Halaman

Apa itu bengkel motor Dan ciri cirinya


Apa itu bengkel motor?


Takut takut kalau ada terhantar motor ke kedai mesin
Jadi diterangkan sedikit apa itu bengkel
Membaikpulih motosikal
motor
Di pendekkan cerita bengkel motor ialah pusat membaikpulih motosikal dan perniagaannya adalah berasaskan perkhidmatan
Motor =motosikal
Kerana penggunaan bahasa singkat ini kadangkala ada di antara kita keliru adakah motor bererti mesin


Beza bengkel motor dengan bengkel mesin


Bengkel mesin ialah tempat membaikpulih alatan mesin seperti mesin rumput,gergaji
Bengkel mesin
berantai,mesin air tebu dan segala bentuk mesin
Terbinanya adalah untuk kerja baikpulih mesin
Seterusnya bengkel motor kadang kala turut serta menyediakan perkhidmatan baikpulih mesin selain motosikal

Ciri ciri bengkel motor


Kita dapat mengenal bengkel motor dengan mudah dengan melihat ciri ciri seperti
.mempunyai lebel dengan nama bengkel tertulis seperti MarMan Motor,ataupun Marmanworkshop

Bengkel motor aku
Lebel ini terpasang di hadapan bengkel biasanya
.Banyak kelihatan motor 'parking' di hadapan premis
Alatganti motosikal selalu di pamerkan seperti tayar,rim,minyak pelincir dan sebagainya
.Dari segi lokasi pula biasanya ia berdekat jalanraya kerana banyak lalulintas disini


Cara kerja bengkel motor


Ia diuruskan oleh majikan a.k.a Tauke dan pomen(mekanik) sebagai pekerjanya
Kerana perniagaan ini berasaskan perkhidmatan ia mengutamakan 'upah' sebagai hasil pendapatan
dan jualan alatganti dikira berasingan
Contoh: jika seseorang mahu menukar minyak pelincir motornya
Harga minyak pelincir=Rm15
                           Upah   =RM 1
                            Harga=RM 16

Upah boleh meningkat jika kerja itu sukar dijalankan

Urusniaga dijalankan secara tunai

Perkhidmatan yang disediakan

Setiap bengkel motor biasanya menyediakan perkhidmatan yang utama ini
.membaikpulih motor yang baru atau lama
.menjual alatganti
.mengecat motor
.khidmat nasihat penjagaan motor


Tips pilih bengkel motor


Di saat motor korang rosak disini ada sedikit tips pilih bengkel motor yang boleh aku kongsikan

Yang paling utama pilihlah bengkel yang nampak serius dalam perniagaan seperti ada label pada bengkel/nama bengkel

Bengkel yang ramai pelanggan
-Ini bermakna bengkel ni mempunyai beberapa keistimewaan

Harusnya bengkel ada banyak alatganti bermakna kerja baikpulih motor kau akan berjalan dengan lancar dan jimat  masa

Yang terakhir pilihlah bengkel yang mempunyai pomen yang mahir dan berpengalaman


Bengkel motor terbaik


Harga yang murah bukan menjamin yang terbaik geng
Bengkel motor yang terbaik ialah bengkel yang cekap menyelesaikan masalah motor kau dan apa sahaja yang kau mahu boleh dilaksanakan dengan baik
Contoh;kepada yang berminat kau boleh mencantikan motor kau dengan memasang aksesori tambahan yang menarik
Boleh tukar sport rim,cover set,stiker yang cantik cantik dan jika mahu kau boleh cat baru motor kau,semua boleh dilakukan selagi tak melanggar undang undang
Aksesori motor
sebab itulah jika dilihat bengkel yang terbaik sahaja akan dipenuhi pelanggan
Kadangkala orang tak faham kenapa setiap mereka ni asyik ada di bengkel motor je
Adakah motor mereka ini selalu rosak?bukan, kerana itulah jawapannya
Bagi mereka duit tidak menjadi masalah asalkan dapat memiliki kepuasan

Jadi pilihlah bengkel yang terbaik,
 kau pasti tersenyum dengan motosikal korang
Motosikal cantik


-semoga jumpa lagi dalam artikel akan datang,terima kasih-

>
sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.