Rantai 415 Did teknologi Motogp untuk Superbike anda

Gambar rantai did 520erv
520ERV gold(color edited)

Alatan teknologi Motogp paling murah yang boleh anda pakai pada motor anda ialah rantai Did 415 ERZ, jika berkemampuan boleh lah chek harga sekarang dengan dealer mereka yang sah.

Rantai motor yang cukup bermutu jenama Did mempunyai pelbagai variasi saiz yang boleh digunapakai pada motor superbike, motocross mahupun motor cub. Antaranya adalah seperti di bawah.

Rantai 415 DiD ERZ/SDX, 520 ERV

Did klaim adalah 8,660-pound kekuatan pada rantai did 520 ERV, berat sekitar 3.3 pounds per 100 mata(links), juga rekaan rantai X-ring mereka lebih baik mengurangkan geseran berbanding dengan jenis O-ring. ERV 520 adalah komponen motogp yang paling mampu milik oleh anda.

Gambar rantai did 520ERT gold

Rantai 520ERT3 pula telah menjadi pilihan pasukan-pasukan “factory” di AMA seperti Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki, dan KTM.

Gambar rantai 415 Did

Paling menarik Did bukan saja tawarkan rantai-rantai bersaiz kasar untuk kegunaan superbike, supersport, motocross tapi juga underbone bawah 250cc juga boleh merasai kelainan rantai road racing 415ERZ yang dibawa dari teknologi Moto3 sendiri. Rantai 415SDX pula adalah untuk kegunaan motor dibawah 150cc.

Sebenarnya pelbagai pilihan rantai motor ditawarkan dengan ciri-ciri yang berbeza atas aspek kegunaan, jenis motor, harganya tentu sekali. Boleh lihat sendiri di Did Malaysia
http://didmalaysia.com.my/

Pengiktirafan kepada Did sebagai pembuat rantai motor bermutu

Did pengeluar rantai terkemuka dunia. Ditubuhkan seawal 1933 bertempat di Japan asalnya sebagai pengeluar rantai basikal. Dari Kokueki chain bertukar nama kepada Daido Chain.co.ltd pada tahun 1935 kepada Daido Kogyo(1938) dan dari tarikh itu sehingga kini dari Europe ke negara Asean seperti Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand, etc. di atas nama komponi Did,co.ltd

Begitu banyak juga award telah diberi kepada did hasil kerja keras penyelidikan dalam pembuatan bagi menghasilkan pengeluaran rantai motor bermutu tinggi untuk anda pakai sekarang, diantaranya:

  • 1968-Awarded the prize from the Director of the Agency of Industrial Science and Technology for industrial standardization and quality assurance activities.
  • 1972-Authorized as oil field chain by the American Petroleum Institute
  • 1995-ISO 9002 certification (manufacture of power transmission chains at the Fukuda plant) obtained
  • 1999-The respective ISO 9001 certifications for the Fukuda and Iburibashi plants integrated into one for design, development, manufacture, and associated services of power transmission chains, tensioners, guides, and rims for motorcycles.

Rantai motor berwarna warni sifu Ek chain

Gambar rantai ek

EK chain Japan

Sehingga kini pemilik motor ramai di dedahkan dengan rantai berjenama RKM, DiD, dan beberapa lagi tanpa
menyedari ada “sifu” yang tersembunyi iaitu Ek chain bukan Ekin chang stomb rider ya..

Di temui pada 1941 sebagai syarikat pembuat rantai, Enuma Chain dari Jepun. Pada 1974 Enuma memperkenalkan kepada dunia rantai O ring yang pertama. Pada Tahun 1997 syarikat itu di mendapat sijil kualiti standard pengurusan ISO 9001.Sijil itu menunjukkan high standard kualiti barangan mereka jual(rantai motor) dilihat sebagai sebuah jaminan kepada keselamatan pengguna. Sehingga kini Ek semakin maju dan pernah menjadi supporter mesin lumba Shinya Nakano di Motogp

Rantai warna-warni

Terkini Ek mempertaruhkan teknologi terkini dalam pembuatan rantai motor berkualiti, tahan lama penggunaan, mesra mesin dan lagi cantik

Gambar rantai motor berwarna

Rantai motor berwarna warni buatan Ek sedang panas dipasaran khasnya untuk motor berkuasa tinggi(superbike). Menggunakan teknik pengecatan bahan tersendiri, anda boleh mendapatkan rantai Ek dalam pelbagai siri warna di bawah:

Gold, Chrome, Merah, Biru, Hijau, Hitam, Kuning, Purple, White, Orange, Pink Metallic Gold, Metallic Silver, Metallic Red, Metallic Blue, Metallic Green, Metallic orange

Saiz rantai

Selain warna rantai Ek turut tersedia untuk pelbagai jenis kegunaan samada motor jalanan, motocross, atau mana-mana mesin perlumbaan. Siri rantai : 420,428,520,525,530,630. Heavy-duty/O ring/X ring.   Website

Cara potong rantai motor dengan alat

Gambar cara potong rantai motor

Cara memotong untuk pendekan rantai motor yang sudah panjang menggunakan alat pemotong rantai

Ok,post sebelum ini anda sudah belajar cara tarik rantai  yang wajib anda kuasai(baca) terlebih dahulu jika belum kerana sekarang adalah sambungan pembelajarannya ialah cara memotong atau pendekkan rantai motor atau rakan serumpun kita sebut cara kencangkan rantai sepeda motor.Semestinya bila rantai sudah terlalu panjang jalan mengatasinya ialah kita perlu mengerat,memotong untuk pendekan rantai motor tersebut.Pelbagai cara sebelum ini pernah orang buat ada yang menggunakan paku,punch,grind sebagainya tapi kini alatan mekanik yang moden dan menyenangkan kerja kita banyak dijual dipasaran,jadi saja satu alat pemotong rantai seperti dibawah.

Langsung saja macam mana kita perlu buat nak potong rantai ni?
Pertama buat seperti cara anda mahu tegang rantai,longgarkan nut tayar dan nut pelaras(longgar habis) rantai dan tolak roda kedepan.

Langkah-langkah seterusnya  adalah seperti dibawah.

1-Cari master link atau disebut pin rantai(satu link yang ganjil) seperti gambar di atas

2-buka klip dan buang mata (link) rantai,gunakan playa ragum seperti gambar dibawah.Caranya ialah-kepitkan pada hujung klip (terbuka)
dan tolak ke tepi.Tak faham tak apa boleh tengok dalam video dibawah.

Gambar cara buka klip rantai
Gambar cara buka pin rantai

3-Tanda berapa ‘mata’ yang mahu anda ‘buang’.Pastikan anda potong pada tempat yang betul dan bilangan yang mahu dibuang juga betul supaya nanti rantai tidak menjadi terlalu pendek.Seperkara lagi bukan semua tempat(link) boleh dipotong lihat gambar dibawah,hanya pada pin-pin bertanda biru sahaja.Lagi sekali pastikan roda betul-betul habis ditolak kedepan pada masa ini kerana kita mahu tanda tempat yang harus dipotong dengan benar.

Gambar bilangan pin rantai
Hanya pada pin yang ditandai
Warna biru sahaja

Dalam gambar diatas lihat setelah klip rantai dibuang sekarang potonglah pada pin-pin bertanda biru daripada mula (selang satu pin)

Cara mendapat tahu bilangan mata rantai yang mahu di potong diukur mengikut kaedah seperti gambar dibawah
Gambar mengukur rantai sebelum dipotong
Gambar 1

Petama sekali rapatkan hujung rantai semaksimal mungkin seperti gambar 1,tapi memandangkan pin disitu tidak boleh dipotong kerana berada pada mark yang salah jadi tepaksa kita undurkan(kendur) satu mata kebelakang seperti gambar 2 dibawah

Gambar cara mendapat pin rantai yang mahu dipotong 2
Gambar 2

Dalam gambar 2 saya telah mendapatkan pin yang dibenarkan dipotong walaupun rantai agak kendur disitu.Inilah tempat harus dipotong.

3-Gunakan alat pemotong  rantai tadi,boleh lihat video dibawah tentang tutorial cara menggunakan pemotong rantai.

Gambar cara menggunakan alat pemotong rantai

4-Sambungkan rantai kembali dengan memasukan semula pin rantai itu samada yang lama atau yang baru.

Gambar cara sambungkan rantai setelah dipotong

5-Regangkan rantai dan ketatkan semula nut pengikat roda belakang dan juga nut pelaras rantai yang anda longgarkan permulaan tadi.

Tonton video

Selesai sudah tugasan anda memendekan rantai motor anda..diharapkan anda mampu membuat dengan jayanya.Ingat hal yang paling penting semasa mengerat/memotong rantai motor ialah tanda bilangan mata yang mahu dikerat dengan betul,itu bahagian yang perlu waspada jika kesilapan terjadi rantai terlalu pendek untuk disambung semula.Ok sekian sahaja kali ini kita bertemu lagi di pembelajaran mekanik dikesempatan lain dengan tajuk berbeza pula.Wassalam.

Cara ketatkan rantai motor yang kendur

Gambar rantai motor

Belajar tarik rantai motor

CPm kembali berkongsi lagi ilmu mekanik untuk anda pada kali ini tentang perkara asas seorang mekanik yang mesti tahu melakukannya iaitu mengetatkan rantai motor atau bahasa lain kita sebut ‘tarik rantai’.Terlebih dahulu terima kasih kepada anda yang setia bersama kami dan jika anda baru CPM adalah blog tempat belajar mekanik motor online percuma.

Saya akan berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada moga bermanfaat untuk anda yang ingin kerja sebagai mekanik atau sekadar menjadi mekanik motor sendiri anda telah datang ketempat yang tepat saya berharap.Seperti post yang telah diterbitkan terdahulu saya mengulas setiap tajuk tutorial bersama gambar dan kadang berserta dengan video sekali- hanya di baikimotor.com.

Gift cara tarik rantai ex5
Step tarik rantai motor Ex5

Ok langsung saja bagaimana cara ketatkan rantai motor MLE Xtm 200 yang sudah kendur supaya menjadi regang.

Ini adalah diy cara ketatkan rantai motor sendiri bagi yang rajin buat sendiri tapi kalau rasa diri tu malas main sepana beli saja alat penegang rantai automatik macam gambar kat bawah ni, ada jual kat mana kedai sparepart motor, beli online pun boleh sekarang ya… Ehemm tapi berat la sikit motornya
Gambar alat penegang rantai automatik

Ok lanjut, Pertama sekali anda perlu pergi ke roda belakang dan berkenalan dengan sebiji skru atau lebih tepat nut roda pada swing arm.

Nut ini fungsinya ialah untuk kunci roda supaya tidak bergerak kedudukannya pada swing arm dan kaedah rekaannya adalah kebanyakannya berbeza bagi setiap jenis motor,ada menggunakan satu nut seperti motor yang boleh anda lihat pada tutorial ini iaitu model MLE xtm 200 dan ada pula guna  1 lagi nat pengikat sprocket  seperti motor Honda c70 ataupun Ex5.

Langkah meregangkan rantai motor

Sebagaimana kerja kita disini ialah untuk mengetatkan rantai makanya kedua-dua nut pada ‘shaft tayar’ itu kita perlu Longgarkan supaya roda dapat digerakkan.

Apabila roda digerakan ke belakang bererti rantai akan menjadi regang secara automatisnya.Jadi kita Longgarkan semua nut yang bersangkut-paut dengan roda supaya roda boleh kedepan dan kebelakang.Sudah faham mari kita mulakan.

Gambar nut roda tayar belakang motor

Pertama sekali nut roda perlu longgarkan,longgar sahaja tak perlu buka dan lihat pula pada nut pelaras rantai yang terdapat pada hujung kedua-dua belah lengan ayun itu (swing arm).Buka dengan sepana dan longgarkan habis sampai ke hujungnya..kedua-dua side yaa..

Gambar nat pelaras rantai
Nut/nat pelaras rantai

Langkah-langkahnya;

  1. 1-ketatkan nut pelaras secara sama rata kedua-belah sehingga anda melihat rantai menjadi regang.
    2-Rasa untuk periksa regangan rantai dengan jari anda supaya ia benar regang.
    3-Longgarkan kembali kedua nut pelaras tadi sedikit sahaja,juga sama rata (balance) sehingga apabila anda check rantai sekali lagi ia boleh ditolak keatas atau kebawah dengan jarak anggaran 1 inci – jarak kelegaan.
Gambar cara periksa regangan rantai

4-Jika anda perolehi seperti itu sekarang bolehlah ketatkan nut roda tayar kembali,diikuti nut pelaras rantai.
5-Periksa kali penghabisan regangan rantai kembali untuk memastikan ia sempurna tidak terlalu tegang atau terlalu kendur.Jika ia meleset silalah ulangi langkah meregangkan rantai seperti sebelumnya.

Rantai kendur sangat

Penghabisan ialah check balance roda tayar lihat dari belakang untuk memastikan kedudukan roda sama rata dilihat kiri-kanan.Ini adalah teknik digunakan untuk melihat balance roda yang membantu kerana kadang-kala ‘mark’ pada pelaras rantai ‘lari’.

Gambar penanda aras rantai motor
Lihat garis-garis mark atau
Penanda aras rantai

Ingat! Pastikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Rantai motor  terlalu longgar/kendur boleh mengakibatkan insiden jatuh rantai nanti jadinya macam zaman naik basikal pula,asyik-asyik masuķan rantai jatuh..haha
Ketat sangat pun tak boleh juga nanti jalan berbunyi..krak!..krak!..parah lagi kalau putus..jadi berhati-hati ya.

Ok,rasanya tidaklah begitu susah untuk anda melakukannya berpandukan langkah-langkah yang diberi.Tapi bagaimana pula jika rantai tidak boleh diregangkan lagi-maksudnya nut pelaras sudah ‘diikat’ habis tetapi rantai motor anda masih lagi kendur.Ikutilah pembelajaran kedua selepas ini iaitu cara memotong rantai.
Salam jumpa lagi wassalam.

Spoket tepat motor ringan

Gambar rantai motor

pilih saiz sprocket yang tepat akan membuatkan motor lebih lancar dan lebih seronok dinaiki

Motor nak ringan sedap tunggang pilihlah saiz spoket yang tepat.Terutama yang selalu bawa beban berat besarkan mata saiz spoket anda hari ini.Belum tahu? Disini kita cerita secara detail terutama untuk pengguna baru mengenai sprocket motor atau selalunya kita sebut “spoket” saja atau bahasa buku dipanggil Gegancu.

Bila spoket dah berbunyi, itu menandakan ia sudah rosak dan inilah masanya ia perlu ditukar baru. Jadi macam mana anda pilih sprocket yang sesuai untuk motor anda??.

Ramai pengguna yang tidak hiraukan hal ini.Mujurlah ada ramai mekanik  di bengkel  suka memberi saranan yang baik untuk pengguna.

Akan tetapi pemilihan spoket yang dibuat oleh mekanik adalah mengikut standard motosikal.Ini adalah baik,tapi kita disini ingin mencari sesuatu yang terbaik mengikut citarasa sendiri.

Gambar bai roti

Cara ketahui saiz spoket dan rantai

Sebelum itu pastikan anda tahu saiz spoket yang anda pakai.Untuk ketahui saiz spoket hanya perlu melihat nombor yang dicop pada spoket tersebut.Itu lah saiz spoket motor anda.Kadang-kala kita tak boleh nampak nombornya kerana dilitupi dengan minyak atau debu.

Bagi motosikal yang menggunakan penutup penuh rantai spoket perlu dibuka alatan tersebut terlebih dahulu.Disana anda boleh nampak spoket belakang.Untuk melihat spoket depan pula terpaksalah buka penutupnya.

Cara tahu saiz rantai juga dengan melihat nombor.Setiap rantai motor pasti memiliki angka saiz contohnya 420 atau 428.Jika tidak kelihatan cuci rantai dengan menggunakan minyak petrol atau diesel.

Cara padankan spoket untuk kelajuan bila jalan jauh atau untuk pickup muatan berat

Setelah sudah diketahui saiz spoket yang digunakan kini tiba masa untuk padankan spoket yang sesuai.Untuk itu ada perlu ketahui beberapa faktor yang mempengaruhi dalam pemilihan spoket motor.

  • Kelajuan motor
  • Kekuatan membawa berat
  • Ketahanan kompenon enjin

Saiz spoket juga mempengaruhi kelajuan sesebuah motor.Sebab itu setelah kita selesai tukar spoket motor, akan terasa perubahan apabila kita naiki motor itu.Mungkin terasa laju dan mungkin juga terasa berat perlahan.

Untuk mendapat lebih kelajuan kita perlu mengecilkan saiz spoket.Contoh saiz spoket standard motosikal Honda ex5 ialah 36 mata gigi,kecilkan atau turunkan beberapa mata seperti 34,33, dan seterusnya.

Semakin kecil semakin laju.Perkara ini berkesan selagi tidak melebihi kuasa enjin itu.Maksudnya kecilkan berpada-pada atau anda akan hadapi masalah top speed drop.

Kecilkan spoket dapat meningkatkan top speed motor tetapi hal yang perlu dikorban ialah kuasa pickup_nya.Untuk mendapat kuasa pickup pula tukar spoket belakang kepada saiz yang lebih besar.Begitulah hukumnya jangan terlalu lebih jangan pula terlalu kurang.

Sebelum waktu tukar sprocket bagaimana nak tengok ciri tanda spoket haus

Pada motorsikal moden kebanyakkan dilengkapi dengan peti rantai penuh jadi kondisi rantai spoket agak susah untuk dilihat. Cara untuk mengetahui samada sprocket rantai boleh pakai lagi ke tak kita perlu membuka peti, cover penuh rantai dan lihat bentuk gigi sprocket itu.

Kalau kelihatan agak tajam seperti dalam gambar makanya sudah sampai waktu tukar sprocket motor anda. Kalau saya guna motor pergi balik kerja dalam jarak 30km sehari, campur pergi kedai biasanya 3-5 bulan sahaja tempohnya.

Gambar sprocket motor haus

Rantai sprocket berbunyi

Pengguna yang sudah lama guna motor kebanyakkan mereka akan boleh kesan tanda dan ciri sprocket sudah haus/rosak iaitu dengan mendengar bunyi rantai agak kuat, kadang mereka juga tak peduli walaupun sudah tahu sampai waktu untuk pemeriksaan rantai sprocket sehinggalah bunyi krakkk krrakkk krakk!! , pulas minyak motor tak berjalan… Hehe

Jika anda baru tukar spoket baru beberapa bulan sahaja spoket bunyi boleh jadi bukan masalah spoket rosak, boleh jadi rantai perlu diregangkan atau diminyakkan.

Untuk Penjagaan Enjin

Tahukan anda spoket yang tidak sepadan dengan beban boleh menyebabkan klac cepat rosak.Ini bagi kes spoket terlalu kecil.

Bagi spoket yang terlalu besar pula akan menyebabkan gegaran hasilnya banyak skru yang tercabut.Juga menyebabkan rod dan bearing enjin cepat rosak.Tapi tak usah khuatir jika anda bukan kaki lari.

Gambar carta rantai motor terbaik
Rantai mempunyai ‘o’ ring masih terbaik
Gambar rantai motor
*Baca lagi tentang rantai motor

Tips penjagaan rantai supaya lebih tahan lama untuk digunakan

Banyak produk di pasaran untuk penjagaan rantai motor seperti penyembur rantai jenama Liqui Moly motorbike chain lube, Motul chain spray, STP, atau anda boleh guna WD 40 spray.  Harga spray rantai motor boleh dapat dalam myr 30, 40 lebih kurang.

Gambar cara spray rantai motor

Kalau anda tak ingin keluar duit untuk beli itu semua anda boleh jaga rantai dengan menggunakan minyak tanah atau minyak diesel.

Caranya:

  • Bersihkan rantai dengan minyak tanah/diesel terlebih dahulu sehingga terbuang semua kotoran
  • Berikan sedikit pelincir pada rantai sambil pusing tayar. Boleh guna minyak hitam atau minyak gris.

Lihat video rakan kita pakai spray rantai disini https://youtu.be/6Y1Bwh_TqQI

Rantai yang bersih dari habuk dan debu boleh memanjangkang jangkayat sprocket anda, juga jangan biarkan kendur kerana ia juga salah satu punca sprocket cepat haus.

Jenama Spoket set lengkap paling bagus di Malaysia

Bagi mereka yang sedang mencari spoket yang paling bagus untuk motosikal anda pilihlah jenis rantai spoket yang berjenama terkenal kerana kualiti pembuatannya lebih terjamin. Anda boleh beli sprock secara berasingan atau set lengkap(sprocket depan, belakang dan rantai)

Jenama sprocket motor yang berkualiti

Di pasaran Malaysia contohnya set lengkap,jenama seperti RKM,SSS,iKK adalah pilihan ramai.Untuk antarabangsa pula sepertiRK,   D.i.D ,   EK adalah bermutu.

Bahaya rantai spoket motor yang belum diiktaraf penggunaannya,selain cepat rosak ia juga boleh putus.Banyak kes seperti ini berlaku.Jadi berhati-hati dalam pembelian rantai spoket motor.

Gambar spoket 415

Setting spoket 415

Ini cerita untuk yang gilakan kelajuan.Kisah rantai spoket bersaiz 415.Ini adalah ketagori spoket racing yang paling popular kepenggunaannya.

Sememangnya rantai motor halus seperti ini dapat meningkatkan prestasi motor kerana ia kurang ruang geseran lalu membuatkan putaran roda menjadi ringan.

Saya pernah mencuba pakai spoket 415 set untuk motosikal saya,memang terbukti ringan dan paling mengejutkan boleh menjimatkan bahan api.

Tak percaya boleh cuba..
Akan tetapi seperti kebanyakkan barang racing ketahanan jangkahayat memang tidak ada yang penting sampai dulu kegarisan penamat,itu saja.

Ratio sprocket motor

Updated:sesiapa yang nak cuba setting sprocket dan ratio gear  blog ke website ini
Sebelum test ratio anda kena tahu asas ratio sprocket terlebih dahulu.
Apa tu ratio sprocket dengar macam saintifik sangat…

Ratio sprocket dikira dengan cara mudah ialah seperti ini:

Jumlah gigi belakang dibahagi dengan depan contohnya sprocket asal motor Yamaha Y15  depan ialah 14 dan belakang 42…Y15 lagi… Ya kan tengah top 😀

42/14=3

Jadi ratio sprocket y15 ialah 3

Sekarang ni atas faktor berat badan dengan ratio asal motor terasa malas untuk berjalan dan anda perlukan lebih “tarik pick-up” jadi anda boleh menaikkan 3 mata sprocket belakang menjadi 45/14=3.214(ratio)

Situasi lain pula anda bertubuh kecil dan ringan, untuk motor perjalanan jarak jauh dan perlukan top yang lebih dan supaya tidak terasa enjin menjerit dengan ratio asal iaitu 3, rubahlah dengan menurunkan 3 gigi sprocket belakang menjadi 39/14=2.786

Turun naik ratio sprocket

Erti kata lain menurun ratio sprocket akan mendapat lebih kuasa top dan menaikkan ratio akan mendapat lebih pick up. Ratio tak ada makna apa-apa bagi kita pengguna motor biasa, sekadar pembacaan berlainan

Kesan merubah saiz sprocket

Seperti diterangkan diatas merubah saiz sprocket dengan banyak atau dengan ratio terlalu tinggi atau terlalu rendah akan memberi kesan kepada perjalanan kecuali setelah anda telah menaikkan kuasa enjin

Ia sama seperti situasi orang menunggang basikal – piring depan besar spoket belakang kecil hasilnya tentu top speed, oleh kerana pengayuhnya adalah saya, bolehlah 120km/j tapi cuba gantikan Anuar Manan yang kayuh basikal tu, pusing balik meter bosku.

Akhir kata satu tips  supaya spoket rantai tahan lama untuk anda

Untuk kegunaan motor pergi balik tempat kerja saya rasa eloklah pilih rantai sprocket motor yang mampu memberikan lebih ketahanan dan keselamatan kepada kita.Itu yang terbaik!..

Tips untuk membuatkan rantai motor tahan lama ialah selalu bersihkannya dari kotoran debu dan pasir yang melekat.Gunakan minyak tanah cuci bersih,selepas itu berikan sedikit pelincir pada rantai.Insyallah ,masalah rantai spoket cepat habis dapat diatasi.Sekian bicara kita tentang Cara pilih saiz spoket motor untuk kali ini.-salam jumpa lagi-