Intake hose Carburetor motor Yamaha Virago 250 Shopee review

Review belian alat ganti motor murah dari Shopee,adakah ia berpatutan?

Gambar hose carburetor virago 250

Kemajuan dunia shopping online seperti marketplace Shopee,Lazada hari ini tampak memberi manfaat besar kepada kita. Impaknya juga terus kepada perkembangan pesat dunia permotoran. Tiada kesulitan seperti dulu lagi, sparepart rare motor anda mungkin sedang berada di Brazil yang kini bersedia untuk dibeli dengan hujung jari sahaja tanpa perlu menunggu berbulan lamanya untuk kapal dari Japan sampai ūüėÄ

Dalam proses membaik pulih semula motor Virago Intake hose carburetor yang asal sudah pecah perlu digantikan dengan yang baru. Usaha mencari yang original di kedai sparepart berdekatan dilakukan terlebih dahulu, malangnya gagal jadi dengan perasaan sedikit curiga admin secara tidak langsung telah membelinya secara online di Shopee pada baru-baru ini


Gambar motor Yamaha virago 250cc
Virago 250

 

 Carburetor Interface Rubber Adapter for Yamaha XV250 Virago 250

Gambar air intake baru

Dalam masa 4 hari setelah di oder akhirnya barang tersembunyi dari Hong Kong ini pun sampai. Memang cepat sungguh servis cayalah kepada penjualnya yang buat kerja dengan pantas sekali.

Jadi bukalah bungkusan kurier J&T itu dan barang dijual benar sama macam gambar.

Lanjut, saya membuat sedikit pemeriksaan speksifikasi hose ini sebelum memasang ke motor. Sebenarnya intake hose/carburetor Interface Rubber Adapter adalah untuk kegunaan bersama beberapa motor brand sperti Yamaha XV250 dan Virago 250

Hasilnya boleh dilihat pada gambar di bawah:

Gambar ukuran diameter intake hose carburetor virago

Seperti yang anda lihat ukuran diameter intake tidak sama dengan yang asal, telah lari beberapa mm

Kesimpulan: Boleh pakai ke tak?

Cantik takda la cantik sangat mutu pembuatanya tapi boleh digunakan untuk sekadar untuk hidupkan motor yang telah sekian lama tersadai tu. Harga pun murah, cepat sampai jadi rasanya produk ini berpatutan lah, masih boleh pakai walaupun tak baik sangat kualitinya(sementara menemui alat ganti tulen)

Jadi kepada anda yang mencari carburetor intake hose Yamaha Virago 250 jangan segan silu untuk cuba beli di Shopee…eh!¬† Silap saya beli di Lazada la kerana seller disana jual barang ini dengan harga lebih rendah dari Shopee pada tarikh hari ini.

Clutch plate Yamaha 125z terbaik

Gambar bahagian clutch Yamaha 125z

Salam-Antara punca masalah motor hilang kuasa ialah berkaitan hilang cengkaman clutch.Diatas faktor pemakaian yang lama atau kegunaan yang lasak akan menyebabkan clutch/kopling haus.Haus pada permukaan plate fiber mengakibat clutch licin tidak dapat memegang kuasa sehingga rpm tertinggi dan kedengaran suara enjin yang membesar tapi motor tak ‘pegi’
Itulah antara tanda-tanda clutch habis dan perlu di tukar

Seperti kes hari ini berlaku pada Yamaha 125z yang clutch gagal mencengkam disebabkan hanya sekeping clutch lama dipasang pada enjinnya.

Clutch plate original Yamaha

Saya telah menggantikannya dengan clutch plate baru original Yamaha dan ia adalah clutch plate Yamaha 125z terbaik.

Saya lebih memilih alat ganti motor original untuk dipadankan pada enjin-enjin motor khasnya yang sudah buat modifikasi seperti ini.Ia lebih terpercaya.

Hasil uji clutch

Setelah pemasangan siap dan membuat pandu uji hasilnya positif,enjin pergi laju tanpa mengerang kesakitan semasa menggunakan clutch plate lama tadi.Hanya sekeping yang bermasalah telah memberi kesan kepada prestasi enjin.

Menjual clutch plate original

Gambar clutch plate Yamaha 125z terbaik

Ok jika anda menhadapi masalah yang sama pada motor 125z anda dan kesulitan alat ganti ini boleh dibeli secara online bersama MarmanWorkshop.Kami menjual clutch plate original 2018 dengan harga rm18 sekeping.

Cakap Pomen Motor “clutch¬† atau barangan lain..lebih suka sparepart original dari yang menggunakan label “racing”..pandu cermat jiwa selamat..wassalam”

Crankshaft oil seal Yamaha 125z

Gambar crankshaft oil seal

MarmanWorkshop- Crankshaft oil seal atau flywheel oil seal(kiri)¬†akan menyebabkan enjin hilang ‘compression’ dan sebelah kanan (clutch) yang rosak pula juga tambahan akan menyebabkan plug hitam.Jadi itulah antara punca motor 2-stroke(2t) anda hilang kuasa,timing kejap tinggi kejap rendah malahan menjadi punca motor tak mahu hidup bilamana ia tercabut atau pecah teruk.

Seperti kes hari ini di bengkel saya-Yamaha 125z yang ‘power’ semakin ‘drop’ dan selepas diperiksa kelihatan ada ada leaking pada bahagian oil seal crankshaft sebelah magnet/flywheel¬† motor ini.

Gambar oilseal belah magnet 125z
Oil seal magnet

Mujurnya kalau 125z anda bocor oil seal pada enjin sebelah magnet kerana boleh tukar dari luar saja tapi kalau sebelah clutch pada motor jenis Yamaha satu ni kenalah buat overhaul sebab oil seal nya perlu dipasang dari dalam..:)

Jual crankshaft oil seal original  125z

Gambar oil seal original Yamaha

Saya lebih suka memilih alat ganti motor yang berkualiti khasnya yang [email protected] dari pengeluar motor tersebut kerana lebih memberi ketahanan dan jangka masa guna yang lebih lama.

Made in Japan

Produk buatan Japan(made in Japan) dan diedarkan oleh Yamaha Indonesia. Hati-hati semasa membeli kerana banyak sekali barangan tiruan yang menggunakan label Yamaha dijual dengan harga yang murah dipasaran

Gambar crankshaft oilseal made in Japan

Oil seal original Yamaha 125z original sama seperti yang saya telah guna pakai ini boleh dibeli online juga bersama kami MarmanWorkshop jika anda mahu.Pada tarikh hari ini kami menjual online oil seal ori 125z ini dengan harga RM60 untuk 1 set kiri dan kanan.

Karburator Ts 125 float needle

Gambar karburator ts original

Salam pembaca-Karburator Ts 125 memang tak asing lagi bagi mereka yang setting motor 4-stroke,bermakna walaupun motor Suzuki Ts 125 sudah hampir tidak kelihatan lagi ditunggang namun karburator motor itu menjadi satu-satunya alatganti motor ini masih diteruskan pengeluarannya..masih boleh dibeli di kedai sparepart.

Walaupun karburator Ts original ini begitu popular sebagai pilihan untuk melengkapi mesin lumba anda namun ia tak lari dari masalah yang menyakitkan kepala pomen.Contohnya hari ini saya baru saja selesai tukar set pelampung karburator Ts ini bersama float needle(jarum pelampung).

Gambar pelampung karburator Ts

Sparepart karburator Ts

Masalah minyak keluar menitik atau banjir ini memang selalu kena bagi sesiapa pernah pakai karburator ini.Biasanya masalah ini senang saja untuk kita selesaikan dengan melaras pelampung dia seperti yang saya sudah tulis sebelum ini mengenai karburator banjir tapi siang tadi masalah agak kritikal dan tak boleh dibendung lagi..haaha.
Mujurlah sparepart alat dalaman karburator  Ts masih ada dijual bengkel berdekatan kalau tak terpaksalah beli online..haaha.

Set pelampong (float) sama float needle Suzuki Ts 125

Gambar alat gantian suzuki ts

Ini dia set pelampong karburator Suzuki  Ts 125 yang saya tukar sama dia punya float needle.Selepas tukar masalah minyak kadang keluar kadang tidak itu akhirnya selesai.

Untuk pengetahuan anda saya boleh sediakan bekalan alat ganti Suzuki Ts ini kepada anda,bermakna boleh dibeli secara online sekarang juga selagi stok masih ada.Harga set pelampung lengkap Ts ini saya jual pada tarikh semasa ialah RM45.Harapan saya agar masalah yang sama anda seperti saya itu akan selesai dengan adanya sparepart ini.Sekian Terima kasih!

Jual sparepart motor-Housing Auto Clutch Honda ex5

MarmanWorkshopJual housing Auto Clutch Honda ex5 100 power/dream.Bengkel kami telah mencuba produk ini pada salah satu motor pelanggan kami,hasilnya memuaskan tidak keluar bunyi bising dan tidak timbul pula masalah clutch.Ada sesetengah jenama,lepas tukar housing Auto Clutch akan membuatkan enjin berbunyi tapi tidak bagi sparepart motor buatan Korea ini.Ok bos! ..dengan harga murah bos boleh membeli jenama ini untuk motor Honda ex5 bos punya.

Auto housing assy Furious 1 

Gambar auto clutch housing Furious 1

Cadangan dari kami ialah lebih baik menukar set auto clutch ini jika housing Auto lama hadapi masalah berganda.Adapun jika kerosakan pada hanya mangkuk auto,hanya perlu menukar mangkuk sahaja tidak perlu menukar housingnya sekali.

Jika mahu tukar housing juga tapi mahu harga murah,boleh beli brand Furious 1 auto housing assy-alat ganti alternatif pilihan kami.Bagi memuaskan hati anda sebelum membeli produk ini kami telah merekam satu video hasil lepas tukar barangan clutch ini sebagai bukti yang kami telah mencubanya.Tonton video preview produk dibawah ini.

Play video 

Apa macam berpuas hati kah?
Tapi kalau ada duit jangan beli yang ini,dapatkan yang sparepart original Honda yaa..lagi hebat.

Ok,jika anda mahu beli auto housing clutch yang tak terkalah dengan yang original ini boleh beli online juga dengan MarmanWorkshop.
Harga 2018-Rm 55.
Hubungi kami(lihat halaman contact blog ini) untuk butiran lanjut-terima kasih-