motor 4 stroke enjin kasar bunyi bising

Soal jawab Kenapa enjin 4 stroke enjin kasar berbunyi bising setelah lama digunakan

Artikel ini terkecuali motor baru enjin kasar;

Ex5,lc 135,modenas kriss,skuter ego adalah antara motor 4 stroke paling popular di Malaysia dan motor tak guna 2t ini mempunyai genarasi pelapis keluaran baru yang semakin meningkat popular pada masa sekarang seperti keluaran Yamaha y15zr dan Honda rs150 semakin memeriahkan jalanraya.Mungkin disebabkan rupa bentuk yang cantik  menarik atau lebih jimat guna minyak menjadi faktor mengapa ia menjadi pilihan ramai.

Akan tetapi seperti biasa setelah agak lama diguna pakai masalah kerosakan akan timbul dan masalah yang paling popular ialah masalah enjin kasar berbunyi bising.

Bunyi kasar serta bising pada enjin semestinya berpunca dari mekanikal enjin yang bergerak berkerja kurang baik.pada asalnya motor baru keluar kedai enjin senyap kerana semua komponen enjin masih baru,lama kelamaan digunakan pengguna mula dapat dengar bunyi kurang enak pada enjin motornya.kenapa enjin motor berbunyi bising sehingga memberi rasa kurang selesa kepada pemilik?

Jawabnya tentulah kerana banyak komponen enjin sudah haus.Mengapa pula komponen enjin boleh haus rosak sedangkan sentiasa jaga minyak hitam tukar sebulan sekali?Jawabnya kalau tidak masakan boleh dijual habis sparepart motor kat kedai:)
Apa pun menjaga minyak hitam,guna minyak hitam yang baik dapat melambatkan proses penghakisan komponen enjin motor dan enjin pastilah sentiasa senyap.

gambar enjin
Mekanikal enjin

Bunyi bising semacam mana didengar pada enjin motor yang dikira tidak normal

Bunyi kasar dan kuat! Bukan bunyi ekzos ya tapi bunyi enjin motor.Contoh Honda ex5,selalunya tahun pertama pakai ok dan keadaan mula berubah pada tahun kedua,enjin mula berbunyi seperti bunyi benda bergesel dan juga bunyi tit…tit..tit..gitu.Lebih parah lagi ada bunyi seperti orang bertukang,inilah yang dikatakan bunyi enjin tak normal.

Kebanyakkan motor 4 stroke enjin bunyi bising  berpunca daripada bahagian injap injapnya,timing chain(rantai kecik) serta roker arm(tepet) termasuk camshaft.Ini adalah perkara normal bagi motor yang dah lama diguna pakai.kelegaan injap dengan tepet perlu diselaraskan semula setelah bukaan kelegaan menjadi besar(tepet longgar) dan bunyi kedengaran tit tit tit.

Timing chain pula mempunyai alat penghalang kendur secara automatik iaitu Tensioner.Timing chain terlalu kendur menyebabkan fungsi tensioner terbatas lalu timing chain berbunyi seperti benda bergesel.Perlukah ditukar tensioner?tidak! Sebaliknya tukar timing chain.

Bunyi kuat seperti ‘orang bertukang’ ini menunjukkan tanda enjin motor itu sedang hadapi masalah besar yang perlu diatasi.Kemungkinan besar rosak pada bahagian terminal seperti rod,bearing,klac dan sebagainya.Jika enjin berbunyi sebegini,untuk permulaan cuba la cek minyak hitam pastikan ia cukup kerana minyak hitam berkurangan juga penyebab enjin kasar dan berbunyi bising.Walaubagaimanapun untuk mengenal pasti bunyi secara tepat perlu melalui seorang mekanik mahir peka dan berpengalaman.

Masalah motor susah start jalan pula meleret

Apa masalahnya bila anda membawa motor ,dipulas minyak motor terasa meleret,tarikan berat.Pada waktu sejuk ,sebaik saja pertama Kali anda cuba untuk hidupkan enjin anda akan gagal kerana penyetat kaki meleret kebawah.Ia terasa seperti penyetat kaki tidak tersangkut atau mungkin juga anda merasakan penyetat itu kosong tidak berfungsi.

Dicuba beberapa kali tendang penyetat itu,mungkin 5 atau 10 Kali akhirnya enjin motor dihidupkan.Disini dikira baru permulaan satu masalah belum lagi yang lain.Masuk gear 1 dan anda pulas pendikit tarik enjin..brooommmm..enjin pula meleret.Suara motosikal membesar tetapi roda belakang malas bergerak. Begitulah yang telah berlaku sepanjang turutan gear sehingga habis 6 gear.

Lebih parah pula ketika mendaki bukit kerana tenaga motosikal itu tentunya sama sekali tidak ada.Macam orang cakap,lebih baik tolak daripada naik..:)
Jadi apa sebenarnya kerosakan pada motosikal anda?

gambar penyetat kaki

 

Masalah motor meleret | punca motor susah start

Clutch!. Clutch adalah punca bagi masalah anda disini.Clutch yang telah habis pastinya akan membuat motosikal hilang kuasa enjin.Ia kerana fungsi clutch itu sendiri adalah sebagai alat pengcengkam kuasa.Apa yang saya maksudkannya ialah clutch motosikal anda telah hilang cengkaman kuasa.Kuasa enjin sudah terbuang begitu sahaja sebelum ia sampai kepada roda belakang.Ini disebabkan oleh permukaan clutch plate sudah menipis tentunya sudah lama digunakan.

Sekarang jalan penyelesaian bagi masalah motor meleret ialah dengan menggantikan clutch plate lama kepada baru.Dengan berbuat demikian barulah masalah motosikal anda boleh selesai dan anda boleh bergembira semula menunggang motor anda.

Punca Penyetat motor ngelos

Tendang tak melekat,kosong terus engkol ngelos  sampai kebawah 

Cara untuk menghidupkan enjin motor kita perlu menggunakan penyetat atau dipanggil  penghidup atau engkol atau stater.Ada pula motor menyediakan dua kaedah penyetat iaitu penyetat kaki dan penyetat elektrik.contohnya banyak terlihat pada jenis motor skuter. Pada saya penggunaan dual penyetat pada motosikal membuatkan kita senang,lebih-lebih lagi bagi golongan emas juga bagi yang kurang upaya.Penyediaan stater elektrik dapat menyelesaikan masalah penyetat keras yang selalu di complaint oleh pengguna.Tapi ada satu masalah lagi pada penggunaan penyetat kaki.

gambar penyetat kaki

Penyetat kaki motor ngelos

Ngelos bermaksud gelincir atau biasa kita sebut penyetat lus.Sekarang mungkin anda  sedang menghadapi  masalah ini.Tentu amat susah untuk  hidupkan  motor anda pada waktu enjin sejuk terutamanya. Mungkin tendang sampai 10 kali pun masih motor tak mahu hidup.Tendang tak melekat,kosong terus engkol ngelos  sampai kebawah.Ini sebenar adalah ber-punca daripada masalah pada clutch.Cara untuk mengatasi masalah penyetat ngelos ini ialah menukar clutch baru.Tapi sebelum tu, boleh cuba ejas clutch motor anda terlebih dahulu.Jika setelah direndahkan clutch, penyetat masih ngelos maka bolehlah dikuti langkah selanjutnya.Perhatian! Ini berlainan dengan masalah benang tret starter kick rosak.

Motor kuat makan minyak petrol

Gambar tangki kering sebab motor kuat makan minyak

motor makan minyak

Masalah motor kuat makan minyak petrol adakah cara untuk atasinya.Memang motor makan minyak itulah halnya guna motor atau kenderaan apapun tapi bila berlebihan guna minyak mesti ada perkara tak kene pada motor tu.Nak tau juga masa bila motor tu mula kuat makan minyak,selepas buka enjin atau dah memang dari asal dah guna banyak minyak.

Nak tahu sesebuah motosikal banyak makan minyak atau tak boleh bandingkan dengan motor kawan yang sama jenis.Kalau motor standard biar sama standard,modified tak payah cerita.

Yamaha 125z kuat minyak

Contoh motor guna banyak minyak petrol pada keluaran asal ialah
Yamaha 125z,sorry Yamaha ..!
Benda semua pemilik 125z tahu,bukan rekaan.Cuba bandingkan dengan Rxz yang berkapasiti enjin lebih 10cc darinya,rxz tentu lebih jimat.Setengah pomen kata struktur enjin moden punca motor kuat makan minyak petrol.Pentingkah enjin moden jika lebih banyak guna minyak?

Perlu selaraskan carburetor

Carburetor adalah kunci untuk penjimatan minyak motor.Buat penyelarasan balik,tak payah guna tuning asal kalau dah makan minyak banyak sangat.Tukar carburetor jenis lain jika perlu.Satu lagi optimalkan sistem ignition. Boleh cuba ignition power booster atau guna spark plug yang berkualiti dan setting karburator balik.

Baca juga >> motor makan minyak hitam

Ada juga motor kuat makan minyak disebabkan kerosakan pada karburator atau injap bocor,Pembaziran bahan api.masalah motor minyak kuat boleh diatasi dengan membuat sedikit perubahan seperti yang diterangkan.Tak perlu jual motor 🙂

Cakap pomen;’motor laju mesti minyak kuat’.

Minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam motor kering

Masalah minyak hitam kering antara masalah kerosakan motor paling banyak mendatangi pomen di bengkel motor.Selalunya masalah ini kita kesan masa tukar minyak hitam.Sintom awal minyak hitam berkurangan setelah diperiksa_cek minyak hitam.


Kesan minyak hitam kering akan memberi kerosakan yang serius pada enjin motor.Kompenon-kompenon enjin << seperti piston,crankshaft,camshaft,clucth semua akan rosak dan enjin perlu dibuat overhaul.

Punca minyak hitam kering disebabkan beberapa perkara berkaitan antaranya ialah

-kebocoran oil seal

-kebocoran gasket

-kebocoran seal injap pembakaran dalam

–  Seperti valve minyak dan valve dan  Valve ekzos untuk motosikal
4 stroke sahaja.

-Haus pada silender/blok atau biasa  Orang sebut blok longgar

-Gegelang Omboh(piston ring) rosak

Gambar contoh minyak hitam leaking
Contoh enjin leaking yang kritikal

Minyak enjin berkurangan

Oil seal atau getah penebat sering di lihat pada shaft gear atau shaft starting dan beberapa tempat lagi boleh ditukar ganti dari luar.

Gasket ialah kertas atau logam nipis yang dibuat untuk menutup belahan pada enjin untuk mengelakan kebocoran minyak hitam/pelincir enjin.kebocoran akan menyebabkan minyak enjin berkurangan dan kelamaan mengering.

kawasan yang bocor ialah pada head block,clutch dan jarang sekali pada bahagian tengah enjin yang perlu kerja Overhaul enjin untuk menukar ganti gasket itu.kesan-kesan gasket bocor boleh dilihat sering ada tompokan minyak di tempat parking.

Valve ialah barangan dalaman enjin terletak pada bahagian head cylinder.Pada tiang valve terdapat Valve Seal untuk melindungi pelincir masuk ke kebuk pembakaran.Sedikit demi sedikit minyak akan berkurangan jika ia berlaku.

Sama seperti valve ,minyak lolos melalui celahan ring piston juga penyebab minyak kering secara cepat jika kehausan teruk pada Ring atau dinding cylinder block kerana minyak pelincir mulai masuk ke kebuk.Tukar ganti perlu melalui proses Top Overhaul.

Kesan minyak hitam kering pada enjin

Ok,ni update sikit ni,saya mahu tunjukan kesan minyak hitam kering pada enjin motosikal 4 stroke.Enjin motor ini terpaksa dibuka(overhaul) setelah mengalami “jem rod”.

Jem rod maknanya Connecting Rod pada Crankshaft tidak dapat berfungsi lagi,jadi kaku dan bila ini terjadi penyetat kaki jadi keras tak boleh start.kejadian ini mirip seperti “jem block”,..penyetat keras.

Gambar rod jem
Connecting Rod

Kejadian ini jika dilihat lebih mendalam ialah disebabkan tiada aliran minyak hitam di dalam ruangan bearing rod dan bush rod.Ini akan menyebabkan bearing bergesel dengan kasar pada bush.Lama-kelamaan menyebabkan sarang bola bearing pecah.

Baca lagi: penyebab lain minyak kering

Seperti yang disarankan kepada semua pengguna motor iaitu sentiasa periksa minyak hitam cek minyak hitam sebelum memulakan perjalanan.Jika minyak  berkurangan perlulah dibuat pemeriksaan lanjut.Adapun minyak hitam sedikit kurang adalah normal bagi sesebuah enjin motor.Bocor minyak hitam perkara utama punca minyak kering.

Cakap pomen; ‘cek minyak hitam sebelum jalan’