Punca motor susah hidup waktu pagi

 motor susah hidup waktu pagi sila guna choke

Motor susah hidup pada waktu pagi atau lebih tepat di waktu dingin sejuk adalah satu masalah cukup biasa terjadi dan akan menyusahkan pemilik jika tahu cara menyelesaikannya tambahan jika berlaku pada motor baru dibeli lagi membingungkan pemilik..tak mungkin motor baru dah rosak..Jadi jangan fikir bukan-bukan motor nak kena overhaul atau sebagainya.Sebenarnya punca enjin motor susah nak hidup pada waktu pagi berkaitan masalah pembakaran bahan api enjin motor itu sendiri.Kita di Malaysia saya rasa tak ada masalah berkaitan kelikatan minyak hitam sebab cuaca paling sejuk kita tak sampai tahap minyak hitam membeku,tapi jangan pelik-pelik guna 4t terlampau pekat.Jadi fokus kita untuk mengatahui penyebab masalah ini ialah pada sistem bahanapi dan elektrik sahaja.

Ketika suhu sejuk aliran gas bahan api didalam ruangan enjin menjadi lambat dan ia perlukan berapa ketika untuk dimampatkan dan dibakar kerana itu sesebuah enjin agak lambat hidup kerana ia perlukan waktu.Kemungkinan satu atau 2 tendangan penyetat tendang belum dapat hidupkan enjin lagi.Diwaktu pagi disarankan menggunakan penyetat tendang walaupun motor itu turut mempunyai pilihan penyetat elektrik.

Talaan enjin satu penyebab juga pada masalah ini khasnya talaan pada karburator yang agak kering(lean) akan menyebabkan enjin lambat hidup pada suhu dingin.Biasanya talaan sebegini hasilnya motor itu lebih jimat minyak namun susah hidup jika dibiarkan semalaman.

Mungkin anda tak sedar kehadiran alat untuk mengatasi masalah ini iaitu Pengcekik atau lebih dikenali dengan panggilan Choke.Apa yang perlu anda buat ketika motor susah nak start ialah anda hanya perlu menarik tuas Choke pada bar handle sebelah kiri,sebelah bawah biasanya kemudian cuba start kembali.Jangan pulas minyak ketika menggunakan Choke jika tidak akan menyebabkan plug rosak.Setelah motor hidup silalah tutup kembali tuas Choke itu..inilah cara menggunakan choke yang betul.

Gambar choke
Choke
Tonton video cara guna choke
Pada Yamaha 125z

Jika ralat sila klik bawah

Sebenarnya tiada masalah jika motor baru susah hidup kerana isunya hanyalah talaan atau setting carburetor sahaja dan bagaimana pula jika masalah ini berlaku pada motor lama..?
Sekarang ini adalah kisah lanjutan untuk mengatasi masalah motor susah hidup pada waktu pagi enjin sejuk.

Diawal perbincangan kita tadi saya ada menyebut tentang elektrik dan ini kemungkinan besar berlaku kepada motor yang telah lama anda gunakan itu.Tahukah anda tanda-tanda Cdi rosak..? Salah satunya ialah motor tak mahu hidup semasa enjin sejuk.Selepas dihidupkan satu kali masalah telah hilang dan kembali pula berulang selepas parking berjam-jam..jadi saya tak perlu terangkan apa perlu dibuat ya..sila ke bengkel.

Gambar mekanik
Saya boleh Bantu abang

Tips dan trik untuk hidupkan motor

Kita sudah nampak bukan Masalah motor susah hidup pada waktu pagi adalah bukan masalah besar bagi kita sebenarnya ia lagi menjimatkan minyak motor kita..sila gunakan choke,itu jawapanya.Namun hal yang dikhuatiri ialah kemungkinan berlaku hal yang kita tak ketahui contohnya Karburator banjir.

Tips dan triknya jika gagal setelah menggunakan choke beberapa kali apa yang perlu anda buat ialah pertama tutup tuas choke,kedua ialah pulas minyak habis(full throttle) tahan sambil start enjin sehingga hidup.Jika trik ini berhasil ia menandakan plug motor anda sudah basah kerana cubaan menghidupkannya di awalan tadi atau karburator motor anda benar telah overflow.

Begitulah lebih kurang tentang punca dan cara menyelesaikan masalah motor susah hidup pada waktu pagi. Jika kekurangan maklumat atau ada sesuatu hendak di ajukan sila tulis komen kepada kita Cakap Pomen Motor pada ruangan tersedia..salam jumpa lagi.

Minyak meleleh kat tayar depan motor

Gambar fork motor

Bahaya Minyak meleleh kat tayar depan motor dan puncanya

Serabut kepala tengok minyak meleleh turun kat tayar depan motor anda? Tak tahu minyak keluar dari mana? Hari ini CKP nak bagitau masalah motor anda itu.Saudara minyak yang meleleh kat tayar motor melalui tiang 2 batang yang namanya batang Fork tu adalah minyak berasal dari dalam Fork itu sendiri. Minyak Fork ni amat bahaya saudara kalau keluar dengan banyak kerana apabila ia terkena tayar motor ia boleh mengakibatkan kegelinciran ketika motor dalam selekoh(tang corner) dan satu lagi jika terkena pump brek depan maka ia akan mengakibatkan masalah brek tak makan dan kedua-dua kejadian ini akan datang secara tiba-tiba,malang tak berbau..:(

Punca fork bocor

Jadi masalahnya datang dari Fork motor bocor.kita lihat di bawah ini komponen yang terdapat di dalam Fork motor cub.

Gambar komponen fork motor
Gambar oil seal fork
Fork Oil Seal

fork ini berkerja secara turun naik setiap masa untuk menyerap hentakan pada bahagian hadapan motor(suspensis hadapan)  semasa perjalanan dan ia perlukan pelincir(minyak fork) untuk terus kekal berfungsi dengan baik.
Minyak fork di seal-kan dengan Oil Seal Fork supaya tiada kebocoran berlaku.

Jadi saudara,punca sebenar minyak meleleh kat tayar atau rim motor anda tu ialah kerana oil seal fork rosak.Untuk mengatasinya maka anda perlulah  ganti oil seal fork baru yang yang berupa getah bulat seperti dalam gambar yang ditunjukkan diatas.Kos buat ni tak mahal suadara dalam sekitar 15-25 sebelah batang Fork.OK,maka sekianlah info pengguna motor Kali ini tentang minyak fork motor bocor.assalamualaikum.

Minyak petrol motor bocor boleh naik ke tak

Soal jawab tentang masalah minyak petrol motor bocor

Assalamualaikum.. Saya ada masalah nak tanya sikit tentang motor saya.cerita dia macam ni,semalam sedang saya rehat-rehat tengok TV tiba-tiba saya terbau minyak petrol yang kuat sampai perit hidung saya dibuatnya.untuk memastikan apa yang berlaku lalu saya pergi periksa dekat motor saya,rupanya minyak petrol motor saya bocor dah banyak melimpah kat bawah lantai tu.Jadi saya nak tanya kenapa motor saya minyak bocor?saya nak isi balik minyak takut terjadi apa-apa pulak nanti..harap dapat menyelesaikan masalah motor saya..tq

Walaikumsalam,

Pertamanya kalau nak pasti penyebab atau punca minyak petrol motor bocor cik perlu periksa dulu dari mana arah petrol keluar.Caranya begini,cik isikan semula petrol yang dah kering dalam tangki tu lepas tu cik cuba lihat dari mana minyak bocor samada dari bahagian depan enjin atau bahagian tengah ke belakang.

Tempat biasa berlaku minyak petrol bocor adalah pada bahagian karburator yang normalnya berada di atas enjin depan.Jika cik pakai motor jenis skuter karburator motor tersebut berada betul-betul di bawah tempat duduk.lihat jikalau karburator basah atau ada petrol menitik jatuh.OK, cik dah pasti minyak bocor dari karburator bermakna karburator motor cik bermasalah dan perlu dibuat servis untuk baik-pulih.

jika dari arah paip getah petrol bermakna ada sesuatu berlaku pada itu samada pecah atau paip tercabut.Cik boleh tukar atau sambungkan balik paip tu.

Gambar karburator motor
Karburator motor scooter

Masalah boleh naik ke tak apabila minyak petrol motor bocor

Kalau bocor pada getah saluran semestinya motor tu tak boleh naik lagi sebabnya petrol tak sampai ke karburator dan enjin motor sudah pasti tak dapat dihidupkan.Jadi cik perlu tolak motor ke bengkel motor.

Karburator yang bocor,cik perlu lebih berhati-hati kerana petrol bahan mudah terbakar.OK, harap encik dah faham tentang masalah karburator minyak petrol bocor dari keterangan diatas,jika kurang cik boleh ulas di ruangan komen di bawah dan juga jika cik mahu mencuba baiki sendiri,saya dah siapkan iaitu panduan baiki karburator minyak keluar

blok motor jem panas sistem penyejuk atau kecuaian

gambar blok
Blok motor 2 stroke

Punca yang menyebabkan kejadian motor jem(kejang blok)

Minggu depan nak konvoi..motor ko dah siap belum?”.Soalan lazim yang sering diajukan diantara bikers.Make-up no 2,no 1 mesti tentang enjin samada dari segi kondisi atau prestasi.Kalau prestasi cemerlang tapi jem kat tengah jalan tak guna juga.Jadi biarlah seiring dan sejalan.
;artikel hari ini ialah mengenai masalah motor blok jem sistem penyejuk atau kecuaian

Jadi hari ini ‘cakap pomen’ nak mencari punca blok jem panas dengan harapan dapat menambahkan info tentang motor kepada anda yang baru terlibat didalam bidang motor atau mekanik ini.Apa kata kita mulakan sekarang dengan apa itu ‘blok’ motor dan fungsinya

Blok-Atau ‘cylinder block ‘ boleh dikatakan perumah bagi piston(omboh).kedudukannya adalah setelah Head pada enjin motor .Rupa bentuk luarannya adalah berbeza mengikut jenis motor pastinya dan juga ada perubahan statik kerana pengaruh sistem penyejuk enjin.

Suhu panas overheat blok jem

Apabila enjin itu dijana oleh sejukan udara( iaitu sejukan semula jadi diperolehi dari aliran udara/angin semasa motor bergerak) bentuk blok itu dikenal pasti dengan adanya sirip penyejuk padanya,dan bilamana jenis motor menggunakan sistem sejukan cecair(coolant) makanya ia tidak mempunyai sirip penyejuk.

Point yang boleh kita dapati disini ialah sebagai perumah piston yang kita sedia maklum piston bergerak dari 0 sehingga 12000 atau lebih putaran per minit,tentunya suhu blok boleh menjadi teramat panas.Terlampau panas boleh menyebabkan blok piston jem.Kalau tak mana mungkin diciptakan 2 sistem penyejuk pada motosikal seawal kejadiannya :0

Sekarang kita ketahui bahwa blok perlu disejukan dari panas lampau(overheat)  supaya ia tak kejang/jem
namun jangan lupa juga bahan sokongan untuk sejukan enjin iaitu pelincir 4t atau 2t.

kesan minyak perlincir kurang support

Pengaruh pelincir, kalau perlincir tak support memang jem la enjin walaupun motor tu ada water coolant.

pengalaman saya pernah jumpa motor yang pada sirip blok-nya tertimbus dengan tanah,debu lama,hampir menutup seluruh sirip/sisik tu tapi enjinnya masih hidup dapat bertahan tapi bunyi mungkin ‘out station’.

Ini contoh pada motor 4 stroke c70 yang biasa ramai saksi kejadian sebegini.Tapi cuba minyak hitam kering habis..berapa lama?? Walaupun c70 pegang rekod motor paling lasak didunia, paling tinggi pun jangkamasanya saya letak kurang 1 hari saja boleh  boleh naik tanpa isian minyak 4 t sebelum piston atau rod jem.

kesan tak isi minyak hitam

Perkara ni membuatkan saya tersenyum teringatkan masa zaman kerja ramai-ramai dulu kat KL.Member tukar minyak hitam dan repair benda lain sikit la motor sorang customer ni,dah tu lupa isi balik minyak hitam tu..customer terus jalan tak tahu ingat motor dah siap.

Petang jap gi telepon tokey kitorang,motor jem kat tengah jalan.Apa lagi kena ‘tiuu-tiuu’ dengan tokey la member tu..haha..rasakan,minyak pun lupa isi..apa daa..
Itu lah satu bahana kecuaian yang kita semua tak ingini kann! Semoga di jadikan satu tauladan.

Ok,Satu lagi contoh yang menyebelahi pelincir adalah lebih berpengaruh dari sistem penyejuk motor_Yamaha tzm150 2 stroke enjin,sistem sejukan cecair setalah minyak 2t kering maksimum motor tu boleh jalan ialah tak sampai 2 km sebelum enjin jem.Sistem coolant-nya amat memberi kesan untuk perjalanan jarak jauh namun motor tzm coolant tak jalan(berfungsi) masih boleh bertahan untuk ke kedai Gemok untuk beberapa minggu walaupun kaki terasa bahang enjin overheating.

Tapi sebenarnya pelincir juga sebahagian daripada sistem penyejuk enjin cuma namanya saja minyak pelincir

Penyebab cyllinder blok jem panas diantaranya ialah modifikasi dan kecuaian

gambar api
Katanya;suhu kepanasan normal
bagi operasi sebuah enjin motor
ialah lingkungan 212°F

Motor 4 lejang(stroke) jem blok

Bagi saya motor 4 stroke ni susah nak jem panas sebenarnya melainkan adanya modifikasi pada enjin atau kecuaian saja.Ye dok? Ok,kita tengok modifield motor pakai blok racing tak  pun masuk slip gedabak besar contohnya pada ex5 dream standard yang saiz asal blok-nya ialah 50mm( lubang bore) di upgrade kepada 55 atau 59mm.Piston besar,dah piston besar dah tentunya rpm meningkat dan kepanasan pun turut meningkat ye tak! Jadi cukup ke sistem sejukan asal nak support..he he,lu  pikir lah sendiri..kata Nabil
Situasi lain pula,motor Lc 135 pakai blok 65mm ceramic,tak jem panas ke? Kita tahu yang motor lc enjin-nya didinginkan oleh water coolant..so berikan kami sedikit info di ruangan komen ya..kitaorang nak tahu juga..terima kasih.

2 stroke selalu jem akibat kecuaian

Ha,ini paling top motor prenggg!! 2 stroker,selalu dan selalu jem panas.Apa puncanya? The master of ‘jem’.pantang 2t tak cukup terus piston sangkut.Motor 2 tak ni tak boleh nak sayang minyak 2t.Ejas 2t buka besar sikit time nak jalan jauh dan tambahkan sikit ke dalam tank tu 2,3 tudung..baru selamat.No 2 ialah setting karburator tu nak kene cantik bagi basah-basah sikit jangan kering sangat lebih-lebih lagi blok yang dah potong besar tu..orait!

Tapi pada pendapat saya motor 2 lejang ini,pemilihan ekzos perlu sesuai la..Elok pakai ekzos standard,sejuk..kurang power sikit apa ada hal motor buat naik jalan-jalan ja,bukan buat lumba.

Tonton video buang angin 2t

https://youtu.be/khhDvK7VpEk

gambar piston
Piston calar

 

Tanda menunjukkan motor nak jem

Keadaannya begini; sedang kita bawa motor kebiasaannya laju laa,tiba-tiba terasa enjin berat mengejut..jangan fikir banyak tarik saja klac atau tekan gear(motor klac auto) dan jangan lepas tengok apa jadi..ini kebiasaanya menandakan motor nak jem.Kalau betul enjin motor jem semestinya lepas tu penyetat keras,tak boleh start..punoh!!.
Satu teknik nak pastikan samada motor jem panas atau jem terus(total) ialah anda perlu biarkan enjin sejuk selama 10 minit.Lepas tu boleh la cuba-cuba hidupkan enjin balik tengok.Tak boleh juga?..tolak kedai,buka blok..

Blok calar,apa solusinya?

Jadi bila dah jem tu mestilah kesannya blok calar kan..jika sikit-sikit calar boleh lah di polish-kan,tapi jika sudah dalam sangat calarnya solusinya ialah ‘rebore blok’.Kesan blok jem ialah enjin hilang kuasa.
Ok,setakat itu sahaja cakap pomen motor untuk kali ini iaitu mengenai punca motor blok jem panas sistem penyejuk atau kecuaian.Semoga info kali ini anda dapat apa yang dicari..kita sambung di kesempatan yang lain pula dengan tajuk berlainan..terima kasih,assalamualaikum.

Motor traffic light mati

Masalah motor perlahan mati

Salam pembaca,

Cakap pomen hari ini ialah mengenai masalah motor perlahan mati atau tak ada timing,tapi saya suka sebut motor traffic light mati.Mana-mana saja lah asalkan faham sudah..Ok ,jadi apa masalah yang dihadapi pada motor kita sebenarnya dan macamana cara atasinya.

Tentunya ada beberapa masalah yang telah berlaku,mungkin juga kerosakan.Biasanya pada motosikal standard yang tak bermasalah,kita tak perlu main minyak semasa berhenti di trafik light.kita boleh lepas je pemulas minyak tu,betul tak!
Contoh kita naik motor ex5,jalan semua ok tapi bila sampai je di trafik light, perlahan minyak..pup! tiba-tiba enjin mati.Alamak! Problem apa pulak ni haa..

OK disini kemungkinan utama ialah timing karburator terlalu rendah.Jadi cuba anda pusingkan skru timing pada karburator tu tinggikan sikit timingnya.Senang je kalau motor ex5,tundukkan kepala anda dan tengok pada lubang cover putih sebelah kanan motor.Anda boleh nampak karburator dekat situ.Tahukan mana satu skru timing kan…!
Ok dah tahu,pusingkan skru tu ikut jam.Pulas dengan tangan je,kalau ketat pakai skru driver bunga.Pulas skru tu sampai enjin tak mati lagi semasa timing.Amacam ok tak?
Tak OK!..ada masalah lain pulak?
Jika timbul masalah lain pulak selepas ejas timing seperti motor lambat turun minyak semacam minyak sangkut,itu bermakna motor tu perlu periksa lebih teliti.

Langkah 1- ialah sila tukar palam pencucuh.

Langkah 2- servis karburator terlebih dahulu.

langkah 3-periksa sistem nyalaan

Langkah 4-buat top overhaul dan valve grinding

Langkah 5-Hubungi saya.

Itu saja langkah-langkah menyelesaikan motor traffic light mati.Semoga ia dapat menyelesaikan masalah motor anda hari ini.
-sekian-