Spark plug motor jadi hitam baca erti kod nya dulu

Gambar spark plug

 

 Punca spark plug motor menjadi hitam disebabkan beberapa perkara terutama sekali ada berlaku kerosakan, kegagalan berfungsi pada komponen enjin itu sendiri bukan masalah jenis spark plug tidak sesuai
 
Contoh pada motor 4 lejang bila berlaku kerosakan pada ring piston, valve dan pada enjin 2 lejang pula bila oil seal crankshaft bocor sebagai tambahan.Karburator bermasalah juga membuatkan plug jadi hitam berkarbon.
 
Bila keadaan semakin parah akan membuat motor mati plug, enjin tak boleh hidup.
 
 
 

Memilih jenis spark plug

 
Penyelesaian masalah plug jadi hitam boleh dibuat dengan membaiki komponen operasi enjin agar berfungsi sempurna kembali.
 
Menggunakan spark plug selain disyorkan pengeluar motor anda adalah tidak disarankan melainkan anda telah melakukan modifikasi pada enjin dan memahami betul mengenai spark plug dan sifat-sifatnya.
 
Seperti kita lihat pada spark plug terdapat kod nombor berbeza-beza, ini paling utama yang perlu diketahui sebelum terus “sumbat” pada enjin anda. Jangan asal nampak label ” spark plug racing ” terus sambar ya, nanti jahanam enjin.
 
Diulangi, apa yang perlu diperhatikan sebelum membuat keputusan memilih menggunakan jenis spark plug tertentu ialah cuba memahami erti kod pada plug itu samada ia sesuai atau tidak untuk enjin motor anda
 
 
 

Makna kod pada spark plug NGK sebagai contoh:

 
Gambar kod plug
 
  • Huruf depan(1-4)-menunjukkan diameter,saiz dan rekabentuk sepana plug.
  •  (nombor )-rating suhu plug.
  •  huruf-menunjukkan panjang benang plug.
  •  huruf-data spark plug.
  •  (nombor lain),kod khas-membaca struktur dalam plug seperti jarak elektrod dan lainnya.
 

Cara membaca kod spark plug  kita lihat contoh spark plug motor Honda wave 125

NGK
CPR6EA-9
 
 
spesifikasi Spark Plug CPR6EA9
Pembuat NGK
C=lebar benangxsepana 10×19
P=rekabentuk,jenis projected isulator
R=jenis perintang Berperintang
6=rating suhu 6
E=panjang benang 19
A=Kod Kod Suflix
9=ruang buka elektrod 0.9
 
 
Mahu lebih mendalam dan tepat boleh download pdf ini
Download Button
 
NGK Plugs kod fail-17mb
 
Dengan memahami erti/makna kod nombor spark plug, tidak berlakulah kesalahan memilih plug yang tidak sesuai yang mengakibatkan kerosakan lebih serius pada enjin motosikal itu, contohnya plug terlampau panas atau sejuk
 
 

Teori melihat warna plug

 
 
Bagi mekanik yang sudah arif spark plug mencermikan apa yang berlaku dalam enjin, mereka dapat mengesyaki kondisi sesebuah enjin dengan meneliti warna plug itu.
 
Samada sempurna atau tidak pembakaran dalam kebuk akan dapat di analisis berdasarkan warna plug,contohnya enjin terlampau panas hasilkan warna plug putih dan oren untuk kondisi yang bagus..boleh lihat di artikel setingan karburator yang terdahulu.
 
Cakap Pomen Motor ” sebelum membuat perubahan memilih spark plug yang bakal digunakan sila lah buat analisis plug lama agar pemilihan yang kita buat adalah tepat untuk hasil yang positif “..

Rantai motor O-Ring dengan X Ring mana yang terbaik

Saya tidak membandingkan mana satukah jenama terbaik, saya cuma ambil contoh dari satu pengeluar sahaja iaitu RK-Malaysia(RKM) untuk jenis-jenis rantai motor yang boleh anda gunakan. Mari kita lihat keterangan dari RKM pada setiap jenis rantai dibawah

Gambar rantai motor

Rantai motor yang paling bagus ialah yang mempunyai ciri-ciri ketahanan tinggi, jangka waktu tukar lebih lambat, tidak membebankan motor dan tidak terkecuali juga ia adalah murah sepadan dengan poket kita.

Jenis-jenis rantai untuk motor yang ada dijual di pasaran adalah seperti rantai jenis O-ring, X-ring, sepertinya 
dan juga rantai besi biasa dan jenama rantai motor terbaik seperti RK,DiD,EK,etc. Jadi yang mana satukah mahu digunakan untuk motor cub ataupun superbike anda? Kita lanjutkan…

Jadi panduan asas pemilihan rantai sprocket motor telah anda fahami, sekarang ini lanjutan pembahasan saya dalam menjawab persoalan “Apakah jenis rantai motorsikal yang terbaik dan sesuai untuk motor saya? ”

Selaku pemilik dan penunggang motor saya pasti anda maklum kepentingan penjagangan rantai motor teramatlah penting untuk keselesaan tunggangan kita. Kita tak mahu bukan bila tiba-tiba rantai jatuh atau rantai putus dalam perjalanan. Untuk itu perlulah memantau sentiasa kondisi rantai dicuci, diminyakkan dan diregangkan, pastikan sentiasa berada dalam keadaan baik.

Tanda-tanda rantai sudah rosak

Tanda-tanda rantai motor bermasalah ialah kedengaran bunyi bising semasa menunggang, kelihatan kendur, bengkok, berkarat. Kadang bila diperiksa ia keras dan terdapat spot yang tegang dan ada yang kendur.

Segala pemasalahan ini berpunca dari kerana tiada penjagaan yang baik justeru itu membuatkan rantai serta sprocket cepat rosak dan waktu tukar lebih awal diminta. Jadi  di bawah adalah jenis rantai yang boleh anda pilih untuk digunakan

Rantai motor O-ring, heavy-duty, X-ring,

Terdapat pelbagai jenama rantai motor dijual dipasaran sekarang ini, antara yang terbaik saya recommend untuk pengguna motor cub bolehlah gunakan brand RKM, SSS atau iKK dan untuk motor berkuasa tinggi atas 250 silalah guna DiD, Ek atau RK.

Pada waktu ini teknologi pembuatan semakin maju dan pelbagai jenis rantai direkacipta oleh pengeluar untuk memaksimalkan penggunaannya.

RKM Tackle Force

Gambar rantai RKM heavy duty 520

Rantai heavy duty untuk kegunaan harian – ke tempat kerja di bandar sesak memang perlukan banyak pertukaran gear dan memberi tekanan kepada rantai.

Rantai paling asas RKM ini diperbuat dari proses pengerasan yang tinggi adalah mempunyai ketahanan panas yang baik untuk memanjangkan jangka-hayat rantai dari cepat haus

Praktikal & Ekonomi

Produk kualiti sentiasa datang dalam harga tinggi?  Jangan bimbang kerana RK Heavy Duty Rangkaian berkualiti tinggi dan mampu dibeli. Rantai heavy duty telah dipertingkat mutu ini kini terdapat dalam pelbagai saiz untuk kesesuaian motor

Gambar carta RKM

Terdapat dalam pelbagai siri : 415,420,428, 520,525,530,530H

O-ring KLO/KRO

Gambar rantai motor RKM 520KRO

Plat ringan (Siri KLO Sahaja)

Rantai ringan bukan sahaja memberi anda lebih banyak kelajuan tetapi mengurangkan penggunaan bahan api anda sekaligus.

Teknologi Rantai Seal Ring

Cincin(o ring) di perbuat dari bahan butadine nitrile, supaya cincin ini dikekalkan daripada kakisan

Penyaduran Emas Anti Korosi (Rantaian Emas sahaja)

Penyaduran emas yang menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan kepada sifar.

Gambar carta RKM 2

Pelbagai siri : 428KLO,520KLO/KRO,525KRO,530KRO

X-Ring

Gambar carta RKM GB530KRX

Ini ialah taruhan kelas tinggi dari RK
untuk memastikan perjalanan anda sentiasa dalam keselesaan dan tanpa keraguan. Rantai RKM X-Ring
direka untuk menjadi seal yang lebih baik dari O Ring.

X-Ring Seal Technology Chain

Technology X-Ring dipastikan supaya mempunyai seal lebih baik untuk mengekalkan pelincir pada mata rantai(chain pin) itu. Dengan ini tarikan roda pastinya licin.

Spesifikasi Jarak Jauh

Dengan semua gabungannya, perjalanan jarak jauh tidak bermakna apa-apa bagi rantai yang dinilai premium ini.

Penyaduran Emas Premium

Selain penampilan elegan, penyaduran premium menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan ke sifar.

Gambar carta RKM x ring chain

Pelbagai siri : 520KRX,525KRX,535KRX

Perbezaan rantai

Pertama sekali saya katakan, kedua-dua ini adalah jenis rantai motor yang berkualiti tinggi, maknanya harga yang lebih mahal dituntut berbanding rantai biasa.

Apa peranan yang membezakan kedua-dua rekaan seal ini sebenarnya

Mahu pastikan perkara ini kita perlu melihat lebih dekat pada rekaan rantai itu sendiri. Pada setiap mata rantai itu terdapat rod yang akan melekat dan menarik gigi sprocket untuk membolehkan roda motorsikal berputar, di sini spot geseran adalah paling tinggi dialami.

Untuk mengurangkan geseran, rod pada mata rantai itu sendiri direka boleh berputar seperti roda. Jadi supaya rod tidak kejang(jem), di dalamnya di berikan pelincir kekal dan seal berbentuk O atau x itulah berperanan menutup pelincir daripada kekeringan.

Gambar menunjukkan perbezaan rekaan jenis rantai x ring dengan o ring

Rantai mana paling baik

Mana lebih baik antara O dengan X ialah telah diakui oleh ramai pemerhati memilih X. Ia kerana X seal itu lebih baik menutup ruang.

Kekurangan rantai jenis X-Ring biasanya lebih berat berbanding O, lebih berat atau lebih geseran akan mempengaruhi kelajuan serta penggunaan minyak pada motor itu. Penjimatan menggadaikan kelajuan, adakah anda setuju? Adakah berbaloi?

Petikan dari sumber DiD berkata:

“Its X-ring chains last twice as long as its O-ring chains, 20,000 miles vs. 10,000 miles.”

Kesimpulan pemilihan rantai mengikut jenis motor

Carta menunjukkan cara pilih rantai mengikut cc

Membuat keputusan tepat dalam pemilihan rantai paling terbaik untuk motor anda, silalah melihat dari pelbagai aspek. Panduan boleh diambil dengan melihat carta kegunaan mengikut cc motor, kekuatan rantai(tensile strength), struktur jalan yang direkodkan oleh RKM itu.  Tak lupa juga penting uwang nya brapa deh… 😀