Spanar buka skru enjin motor guna impact

Salam pembaca,

APA khabar pembaca CKP,hari ini kepada pemula mekanik motor kita, saya ingin kongsikan asas penggunaan spanar  untuk membuka skru pada enjin motor khasnya kerana bahagian ini mungkin paling rumit untuk anda godekkan.
Misalnya hari ini anda terasa boring tak ada kerja nak buat dan terasa pula nak buka enjin motor tapi tahu cara nak buka enjin motor tu.Inilah berita baik untuk anda,katakan hari  anda nak cuba membuka klac untuk tukar alat ganti atau saja nak buka tengok apa barang yang ada pada bahagian tu maka spanar alatan tangan jenis apa yang digunakan?sebab mungkin anda sudah mencuba dengan sebatang skrudriver tetapi gagal :p
Hah,lihat dibawah ini..

Gambar impact driver
Impact Driver set

Membuka Skru Jenis Philip Pada Bahagian Enjin Motor

Normalnya Skru  Philip(bunga) ada bahagian enjin agak ketat untuk dibuka dan cara yang paling tepat ialah dengan menggunakan spanar pemaksaan iaitu Impact Driver.Cara menggunakan Impact Driver ialah anda perlukan bersama Pengetuk(Hammer).

Impact Driver mempunyai kunci 2 arah.Bagi membuka skru kasar silalah gunakan mata /paku impact jenis kasar.

Cara Guna Impact Driver

Gambar ilustrasi impact driver

Dengan menggunakan Hammer, ketuk pada bahagian atas Impact. Sebelum mengetuk sila tekan impact dan pusing ke arah lock kiri(lawan jam) dan lepaskan.Sekarang ini Impact Driver dalam berkeadaan bersedia untuk membuka skru.Sekali lagi,pastikan sudah lock ke kiri dan lepas.Sekarang ketuk dengan padu kira-kira seperti mengetuk paku 2 inci pada papan.Jika betul caranya maka skru enjin akan berjaya dibuka.Berhati-hati juga semasa menggunakan Impact Driver kerana kesilapan akan membuatkan skru lus/rosak.sekian.

Minyak hitam terbaik APi JASO

Mencari minyak hitam terbaik untuk motor perlu memahami kereteria APi dan JASO
dan kod Vascosity

 

Berlainan dengan mesin lumba penggunaan pelincir(minyak hitam)motosikal komersial/motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam yang pekat adalah terbaik.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun.

Castrol Go! 4T adalah minyak enjin berkualiti tinggi yang direkacipta khas untuk motosikal 4 lejang.Dirumuskan dengan kepakaran Castrol dalam pembuatan pelincir motosikal,Castrol Go!4T menggunakan Castrol’s Trizone Technology untuk memastikan perjalanan anda lancar sepanjang masa.Castro Trizone Technology melindungi enjin,klac dan gear untuk menjaminkan fungsi terbaik ketiga-tiga komponen  kritikal ini.Sesuai untuk untuk semua jenama motosikal 4 lejang,sama ada yang menggunakan karburator ataupun suntikan bahan api.Memenuhi keperluan piawaian Api SG dan JASO MA2.

Gambar hiasan enjin
Melindungi enjin

Pernah baca keterangan seperti berikut pada botol minyak hitam yang anda beli?.Keterangan yang cukup meyakinkan pembeli 🙂
Tapi yang kenyataan yang paling kuat pada petikan diatas ialah

‘Memenuhi keperluan piawaian Api SG dan JASO MA2’.

Ok jom lihat apa yang saya dapat tentang APi dan JASO setelah melakukan research di internet

 
 


Pelincir enjin dinilai oleh American Petroleum Institute (API)_ mereka menilai sifat-sifat kimia dan fizikal menggunakan kaedah ujian bangku serta ujian sebenar enjin berjalan untuk mengukur enapan pencemar.Mereka mengkaji pengoksidaan,pemakaian komponen, penggunaan minyak, deposit omboh dan ekonomi bahan api.Oleh sebab API merupakan satu standard bagi perindustrian minyak pelincir,maka dengan adanya lebel pada minyak pelincir telah menjamin mutu dan kualitinya.

Gambar  klac motor
Melindung clutch

Sekarang ni JASO pula

Jepun Piawaian Automotive Organization (JASO) telah mencipta set mereka sendiri prestasi dan standard kualiti untuk enjin petrol yang berasal dari Jepun.

Bagi enjin petrol empat lejang, standard JASO T904 digunakan, dan amat relevan dengan enjin motosikal.

JASO T904-MA dan MA2 standard direka untuk membezakan minyak yang diluluskan untuk digunakan klac basah, dengan pelincir MA2 mencapai prestasi geseran yang lebih tinggi.

JASO T904-MB standard menandakan minyak tidak sesuai untuk digunakan klac basah, dan oleh itu digunakan dalam skuter dilengkapi dengan penghantaran terus berubah-ubah. Penambahan pengubah geseran kepada minyak JASO MB boleh menyumbang kepada penjimatan bahan api yang lebih besar dalam aplikasi ini.

Bagi enjin petrol dua lejang,  JASO M345 (FA, FB, FC, FD) standard digunakan,  dan ini merujuk terutamanya kepada abu yang rendah, pelinciran, detergency, asap rendah dan menyekat ekzos.

Piawaian ini, terutamanya JASO-MA (untuk motosikal) dan JASO-FC, direka untuk menangani isu-isu minyak-keperluan yang tidak dinyatakan dalam kategori perkhidmatan API. Salah satu unsur yang standard JASO-MA adalah ujian geseran direka untuk menentukan kesesuaian untuk penggunaan klac basah.  Minyak yang memenuhi JASO-MA dianggap sesuai untuk operasi klac basah. Minyak dipasarkan sebagai motosikal khusus akan membawa label JASO-MA.

Sumber direct: wiki

Gambar hiasan gear
Melindung gear

Kod Vascosity

Kod vascosity seperti 5w 30 yang terdapat pada botol minyak menerangkan tahap kelikatan minyak hitam itu.Kelikatan(cair atau pekat) yang dimaksudkan seperti perbandingan air dan sos tomato.Sos tomato adalah lebih likat dari air.

Kita juga melihat pada botol minyak pelincir seperti ini ‘SAE 30’.
SAE ialah Society of Automotive Engineers yang mewujudkan skala minyak enjin juga minyak gear.

Berbalik kepada angka 5w 30
‘W’ bererti winter(musim sejuk).
Bermakna minyak itu di uji pada kesejukan.minyak 2 angka 5w 30 ini disebut multi gred.Ia mempunyai bahan pengecas istimewa disebut viscosity index improvers( VIIs).

Vi akan membuat kadar kelikatan berubah-ubah.lulus kepanasan pada suhu 100° dengan angka 30  dan juga lulus kesejukan 5w.Angka 30 jika dinaikan menyatakan minyak itu lebih pekat dan lambat mengalir,angka 5w semakin kecil lebih baik mengalir pada suhu sejuk juga untuk start enjin.Minyak hitam semi synthetic mempunyai kandungan Vii yang tinggi berisiko ‘down gred’ untuk jangkamasa tertentu setelah mengalami suhu sejuk dan panas enjin secara berulang.

Gambar hiasan gred minyak pelincir

Nombor tanpa w seperti SAE 30 pula di uji pada
suhu 210° F  atau 100° C iaitu suhu operasi enjin motosikal.Boleh dikatakan minyak SAE 30 adalah sama kelikatan/kepekatan dengan minyak pelincir 10w-30 atau 5w-30 pada 210°F(100°c).Perbezaan antara kedua-duanya hanya pada suhu sejuk kerana 5w-30 diuji dan mendapat gred pada kesejukan tidak bagi SAE 30(tanpa w).

5w-30 mempunyai kelebihan daripada SAE 30 pada suhu sejuk.Kelebihan yang dimaksudkan ialah tahap kelikatan minyak itu mampu mengalir dengan baik ringan didalam enjin pada kesejukan 5w(lihat jadual) walaupun prestasinya sama dengan SAE 30 pada suhu operasi enjin memuncak 100°c.

Jika minyak mempunyai w seperti sae 15w   mengalir pada suhu     210° F (100° C) sama seperti sae 40 ia akan dilebel sebagai 15w-40

Minyak mempunyai w berbeza dengan tanpa w ialah pada masa suhu sejuk atau masa mula hidupkan enjin

Kelebihan minyak yg mempunyai kelikatan tinggi ialah memberi ketahanan pada komponen enjin.Kekurangan ialah terlalu likat yang menyebabkan alirannya didalam rongga-rongga enjin, pam minyak hitam,crankshaft adalah lambat.Faktor ini mempengaruhi permulaan hidupkan enjin.

Pengaruh kelikatan pelincir pada perlumbaan motor

Enjin berprestasi tinggi didalam perlumbaan motor memerlukan aliran pelincir yang cepat dan pelincir cair adalah pilihan.Kemenangan adalah matlamat utama.Ketahanan jangkahayat komponen enjin tidak diperlukan kerana kegunaannya selesai setelah perlumbaan.Kadangkala ketahanan pada suhu panas melampau juga dititikberatkan contoh pada pusingan perlumbaan yang panjang.

Berlainan dengan motosikal komersial,motor tunggangan harian yang mahukan jaminan jangkahayat yang lama.Pemilihan minyak hitam sesuai untuk motor “cari makan” ialah yang pekat,bukan terlalu pekat.Tidak perlu overhaul enjin setiap tahun kerana sering rosak bearing,piston rod sebagainya.


Gambar gred minyak pelincir

Apakah pelincir yang sesuai untuk pengguna motor di Malaysia

Setelah apa yang faham setelah melakukan semua research diatas saya katakan minyak pelincir pilihan yang sesuai untuk pengguna di Malaysia ialah single gred seperti
SAE 20, SAE 30,SAE 40 yang mendapat lebal dari APi dan JASO.
Ini kerana purata suhu di Malaysia  ialah sekitar 30°c-35°c kecuali anda tinggal di Genting Highland atau lain-lain tempat tinggi.Pada tempat itu anda perlu membuat pengiraan balik tentang pemilihan untuk mendapat minyak hitam terbaik.

Alat pengukur tekanan angin tayar poket

Salam pembaca,

Baikimotor.blogspot.com hari ini ingin kongsi info tentang alat pengukur tekanan angin tayar,boleh digunakan pada motor,kereta,lori kecuali keretapi.Pengukur angin tayar yang saya tunjukkan ini simple je dan harga pun murah untuk dibeli.Alat ni kecil dan mudah simpan dalam poket untuk dibawa kemana saja.lihat gambar dibawah

Orang putih cakap pressure gauge_kegunaannya ialah pengukur atau penyukat tekanan angin dalam tayar.

Cara guna pengukur angin tayar poket

Senang ja guna pengukur angin tayar poket ni.Mula-mula pam tayar dulu,samada guna tangan ka pam elektrik ka atau pam tayar bengkel apek ka janji masukan angin dalam tayar.Sesudah itu,ambil alat tadi tekan pada bar tiub/kepala tiub.Pap!! Secara automatik jarum pengukur angin naik.Tengok bacaan berapa pada meter tu.Sudah dapat bacaan tekan button atas tu,ia akan reset balik bacaan pada 0 kiraan.

gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket
Gambar alat pengukur tekanan angin tayar poket

Berapa bacaan ideal tekanan angin tayar motor 

Sukatan ideal angin bagi tayar motor cub bawah 125cc ialah 15 hingga 21 dan bagi tayar belakang ialah 21 hingga 30psi
Gunakan tolok penyukat angin tayar untuk mendapat ketepatan.Ini adalah sukatan bagi berat badan saya,mungkin anda sikit berbeza..

Beli alat penyukat tekanan angin tayar

Bagi pengguna kenderaan alat ini amat berguna sekali rasanya.Alat pun mudah didapati dipasaran sekarang yang boleh dibeli.Harga pun tak mahal
Sila lihat disini;
Alat penyukat tekanan angin

Sekian info mengenai alat pengukur tekanan angin tayar
Salam jumpa lagi.

Aci engkol

Rupa bentuk aci engkol,bahagian-bahagian serta fungsinya



Gambar aci engkol

Ini la rupa bentuk aci engkol atau crankshaft.aci engkol terletak pada bahagian enjin tengah.Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling  berat.Ia terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu kanan dan kiri.Bahagian kanan untuk sambungan pada clutch dan kiri pula untuk magneto.Rod penyambung pula dipasang ditengah-tengah aci engkol.Pada sambungan rod dengan aci engkol terdapat bearing dan pin.Salalunya masalah aci engkol rosak atau ‘jem’ adalah pada bahagian bearing ini.Ciri-ciri aci engkol rosak ialah kedengaran enjin motor bunyi bising  ‘knocking‘.Semakin teruk rosaknya semakin kuat enjin bunyi atau langsung jem (kejang).

* untuk menukar rod, enjin perlu dibuat          overhaul *

Fungsi

Pada pendapat saya, fungsi aci engkol  ialah untuk menghasilkan putaran enjin.Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.

Rpm (Revolutions per minute) pula dikira pada putaran aci engkol.Semakin tinggi nilai pada meter rpm bermakna semakin banyak putaran enjin dihasilkan.

Aci engkol boleh diguna pakai sepanjang hayat motosikal hanya rod penyambung,bearing rod akan ditukar ganti.Ini kerana aci engkol diperbuat daripada besi padu.Mungkin masalah kecil boleh berlaku pada aci engkol tetapi ia boleh diperbaiki.

Cakap pomen ; aci engkol tak berbunyi sebaliknya rod yang berbunyi”

C dan ring

Kegunaan Sepanar c dan ring

Sepanar c ialah sepanar untuk membuka dan memasang nat.C bermaksud hujung terbuka.Hujung ‘c’ bersesuaian untuk nat yang berada ditempat sulit.Bagaimana ia kurang kuat berbanding dengan sepanar jenis ‘ring’.

Sepanar ring diguna pakai untuk ikatan skru yang kuat contohnya skru tayar,swing arm,skru- skru enjin.Malahan terdapat juga sepanar 2 kegunaan iaitu common ring.Sepanar common ring ialah sepanar gabungan jenis C dan Ring.

Saiz sepanar yang selalu diguna pakai dalam kerja motor iaitu diantara 8′,10′,12, sehingga 32′.

Gambar sepanar
Contoh sepanar common ring