2018 Kawasaki ninja Zx-10se,motor semangat juara

Gambar 2018 Kawasaki ninja  Zx-10

Model baru ini adalah hasil semangat kejayaan Kawasaki di persada lumba motor Superbike tersohor dunia-WSBK pada tahun lalu.Jonathan Rea selaku juara 2017 menjalankan tugasnya dengan baik sekali untuk terus mengekalkan  Kawasaki sebagai Raja Superbike dunia.

ZX-10RSE 2018 kini dihadiahkan kepada bakal pembelinya dengan pelbagai ciri teknologi perlumbaan terkini yang menjadi rahsia pasukan Kawasaki dapat meninggalkan pesaingnya jauh kebelakang di litar lumba.

Gambar Jonathan Rea dengan Kawasaki ninja

Kawasaki ninja ZX-10RSE 2018

Sungguh tidak adil,dicemburui jika sebuah Superbike jalanan mempunyai kelengkapan setara dengan sebuah mesin litar lumba kini boleh dinikmati oleh pengguna biasa,tapi itulah Kawasaki sentiasa memberi kepuasan kepada pengguna.

Gambar ciri zx10

Ciri teknologi yang dijanjikan oleh Kawasaki pada motor  ZX10 baru ini;

Electronic Rider Aids

Kawasaki Launch Control Mode (KLCM), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS), Kawasaki Sport Traction Control (S-KTRC), Kawasaki Engine Braking Control, Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift), Kawasaki Corner Management Function (KCMF)

Spesifikasi Ninja ZX-10RSE
Enjin 4 Stroke,4 cylinder,Dohc,4-Valve
sistem penyejuk liquid-cooled
Gerek×lejang 76.0×55.0mm
nisbah mampatan 13.0:1
Transmisi 6-speed,return shift
sistem bahanapi DFi with 47mm Mikuni throttle bodies (4) with oval sub-throttle,2 injectors per cylinder
Saspensi depan 43mm inverted balance free fork,KECS controlled Compression and rebound damping,manual spring preload adjustability 14.7 in
Saspensi belakang Horizontal back-link with balance free gas-charged shork,controlled compression and rebound damping,manually adjustable spring preload 14.5 in
Isi tangki 4.5 galon
Tayar depan 120/70zr17
Tayar belakang 190/55zr17
Pengeluar Kawasaki

Penambahan lain:

Rim aloi bertempa 7-jejari Marchesini yang ringan dan bertegaran tinggi.

Gambar motor Kawasaki ninja zx10 se


Kawasaki ZX-10RSE 2018 adalah semangat seorang juara yang akan mendampingi anda untuk menundukkan pesaing lain dengan penuh ‘respect’ kepada ‘mesin hijau’ yang bakal menjadi milik anda ini,seperti kata Jonathan Rea ” It’s easy to do when you’ve got a good bike and you’re winning.”

2018 NINJA H2 motor jalan jauh dari Kawasaki

Gambar Kawasaki ninja H2

Kawasaki ninja H2 sx se 2018

Sebuah lagi kemunculan motosikal baru yang berkuasa dalam Sport Touring daripada Kawasaki yang di pamerkan di Pemeran Motosikal antarabangsa EICMA di Milan pada awal November lalu.Ninja H2 sx dan H2 se suatu pembaikan model terdahulu  H2R.Kawasaki masih setia menggunakan teknologi Supercharge ke atas motor baru 2018 mereka ini namun dengan sedikit talaan semula juga pengubahsuian pada bahagian tertentu seperti kebuk pembakaran,Camshaft,
injap masuk dan injap keluar.

Gambar Ninja H2 2018

Kawasaki ninja H2 baru ini agak kurang berkuasa dari raksaksa H2R dengan penurunan 100  menjadi 200 kuasa kuda,terpaksa dikorbankan untuk menjadikan mesin 2018 ini lebih mesra penunggang dan nyaman untuk perjalan jauh.20psi boost Supercharged menjadikan kuasa H2 se/sx ini lebih linear,jimat bahan api lebih jauh jarak isian semula tangki yang boleh memuatkan petrol sebanyak 5 galon.


Spesifikasi Kawasaki Ninja H2 sx se
Enjin 4 lejang,4 selinder,Dohc,4 valve,Supercharged
sistem penyejuk penyejuk cecair
Gerek×lejang 79.0×55.0mm
nisbah mampatan 11.2:1
Transmisi 6-kelajuan pusing balik
sistem bahanapi DFi 40mm throttle bodies(4) dual Fi,digital
Saspensi depan 43mm inverted fork
Saspensi belakang New Uni-Trak,spring boleh laras
Isi tangki 5.0 galon
Tayar depan 120/70zr17 (58w)
Tayar belakang 190/55zr17 (75w)
Pengeluar Kawasaki
Gambar 2018 Kawasaki ninja H2

Kurang kuasa bukan bermakna boleh dikurangkan nilai sistem keselamatan,H2 sx/se ini dipadankan dengan 2 brek disc 320mm KIBS ABS dibahagian depan dan pada roda belakang menggunakan 1 piring disc 250mm bersistem KIBS ABS.
Tidak cukup dengan Itu Kawasaki menawarkan beberapa pakej dari segi  kawalan pengendalian elektonik;

  • Kawasaki Corner Management Function (KCMF)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC)
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS)
  • Kawasaki Engine Brake Control
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift)
  • Öhlins Electronic Steering Damper, Cruise Control, LED Corning Lights

Sebagai Super Touring,kotak barang adalah tidak asing baginya dan pada H2 kelihatan amat rapi rekaannya juga sepadan.2 kotak disebelah sisi ninja H2 bukan bererti ia tidak boleh mengekori Superbike seperti saudara kembarnya Ninja Zx-10r..jika anda berani..aah tak usah di cerita lihat saja video di atas.

Akhir sekali,sudahkah anda bersedia untuk memiliki Ninja H2 terbaru 2018 ini? Jika sudah bolehlah dicuba lihat lebih dekat lagi dengan motosikal hebat dari Kawasaki ini di laman web rasmi mereka-

ninja 4t 400cc kawasaki baru 2018

Gambar ninja

Motor baru kawasaki baru 2018

Lagi motor baru variasi ninja,kali ini yang sedang-sedang saja dari kawasaki untuk pasaran 2018.Kawasaki ninja 400cc dijana dengan enjin 4t/4-stroke,6 kelajuan berserta injeksi (Fi) sebagai penyuap bahan-api sepertimana kebanyakan model baru abad ini.

Motor baru Kawasaki ini sebenarnya diinspirasi oleh model yang menggegarkan dunia permotoran sebelum ini,abangnya iaitu Ninja H2r.Lihat saja kepak (Chin-Spoilers) yang terletak di bahagian depan,bawah lampu itu.

Gambar Kawasaki ninja 400cc
Spesifikasi Kawasaki ninja 400
Enjin 4 lejang,2 silinder,Dohc,399cc
sistem penyejuk penyejuk cecair
Gerek×lejang 70.0×51.8mm
nisbah mampatan 11.5.1
Transmisi 6 kelajuan
Suspensi depan fork teleskopik
Suspensi belakang swing arm boleh laras
Isi tangki 3.7 g
Tayar depan 110/70×17
Tayar belakang 150/70×17
Pengeluar Kawasaki

Kelebihan Kawasaki ninja 400cc

Rupa yang menawan motor kawasaki 400cc ini tidak cukup sebenarnya untuk memaksa anda membeli,dan pihak kawasaki sedar akan kenyataan itu lalu mereka memerangkap dengan tawaran lebih istimewa iaitu dengan sistem Assist & Slipper Clutch!
Sebelum ini hanya Superbike sahaja menggunakan sistem clutch jenis ini,tujuannya untuk memberi kelicinan semasa pertukaran gear dan kelebihan yang nyata ialah semasa anda ‘drop gear’ memasuki selekoh tanpa bimbang roda akan terkunci.Berangan sekejap la kita jadi Velentino Rossi..:)

Gambar rangka ninja

*Rangka  jenis Trellis,besi berketegaran

Kesesuaian penunggang dan ciri keselamatan

Penyesuaian penunggang dengan motor baru bakal dibeli adalah penting supaya nanti tidak kekok mengendalikannya.Jadi anda sesuai dengan Ninja 400 ini.

  • Tinggi tempat duduk- 30.9 inc.
  • Kelegaan bumi- 5.5 inc.
  • Tinggi keseluruhan- 44.1 inc
  • Panjang keseluruhan- 78.3 inc
  • Lebar keseluruhan- 28 inc
Play video -top speed ninja



Terakhir dari kawasaki untuk ninja 400cc 2018 untuk keselamatan anda,mereka lengkapinya dengan sistem brek ABS,satu piring disc 310mm pada bahagian roda  depan,220mm disc brek belakang.