Erti korek potong blok motor

Salam, kita sembang ringan-ringan saja sebagai pengetahuan umum dunia motor kita hari ini.Selalukah dengar orang sebut 2 perkataan ini—>korek blok dan potong blok?

Ya,2 perkataan bahasa pasar yang si pengguna motor selalu sebut merujuk kepada kerja yang dilakukan pada komponen enjin motor yang kita sebut ‘blok‘ atau block atau mat saleh cakap cylinder block.

Kalau anda belum tahu ertinya dan mahu tahu pengertiannya perkataan itu anda perlu tahu ini dulu

Apa itu blok silinder

Gambar blok motor
Merah=blok
Biru=head

Blok ialah komponen enjin yang terletak dibawah head silinder(komponen yang terletaknya spark plug).Sebenarnya blok adalah perumah bagi piston atau dilebih faham lagi dalam blok tu ada piston yang berkerja secara turun naik semasa enjin hidup.

Oleh kerana didalam blok terdapat satu lubang silinder tempat turun naiknya piston maka ia dinamakan blok silinder/cylinder block. Memang itu saja benda yang berada dalam blok bagi motor 4-stroke tapi berlainan dengan blok motor 2-stroke yang terdapat liang atau lubang udara didalam blok.Cukup disini anda sudah faham mengenai blok motor dan kita berbalik pada 2 persoalan pertama kita

Korek blok motor

Korek blok maksud tepatnya bagi mekanik ialah kerja mengorek lubang udara didalam blok motor 2-lejang sebagai langkah modifikasi untuk buat motor lebih laju.

Kerja membesarkan lubang angin minyak,ekzos ialah memanupulasikan aruhan udara melaluinya.Kadang dengan memperbesarkan ruangan lubang tempat laluan petrol lebih membuatkan pembakaran enjin lebih cekap seterusnya dapat mempertingkatkan kelajuan motor itu.Jadi itu yang dimaksudkan dengan istilah korek blok motor,tapi ingat kadang ada juga mekanik sebut perkataan korek blok pada enjin 4-stroke ia adalah bermaksud kerja memperbesarkan lubang silinder atau rebore blok yang akan dibincangkan nanti.Jadi maksud akan berubah bergantung pada jenis enjin motor itu.

Gambar blok 2-stroke
Dalam blok 2-stroke

Potong blok atau rebore blok

Ha..perkataan ini tak lari ertinya samada pada blok 4-stroke atau blok 2-stroke.Bila pomen cakap potong blok maksudnya ia adalah merujuk pada kerja membesarkan lubang silinder,bertujuan untuk menggunakan piston baru dengan saiz lebih besar,alasan atau tujuan piston ditukar mungkin piston lama sudah rosak,piston jammed dan sebagainya .Lubang silinder akan dipotong mengikut saiz piston yang akan digunakan nanti.Boleh dikatakan juga kerja potong blok @ rebore dibuat hanya untuk menukar piston sahaja.

Ok,itulah lebih kurang penerangan yang boleh saya ulas mengenai erti potong blok dan korek blok motor.Harap selepas ini tak ada lagi kekeliruan jika bila orang bercakap tentang hal tadi.
Wassalam.

Motor nak laju kene korek blok taruk chamber

Korek blok taruk chamber

Bang motor tak laju la bang..OK kalau nak laju kena korek(port) blok pastu taruk(pasang) chamber.Slamber je pomen tu jawab.he he.
Jadi apa maksudnya sebenar ‘ korek blok taruk chamber’.Haa ini khusus buat mat mot yang suka upgrade motor nak bagi laju.Motor cc kecil tapi nak laju,macamana nak buat tu.Kisah ini hanya tentang pemahaman tentang ayat korek  blok taruk chamber dan tiada skil korek blok akan dinyatakan disini.Maaf,akta perlindungan pomen motor ( 9A1)..:o

Blok motor mempunyai selinder ditengah-tengah (lubang bore)dan rongga kemasukan udara, minyak,ekzos.Oh ya,ini khusus pada motor 2t bukan motor 4 stroke.Ya,motor macam Yamaha 125z,rxz,panther,RR gitu. Bagi motor 4 lejang pula kerja sebegini ialah bahagian selinder head _Cylinder Head Porting. Chamber disini diertikan ialah ekzos yang dimodifikasi.Juga ekzos yang memang dibuat dan dipasarkan untuk tujuan perlumbaan.

Gambar blok korek

Bagaimana blok di korek?

Jadi apa maksud korek blok motor?.Korek blok bermaksud satu kerja besarkan lubang blok(seperti yang dinyatakan diatas) atau mat saleh cakap ‘porting‘.Lubang-lubang tersebut diasah,gosok menggunakan mata pengasah besi supaya lebih besar.Menjadikan aliran udara  masuk dengan baik dan cepat.Lebih bahanapi,mampatan akan menghasilkan letupan yang kuat dikebuk pembakaran lalu kuasa enjin yang besar dapat dihasilkan.

Pemilihan ekzos motor

Untuk mendapat keselarasan dengan blok korek maka pemilihan ekzos yang tepat dapat memaksimumkan prestasi motor tersebut.’chamber’ dibuat  mengikut ukuran diameter tertentu setelah diambil kira dengan saiz blok dan rekaan lubang minyak masuk,lubang ekzos yang telah dikorek tadi.

Laju ke blok korek?

Korek blok  membuatkan motor lebih laju atau lebih tepat ia dapat meningkatkan kuasa enjin. Memang ia cara yang berkesan untuk meningkatkan kelajuan motor namun jangan lupa sering kali juga kegagalan berlaku kesan korek blok yang tak menjadi.Mencari kelajuan tapi kelajuan pula hilang.Jadi berhati-hati dengan kerja korek blok motor yang kalian buat.jangan lupa korek blok taruk chamber.Lepas setting karburator cun-cun,gerenti motor anda laju.hi hi..
-salam jumpa lagi-