Spark Plug hitam punca motor semput

Gambar spark plug hitam motor semput

Spark plug atau palam pencucuh berfungsi sebagai penyala api untuk membakar minyak + udara bagi membolehkan enjin hidup dan menggerakkan motor.Bagi mekanik spark plug itu itu dapat mencerminkan bagaimana cara enjin motor anda bekerja dari segi kondisi iaitu samada baik atau tidak baik.Contohnya spark plug anda berwarna hitam adalah kesan dari pembakaran yang tidak sempurna.

Biasanya motor dengan spark plug hitam anda boleh kesan semasa anda menunggang lagi.Tanda-tanda yang akan kelihatan adalah seperti enjin selalu mati(tak ada timing) selepas dibiarkan beberapa minit dalam keadaan idle/melahu/tanpa main throttle.Semasa berjalan pula motor terasa tersengguk atau semput pada kelajuan rendah,biasanya.Terakhir sekali iaitu semasa keadaan semakin parah ia menyebabkan enjin mati dan motor tak boleh start (spark plug mati/plug ‘kong’).

Sebenarnya punca spark plug hitam agak rumit untuk dinyatakan secara total.Motor itu perlu dibuat pemeriksaan menyeluruh dari segi sistem nyalaan seperti Cdi,coil magnet serta coil plug,karburator,ekzos (motor 2-stroke) dan juga bahagian dalaman enjin.Tapi di bawah adalah asas ciri warna plug hasil dari kesan kerosakan pada beberapa komponen enjin tertentu;

Spark plug hitam berkarbon

Gambar plug berkarbon

Spark plug berkarbon hitam selalu menunjukkan pemasalahan pada karburator termasuk sistem penapis udara,atau berlaku apabila cdi rosak,coil plug atau coil magnet yang rosak.Cara atasi masalah ini adalah dengan melakukan servis biasa pada bahagian karburator atau menukar ganti coil yang rosak itu.

Spark plug hitam berair petrol

Ini adalah lanjutan dari masalah di atas bererti berlaku setelah keadaan sudah parah.Keadaan plug hitam itu kini kelihatan berair,dan apabila dihidu ia adalah petrol.
Selain dari yang sudah dinyatakan itu ia juga berpunca masalah karburator banjir/overflow atau kebocoran injap enjin.

Larasan karburator yang tidak tepat juga punca kenapa plug berair petrol.Ini khas berlaku pada motosikal yang dibuat modifikasi.Penukaran jetting dapat baik pulih masalah ini.

Spark plug berminyak hitam

Gambar spark plug berair

Pada motor 4-stroke ia adalah akibat masalah seal penghalang minyak hitam rosak seperti Valve Seal,Ring Piston atau juga berlaku selepas gasket head pecah.Plug kelihatan berminyak kerana minyak hitam yang lolos ke ruang atas kepala piston itu tidak terbakar oleh api spark plug.lama kelamaan ia mengakibatkan  plug shot (plug mati).

Bagi motor 2-stroke pula ia adalah berpunca dari seal di dalam enjin.Oil crankshaft bocor atau pecah ialah penyebab minyak hitam masuk ke ruang bakar enjin bercampur bersama dengan petrol.Enjin perlu dibuka untuk menggantikan oil seal.

Pilih Spark Plug yang baik supaya tidak rugi

Gambar spark plug yang baik

Kerugian sekali bila plug menjadi hitam ialah boros minyak petrol dan jangkahayat plug lebih singkat.Kesan lain lagi ialah kehilangan kuasa enjin (motor tak laju) dan hilang keselesaan semasa menunggang kerana masalah yang diterangkan seawalnya tadi.

Spark Plug berwarna hitam juga terjadi kerana pemilihan  spark plug yang tidak bersesuaian,yang paling utama sekali kod nombor plug itu.Kalau plug yang di cadangkan untuk motor anda adalah NGK C6,penggunaan plug C7 boleh mengakibatkan hujung plug jadi hitam.Ini kerana spark plug C7 adalah lebih sejuk dari C6.Biasanya plug lebih sejuk sesuai untuk motor yang selalu ‘kerja keras’.Spark plug yang terbaik sekali untuk motor ialah ‘recommended’ dari pengeluar motor anda kerana pilihan kurang tepat akan mengganggu sistem enjin kadang menjadi punca kerosakan teruk.

Cakap Pomen Motor
Jadi eloklah dihantar servis jika motor anda plug sudah jadi hitam kerana ia adalah petanda gangguan pada sistem operasi motor anda”.

Minyak hitam synthetic

Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya

Baikimotor.com-mengenai minyak hitam synthetic sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka..

Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini.


Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunakan 90% minyak bumi dan 10% adalah ubat(addictive).Minyak semi-synthetic juga berbeza di antara keduanya iaitu menggunakan 30% bahan synthetic dan 70% mineral.

Apapun yang jelas minyak mineral adalah paling banyak digunakan untuk motor kerana harga yang menjimatkan berbanding synthetic berlipat ganda perlu dibayar untuk satu liter botol minyak.Harus tahu minyak motor mineral adalah masih kasar(komponen zarah) pembuatannya,hanya sekadar minyak  jadi minyak ini sesuai untuk enjin lama yang bergerak perlahan tanpa prestasi cermerlang yang dituntut oleh sebuah enjin yang sentiasa berkerja keras atau pada sebuah enjin moden
yang berkelajuan tinggi.Terciptanya minyak hitam synthetic asal adalah kerana kekurangan minyak bumi di negara tertentu jadi untuk memenuhi permintaan mereka telah mereka cipta di makmal terdahulu dengan kerja  mengekstrak dan campuran bahan kimia untuk menjadikan ia sejenis minyak yang begitu halus,bersih dengan prestasi begitu menkagumkan.

Kelebihan minyak synthetic

Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik – dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan dalam ujian dan itulah antara kelebihan minyak hitam synthetic.

Indeks yang tinggi di atas 180 pada minyak synthetic adalah sifat asalnya menjadikan ia kadang kala tidak perlukan penambahan ubat   sepertimana minyak mineral dengan indeks di bawah 120.

Setiap minyak hitam akan berlaku perubahan kelikatan pada suhu semakin panas,ia mula berubah dari pekat kepada cair.Jika minyak itu lebih cepat berubah bermakna ia mempunyai kadar indeks yang rendah dan sebalik berlaku jika dengan kadar indeks yang tinggi seperti minyak synthetic.

Solusi untuk mengatasi masalah itu,sedikit sedikit impruvasi pada indeks dibuat dengan bahan dinamakan Viscosity Index Improver (Vii).Kekurangan minyak dengan Vii yang tinggi pula adalah ia merosot dalam beberapa tempoh waktu diguna pakai.Kelebihan lagi untuk minyak synthetic yang kekal lebih lama penggunaannya,bermakna waktu tukar minyak turut dilanjutkan.

Ciri minyak synthetic

Minyak hitam dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza ciri pembembuatannya.Di sini juga menentukan sama ada minyak itu adalah minyak mineral,semi-synthetic atau full synthetic atau fully -synthetic

Kumpulan 1,2 adalah minyak mineral iaitu paling jimat harga serta paling popular digunakan pakai pada kenderaan komersil.Kumpulan 3 ialah minyak mineral berprestasi tinggi dengan pembaikan.Kadang-kala minyak ini juga dilebal pada botol sebagai minyak synthetic pada negara tertentu.Ini adalah kerana terdapat pencanggahan diantara komponi pengeluar minyak hitam pada suatu masa dahulu.Kumpulan 4,5 ini ialah minyak betul-betul synthetic ‘full synthetic’.5 menggunakan bahan kimia ester dan 4 menggunakan Polyalphaolefin(PAO).Saya percaya minyak motul ada menggunakan ester.Pennzoil pula dikatakan di antara minyak synthetic terbaik dengan menemui formula mengekstrak dari gas asli.

Oleh kerana pencanggahan pada kumpulan 3 itu dengan minyak full synthetic maka timbul keraguan yang mana satu minyak 100% synthetic dan apakah ciri
perbezaannya?.

Mineral +additive
=mineral atau full synthetic

Synthetic(PAO,ester)+additive
=100% synthetic

Tidak ada yang menjamin yang mana satu 100% minyak hitam synthetic,ia terserah kepada komponi pengeluar jika mahu melebalkan sebagai 100% synthetic atau full synthetic yang dilabel pada botol.SAE,Api atau JASO hanya menjalankan ujian dan memberi gred kelikatan tidak pedulikan unsur digunakan samada asas minyak bumi atau synthetic.

Rujukan

http://knowhow.napaonline.com/synthetic-oil-made/

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Synthetic_oil

http://www.synthetic-oil-technology.info

https://www.bizol.com/company/education/lubricant-knowledge-base/why-synthetic-motor-oil

Video

Cakap Pomen Motor ” Adalah begitu baik jika menggunakan minyak hitam synthetic tapi belum tahu bayaran harga begitu tinggi menjamin kita mendapat produk 100% synthetic..hanya kepercayaan pada komponi tertentu berdasarkan sekeping label diberi ..:) “.

Salah saiz spark plug

Isu kesalahan pemilihan plug panjang pada motor 4-stroke

Salam,

Tempat Spark plug adalah pada Head Cylinder mana-mana enjin bermotor.Bagi enjin motor 4-stroke di dalam Head terdapat beberapa komponen kerja enjin seperti Chamshaft dan Valve namun sebiji plug tidaklah menganggu komponen tersebut sehingga ada kesalahan pada ukuran saiz  plug itu.

Spark plug dikeluarkan oleh pengeluar seperti ternama NGK, Denso adalah berlainan saiz mengikut jenis motor contohnya Yamaha rxz B8es,Y100 Bp7hs,lagenda 110 c6,Honda c70 c6 dan Wave 125 guna CPR6EA-9 (NGK).Saya tidak mahu pergi jauh tentang saiz plug motor anda kerana anda boleh cek sendiri di buku panduan pengeluar motor anda pakai itu,apa yang yang saya mahu ulaskan di sini ialah mengenai isu salah masuk Spark Plug.Maksudnya di sini ialah motor menggunakan plug berlainan dari asal,bukan dari segi jenama plug tapi dari segi saiz plug.

Sebagai contoh anda boleh lihat sendiri diameter plug untuk motor Honda Ex5 dengan Lc 135,jelasnya jika dilihat dengan mata kasar ia adalah sama cuma yang membezakan keduanya ialah ukuran panjang pada benang plug itu.Panjang benang itu adalah yang paling penting sebenarnya.

Gambar plug motor

Sebelum ini saya ada terbitkan tantang masalah thread plug rosak dan hari ini ada satu lagi isu baru mengenai Spark plug atau bahasa bukunya ialah palam pencucuh.

Jadi,semalam saya dapat satu kes salah masuk Spark Plug pada motor Modenas kriss yang sepatutnya menggunakan plug dengan kod c6 atau c7 tapi tersilap menggunakan plug cpr6.Kesannya membuat owner garu kepala..”kenapa motor aku tak mahu hidup padahal guna plug baru,tadi plug lama elok saja hidup cuma sempot sikit saja..”

Jadi saya pun seperti biasa lah
periksa apa masalahnya..hasil pemeriksaan yang saya buat pada motor itu,bahagian api tak ada masalah cuma motor saja tak ada ‘compression’.Motor tak ada compression datangnya dari bahagian pembakaran,jadi langkah seterusnya ialah dengan membuat Top Overhaul.

Kesan salah guna Spark Plug

Setelah selesai  membuka komponen Top,saya dapati benang plug tadi sudah melebihi kedudukan yang sepatutnya.Kesannya ialah Valve sudah terkena pada bahagian bawah plug itu.Apa jadi bila Valve terkena plug?

Valve bengkok!..kalau valve bengkok makanya pasti Valve bocor dan apabila Valve bocor seterusnya akan mengakibatkan enjin hilang compression dan enjin tak mahu hidup.

Pada masa sekarang sebiji plug NGk berharga sekitar
RM 5 untuk plug saiz C6 dan jika dibandingkan dengan kos membuat Top Overhaul ia adalah berlipat kali ganda.Jadi amatlah merugikan kepada pemilik jika perkara ini terjadi.

Mengapa terjadi? Kemungkinan kita tak memeriksa terlebih dahulu panjang plug tersebut, walaupun kita merasakan telah  membeli plug yang benar untuk motor kita sebaiknya buat pemeriksaan semasa memasang plug.Jadi,tolong ya..motor sendiri ke atau kalau nak tolong orang tepi jalan tu sila ukur panjang plug yang dia pakai adalah sama dengan plug yang kita mahu pasangkan itu.

Suka saya jelaskan lagi sempena anda berada di sini tentang begaimana Valve boleh terkena plug yang salah saiz itu.Lihat gambar di bawah ini

Gambar kesan plug

Keterangan: Valve adalah bergerak secara turun naik semasa enjin beroperasi

Pilih plug yang betul

Cakap Pomen Motor ” Harap anda sudah mendapat sedikit info pada hari ini dan semoga anda pilih spark plug yang betul untuk motor anda yang sampai tersalah guna plug.

Pada motor 2 lejang kesalahan pemilihan plug yang diguna pakai tidak mendatang masalah sebegini tapi hati-hati jika pada 4-stroke kerana ia adalah perkara serius.”

motosikal 2t campur petrol

gambar 2t

Jumlah  campuran minyak 2t kepada petrol untuk motosikal dua lejang

Kepada pengguna motosikal 2 lejang standard jalanan bolehlah rujuk kepada pengeluar tentang sukatan  campuran minyak 2t.Jumlah  campur 2t kepada petrol yang ideal ialah 32:1 atau 40:1.

32:1 bermaksud 32 ml minyak 2t untuk 1 liter petrol lebih kering dari  40:1.

Tiba-tiba saja 2t pump rosak mahu digantikan baru,harga pun boleh tahan mahal..jadi penyelesaiannya untuk sementara waktu terpaksalah tambah terus kedalam tangki minyak petrol (2t bancuh).Akan tetapi tak boleh sesuka hati campur kedalam tangki perlu tahu juga sukatan yang betul kalau tidak mendatangkan masalah motor pula.

Sebenarnya jumlah 2t yang perlu diisi untuk 1 liter petrol bergantung kepada keperluan sesebuah enjin,jika motor anda masih dalam ketagori standard,30:1 atau 40:1 adalah pilihan.


Cara tunggangan anda  juga akan membawa kesan,Jika anda sentiasa bawa motor pada kelajuan tinggi maka campuran yang lebih diperlukan dan kalau masa tunggangan anda banyak dihabiskan di laluan trafik sesak eloklah dikurangkan campurannya supaya lebih memberi penjimatan penggunaan 2t selain ia lebih elok untuk jangkahayat spark plug.Jangan lupa kesian juga orang kat belakang anda semasa di traffic light..:)

Langkahnya sebelum anda campur 2t dengan petrol didalam bekas bancuhan lihat dulu kesan 2t kurang atau 2t besar kepada enjin motor kita.Ini pengetahuan asas yang saya kongsikan..

Motor 2t (dua  lejang) ekzos mesti berasap kalau tak berasap itu petanda minyak 2t kurang,habis atau ada masalah lain.Pertama sekali sebelum jalan kepada sesiapa yang menggunakan motor 2 lejang ialah perhatikan ada asap keluar dari ekzos.Secara normalnya enjin sejuk asap lebih banyak kelihatan dan selepas enjin mula panas ia mula berkurangan.

Ingat! risiko berjalan jika ekzosnya tak berasap ialah ‘motor jem’.Ini terjadi disebabkan 2t terlalu sedikit sampai kedalam enjin atau langsung tak ada.Bearing,rod,piston tidak mempunyai pelincir untuk perlindungan suhu panas enjin.

Keadaan pula berbeza berlaku apabila minyak 2t terlampau besar,walaupun tidak membawa kerosakan yang besar ia turut memberi ganguan kepada enjin motosikal itu.

Motosikal jadi ‘bobok’ , kurang power seterusnya kepada masalah ‘plug basah’.Akhirnya anda terpaksa tolak motor ketepi jalan.

kesan tukar minyak 2t

Minyak 2t dari pengeluar berbeza semestinya juga ada kelainan dari segi bahan pembuatannya.Contoh sebelum ini kita menggunakan 2t mineral  dari pengeluar A dan disebabkan hal tertentu kita telah menukar kepada 2t mineral  pengeluar B.

Jangan terkejut tiba-tiba motor kita berasap lebih banyak hari ini,ini adalah kemungkinan besar berlaku.

Bertukar spec minyak juga sama halnya.Setelah beralih kepada 2t sintetik kini asap kelihatan berkurangan..perlukah dibesarkan nisbah 2t?

‘low smoke’ 2t oli seperti 2t semi-sintetik atau full-synthetic oil memberi kelebihan untuk prestasi enjin. Ejin dapat bergerak lancar dan kuasa enjin pun terus dapat dipertingkatkan  kerana 2t dapat digunakan lebih banyak tanpa membawa masalah plug..walaupun belanja lebih besar..:)

Setting= petrol+2t+udara lebih ‘rich’ baik untuk piston-ring.Gas bahan bakar kurang lolos dari kebuk pembakaran.

Cara besar kecilkan 2t motor standard

Ok,terlanjur bercakap tentang 2t saya mahu tunjukkan cara besarkan atau kecilkan(melaras) 2t motor 2 lejang standard.

Perkara pertama pastikan di mana lokasi 2t pump motor itu terlebih dahulu.Saya ambil contoh motor Yamaha 125z;

lokasinya ialah disebelah engine clutch cover,atas.Cari kabel 2tnya terlebih dahulu..sudah jumpa seperti dalam gambar dibawah

gambar  Cara besar kecilkan 2t motor standard

Gunakan 2 spanar bersesuaian mengikut saiz nut itu dan longgarkan.

gambar cara melaras minyak 2t

Sekarang pulas naik nut ke atas beberapa laras untuk besarkan 2t yang dikhendaki dan kunci balik sebagaimana asal nut tadi.Maknanya gabungkan 2 nut tadi balik pada kedudukan yang dilaras tadi dan kunci.Semudah itu saja.

lihat video bawah jika tersedia

video

Sekarang anda sudah besarkan 2t motor anda dengan beberapa langkah saja.Lihat asap yang keluar pasti akan lebih banyak..:)

Sekian dulu artikel tentang motosikal 2t campur petrol pada kali ini.Cakap Pomen Motor akan kembali bersama anda pada isu pengguna motor yang berlainan pula pada kesempatan lain..insyallah.

Awas pelincir motorsikal 5w 30

Minyak Pelincir Multi Gred


salam pembaca,
Cakap Pomen Motor kembali berkongsi info pengguna motosikal,kali ini lagi mengenai minyak pelincir tapi isu lain iaitu khas tentang  pelincir multi gred.

Apa itu multi gred?
Pelincir yang menggunakan Vii (viscosity index improver)  yang dilebal seperti 10w 40 atau 5w 30 dan boleh dilihat ada labelnya pada botol pelincir itu.
Bukan amaran atau kecaman
akan tetapi awas dengan multi gred dengan vii yang tinggi.Saya difahamkan minyak ini mudah merosot prestasinya setelah ia digunakan agak lama pada enjin motor.
Prestasi yang di maksudkan ialah berkenaan kadar kelikatan pelincir / gred pelincir<~BACA.Jika anda sudah faham mengenai kodnya,kita tahu angka dibelakang setelah ‘w’ menunjukkan cair atau pekat minyak itu pada suhu operasi enjin 212F.Kita ambil contoh SAE 5w 30,angka 30 itu adalah gred kelikatannya.
Dipendekkan cerita 30 itu dengan mudah menjadi angka 20.Bermakna minyak pelincir anda sebelum ini dilebal dengan 5w 30 kini telah menjadi sama dengan pelincir 5w 20.
Mengapa? Ini kerana vii telah mengalami tindak-balas setelah ia kerap berubah-ubah suhu untuk menyesuaikan kelikatan pada sejuk dan panas,itu adalah sifat vii.Lebih banyak vii didalam pelincir bermakna lebih mudah pelincir jatuh gred walaupun tujuan sebenar tambahan banyak vii  adalah untuk menjadikan pelincir lebih pekat ketika enjin panas.
Sampai disini mungkin ada yang belum mengerti kenapa vii diadunkan kedalam pelincir multi gred sebenarnya.
Asalnya pelincir itu digredkan sebagai 5w pada contoh tadi.Pelincir dengan gred 5w ini amat bagus semasa suhu enjin jatuh/sejuk.5w itu sebenarnya telah direkodkan oleh SAE( Society of Automotive Engineers) pada jadual mereka kecepatan minyak itu mengalir didalam enjin motosikal.Dengan data yang mereka perolehi akhirnya mereka setuju bahawa minyak itu layak mendapat gred 5w.
Minyak pelincir itu bagaimanapun hanya bagus pada suhu sejuk lebih-lebih lagi bagi mereka tinggal di negara beriklim sejuk,motosikal atau kenderaan mereka amat memerlukan minyak seumpama itu kerana pelincir yang pekat akan menyusahkan mereka untuk menghidupkan enjin kadang-kadang langsung tak boleh start.Lagi kecil angka didepan ‘w’ adalah lebih ringan minyak mengalir didalam enjin.
Sekarang mereka telah menyelesaikan masalah enjin susah dihidupkan ketika sejuk akan tetapi pelincir 5w adalah terlalu nipis ketika enjin mulai panas,sekarang bearing-bearing,gear,piston tidak mendapat sokongan yang secukupnya,pelincir seupama hilang begitu saja tidak melekat atau bertakung.Jadi semua komponen enjin itu tidak mendapat perlindungan yang secukupnya.
Oleh itu mereka telah  menambah satu bahan yang cukup efektif kedalam pelincir iaitu vii.
Sekarang ini pelincir 5w tadi boleh melompat gred ketika enjin panas contohnya 5w 30.Kini pelincir itu dikenali dengan multi gred.Lagi banyak vii pelincir itu terus meningkat kelikatanya 40,50,60 dan seterusnya.
*angka gred rapat menunjukan pelincir itu kurang vii

kesan pelincir jatuh gred pada komponen enjin

Minyak multi gred telah berjaya menyelesaikan masalah enjin ketika sejuk namun setelah timbul isu kemerosotan vii pengguna haruslah berwaspada supaya pelincir yang dipakai itu kerana kesanya membawa kepada kerosakan enjin.
Boleh teliti jadual kecepatan minyak pelincir mengalir didalam enjin untuk membuat pemilihan sesuai.
gambar jadual kelikatan pelincir

sumber gambar;
Bagi pengguna motosikal harian di Malaysia gred 30 adalah terbaik bagi saya seperti pelincir single gred SAE 30 kerana minyak ini tiada campuran vii akan tetapi  mungkin juga anda ada sebab untuk mengguna pakai pelincir jenis multi gred,terserah kepada pilihan masing-masing.

Tapi apa yang mahu baikimotor.com kongsikan kepada anda pembaca yang dihormati disini buatlah penilaian yang tepat dalam pemilihan minyak pelincir untuk motosikal anda.Info yang dikongsikan bukan kenyataan tak boleh disangkal tapi hanya sebagai sedikit pemberitahuan..sekian sahaja kali ini,salam jumpa lagi.