Tukar master pump dan video cara bleeding brake

Salam, dikesempatan ini mari kita sambung belajar mekanik motor dan tugasan kita akan buat ialah menukar master pump atas brake disc yang sudah rosak kepada baru. Juga disertakan disini sebuah video lengkap cara bleeding brake motor yang khas dirakam untuk pembaca blog baikimotor.com.

Gambar master pump brake
Master pump baru

Ok, apa punca sebenarnya master pump atau brake pump atas perlu ditukar?

Masalah biasa dialami setelah lama pemakaian pada motor tersebut menyebabkan ada kebocoran pada injap/valve master pump atau dikenali dengan nama brake pump kit. Sebenarnya injap tersebut ada dijual untuk kita menukar ganti jika berlaku masalah. Injap brake bocor dapat dikesan apabila terlihat minyak brake pada bahagian handle motor,lebih tepat pada lever brake atas tersebut. Juga brake terasa kosong(tak ada brake) jika keadaan sudah parah.




Biasanya jika master pump asal adalah original motor saya syorkan tukar pump kit sahaja melainkan gagal setelah ditukar ataupun kit asal tersebut telah keras(jem).

Faktor terakhir kenapa ramai memilih menukar ganti master pump daripada menukar kit ialah kerana “mudah kerja” dan sekarang alat ganti tiruan(alternatif) banyak terdapat dipasaran dengan harga yang murah. Kualiti pastilah kurang baik berbanding original dari segi ketahanan tapi seperti master pump yang saya sudah dicuba ini tetap boleh pakai.

Gambar cara bleeding brake motor

Video cara bleeding brake motor Yamaha ego

Di dalam video dibawah ada menunjukkan cara bleeding minyak brake setelah menukar master pump. Master pump ini khas untuk motor Yamaha ego, juga boleh digunakan pada beberapa model Yamaha yang lain seperti Lagenda110,Y110ss,Y15 dan sepertinya.

Video 7:37

Jika belum maklum dalam proses bleeding brake motor ini perkara perlu diawasi ialah pada minyak brake itu sendiri kerana ia bersifat menghakis… Habis rosak cat baii…
Jadi please standby air sabun, siram pada tempat yang terkena minyak brake ya… ­čÖé

Perlukan Brek ABS untuk motor Cub

Gambar brek ABS

Sebenarnya,jarang sekali kita lihat pada motor cub ada tersedia lengkap dengan sistem brek ABS melainkan motor berkuasa tinggi.Padahal keselamatan semua penting pada penunggang tak kira motor besar ke atau motor kecil.Apa salahnya terapkan sistem ini pada motor-motor cub juga,betul tak?.Fungsi brek ABS ialah ialah untuk mengelakkan roda motor anda terkunci semasa menekan brek dengan lama atau agak keras.Ia juga lebih dikenali sebagai Anti-Lock-System 

Jadi apa itu ABS sebenarnya yang penting sangat tu kalau yang belum tahu.

Di bawah ini keterangan yang agak bagus mengenai cara kerja ABS break yang saya temui di web orang putih;

“Wheel sensors measure the rotational speed of the front and rear wheels and identify when the wheel begins to lock. The sensors pass on a measured impulse to a processor, which activates a pressure modulator in the hydraulic brake circuit of the front or rear wheel. The activated pressure modulator reduces brake pressure in a fraction of a second and then increases it once more. This means that the ABS applies just the right amount of brake pressure within the ABS range to the appropriate wheel as required to keep the wheel just short of locking point.”

Jadi kesimpulannya;
ABS ialah satu sistem kawalan brek automatik yang mana dapat mengelak kejadian roda terkunci ketika membrek keras.Dengan ABS anda boleh membrek tanpa risau ‘motor terbuang’ kerana sistem itu menolong mengatur semula tekanan brek mengikut kesesuaian ketika itu.Apabila roda mula terkunci dalam beberapa saat sahaja ia mengesan dan secara automatis akan melepas brek kemudian membrek semula dan ulang lagi.Pada ketika itu anda akan rasakan seperti brek tak makan,dan anda ada masa mengelak sesuatu didepan atau mengubah laluan daripada jatuh tersungkur.

Paling sering terjadi kejadian di atas adalah ketika jalan basah ketika kita menggunakan brek depan.Anda pasti tak sempat melepaskan brek pada ketika itu jika roda mula terkunci,kerana batasan itu perlulah motor ada menggunakan brek ABS.

Malangnya agak kurang teknologi hebat ini pada motor jenis  cub.Harap selepas ini lebih banyak sistem break ABS terpasang pada motor baru berkuasa bawah 250cc.

Ejas brek motosikal mudahnya cara

Cara selaras sistem brek motosikal haus berbunyi serta melakukan pemeriksaan minyak brake

Ejas brek motosikal mudah caranya kalau dipelajari.Tak 5 minit dah selesai masalah brek tak makan.Ya,penting juga belajar repair sepeda motor ni,didalam kecemasan ia boleh membantu kita.Artikel hari ini ditujukan kepada pengguna motosikal baru yang kebiasaannya belum tahu cara ejas atau disebut penyelarasan brek.

Brek atau break ialah satu alat untuk memberhenti atau memperlahan kenderaan.Kerana itu brek ialah alatan motosikal yang paling perlu diutamakan penyelenggaraannya.Masalah brek tak makan,brek berbunyi ialah tanda-tanda yang brek perlu diselenggarakan.

Brek yang haus atau berbunyi perlu dibuat penyelarasan balik atau diganti yang baru.Tujuannya ialah untuk mengembalikan keberkesan fungsi brek tersebut.

Penyebab brek berbunyi ialah kerana brek terlalu haus sehingga tinggal besi(tapak).Menjadi punca juga bendasing seperti pasir dan habuk brek didalam gelendong brek atau pad disc.Terkadang disebabkan permukaan brek tidak rata atau ada cecair pada permukaan brek.Cara atasinya ialah dengan melakukan servis brek atau tukar brek.

Sistem brek motor

Pada setiap motosikal biasanya dilengkapi dengan dua sistem brek iaitu sistem brek depan dan sistem brek belakang.

Sistem brek motosikal terbahagi kepada 2 pada masa ini.Iaitu brek jenis gelendong dan brek bendalir(disc break).Brek gelendong ia tidak dapat dilihat kerana berada didalam Hub roda.ciri-ciri sistem brek disc ialah mempunyai Piring disc dibahagian roda tayar.

Brek pada motosikal kecil(cub) biasanya menggunakan brek jenis gelendong pada kedua-dua sistem breknya,atau menggunakan 1 brek disc di bahagian depan(brek depan)

Cara laras adjust brek

Brek disc sentiasa perlu diawasi paras bendalirnya(minyak brek).cara lihat minyak brek ialah melalui satu tetingkap kaca yang dipasang pada brek tangan atas.
Lihat tanda arasnya.minyak brek kurang harus ditambah dan pastikan tiada kelihatan kebocoran minyak pada saluran paip serta pumpnya.Jika kelihatan segera baiki kebocoran itu.


cara periksa minyak brek

Untuk mulakan pemeriksaan minyak brek motosikal harus ditegakkan terlebih dahulu.
Langkah pertama,periksa lower upper level minyak brek dan periksa kebocoran.
Kedua,periksa break pad.jika haus ditukar ganti
Jika semua dalam keadaan baik tapi masih hadapi masalah brek tak makan sila buat break bleeding.

 
 
Gambar brek gelendong dan disc pad
1-kekasut brek(break shoe)
2-disc pad





Cara ejas Brek belakang

Jarak kelegaan diantara brek mula mencengkam  dengan kedudukan asalnya menentukan samada brek sudah haus(habis) atau tidak.
Caranya dengan menekan pedal brek sehingga brek mula mencengkam.Jika jaraknya terlalu jauh mulalah ketatkan skru penyelaras brek.

Tegakkan motosikal menggunakan tongkat tengah.mula pusingkan skru brek mengikut arah jam sambil menekan lengan brek.Jika gagal boleh gunakan sepanar.setelah itu buat pemeriksaan balik.Jika masih gagal setelah melaras skru brek,eloklah digantikan brek yang baru.


Gambar cara ejas brek motor
2-nat selaras break
3-pin lengan break
4-lengan brek



Langkah selanjutnya ialah buat pemeriksaan brek.periksa rod brek,lengan brek dan juga tahap anjalan spring brek.Periksa juga skru-skru dan pin pada setiap bahagian brek dan roda.Masalah brek cepat haus boleh diatasi dengan menggunakan barangan asli(OE).Barangan asli menjamin kualiti brek terbaik bagi mengelak masalah brek cepat habis,kekasut brek pecah dan sebagainya.sekian-