui voltage yang dihasilkan pada spark plug ialah sekitar 25000-45000 volt.Jadi jangan cuba-cuba pegang hujung spark plug semasa membuat ujian plug yaa..bahaya!

Seterusnya,api kecil terhasil tadi akan membakar petrol+udara yang telah termampat di kawah cylinder head lalu menjana pergerakan enjin.Itulah lebih kurang pemahaman bagaimana spark plug berfungsi..



Perkara yang sering terjadi pada enjin motor jika plug bermasalah ialah seperti kehilangan kuasa,perjalanan tak lancar atau terus motor tak boleh hidup.Ada juga mengakibatkan kerosakan serius pada komponen enjin.
Semua masalah ini terjadi kerana tidak kesepadanan diantara spark plug yang digunakan dengan kondisi sekitar  ruangan kebuk pembakaran  semasa enjin beroperasi.Kita boleh atasi masalah di atas dengan memilih spark plug yang tepat melalui sedikit penelitian




Jadi penelitian utama yang perlu dibuat ialah mengenai kod plug.




Dipermudahkan,saya takrifkan semua kondisi sekitar itu sebagai kuasa enjin..
Ok,Jika enjin itu sebuah enjin yang berkuasa dan menghasilkan putaran tinggi spark plug yang sesuai ialah dengan ciri lebih panjang pada bahagian benangnya atau lebih tepat disebut insulator,ruang celah elektrod dengan tip lebih luas,sekitar elektrod lebih luas dan jenis material digunakan seperti kuprum.Spark plug untuk enjin kurang kuasa kita gunakan plug lebih sejuk.Plug lebih sejuk?

Gambar insulator plug
Insulator 





Asasnya,ketika menukar spark plug kita hanya berpandukan pada panjang pendek plug itu.Panjang benang plug lama harus sama dengan plug baru yang bakal diganti supaya nanti tidak terjadi seperti yang sebut pada post sebelumnya tentang kesan salah plug.

Gambar ukuran plug




Sekarang kita membuat penelitian lebih untuk plug pilihan kita iaitu berdasarkan kod yang terlihat ada plug itu.Kod plug seperti NGK C6,C7,CPR 6,9 dan sebagainya ialah menunjukkan maklumat tentang spark plug itu seperti hal-hal berkaitan meterial plug,saiz sepana,bentuk rekacipta,suhu plug dan lain lagi.

Kita lihat erti kod pada spark plug NGK sebagai contoh:


Gambar kod plug



  • Huruf depan(1-4)-menunjukkan diameter,saiz dan rekabentuk sepana plug.
  • 5 (nombor )-rating suhu plug.
  • 6 huruf-menunjukkan panjang benang plug.
  • 7 huruf-data spark plug.
  • 8 (nombor lain),kod khas-membaca struktur dalam plug seperti jarak elektrod dan lainnya.

Cara membaca kod spark plug  kita lihat contoh spark plug motor Honda wave 125 



NGK
CPR6EA-9


spesifikasi Spark Plug CPR6EA9
Pembuat NGK
C=lebar benangxsepana 10x19
P=rekabentuk,jenis projected isulator
R=jenis perintang Berperintang
6=rating suhu 6
E=panjang benang 19
A=Kod Kod Suflix
9=ruang buka elektrod 0.9



Mahu lebih mendalam dan tepat boleh download pdf ini
Download Button

NGK Plugs kod fail-17mb

Pengertian Spark Plug sejuk dan panas
Setelah memahami sedikit sebanyak tentang kod plug pada jadual di atas adalah faktor yang menentukan sebiji plug itu sesuai untuk motor kita ialah mengenai saiz plug-lebar x panjang benang dan kod rating suhu .
Spark plug sejuk

Saya ambil contoh NGK,jika spark plugnya mempunyai rating kepanasan (sama pada kod plug) 6 kebawah maka di istihar plug itu sebagai plug panas dan sesuai bagi enjin motor dengan putaran rendah seperti Honda ex5.  

Disebabkan kuasa enjin yang kecil,putaran enjin maksimum pun sekitar 8000rpm sahaja ia berfaedah bila kadang menunggang pada separuh putaran enjin tidak menyebabkan plug hitam kerana masalah plug hitam terjadi disebabkan plug tidak cukup membakar semua gas petrol alias plug sejuk.Jika dibaca melalui datanya spark plug hitam terjadi kerana ia tidak mencapai rating suhu dikhendaki iaitu sekitar
>450c pada akhiran nyalaan.
Namun ciri lain juga sebagai penyebab plug jadi hitam perlu ditimbang kira.

  • Api sistem nyalaan melemah
  • Setingan campuran petrol+udara terlalu kaya (rich)
  • Enjin hilang compression


Sungguhpun anda masih mengekalkan spark plug standard pada motor anda masalah karbon pada plug tetap boleh berlaku kerana berpunca hal seperti di atas.

Karbon pada plug adalah tidak baik dan sekiranya ia semakin menebal akan mengakibatkan plug shot(mati plug).

Gambar spark plug NGK

Spark plug api kuat


Penyelesaian masalah plug jadi hitam boleh dibuat dengan menukar kepada jenis plug panas atau kita sebut spark plug api kuat.Spark plug yang hasilkan rating suhu lebih panas boleh dikenali pada fizikal plug itu dengan ciri lebih panjang,insulator yang panjang dan ruang luas elektrod juga lebih lebar.Faktor lain  lain berdasarkan jenis meterial pembuatannya.

Plug jenis kod angka lebih besar ini hasilnya  karbon yang lebih bersih.Karbon kini tidak lagi melekat pada elektrod kerana sekitar suhu >450c plug mencapai apa yang dikatakan 'self cleaning' (bersih sendiri).

Gembira dengan masalah karbon plug telah diatasi timbul pula
masalah apabila suhu spark plug terlalu panas.Suhu panas lampau dalam ruang pembakaran enjin menjadikan setingan kering (lean),kesannya membawa kepada Valve terbakar/putus atau piston bocor.Spark plug ini telah melebih rating optimum suhu plug >800c.


Teori melihat warna plug


Bagi mekanik yang sudah arif spark plug mencermikan apa yang berlaku dalam enjin, mereka dapat mengesyaki kondisi sesebuah enjin dengan meneliti warna plug itu.Samada sempurna atau tidak pembakaran dalam kebuk akan dapat di analisis berdasarkan warna plug,contohnya enjin terlampau panas hasilkan warna plug putih dan oren untuk kondisi yang bagus..boleh lihat di artikel setingan karburator yang terdahulu.
Cakap Pomen Motor " sebelum membuat perubahan memilih spark plug yang bakal digunakan sila lah buat analisis plug lama agar pemilihan yang kita buat adalah tepat untuk hasil yang positif "..
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.