Motor tak boleh start ke takbleh hidup

motor tak boleh start
Piston jem

Salam.Saya nak bantu anda dalam masalah ini tapi saya nak betul faham dulu masalah motor anda hadapi sekarang ini. Motor tak boleh start ke tak boleh hidup, persoalan membawa 2 makna berbeza disini bagi mekanik.

Saya bagi beberapa contoh di bawah

Tak boleh start sebab penyetat tak berfungsi

  1. Penyetat kaki keras
  2. Penyetat kaki lus
  3. Penyetat kaki kosong
  4. Starter elektrik tak berfungsi/tak bunyi

4 contoh masalah biasa ‘kena’ pada pengguna motor menyebabkan enjin tak dapat dihidupkan. Jadi Inikah makna anda kata tak boleh start?

Ok, punca ia berlaku merujuk urutan di atas adalah seperti ini;

  1. Biasanya penyetat keras terjadi kerana enjin jammed- Kalau terjadi semasa menunggang tiba-tiba enjin mati/jammed, kerosakannya ialah pada piston,rod ataupun bearing enjin. Enjin perlu dibuka(overhaul atau top overhaul)
  2. Masalah clutch adalah penyebab utama penyetat lus/loose. Perlu ditukar ganti beberapa komponen clutch sahaja untuk atasinya. Ada bebarapa kes lus berpunca dari masalah starter engkol dan gear dalam enjin.
  3. Penyetat kaki kosong(tak lekat) tandanya berkemungkinan seperti jawapan no 2. Tetapi jika berlaku semasa enjin bergerak adalah kerana kerosakan komponen dalaman enjin seperti piston, oil seal(2-stroke) atau pada valve(4-stroke)
  4. Berkaitan penyetat elektrik/electric starter pula selalunya berpunca dari bateri lemah,check horn,signal seperti biasa atau tak. Tekan button starter enjin berbunyi tapi enjin tak hidup, kita lanjut dibawah

Motor skuter tak boleh start

Ok, motor skuter ia berbeza sedikit dari motor gear manual seperti Honda Ex5,Yamaha Lagenda,Lc,125z dan banyak lagi, ini kerana motor skuter menggunakan system transmisi automatic pendek kata ia tidak menggunakan clutch plate. Jadi bila motor skuter tak boleh start bermakna ia tidak berpunca dari masalah klac. Selalunya penyetat kaki keras atau lus adalah kerana masalah gear starter rosak( disebelah belting).

Boleh start tapi enjin tak boleh hidup

Sampai disini saya harap anda dah faham perbezaan motor tak boleh start atau tak boleh hidup. Enijin tak hidup banyak perkara perlu disiasat periksa.

Yang paling utama ialah berkenaan system nyalaan enjin seperti spark plug, cdi, coil sepertinya perlu diperiksa. Didahulukan adalah periksa minyak petrol. Dipastikan 2 pakara itu tiada masalah anda perlu lanjutkan ke bahagian karburator/fuel injection dengan membuat servis. Harap anda sudah temui jawapannya disini, jika perlu bolehlah rujuk post saya yang lepas pada link di bawah atau telah diberikan di atas.

1.Tak hidup sebab lama simpan

2.Tak hidup waktu pagi dan situasi lain

Motosikal mati secara tiba-tiba

 motor mati secara tiba-tiba/mendadak di tengah jalan
apakah punca dan apa yang perlu dilakukan..

Gambar motor
Sedang anda menunggang,secara tiba-tiba motor mati sendiri ditengah jalan..highway yang panjang dan tak sanggup untuk menolak..tapi pada masa yang sangat suntuk dan anda mahu cepat terpaksa juga menolak ke bengkel motor..
Tapi tunggu!
sebelum ditolak motosikal sedara/sedari ke bengkel motor yang agak jauh saya rasakan,disini ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk mencari punca seterusnya mengatasi masalah motor 
mati mengejut ini.Mungkin ini talian hayat untuk anda dan mungkin dapat membantu anda untuk meneruskan perjalanan kembali.Untuk mencari penyebab motor tiba-tiba mati sendiri ada 3 perkara perlu dilakukan
  • Cek petrol
  • Cek api
  • Cek karburator

Cara mencari punca motor mati tiba-tiba


Buka penutup tangki minyak motosikal dan lihat aras minyak  petrol anda benar-benar ada ataupun sudah kering.Jangan terlalu pandukan pada meter motosikal kerana kemungkinan masalah meter rosak boleh berlaku tanpa kita sedari_meter rosak menunjukkan tanda aras yang salah.

Jika minyak masih ada atau kejadian ini berlaku setelah anda baru sahaja selesai isi minyak ada lebih baik anda cuba pastikan yang ia benar-benar petrol atau diesel. Anda boleh bau atau rasa guna jari.

bau petrol sedikit memeritkan hidung berbanding diesel dan apabila disentuh diesel dirasakan licin seperti air sabun.Petrol dirasakan sejuk pada kulit,tidak pada diesel.kesan atau tanda-tanda dari kesilapan ini ialah ekzos berasap banyak

Periksa nyalaan motosikal  pada spark plug dan lihat samada kondisi plug masih baik atau sudah rosak.Tanda-tanda plug rosak yang mudah untuk dilihat ialah mengenai rupa pada bahagian tengah elektrodnya .warna hitam memungkinkan kerosakan plug.

Jika anda tidak tahu cara test spark plug ada lebih baik terus tukar plug baru dan setelah itu cuba hidupkan enjin kembali.Itu jika anda mempunyai alatganti atau boleh minta orang belikan_Plug atau palam pencucuh adalah alatganti motosikal yang paling penting dan wajib ada bagi sesebuah motosikal

Bagi sesetengah motor pada bahagian karburator ada alat yang dinamakan petcock minyak iaitu bahagian yang mana berfungsi sebagai buka dan tutup kemasukan minyak ke karburator.

Pastikan ia berada pada keadaan buka.Tutup bermakna minyak tidak dibekalkan dan enjin motosikal tidak boleh hidup tanpa minyak sebagai bahan api.

Yang kedua apa patut anda lakukan ialah periksa petrol pada kaburator.Kemungkinan berlaku masalah karburator masuk air,kotor atau karburator tersumbat.

*baca mengenai enjin tak mahu hidup

Tidak ada apa yang boleh dilakukan ditepi jalan melainkan anda mempunyai kelengkapan yang cukup dan sedikit teknik baiki motosikal untuk menyelesaikan masalah motosikal mati tiba-tiba ditepi jalan
Dengan itu pastikan kita menyediakan kelengkapan spanar dan alatganti untuk memudahkan disaat kejadian sebegini
Semoga berjaya!