Animation fungsi Reed valve pada enjin motor

Pelajaran mekanik motor tentang Reed valve pada enjin 2 lejang berserta Animasi cara kerjanya

Gambar reed valve dan kepingan potong sendiri

Reed valve adalah komponen enjin untuk motosikal 2-lejang dipasang selepas karburator pada block cylinder atau crankcase enjin. Fungsi reed valve(injap lidah) ialah sebagai alat kawalan masuk bahan api ke ruang pembakaran dalam enjin 2 lejang seperti Rxz, 125z, RR150 dll. Reed valve boleh dikatakan hampir sama cara kerjanya dengan 4-stroke valves.

Dari mula rekaan reed valve, kini kita dapat lihat pada enjin 2 lejang ng ada pelbagai variasi rekaannya ada dibuat daripada Stainless Steel(boleh dilihat pada enjin lama seperti Yamaha y80), karbon fiber dan juga reka bentuk berbeza 2 lidah atau 3 lidah biasanya. Lidah reed valve adalah fleksibel bagi proses buka katup yang sempurna.

Bagi pemilik motor 2 lejang pasti biasa dengan jenama reed valve popular seperti Boyesen, dan Moto Tassinari yang terkenal dengan model-model reed valve VFORCE mereka, pastinya keluaran yang menjadi pilihan terbaik untuk enjin 2 lejang berprestasi tinggi seperti motocross, moto drag atau motor fly…:p

Animation fungsi cara kerja reed valve

Cara kerja reed valve

Dilihat, semasa piston menaik hasilnya akan berlaku sedutan dari enjin untuk menarik petrol+udara dari karburator masuk, rumah reed valve yang berkedudukan selepas karburator akan membahagikan penghantaran bahan api itu jika 2 lidah pada satu plate jadinya dikira atas bawah terdapat 4 lidah, bermakna bahan api dipecahkan kepada 4 laluan.

Semasa proses piston menurun pula, lidah reed valve akan tertutup, rekaan alat ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan bahan api kembali lolos melalui karburator berikutan berlaku tekanan diruang pembakaran dalam. Dengan adanya reed valve di situ maka bahan api akan terkawal.

Cadangan untuk memilih reed valve

Ketebalan lidah adalah berkadar dengan saiz enjin dan output kuasa.  Semakin besar enjin, lidah yang tebal harus digunakan. Lidah terlalu tipis terdedah kepada kerosakan awal. Untuk enjin di atas 125ccm dicadangkan menggunakan 0.45mm (0.0177in) tebal keping reed valve plate.

Ada dijual kepingan lidah potong sendiri di pasaran, contohnya kepingan reed keluaran jenama Compotec. Kepingan boleh dipotong mengikut ukuran sendiri dengan menggunakan alatan seperti gunting, setelah dipotong siap, diricih menggunakan kertas pasir pada bucu bekas keratan itu. Mereka cadangkan diperiksa reed valve setelah 15-20 jam kerja enjin,.. Memang tak sanggup bukan, Admin cadangkan silalah guna selagi enjin tiada masalah tapi didalam perlumbaan silalah mengikut cadangan mereka.

Kesan bila berlaku masalah pada Reed Valve

Bilamana motor 2 lejang mula kuat guna petrol, motor jadi semput/bobok, power enjin makin berkurangan adalah antara tanda-tanda menunjukkan ada masalah pada reed valve. Berkemungkinan reed valve pecah atau terserepih, dan perlu diganti baru. Kerosakan pada reed valve menyebabkan enjin hilang kuasa dan limpahan minyak keluar dari karburator.

Camshaft atau aci sesendol

Gambar camshaft
Aci sesendol

Apa itu camshaft dan bagaimana ia berfungsi


Camshaft atau aci sesendol terletak pada bahagian depan enjin motor atau lebih tepat pada bahagian head cylinder bagi enjin 4 lejang sahaja.Rupa bentuk camshaft kelihatan mempunyai 2 bukit berlainan arah.Bukit atau bonjolan ini sebagai pemaksa injap.Itulah juga yang dikatakan fungsi camshaft,sebagai pemaksa injap.Satu bahagian untuk injap masuk dan satu bahagian untuk injap keluar.Namun bilangan bonjolan camshaft ditambah apabila sesebuah enjin itu banyak banyak menggunakan injap.Contoh pada enjin 2 selinder sebaris atau 4 selinder sebaris yang menggunakan satu camshaft_SOHC.

Injap/valve

enjin ohc asas normalnya ia menggunakan 2 injap sahaja iaitu injap masuk(valve In) dan injap keluar(valve out).Injap masuk untuk kawalan masuk bahanapi dan injap keluar adalah untuk kawalan buangan sisa gas pembakaran (asap ekzos).

Gambar valve injap motor

Injap adalah berbentuk bulat bertiang,ia bekerja secara turun naik,tutup buka.lazimnya setelah enjin lama beroperasi akan terjadinya kerosakan (injap bocor) berpunca dari hal-hal tertentu seperti plak karbon.Apabila hal ini terjadi maka injap itu perlu menjalani proses pembaikan yang dikenali sebagai valve grinding.

DOHC

Maksud Dohc ialah 2 camshaft pada bahagian atas cylinder head ‘double overhead cam’.Enjin satu selinder yang menggunakan 2 cam.Biasanya enjin jenis ini tidak menggunakan 2 injap sebaliknya menggunakan 4 injap.2 injap masuk dan 2 injap keluar.Kelebihan enjin Dohc ialah menghasilkan hantaran kuasa enjin lebih lancar ‘smooth’ berbanding enjin sohc.

Gambar camshaft jenis dohc
Dohc

Cara kerja camshaft

Diulangi camshaft adalah pemaksa injap,namun ia tidak bekerja secara terus.Camshaft tidak bekerja jika tiada tepet (rocker arm) ataupun Sim.Sesetengah jenis enjin menggunakan tepet dan ada pula guna Sim.Tepet dan sim adalah alat sokongan bagi camshaft untuk menekan injap-injap pada head selinder itu.

Gambar cara kerja camshaft motor
Rajah A

bekerja secara putaran mengikut crankshaft. Koneksi antara 2 alat ini biasanya menggunakan 3 method berbeza terpulang kepada pilihan pengeluar mereka cipta enjin itu, iaitu dengan menggunakan timing chain, rod atau gear.

Pada rajah A di atas anda boleh lihat diagram camshaft bekerja untuk menekan injap masuk(intake valve)  dan injap keluar(exhaust valve). Saat rocker arm menaik pada pada bonggol ekzos(exhaust lift) injap keluar mula dibuka.

Putaran(rotation) terus berlangsung sehingga puncak exhaust lift bererti injap ekzos dibuka sepenuhnya. Saat rocker arm menuruni bukit atau bonggol ekzos, injap ekzos mengikut dan mula menutup lubang injap di dalam cylinder head. Selepas itu rocker arm mula mengenai intake lift untuk membuka injap masuk pula(mengambil bahan api. Sama cara kerjanya pada exhaust lift tadi, selanjutnya selepas itu bahan api akan dinyalakan ketika rocker arm berada pada base circle camshaft. Untuk memahami ini anda perlu faham betul tentang aturan kerja enjin 4 lejang

Aci engkol

Rupa bentuk aci engkol,bahagian-bahagian serta fungsinya



Gambar aci engkol

Ini la rupa bentuk aci engkol atau crankshaft.aci engkol terletak pada bahagian enjin tengah.Aci engkol ialah satu kompenon enjin antara yang paling  berat.Ia terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu kanan dan kiri.Bahagian kanan untuk sambungan pada clutch dan kiri pula untuk magneto.Rod penyambung pula dipasang ditengah-tengah aci engkol.Pada sambungan rod dengan aci engkol terdapat bearing dan pin.Salalunya masalah aci engkol rosak atau ‘jem’ adalah pada bahagian bearing ini.Ciri-ciri aci engkol rosak ialah kedengaran enjin motor bunyi bising  ‘knocking‘.Semakin teruk rosaknya semakin kuat enjin bunyi atau langsung jem (kejang).

* untuk menukar rod, enjin perlu dibuat          overhaul *

Fungsi

Pada pendapat saya, fungsi aci engkol  ialah untuk menghasilkan putaran enjin.Piston menghasilkan tenaga lalu menolak aci engkol untuk berputar lalu menghidupkan mekanisma enjin yang lain.

Rpm (Revolutions per minute) pula dikira pada putaran aci engkol.Semakin tinggi nilai pada meter rpm bermakna semakin banyak putaran enjin dihasilkan.

Aci engkol boleh diguna pakai sepanjang hayat motosikal hanya rod penyambung,bearing rod akan ditukar ganti.Ini kerana aci engkol diperbuat daripada besi padu.Mungkin masalah kecil boleh berlaku pada aci engkol tetapi ia boleh diperbaiki.

Cakap pomen ; aci engkol tak berbunyi sebaliknya rod yang berbunyi”

Clutch serta kegunaannya pada motosikal

 

 
 

Clutch motosikal serta kegunaannya

Salam semua,

Penulisan hari ini mengenai fungsi clutch motosikal serta kegunaannya harap dapat difahami  Malaysia,Indonesia, Brunei dan kepada semua pembaca blog pembelajaran baiki motosikal/sepeda motor ini

Clutch atau  kopling digunakan untuk mengawal hantaran kuasa enjin kepada roda belakang motosikal,
Ia diperlukan untuk memutuskan kuasa enjin semasa penukaran transmisi berlaku. Kepentingan clutch pada motosikal ialah untuk mengawal kuasa/ meningkatkan kelancaran enjin

 

Komponen clutch

Kompenon Clutch terdiri dari plate geseran,plate besi,perumah dalam,perumah luar serta spring,penolak atau pencangkuk
Ia biasanya berada didalam enjin sebelah kanan bagi motosikal keluaran Japan seperti Honda,Yamaha,Suzuki dan Kawasaki

 

Metarial Pembuatan clutch

Plate geseran –
Mengikut sumber yang dipercayai bahan yang digunakan dalam pembuatan plate geseran ialah asbestos. Kerana lebih ketahanan dan lama jangka hayat,tapi kerana ia bahan yang berbahaya bahan ini tidak lagi digunakan.


Sekarang penggunaannya lebih terarah kepada Kevlar, Carbon Fiber, gabus campuran dan Vesrah

 

 
Gambar clutch plate geseran
Plate geseran
 
 
Plate besi
Plate besi
 
 
 
 

Tuas pedal clutch


Tuas clutch secara normalnya terletak pada handle motosikal sebelah kiri berlawanan dengan pemulas minyak(throttle).


Tuas dihubungkan kepada clutch menggunakan kabel wayar atau kabel minyak.Tiada tuas clutch bagi motosikal yang menggunakan sistem clutch automatic seperti kebanyakan motosikal komersil berkapisiti kecil
seperti Honda 70 dan ex5, hanya guna pedal gear.

 

Fungsi clutch

Mari kita amati fungsi clutch pada motosikal secara dekat pula..
Clutch ialah alat perantaraan sumber kuasa kepada hasil kuasa enjin
Iaitu tenaga dari aci engkol akan dibawa ke transmisi untuk memusingkan roda belakang motosikal.


Oleh kerana penukaran gear/transmisi ketika enjin berjalan akan menghasilkan sentakan kuasa_Sentakan enjin berlaku kerana dua daya bertembung. Jalan penyelesaian pada masalah itu membawa kepada penciptaan clutch plate.

 

Clutch plate

Plate-plate clutch memberi ruang daya kuasa bebas untuk seketika penukaran gear selesai.Bagi yang belum faham,satukan kedua-dua tapak tangan,kanan pusing ikut jam dan kiri juga mengikut jam itu lah sebagaimana clutch plate berfungsi ketika di tarik tuas klac.

Aci engkol–> clutch + perumah clutch–> transmisi–> roda belakang

Gambar clutch

 

 

 
 

Mungkin kepada mereka yang nak tukar clutch motor mereka sendiri harap sudah faham bagaimana ciri-ciri motosikal yang mengalami masalah clutch rosak

Baca juga >cara menukar clutch plate

Video bagaimana clutch berfungsi

Piston dan ring


Piston dan ring mempunyai saiz dan ukuran mengikut silinderbiasanya bermula dari std meningkat naik ke 0.25,0.50,0.75 ke seterusnya..Apa fungsi piston,ring pada sebuah enjin motor

Piston, Ring – fungsi piston- fungsi ring- nama-nama ring

Belajar baiki motosikal bab Piston dan ring bermula dengan piston atau dalam bahasa melayu adalah omboh_ialah kompenon enjin yang fungsi utamanya sebagai nadi penggerak sesebuah enjin motosikal. mengambil bahan api,memampatkan,meletupkan dan membuang sisa pembakaran di kebuk Pembakaran Dalam lalu Ia membawa daya tujuhan hasil dari letupan itu untuk menghasilkan kuasa enjin. Dan ia terdiri daripada kompenon penyokong iaitu ring(gegelang/cincin),pin,klip dan pin bearing,..

Lihat pula kenyataan dalam bahasa inggeris dari wikipedia;”
A piston is a component of reciprocating engines, reciprocating pumps, gas compressors and pneumatic cylinders, among other similar mechanisms. It is the moving component that is contained by acylinder and is made gas-tight by piston rings”.

Cara kerja piston/ring

Mengambil dan memampat campuran bahan api sebelum letupan berlaku dan selepas itu menolak sisa(gas)pembakaran melalui ekzos adalah peranannya.Ia berumah di dalam selinder/kedudukannya adalah di dalam cylinder(silinder/blok) dipegang oleh rod penyambung(connecting rod).

Piston dan perumahnya iaitu cylinder mempunyai sedikit ruang kelegaan diantaranya untuk mengelak dari berlaku enjin kejang kerana semasa enjin bekerja suhu panas cylinder meningkat,Ia akan mengurangkan gap diantara piston dan selinder.Ia berbeza semasa selinder berada dalam suhu sejuk.

Untuk menangani ketidaktentuan ini berlaku piston direka dan
diperbuat daripada material yang tegar suhu panas dan cepat sejuk seperti aluminium alloy.

Ring/gegelang

Ring piston bertindak meningkatkan memampatan (compression) di dalam selinder dengan cara menutup rongga diantara piston dan selinder
Selain itu ring piston berperanan menghalang minyak hitam(4 lejang) atau minyak 2t(2 lejang) masuk melepasi kepala silinder
Untuk omboh 2 lejang komersil mempunyai 2 gegelang dan enjin 4 lejang mempunyai 3 gegelang.

Gambar piston 2 stroke
Piston 2 stroke
Gambar piston 4 stroke
Piston 4 stroke
Gambar ring piston
Ring piston 4stroke

Ring piston untuk 4 lejang
Untuk enjin 4 lejang ia mempunyai 3 ring piston dinamakan..

compression ring

Compression ring yang berada paling atas ke kepala piston selaku penyekat kebocoran mampatan dalam kebuk pembakaran
Ia biasanya berwarna cerah dan mempunyai tanda pengatas

Wiper ring

Ring kedua dari kepala piston dan fungsinya sebagai pengilap sisa minyak hitam/2t yang terlepas.
Gegelang omboh ini turut bersama menguatkan mampatan
Wiper ring biasanya bewarna gelap dan juga mempunyai tanda pengatas

Oil ring

Ini ialah ring piston terakhir dari kepala silinder dan tiada bagi motosikal 2 lejang.
Dan ia berperanan sebagai penapis minyak hitam daripada naik ke kebuk pembakaran
Tiada tanda pengatas,oil ring itu sendiri terdiri daripada 3 ring atau 3 dalam satu

Piston,ring mempunyai saiz dan ukuran mengikut silinder
biasanya bermula dari std meningkat naik ke 0.25,0.50,0.75 ke seterusnya
Diameter silinder disebut Bore mesti lebih besar dari saiz piston dan ring
Setiap ruang(gap) diantara piston dan ring pada silinder semasa pemasangan harus diminimumkan untuk mendapat hasil mampatan yang tinggi dan juga elak minyak naik ke plug
Jika cara pasang piston, ring dibuat dengan betul ia akan memberi lebih kuasa enjin pada kenderaan(motosikal) anda